Ketika belajar di ITM Shah Alam dulu, saya sering jugak pergi ke kolam renang yang ada di situ untuk berenang.
Ada sekali, saya secara diam memerhatikan bagaimana program belajar berenang di buat untuk para pelajarnya.
Bagi mereka yang baru menyertai program berenang tersebut, kebanyakannya dah boleh berenang sedikit atau sekurang-kurangnya mampu terapung di atas air sekadar untuk selamatkan diri dari tenggelam.
Oleh itu, semua yang menyertai program belajar berenang yang dianjurkan itu adalah dengan matlamat untuk menjadi ‘pandai bergerak di air’ seperti mana mereka ‘pandai bergerak di darat’.
Bagaimana mereka belajar
Di setiap kolam renang, akan ada satu kawasan yang mana tahap kedalamannya paling dalam berbanding tempat yang lain.
Perkara mula cikgu renang suruh buat adalah terjun ke kawasan yang dalam itu dan kekal di satu tempat mengapungkan diri dalam keadaan kepala berada di atas air dan kaki berada di bawah sekali.
Jika anda semua pernah buat begitu, tentu dapat bayangkan apa yang berlaku pada kesemua pelajar itu. Ya! mereka semua kelihatan terkial-kial cemas.
Walaupun di mulut ada senyum dan tawa pada mulanya, tidak berapa lama kemudian keceriaan itu bertukar menjadi masam atau senyum terpaksa.
Kepala masing-masing kelihatan turun dan naik. Air di sekeliling kelihatan berombak dan kuat berkocak hasil dari aksi kayuhan yang cukup kuat dan hebat.
Semakin kuat mereka kayuh semakin kuat air berkocak dan semakin rancak kepala masing-masing naik dan turun mahu tenggelam.
Bila nak tenggelam, mereka kayuh lagi kuat dan melonjak semula naik ke atas dan kemudiannya tenggelam lagi dan naik balik. Begitulah berterusan.
Melihat dari jauh sahaja sudah cukup untuk merasai kepenatan yang sedang dialami oleh kesemua pelajar yang sedang belajar berenang itu.
Kalau dibiarkan, mahu ada yang lemas tenggelam. Bagi yang dah tak tahan, mereka tergodek-godek ke tepi untuk memegang dinding kolam, mengambil nafas kembali sambil merehatkan diri.
Begitulah pelajaran itu berlanjutan dengan para pelajar cuba melakukan benda yang sama selama sejam. Sampai bila mereka perlu melakukan aksi begitu dan kenapa? itu soalan yang muncul dalam hati.
Matlamat latihan tersebut adalah untuk menguasai diri berada di dalam air. Untuk menentukan atau melihat pelajar mana yang sudah menguasai dirinya adalah dengan melihat pelajar yang:
- Sudah tidak lagi tenggelam timbul terkapai-kapai dan terkial-kial cuba timbul.
- Tenang selamba seolah-olah kakinya sedang memijak batu pada dasar air. Tidak kelihatan penat dan tercungap-cungap.
- Kurang pergerakan kayuhan macam katak kena penyet. Sebaliknya kayuhan dilakukan sekali sekala bila perlu sahaja.
Dalam berenang, latihan terapung setempat itu merupakan petanda pelajar sudah bersedia untuk mempelajari dan menghadapi apa saja pergerakan lain yang dikehendakinya.
Dalam kehidupan pula, kita sebagai seorang muslim, solat merupakan latihan yang cukup baik untuk menguasai diri dan mengenali diri. Begitu juga dengan aktiviti muhasabah dan bertafakur merupakan latihan penting untuk persediaan diri.
Orang yang bersedia, buatlah apa saja, berniaga, mengajar, makan gaji, bersukan, berkebajikan, atau apa saja…semuanya menjadi mudah.
Selamat berlatih…
13 comments
AUC memang dibesarkan di tepi sungai
berenang jadi pandai sendiri…
ada orang, kat darat pun lemas. hoho..
Emm sya dulu belajar dalam air yang cetek..aras dada..tapi lepas berlaku peristiwa hitam tu langsung tak berani na mandi air dalam..
Mmg tak kecewa singgah sini.
Ilmu menguasai diri perlukan latihan. Dan saya setuju sgt yg solat antara kunci utama.
trima kasih berkongsi…best!
Terima kasih bro..artikel yang sungguh bermanfaat..
entri yg bermanfaat
ingat apa yg dikatakan berenang di darat
ada makna rupanya 🙂
Terima kasih, entri yang berisi. Saya setuju.
proses menguasai diri sendiri perlukan kemahiran dan latihan daripada para pakar
baca entri terkini saya:Garis Panduan Menerbitkan Entri
tiada bezanya darat dan air….kalau kita fokus, kita pasti dapat melakukan sesuatu dengan usaha yang berterusan kan 🙂
kalau saya katakan dulu masa budak pandai bernang dah ada umur macam tak reti macam mana hehe
Masa budak kita hanya fikir tentang ‘sekarang’. Bila tua kita samada terkenangkan masa lalu atau mengejar masa hadapan yang lebih baik. Tak pernah wujud dalam keadaan ‘sekarang’.
saya ingin jinakkan diri di dalam bidang penulisan dengan lebih serius selain di dalam perniagaan dan perguruan. saya berminat jadi guru, tapi tidak ada rezeki ke situ
Ada dua jenis pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi sekarang 1. Pendidikan 2. Kesihatan