Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
670
2K
308
13
0
  • Kejayaan
  • Siri Kaya

Siri kaya #1 : Mula dari bawah

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 18/07/2013
  • 14 comments
  • 2 minute read
Total
1
Shares
1
0
0
0
0
0
Siri kaya

Ada seorang kenalan yang saya cuba memberikan semangat setiap kali berjumpa dengannya agar berusaha gigih tanpa terlalu banyak memikirkan perkara negatif.

Setiap kali dicadangkan padanya untuk melakukan sesuatu, ada saja alasannya untuk tidak melakukannya. Dia cukup bijak mencari sebab kenapa dia tidak boleh buat.

Satu ketika saya mencadangkan agar dia menjalankan perniagaannya sendiri sahaja daripada berterusan mencari alasan dan menyalahkan pada kelemahan syarikat.

Dengan selamba dia berkata, saya cakap mudah, sebab saya ada wang. Orang yang ada wang sahaja yang senang memulakan perniagaan sedangkan dia tidak ada keistimewaan itu.

Itu merupakan satu bola tanggung yang saya tunggu-tunggu untuk memberikannya pengajaran.

Saya menjawab bahawa saya mula berniaga dengan tidak ada wang simpanan dan tidak ada hartanah walaupun sebuah rumah kecil.

Dari kesusahan itulah saya mula menapak sedikit demi sedikit sampai ke tahap apa yang saya ada sekarang. Bukannya nak kata saya kaya raya, tetapi sekurang-kurangnya saya ada lebih sedikit daripada saat saya mula berniaga dahulu.

Dari zero modal, saya berjaya membina beberapa syarikat, membeli hartanah dan mempunyai sedikit simpanan di samping masih punyai sedikit pendapatan untuk menyara keluarga, makan minum serta pendidikan mereka.

Secara jujurnya saya tak pernah termimpi mampu mendapatkan kesemua itu ketika saya makan gaji dahulu kerana setiap kali gaji masuk, semuanya akan keluar semula dibelanjakan entah ke mana tanpa ada baki.

Ramai yang bermula dari bawah
Lihat kebanyakan mereka yang ada di atas sekarang, samada Bill Gates, mendiang Steve Job, Syed Mokhtar Al-Bukhari, atau kenalan yang anda ada sendiri.

Mereka bermula dari bawah di mana ketika itu tiada sesiapa yang sudi menyebut nama mereka atau memaparkan nama mereka di muka akhbar atau menjemput mereka memberikan ceramah pada para eksekutif perindustrian.

Kemiskinan atau kesusahan bukan satu alasan untuk mengejar cita-cita dan berusaha membina kejayaan atau kekayaan.

Lagipun anda tidak ada apa-apa sekarang di dalam keadaan susah atau miskin. Apa yang nak di takutkan hilang?

Kembali pada kawan yang saya berikan syarahan secara percuma di atas tadi. Dia ternganga mendengar cakap saya dan tidak ada jawapan untuk menolak atau memberikan alasan lagi.

Saya memberikan kata akhir padanya…

Kalau apa yang saya katakan tadi masih tidak mampu membuatkan anda berfikiran positif dan mula berusaha, jelas dan terang anda sebenarnya pemalas dan selesa dengan keadaan sekarang!

Oleh itu berhenti mengeluh dan menyalahkan semua orang di sekeliling dengan berkata mereka semua tak betul. Lebih baik anda bersyukur dan menghargai keselesaan yang ada sekarang sebelum semuanya ditarik balik oleh Yang Maha Berkuasa.

1
0
Share 1
Tweet 0
Total
1
Shares
Share 1
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Info Usahawan

Sidang kemuncak keusahawanan global

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 17/07/2013
Read More
Next Article
  • Keusahawanan
  • Perniagaan
  • Siri Kaya

Siri kaya #2 : Pupuk otak niaga

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 19/07/2013
Read More
You May Also Like
petua pilih jalan berbeza
Read More
  • 3 min
  • Kejayaan

Pilih jalan berbeza kalau nak berjaya mencapai impian

Read More
  • 2 min
  • Falsafah
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Petua ringkas

4 benda yang boleh digunakan untuk buat perubahan

Read More
  • 3 min
  • Kejayaan
  • Motivasi

Bagaimana Sibodoh boleh kelihatan bijak?

Read More
  • 4 min
  • Petua ringkas
  • Siri Kaya

Siri kaya #6 : Buat !, jangan tak buat!

Read More
  • 2 min
  • Kewangan
  • Petua ringkas
  • Siri Kaya

Siri kaya #5 : Selesaikan hutang, jangan lari!

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Siri Kaya

Siri kaya #4 : Bezakan antara Pelanduk dengan Jerat

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Perniagaan
  • Siri Kaya

Siri kaya #2 : Pupuk otak niaga

Read More
  • 3 min
  • Kejayaan
  • Keusahawanan

Cabaran usahawan: Projek RM1 Billion!

14 comments
  1. KAD TRAVELINK says:
    22/07/2013 at 2:04 am

    Lagi2 yg bermula tanpa pertolongan kelurga atau bank

    Reply
  2. KAD TRAVELINK says:
    22/07/2013 at 2:02 am

    Saya memang tabik pada peniaga yang bermula dari bawah nih.
    Golongan ini memang berjiwa dan bersemangat kental.

    Reply
  3. azman says:
    21/07/2013 at 10:02 am

    Saya memang respek pada orang yg berani berniaga,mempunyai jiwa yg kental.

    Reply
  4. Hafiz Rahim says:
    21/07/2013 at 4:15 am

    tak ada jalan singkat untuk jadi kaya kan bro.

    Reply
  5. Hafizul says:
    20/07/2013 at 6:05 am

    Emm mereka yang bermula dari bawah, kalau jatuh sikit pun masih boleh memotovasikan diri mereka..hehe..mereka juga tak mudah kenal erti jemu dan putus asa,,

    Reply
  6. onlajer says:
    19/07/2013 at 7:04 am

    Semuanya mesti bermula dari bawah baru boleh sampai atas

    Reply
  7. Zuan says:
    19/07/2013 at 5:13 am

    kalau nak berjaya, kena berani gagal.. ramai masih ‘play safe’ dengan harapan boleh berjaya

    Reply
  8. Farmasi Tuah says:
    19/07/2013 at 3:49 am

    Berniaga jika bermula dr bwh kemudian berjaya.lps tu sentiasa ada keinginan utk cr ilmu utk perbaiki kelemahan ,itu akn lebih bermakna.tq tuan.perkongsian yg bagus.

    Reply
  9. kakiblog says:
    19/07/2013 at 12:38 am

    saya memang terkesan dengan entri ini..

    entri terbaru saya : Jom Tinjau 3 Kontes Yang Tengah Hangat Sekarang Ini

    Reply
  10. mrhanafi says:
    19/07/2013 at 12:33 am

    satu cerita yang hebat untuk dijadikan inspirasi..terima kasih

    Reply
  11. Shahabudeen Jalil says:
    18/07/2013 at 1:35 pm

    Superb

    Reply
  12. hafizmd says:
    18/07/2013 at 3:26 am

    Alhamdulillah. Membaca entri2 camni mmg memberi aura positif utk ambe sedar tentang byk perkara.

    terima kasih!

    Reply
  13. suri says:
    18/07/2013 at 2:10 am

    mesti mula bawah baru kita tahu susah payahnya kedaan masa tu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Tabiat
    25 kata-kata motivasi terkenal yang menarik untuk renungan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.