Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
670
2K
308
13
0
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 22/09/2020
  • 97 comments
  • 8 minute read
Total
11
Shares
11
0
0
0
0
0
Li Ka Shing

Artikel ini saya tulis pada tahun 2014, 6 tahun yang lalu. Saya rasa elok juga untuk saya segarkan semula buat pembaca baru blog ini yang mungkin terlepas pandang terhadap artikel yang pernah saya tulis ini.

Ketika saya publish artikel ini dulu, sebaik saja tersiar, blog saya terus crash hari itu. Orang yang membacanya mula kongsikan di merata tempat sehingga saya lihat jumlah pembaca terjun masuk naik 10 ribu 20 ribu 30 ribu naik dan naik sehingga akhirnya terus crash habis bandwidth di guna pakai.

Saya terpaksa tambah dan up-grade sehingga akhirnya saya biarkan saja dia crash dan tunggu masuk bulan baru untuk refresh semula.

Artikel yang sama ini, telah diplagiat dengan rancak sekali. Ada yang berikan kredit dan tak kurang juga yang tak bagipun. Tapi saya tak kisah masa itu sebab saya ada tulis kat bawah footer blog ini tiada hak milik terpelihara. Nak copy ikut suka hati lah.

Li Ka Shing dah bersara

Untuk makluman pembaca, Li Ka Shing dahpun bersara. Dia umumkan persaraannya pada bulan March 2018. Umurnya ketika itu dah masuk 89 tahun.

Dia bersara setelah bekerja berpuluh tahun membina empayar perniagaannya tanpa kenal erti penat.

Dia baru nampak bergaya sedikit pada akhinya setelah lama bersikap merendah diri dan bersahaja dalam perwatakannya dan penampilannya.

Untuk anda yang nak tahu maklumat menarik baru pasal Li Ka Shing ni, boleh pergi baca di pautan kat sini. Ceritanya sangat memberikan inspirasi. Bermula dari menjual sabun ketul dia naik ke atas sampai ke bisnes membina bangunan pencakar langit.

Anda boleh pergi baca pautan yang saya berikan tadi untuk ketahui 5 perkara yang anda mungkin tak tahu pasal Li Ka Shing.

Nasihat lelaki terkaya asia

Kita kembali semula kepada artikel yang dah saya tulis dahulu. Saya semak kedudukan Li Ka Shing dalam senarai orang terkaya dunia, setakat bulan Jun 2019, dia di senaraikan sebagai orang ke-30 paling kaya di dunia dengan jumlah kekayaan dianggarkan dalam USD29.4 Billion ketika itu.

Jom kita baca semula apa nasihat lelaki kaya ni untuk anda anak muda yang bercita-cita tinggi mahu berjaya dari segi pemilikan harta benda atau dalam perniagaan ..

Berikut apa yang saya tulis dahulu dengan sedikit penambahbaikan kat mana yang sesuai ..

Artikel ini khas untuk anda yang masih muda dan dah jadi usahawan muda. Kalau anda muda dan masih makan gaji, anda juga boleh ambil nasihat yang sama untuk mencapai misi menjadi usahawan muda.

Siapa dia lelaki terkaya Asia?

Namanya ialah Li Ka-Shing. Jumlah kekayaan bersihnya mencapai USD31.9 billion!

Terkini: Anda tentu tahu pasal Zoom. Sebuah aplikasi video conference yang meletup naik dibantu oleh isu Covid-19 di seluruh dunia. Li Ka Shing memiliki sebanyak 8.6% saham Zoom tersebut. Dia beli saham dalam Zoom pada tahun 2013, dua tahun selepas Zoom dilancarkan

Peningkatkan saham Zoon akibat pandemik Covid-19 mencanak sampai 399%. Dengan peningkatan itu sahaja, pegangan Li Ka Shing meningkat kepada nilai USD11 Billion sekelip mata. Sama dengan 1/3 dari jumlah kekayaannya pada waktu ini sebanyak USD32.6 billion.

Li Ka-Shing sekolahpun tak habis. Dia merupakan seorang kaki baca buku. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu.

Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun. Akibat daripada itu dia tidak dapat meneruskan persekolahan. Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.

Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.

Terpengaruh dengan usahawan muda Li Ka-Shing

Saya banyak terpengaruh dengan cerita dan cara berjimat dan bersederhana beliau. Dan memang terbukti pengaruh itu banyak membantu saya menjadi usahawan seperti mana yang saya ada sekarang.

Walaupun kaya raya, Li Ka-Shing hanya memakai jam Seiko yang dibelinya pada masa mula menjadi usahawan muda dahulu. Dia memang terkenal dengan cara hidup yang berjimat cermat dan amat suka membaca bagi mengumpulkan ilmu.

Mungkin sebab itu saya juga memakai jam Seiko, limited edition yang saya pakai sejak tahun 2001 dahulu. Walaupun hati meronta-ronta untuk membeli jam mahal setiap kali saya meronda di kedai jam mewah, jam Seiko yang masih utuh dan tepat waktunya itu sering mengingatkan saya pada jam Li Ka-Shing (Anda tak perlu ikut cara saya dalam bab pakai jam ini… hehehe)

Terkini: Saya dah berikan jam Seiko tu pada anak lelaki saya. Sekarang saya pakai jam Casio saja. Mudah, murah dan tepat. Siap boleh cari arah kiblat lagi.

Ketika mula bekerja sebagai buruh kasar Li Ka-Shing berpeluang membantu majikannya mengarang satu surat penting. Peluang itu berlaku apabila kerani majikannya tak hadir dan tiada orang yang boleh membantu majikannya buat surat.

Oleh kerana Li Ka-Shing tahu membaca dan menulis, orang menunjukkan beliau pada majikannya. Setelah Li Ka-Shing berjaya buat surat, majikannya kagum dengan keupayaan beliau mengarang dengan baik, lalu ditawarkan kerja pejabat yang lebih mudah.

Tapi sikap sebagai usahawan muda yang ada pada dirinya membuatkan dia menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dia minta untuk menjadi seorang jurujual. Dia tak mahu jadi seorang kerani.

Oleh kerana suka dengan sikap Li Ka Shing, majikannya mengizinkan beliau menjadi jurujual.

Terbukti bakatnya sebagai seorang jurujual amat hebat. Hasil jualannya seorang diri mengatasi hasil gabungan jualan kesemua jurujual yang ada dalam masa yang singkat saja.

Bila dia bercadang nak buka kilang buat bunga tiruan dari plastik, majikannya yang yakin akan bakat Li Ka Shing mahu mengikutinya dan menjadi rakan kongsi Li Ka Shing.

Ertinya majikannya sanggup berada di bawah pimpinan Li Ka Shing yang masih muda itu. Majikannya sanggup jual kesemua kilangnya untuk mengumpul dana bagi menjayakan hasrat Li Ka Shing.

Dan kini, Li Ka Shing adalah orang paling kaya di Asia. Dia masih kekal bersederhana walaupun kekayaannya amat hebat.

Ok! itu serba sedikit cerita berkenaan Li Ka-Shing. Sekarang mari kita belajar apa petua beliau untuk usahawan muda yang mahu berjaya dalam hidup.

Petua Li Ka-Shing untuk usahawan muda

Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji.

Li Ka Shing berikan petua begini untuk anda cuba amalkan.

Dengan jumlah pendapatan yang anda ada, pastikan untuk bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian seperti berikut di bawah.

#1. Belanja untuk sara hidup

Pastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah maksima sebanyak RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat.

Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku.

Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air suam segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.

Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dengan tambahan sedikit buah.

Makan malam pula pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.

Terkini: Saya rasa petua di atas masih relevan dan mampu dilaksanakan sekalipun anda tinggal di bandar kongsi sewa tempat tinggal berkumpulan. Kalau tinggal dengan keluarga lagilah boleh.

#2. Belanja bina rangkaian kawan

Peruntukkan juga pendapatan anda untuk belanja bina network.

Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. (Terkini: Sekarang bil telefon dah lebih murah dengan berbagai pakej yang menjimatkan)

Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini.

Terkini: Saya rasa bajet RM100 seorang untuk belanja makan sudah cukup tinggi. Anda boleh jimatkan lagi jika pandai pilih tempat yang berpatutan dan sesuai.

Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah terdiri dari mereka yang seperti berikut.

  1. Lebih berilmu daripada anda – Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri
  2. Lebih kaya daripada anda – Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu dikorek.
  3. Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan – Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.

#3. Belanja aktiviti menuntut ilmu

Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu.

Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk perkara berikut.

  • Beli buku pengetahuan – Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.
  • Ikuti seminar atau kursus keilmuan – Sertai seminar yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda juga.

#4. Belanja melancong ke luar negara

Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang.

Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400.

Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong.

Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Terkini: Sekarang aktiviti melancong tak digalakkan kecuali perlu sebab masalah Covid-19 masih belum reda. Ada mungkin boleh simpan dahulu duit peruntukan melancong itu tunggu sehingga semuanya kembali aman atau buat lawatan secara domestik saja lawat industri perniagaan di daerah lain di yang maju Malaysia.

#5. Peruntukan untuk simpanan

Baki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan.

Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.

Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik.

Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.

Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.

Terkini: Sekarang cara paling mudah adalah buat dropship. Modal sikit dan platform sangat banyak. Jika anda minat buat offline, mungkin boleh jadi jujual secara part-time.

“Jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar, cari kawan dan buatlah apa saja aktiviti yang bermanfaat”

Nasihat Li Ka Shing untuk anak muda

Li Ka-Shing nasihatkan pada semua usahawan muda untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan Habiskan duit dengan beli pakaian dan kasut mewah.

Simpan terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tapi bukan ketika anda masih muda dan miskin.

Satu lagi masihat menarik dari Li Ka-Shing untuk usahawan muda adalah, jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar, cari kawan dan buatlah apa saja aktiviti yang bermanfaat.

Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar. Kenapa dia kata begitu saya tak pasti. Kalau anda nak baca lebih lanjut lagi, sila ke sini.

Amalkan nasihat Li Ka Shing

Demikianlah serba sedikit nasihat yang saya rasa amat menarik untuk usahawan muda yang membaca blog ini.

Dalam bab belanja makan sebulan sekali, jangan lupa peruntukkan sekali sekala untuk belanja saya makan.

Mungkin saya lebih banyak ilmu dari anda dan mungkin saya juga lebih kaya dari anda, jadi dah memenuhi kriteria untuk belanja saya makan.

Anda boleh tempah masa jika ada kelapangan untuk belanja saya makan. Asalkan anda ada hasrat untuk jadi usahawan muda yang berjaya satu hari nanti, saya berbesar hati untuk berkenalan dan berkongsikan ilmu dengan anda.

Selamat berusaha dan semoga berjaya!

Terkini: Sejak artikel ni saya siarkan dulu, dah ramai yang sudi tempah masa dan belanja saya makan. Aktiviti itu masih lagi berjalan sehingga kini. Malah ada yang pernah belanja saya makan dulu, dah jauh berkali ganda lebih berjaya dari saya dari segi harta benda sekarang. Syabas saya ucapkan dan saya tumpang gembira untuk mereka semua.

11
0
Share 11
Tweet 0
Total
11
Shares
Share 11
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • belanja
  • Berjaya
  • bersederhana
  • Li Ka-Shing
  • petua
  • terkaya asia
  • usahawan muda
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Mula berniaga

#7. Boleh mula selalu – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 21/09/2020
Read More
Next Article
  • Mula berniaga

#8. Modal permulaan paling sikit – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 28/09/2020
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Cerita ringkas tentang bisnes, ekonomi, korporat dan kehidupan orang biasa

97 comments

Comments navigation

Older comments
  1. shawn says:
    05/05/2019 at 3:07 am

    Salam sejahtera tuan, saya terjumpa blog ni secara tidak sengaja.

    Saya nak berkongsi sesuatu yang saya sendiri pun tidak faham tentang matlamat dan hala tuju saya.

    Saya seorang graphic designer masa memula belajar dulu, keseronokan nak dpt ilmu tu sangat kuat dan mendorong saya menjadi salah seorang pelajar yg baik pada masa tu.

    Bekerja disebuah firma grafik dan mempunyai gaji yg baik, tapi disebabkan masa bekerja tu tak sesuai dengan saya maka saya pun berpindah dan pindah terus berpindah, sehingga la satu saat dimana saya bekerja disatu tempat yang banyaknya ahli ahli MLM dan berkongsi pendapat, maka saya pun berhenti bekerja dan nak cari kerja sales apa yang sesuai dengan saya.

    Pada tahun 2010 saya memutuskan utk bekerja di satu syarikat perbankan yang amat dikenali oleh kakitangan awam, bermula dari situ saya mula berasa puas hati dengan income dan masa bekerja saya.

    Pada masa tu, saya hanya kerja 2-3 jam sehari dan lumayannya pendapatan sehingga 10-20k tak smpai 3 hari.

    Pada tahun 2016 saya dah mula goyang, sebab wang yang saya dapat dan hasil saya semuanya lesap macam tu je.

    Saya tekad utk mula benda yang baru, maka saya beranikan diri utk ceburkan diri dalam bidang hartanah, tapi starting 2016 – 2017 saya langsung x buat apa2 sebab terkenangkan kesusahan saya.

    Bermula pada tahun 2018 saya beranikan diri utk bidang hartanah plak.

    Masalahnya tuan, starting tahun 2018 sehingga kini satu sales saya dengan hartanah langsung xde, aaya fedup sangat2, saya berkeluarga dan tuan faham kalau berkeluarga ni. income bulanan xde so family pun akan merasa bimbang.

    Saya tengah buntu dengan apa yang saya buat sekarang ini, sama ada saya patut meneruskan saja dengan cara saya ni atau beralih arah ke tempat yg lain, untuk pengetahuan tuan, saya dah x bekerja hampir 10 tahun, sebab karier saya berakhir pada tahun 2010 lagi.

    Saya ada buat satu projek tanah lot sebagai batu loncatan saya tapi saya tak sure sama ada saya patut meneruskan ke atau macam mana, saya sangat buntu sebab hidup penuh dengan hutang keliling pinggang.

    Saya tak mintak bantuan tapi saya perlu mentor yang boleh bantu saya untuk UP kan lagi selling method atau Communication skills saya sebab, setahun saya tinggalkan semua tu dan hampir hilang expertise saya dalam hal2 begitu.

    Saya harap dapat nasihat daripada Tuan.

    #saya #rakanbank & #ejenhartanah

    Reply

Comments navigation

Older comments

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.