Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
679
2K
307
13
0
  • Kehidupan

Teknik ajaib ringkaskan cara berkawan untuk capai kejayaan

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 30/10/2012
  • No comments
  • 2 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Dalam kehidupan, mempunyai kawan dan punya prinsip dalam cara berkawan amat penting.

Ia penting sebab, salah satu cara mendapatkan kebahagiaan hidup adalah dengan berkawan.

Dalam hampir semua kajian, yang dijalankan terhadap penduduk yang umur mereka panjang dan sihat, walaupun umur telah lanjut, membuktikan perkara ini.

Salah satu dari ciri-ciri yang mesti ada pada mereka adalah, menjalani kehidupan sosial yang positif. Maknanya mereka jenis individu bermasyarakat, yang menjaga perhubungan silaturahim secara konsisten.

Berkawan itu ternyata perlu.

Tapi memilih kawan juga amat perlu. Supaya kita dilingkungi oleh kawan-kawan yang membantu perbaiki diri kita. Juga supaya apa yang kita impikan tercapai dengan lebih mudah, cepat dan ringkas.

Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk mengoptimumkan aktiviti berkawan.

Panduan ringkaskan cara berkawan

Berikut saya cadangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk meringkaskan keperluan berkawan. Kita boleh lakukannya dengan mudah dengan menggunakan prinsip Pareto.

Apakah Prinsip Pareto ?

  1. Prinsip pareto mengatakan hanya 20% sahaja (lebih atau kurang) daripada kawan-kawan yang memberikan 80% daripada manafaat yang kita kehendaki. Manakala lebihan 80% lagi daripada kawan-kawan yang ada hanya memberikan 20% sahaja daripada manafaat.
  2. Tinggalkan 80% daripada kawan-kawan yang kurang mendatangkan manafaat pada kita. Bermakna masa yang banyak dapat diluangkan untuk memberikan fokus yang lebih pada 20% kawan yang banyak mendatangkan manafaat. Ini tidak merugikan jika dilihat kita hanya hilang 20% manafaat sedangkan keuntungan masa mencapai lebih dari 80%.
  3. Seterusnya, hendaklah merapatkan lagi hubungan dengan baki 20% kawan-kawan yang berharga tadi dan tambahkan jumlah mereka yang memiliki ciri-ciri yang sama. Ini akan menambahkan manafaat yang kita kehendaki dengan lebih besar dan mempercepatkan matlamat kita.

Aplikasi ringkaskan cara berkawan

Jika dah faham apa yang prinsip Pareto kata kat atas tu, sekarang kita boleh lihat bagaimana nak diamalkan prinsip tersebut dalam kehidupan. Berikut langkah-langkahnya.

  1. Tentukan matlamat yang hendak dicapai dengan berkawan. Jika kita mahu menjadi usahawan yang berjaya, maka fikirkan siapa kawan-kawan yang selama ini kita bersosial dalam mencapai matlamat tersebut.
  2. Senaraikan kesemua kawan-kawan yang sering kita hubungi selama ini dalam menjalani usaha menjadi usahawan berjaya.
  3. Semak dengan terperinci sumbangan daripada setiap kawan-kawan tersebut dalam membantu kita menjadi usahawan berjaya. jangan tinggal satupun segala sumbangan mereka samada peluang yang diberikan, nasihat, tunjuk ajar atau galakan.
  4. Jika kita perhatikan hanya dalam 20% saja kawan-kawan yang sering membantu kita dan selainnya hanya membuang masa dan kadangkala melemah semangat kita tanpa membantu malah ada yang lebih suka mengutuk dan mengecilkan kebolehan kita.
  5. Berikan komitmen yang lebih untuk mendampingi kawan-kawan yang masuk dalam lingkungan 20% tersebut. Ini dapat dilakukan dengan meninggalkan 80% daripada kawan-kawan kita yang kurang bermanafaat tadi, sekaligus membebaskan masa kita dengan banyak.
  6. Perhatikan apakah ciri-ciri kawan yang termasuk dalam lingkungan 20% tadi dan tetapkan ciri-ciri itu sebagai kriteria untuk anda memilih kawan baru.

Tidak meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kurang bermanafaat tadi bukan mermakna kita membenci mereka, cuma kita bersikap objektif dalam menentukan masa dengan siapa kita bersama. Jika mereka meminta bantuan atau lain-lain perkara penting jangan pula kita lupakan mereka.

Jika kita amalkan teknik ini, kita akan dapati kehidupan kita lebih ringkas dan sederhana dalam masa yang sama amat bermakna serta tidak membuang masa. Umur manusia terlalu pendek untuk membuat semua perkara dan masa tidak cukup untuk berkawan dengan semua orang.

Selamat mencuba!

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • aktiviti sosial
  • bermasyarakat
  • kawan
  • Kejayaan
  • Less is more
  • panduan
  • perhubungan
  • prinsip pareto
  • sahabat
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
makna hidup ringkas
  • Kehidupan

Apa makna hidup ringkas bagi anda ? tolong komen

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 29/10/2012
Read More
Next Article
  • Kehidupan

Baca ini dan fikirkan semula cara anda bertindak!

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 30/10/2012
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Mula berniaga
    Keliru antara takut dengan bahaya buat anda takut henti kerja makan gaji untuk berniaga
    • 4 minute read
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Tabiat
    5 perkara tentang bisnes yang saya belajar yang patut saya kongsikan pada anda

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.