Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
599
2K
289
13
0
  • Kehidupan

Untuk berjaya mesti keluar dari zon selesa

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 30/07/2014
  • 15 comments
  • 4 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Hari raya baru-baru ini, saudara Ann Wan Seng datang ke rumah saya di kampung. Boleh dikatakan setiap tahun dia akan datang beraya ke rumah ibu saya itu.

Macam biasa bila bersembang dengan Ann Wan Seng kami banyak berbincang tentang hal ehwal kemasyarakatan.

Memang itupun kepakaran dia. Ann Wan Seng banyak membuat kajian berkenaan masyarakat yang menjadi salah satu daripada minat beliau dan juga jurusan ilmu yang dipelajarinya.

Dalam berbual itu tersentuh juga bab bagaimana untuk berjaya.

Bila sebut bab kejayaan, saya suka bandingkan antara orang Melayu dengan orang Cina. Sebabnya adalah kerana saya Melayu dan Ann Wan Seng pula Cina.

Bukan bertujuan untuk membeza-bezakan antara kaum dan juga bukan atas desakan perkauman. Sebaliknya untuk saling kenal mengenali dan saling belajar mempelajari.

Keluar dari zon selesa untuk berjaya

Ketika bersembang, Ann Wan Seng memberikan pendapatnya berkenaan orang Melayu. Dia berkata, musuh sebenar orang Melayu bukanlah orang Cina. Sebaliknya musuh ketat orang Melayu adalah Zon Selesa.

Untuk berjaya, orang Melayu mesti sanggup keluar dari zon selesa mereka. Mungkin disebabkan Tanah Melayu aman makmur dan kaya raya, membuatkan kita rasa selesa, mudah dan tidak mahu keluar dari zon selesa tersebut.

Keadaan kita di kampung macam mana teruk sekalipun, untuk cari sesuap nasi bukanlah sesuatu yang sukar. Ada saja sumber rezki yang datang samada untuk orang malas maupun untuk orang rajin.

Menuru beliau lagi, orang Cina sentiasa keluar daripada zon selesa mereka. Ini membuatkan mereka kuat berusaha. Sikap tersebut juga membuatkan orang Cina yang dah kaya bertambah kaya.

Orang Cina yang kaya masih tetap berusaha untuk kelar dari zon selesa mereka dan tidak suka dengan apa yang mereka ada. Berbeza dengan orang Melayu, walaupun susah atau miskin, mereka rasa selesa dan tidak mahu keluar dari zon selesa yang mereka diami.

Buat benda baru untuk berjaya

Orang yang selesa dengan amalan rutin biasanya terperangkap dalam zon selesa. Melakukan benda rutin secara logiknya memang mudah. Kita tak perlu berusaha keras dan banyak berfikir untuk melakukan perkara rutin.

Disebabkan mudah dengan amalan rutin, maka ramai yang tak sanggup untuk mencuba perkara baru. Lihat saja dengan orang yang miskin. Mereka berada di zon selesa walaupun hidup miskin. Bukannya tak inginkan kekayaan, tapi mereka tak sanggup tukar cara berfikir dan seterusnya tukar cara bertindak yang biasanya dirasakan terlalu sukar berbanding dengan amalan kebiasaan.

Orang yang biasa bekerja keras naik pokok kelapa, petik buah kelapa, kupas buah kelapa, belah dan ambil isi serta menjemurnya untuk dijual tak akan sanggup untuk lepaskan semua kerja itu pada orang lain.

Jika mereka sanggup buat begitu, mereka akan ada masa untuk merancang dan menguruskan usaha yang lebih besar. Tapi itu semua terlalu sukar untuk diubah kerana duduk pegang pen, mengarah, berbincang, dan lain-lain seumpamanya bukanlah kerja yang biasa mereka lakukan. Itu bukan zon selesa bagi mereka dan masalah itu membuatkan mereka sukar untuk berjaya lebih ke atas lagi.

Contoh mudah di atas rasanya mudah untuk difahami kenapa anda perlu buat perkara baru untuk berjaya. Tak perlu buat secara drastik. Buatlah sedikit demi sedikit dalam cara kita bertindak dan melaksanakan kerja. Cara itu memudahkan kita keluar daripada zon selesa.

Dalam contoh di atas, tukang panjat pokok kelapa masih berada di dalam bidang yang sama. Cuma dia perlu ubah cara dia bekerja untuk menjana hasil yang sama, iaitu menyara hidup. Dengan ubah cara bekerja, kita akan keluar daripada zon selesa dan mampu membuat peningkatan dalam hasil yang diinginkan.

Ubah dan tambah amalan untuk berjaya

Saya dah banyak kali kongsikan cara mudah untuk keluar daripada zon selesa. Paling asas adalah dengan ubah cara berfikir. Oleh kerana nak ubah cara berfikir terlalu berat, kita boleh pengaruhi cara berfikir dengan ubah cara bertindak.

Sebab itu saya sering syorkan kita tambah amalan baru dalam kehidupan kita. Jika kita dah biasa solat 5 waktu seorang diri, ubahlah pula kepada solat dua waktu atau lebih secara berjemaah. Seterusnya ia boleh ditingkatkan lagi kepada 3, 4 dan akhirnya 5 waktu.

Ubah cara amalan biasa seperti itu, akan mempengaruhi cara kita berfikir. Jika cara berfikir mampu menghasilkan cara bertindak. Maka cara bertindak yang berbeza akan memaksa otak ubah cara berfikir. Tak ada cara lain lebih mudah untuk ubah cara berfikir selain daripada paksa diri buat amalan baru dan berbeza.

Bagi anda yang masih belum buat sunat dhuha, mulakan sekarang dan jadikan itu amalan tetap sampai jadi rutin. Ia makan masa, tapi perlu diusahakan sehingga berjaya. Kalau dulu tak solat dhuha, perubahan amalan itu memaksa otak anda berubah juga, dan anda akan berjaya keluar daripada zon selesa.

Banyak lagi perkara baru yang mendatangkan manfaat yang boleh dilakukan untuk ubah diri dan keluar dari zon selesa.

Ubah kawan untuk berjaya

Mengubah kumpulan kawan yang baru dari kebiasaan juga mampu membuatkan anda keluar dari zon selesa. Memang sukar untuk terima baik kumpulan baru dengan gaya hidup baru dan cara fikir baru. Anda akan rasa tidak selesa pada mulanya.

Tapi tahan ketidak selesaan itu dan teruskan juga. Sesuaikan diri dan ambil masa. Lama kelamaan anda akan mula terima dan akhirnya jadi biasa. Itu tandanya otak dah berubah dan anda sudah berjaya masuk satu zon baru.

Jangan pula ubah kawan dari yang baik kepada yang kurang baik. Ubahlah daripada kawan yang baik kepada kumpulan kawan yang lebih baik.

Ubah kerjaya untuk berjaya

Jika anda rasakan kerja sekarang dah rutin dan tidak mencabar. Apa kata ubah pula kerja yang lain. Tukat kerjaya atau tukar tempat kerja.

Jika anda makan gaji, cuba pula kerja sendiri. Buat perlahan-lahan dengan cari kerja yang tidak bergaji tetap. Pilihlah kerja yang menawarkan gaji berdasarkan pencapaian anda.

Ini lebih mencabar dan lebih menghampiri ciri-ciri keusahawanan. Otak akan berubah menjadi otak usahawan atau separa usahawan.

Lambat laun anda akan jadi usahawan berjaya. Insyaallah.

Puasa 6 untuk berjaya

Sekali lagi saya syorkan pembaca semua amalkan puasa 6. Jangan hanya azam sahaja tanpa buat. Dan jangan tangguh hari demi hari sampai habis bulan syawal.

Jika tak pernah buat sebelum ini, ini satu permulaan untuk ubah dan keluar daripada zon selesa.

Jika anda berjaya, ia akan jadi satu suntikan semangat untuk ubah pula perkara atau amalan lain. Tak payah perdulikan orang kata amalan itu sia-sia kerana buat puasa 6 untuk ubah diri.

Buat dulu dan kemudian betulkan niat. Gagal atau berjaya, terima atai tidak adalah antara anda dengan Tuhan. Yakin pada diri sendiri dan ambil tanggung jawab untuk apa saja pilihan yang kita lakukan adalah ciri-ciri orang berjaya.

Moga coretan ini mampu berikan sedikit idea buat anda untuk berjaya. Saya juga mahu berjaya seperti anda. Sama-samalah kita usahakan agar kita semua berjaya.

0
0
Share 0
Tweet 0

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • amalan baru
  • Berjaya
  • Cina
  • Melayu
  • perkara rutin
  • zon selesa
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan

SELAMAT HARI RAYA

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 26/07/2014
Read More
Next Article
  • Keusahawanan

Usahawan hebat Sandakan

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 31/07/2014
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Cerita ringkas tentang bisnes, ekonomi, korporat dan kehidupan orang biasa

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Refleksi menerima ujian menguji kesabaran – Azad Jasmi

15 comments
  1. yantenordin says:
    05/08/2014 at 10:45 am

    Zon selesa yang terlalu menyelesakan. Terlalu empuk untuk ditinggalkan. Terlalu enak untuk dilupakan.
    Jom kita ‘cari pasal’ dengan menyusahkan diri sendiri. Itu baru cabaran namanya, barulah boleh berjaya.
    Cuba perkara baru samada business baru atau kerjaya baru.
    # sedang bercakap dengan diri sendiri

    Reply
    1. Shubhi says:
      05/08/2014 at 2:07 pm

      Insyaallah… bersakit-sakit dahulu, bersenag-senag kemudian

      Reply
  2. adlin says:
    01/08/2014 at 6:14 pm

    Semangat saya nak keluar dari zon selesa sentiasa membuak2…cuma nak memulakan langkah pertama itu yg seksa..
    Perlukan dorongan yg kuat, berani…

    Reply
    1. Shubhi says:
      02/08/2014 at 1:08 am

      Mulakan dengan Bismillah…

      Reply
  3. daddydee says:
    31/07/2014 at 8:43 pm

    Terima kasih atas perkongsian ini.

    Masih termenung utk memulakan langkah ke depan masih kabur… kena cari sifu ni.

    Reply
    1. Shubhi says:
      31/07/2014 at 9:08 pm

      Kalau dah termenung tu tandanya nak keluar dari kepompong ler tu

      Reply
  4. zool says:
    31/07/2014 at 3:21 pm

    betul tu.. untuk berjaya kena keluar dari zon selesa..
    saya masih belum mampu lagi untuk ke sana..

    Reply
    1. Shubhi says:
      31/07/2014 at 3:48 pm

      pergi perlahan-lahan…

      Reply
  5. Hazmin Hamudin says:
    31/07/2014 at 9:57 am

    Memang tak dinafikan terlalu selesa buat kita susah untuk berjaya. Melayu sesama melayu pun banyak jugak hasat dengki. Tu susah nak maju tu.

    Reply
    1. Bihi says:
      31/07/2014 at 11:22 am

      dengki dan buat sesuatu untuk bersaing tak pa jugak…tapi hanya dengki saja tanpa tindakan lebih parah..

      Reply
  6. khairul says:
    31/07/2014 at 8:23 am

    Pandangan jujur saudara Ann Wann Seng, rujuk buku
    “Rahsia Bisnes Orang Cina” tulisan beliau. Moga kita orang
    Meleyu dapat mengambil manfaat dan peluang dengan
    Ilmu yang dikongsikan

    Reply
    1. Bihi says:
      31/07/2014 at 11:21 am

      Terima kasih atas maklumat…

      Reply
    2. fadzli says:
      13/08/2014 at 12:47 pm

      Assalamulaikum
      Dimana nak dapatkan buku “Rahsia Bisnes Orang Cina”. Cari kat Pulau Pinang ni ,tetapi tak dapat dikesan.

      Reply
  7. Hero Borneo says:
    30/07/2014 at 11:33 pm

    takrifan zon selesa itu subjektif..maksudnya hidup susah juga berada di zon selesa apatah lagi hidup senang

    Reply
    1. Bihi says:
      31/07/2014 at 11:20 am

      Lebih kurang begitulah…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup
    • 6 minute read
    • Tabiat
    Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda
    • 6 minute read
    • Keusahawanan
    • Tabiat
    Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Tabiat
    Buang terus 13 perangai buruk ini kalau serius nak berjaya
  • Mula berniaga
    Semua perniagaan yang berjaya ada 5 perkara wajib ini – anda ada tak?

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.