Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
526
2K
276
100
0
  • Kehidupan

Untuk berjaya mesti bijak gunakan masa

  • 22/06/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

control-room-800x533Masa adalah salah satu komponen yang amat penting untuk kita semua. Masa juga merupakan salah satu daripada Makhluk yang Allah ciptakan dan Dia bersumpah dengan masa sebagaimana dalam surah Al-Asr,

وَالْعَصْرِ

إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Rugi jika tak bijak gunakan masa

Salah satu masalah besar yang berlaku pada orang yang tidak berjaya adalah tidak bijak gunakan masa. Orang yang tidak bijak gunakan masa adalah orang-orang yang sentiasa berada di dalam kerugian.

Cuba perhatikan perkataan kerugian dan hubung kaitnya dengan masa.

Masa yang berlalu tidak akan sesekali dapat diganti. Maka dari situ orang yang tidak bijak gunakan masa adalah orang yang telah melepaskan satu peluang keemasan yang tidak akan sesekali dapat dikembalikan semula.

Itulah makna rugi. Ertinya barang yang hilang, atau tidak dapat dan tidak sesekali akan kembali serta tidak boleh ditukar ganti.

Kerugian di situ boleh kita fahami adalah dalam bentuk nilai dan bukannya dalam bentuk material. Sebab itu jika kita hilang duit, atau emas atau apa saja harta lain, ia bukanlah satu bentuk kerugian yang benar. semua itu boleh digantikan jika ada rezki.

Sebaliknya nilai kebaikan, pengalaman yang dapat diserap hasil daripada sesuatu kejadian jika terlepas tidak akan dapat ditukar ganti kerana ia ada kaitan dengan masa.

Bagaimana nak bijak gunakan masa

Orang yang bijak gunakan masa adalah mereka yang isikan masa yang berjalan dengan perkara yang berfaedah, mendatangkan kebaikan terutamanya pada diri sendiri dan seterusnya pada orang lain.

Bagaimana nak tentukan apa yang mendatangkan faedah pada diri kita? Jawapannya sudah tentu bergantung pada matlamat yang kita nak capai.

Untuk tahu maltlamat pula, kita perlu sedar apakah peranan yang kita mainkan sekarang. Bila tahu peranan, maka lebih mudah kita tentukan apa yang perlu dilaksanakan.

Untuk mudah perancangan, kita peru bertanya apakah peranan yang kita mainkan dalam perkara-perkara berikut di bawah:

  1. Diri sendiri – Apa peranan anda sekarang?, guru, usahawan, pelajar, pekerja, pegawai, kuli,..
  2. Keluarga – Ibubapa, anak isteri dan adik abang dan seumpamanya
  3. Agama – Pejuang, penyumbang, pengikut, pemimpin …
  4. Masyarakat – ahli biasa, ajk, pemimpin,…

Apakah anda jelas dengan peranan yang anda mainkan dalam semua perkara tersebut di atas?

Apakah yang anda nak capai dalam setiap daripada perkara yang tersebut di atas?

Tentukan peranan dan tentukan apa yang nak dicapai, maka lebih mudah untuk tentukan apa yang nak kena buat.

2 faktor penting untuk bijak gunakan masa

Dalam apa keadaan sekalipun, hanya ada dua faktor penting bagaimana kita tentukan apa yang perlu dilakukan dalam setiap masa. Saya gunakan tips yang sama sebagaimana yang diberikan oleh Franklin Covey.

Dua perkara tersebut adalah:

  1. Faktor mustahak
  2. Faktor terdesak

Jika kita buat sesuatu, ianya adalah berdasarkan samada sesuatu itu adalah mustahak ataupun terdesak. Dan majoriti daripada kita akan bergerak secara terpaksa hanya apabila sesuatu perkara itu telah menjadi tahap terdesak.

Dalam kajian, 51.2% daripada masa kita habis dengan buat perkara yang terdesak.

Dan paling malang, sebanyak 41.5% daripada masa kita dihabiskan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mustahak atau tidak penting pun. Tak penting dari segi mendatangkan manfaat pada diri kita.

Amalan biasa dalam penggunaan masa

Berikut adalah 4 amalan biasa bagaimana kita menggunakan masa:

  1. Tidak mustahak dan tidak mendesak – Buang masa
  2. Tidak mustahak tapi mendesak – Gangguan
  3. Mustahak dan amat mendesak – Keperluan
  4. Mustahak tapi tidak mendesak – Luar biasa

Berdasarkan empat cara kita buat kerja untuk isikan masa yang ada, anda perlu pilih cara nombor 4 di atas. Itupun jika anda nak jadi seorang insan yang luar biasa.

Kebanyakan orang akan habis mbanyak masa untuk buat kerja dalam kategori 2 dan 3. Jika mereka tak kelam kabut selesaikan kerja atau masalah sendiri, mereka terpaksa layan gangguan dari orang lain.

Ada ramai juga orang yang habiskan masanya degan mengisi kerja nombor 1 di atas. Harap anda dan saya tak masuk dalam kategori itu.

Tetapi biasanya kita akan gabungkan kesemua jenis kerja tersebut. Bergantung mana satu yang besar dan mana satu yang kecil.

Sekian perkongsian untuk kali ini.

Saya menulis perkongsian ini terutamanya untuk diri sendiri sebab nak cuba jadi luar biasa. Dan saya baru sedar bahawa untuk jadi luar biasa kita mesti letakkan diri kita dalam kumpulan mereka yang banyak buat kerja kategori 4 di atas.

Moga saya dan anda semua menjadi orang yang bijak gunakan masa ! Insyaallah !

 

 

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • Berjaya
  • bijak
  • luarbiasa
  • masa
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
amat mengkagumkan
  • Kehidupan

Kenapa anda perlu kerap lihat perkara yang mengkagumkan

  • 19/06/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Kehidupan

Beli pengalaman lebih baik dari beli barang

  • 25/06/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Cerita ringkas tentang bisnes, ekonomi, korporat dan kehidupan orang biasa

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Refleksi menerima ujian menguji kesabaran – Azad Jasmi

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Mak ada lagi? Berapa kerap anda balik jenguk Mak kat kampung?

7 comments
  1. amin says:
    15/11/2015 at 5:51 pm

    saya perlu berhenti kerja … untuk berniaga western food yg belum pasti berapa lama baru maju .. tapi saya yakin dengan REZEKI dari ALLAH …. apa pandang Tuan ?terima kasih atas perkongsian ILMU

    Reply
  2. Uncle Zuan says:
    29/06/2015 at 6:05 am

    sy ada masalah betul nak uruskan masa dengan efektif. end up selalu merungut tak cukup masa

    Reply
  3. mrhanafi says:
    26/06/2015 at 8:29 am

    masa boleh diurus dengan baik jika kita tahu membahagi mana yang perlu dengan tidak perlu..

    Reply
  4. Hidayah says:
    23/06/2015 at 10:17 am

    In shaa Allah TS,
    Moga kita dpt mnggunakn msa yg ad dgn melakukan ibadah2 dan prkara2 yg bermanfaat untk kita, kluarga, dan khidupan dlm hr2 yg dilalui.moga segala ap yg dilakukan diterima dn diberkati Allah. smoga kita sntiasa berada dibawah lindungan-Nya.
    Ameen.

    Reply
  5. mrhanafi says:
    23/06/2015 at 9:16 am

    saya sentiasa berfikir untuk menjadi bijak menggunakan masa supaya kejayaan itu boleh berpihak kepada saya.

    Reply
  6. Iqqi says:
    22/06/2015 at 9:02 pm

    Assalamualaikum En. Shubhi. Saya nak mintak pendapat Encik. Saya sekarang ni sedang bekerja di sebuah kedai menjual alat muzik. Tapi dalam masa yang sama saya sedang berkira-kira untuk menjadi ejen takaful yang telah saya beli dulu. Saya berfikir sedemikian kerana saya ingin mengumpul duit belanja untuk menyambung pengajian saya & saya minat untuk bekerja dengan cara berkomunikasi dengan ramai orang (face-to-face). Jika saya meneruskan perancangan saya untuk menjadi ejen takaful & dalam masa yang sama saya masih bekerja di kedai alat muzik,adakah tindakan saya ini akan merugikan saya? Jika merugikan, adakah cara lain untuk saya mengumpulkan duit belanja saya? & jika tidak merugikan,apakah tips supaya saya sentiasa fokus dalam melaksanakan perancangan saya? Maaf jika soalan saya ada lari sikit dari tajuk di atas. Semoga Encik dapat mengulas setiap soalan saya. Ribuan terima kasih saya dahulukan untuk semua pendapat yang bakal Encik utarakan.

    Reply
  7. Nazrimi says:
    22/06/2015 at 3:00 pm

    salam..
    insyaAllah , Tuan Subhi .
    semoga kita semua dapat mengisi masa dan perolehi kebaikan pada diri kita,keluarga dan orang lain.
    lebih2 lagi mengisi masa untuk saham akhirat.
    semoga Allah membantu kita. Ameen Ya RAbb.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
    • Kehidupan
    Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar
    • Jualan
    3 perkara yang anda perlu berikan tumpuan dalam aktiviti berkenaan jualan dalam perniagaan anda
Trending
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.