Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
556
2K
278
14
0

Kelab Usahawan

Kelab Usahawan Hidup Ringkas (Kelab UHR) ini saya khaskan untuk para pembaca yang sering mengikuti blog hidup ringkas.

Saya namakan sebagai Kelab Usahawan Hidup Ringkas kerana mahu menjadikan kelab ini himpunan kepada kumpulan usahawan yang berusaha meringkas dan mempermudahkan kehidupan manusia.

Kenapa Hidup Ringkas

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang amat pendek. Dalam kita melayari perjalanan di muka bumi ini, tidak ada yang lebih memudahkan perjalanan selain daripada menjalani kehidupan yang paling ringkas semungkin boleh.

Hidup ringkas bukan bermakna ambil ringkas kehidupan, sebaliknya ia membawa maksud melakukan apa yang perlu sahaja bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan meninggalkan segala urusan lain yang tidak perlu.

Sama macam kita mengembara di muka bumi ini untuk ke sesuatu destinasi, orang yang bijak hanya akan menyediakan dan membawa bersama apa yang diperlukan sahaja di dalam perjalanan sehingga sampai ke destinasinya.

Jika anda mahu pergi berkhemah di dalam hutan, tak perlulah membawa bersama set TV atau Hometheatre dan juga katil kingsize masuk ke dalam hutan. Hanya mereka yang pelik sahaja akan berbuat begitu. Itulah contoh kenapa kita hidup, perlu buat apa yang perlu saja dan tinggalkan yang selain dari itu.

Jalan terbaik hidup ringkas

Untuk hidup ringkas, jalan terbaik adalah dengan menjadi usahawan.

Menjadi usahawan sebenarnya membolehkan kita mengatur kehidupan berdasarkan keperluan dan cara yang kita selesa. Masa kita tidak terikat dengan kontrak pekerjaan bersama majikan seperti orang yang makan gaji.

Oleh itu menjadi usahawan membuatkan kekangan masa yang perlu diperuntukkan pada majikan dapat dibebaskan.

Bila berniaga pula ada berbagai jenis perniagaan. Setiap perniagaan berbeza dan perlu disesuaikan diri berdasarkan keperluan perniagaan tersebut.

Oleh itu cara hidup ringkas seorang peniaga yang jadi Kontraktor Binaan Kerajaan Kelas A, tidak sama dengan cara kehidupan peniaga barang terbuang atau ‘scrap dealer’.

Asalkan kita buat apa yang diperlukan sahaja dan tinggalkan yang lain demi mencapai kejayaan terhadap apa yang dilakukan, maka itulah cara usahawan hidup ringkas.

Siapa yang boleh turut serta

Kelab Usahawan Hidup Ringkas ini tidak terhad hanya pada mereka yang berniaga sahaja.

Malah kita semua sebenarnya adalah usahawan jika dilihat dari perspektif menyara kehidupan.

Orang makan gaji menjual khidmat, kepakaran dan masanya pada majikan manakala peniaga juga berbuat begitu. Masing-masing ada tanggung jawab yang perlu dilunaskan.

Oleh itu jika anda,

  1. Seorang usahawan
  2. Seorang profesional
  3. Seorang pekerja makan gaji yang ada niat nak jadi usahawan
  4. Seorang makan gaji yang nak membina kerjaya ke peringkat paling tinggi yang boleh
  5. Sesiapa saja yang suka tentang keusahawan…

Anda semua layak menyertai Kelab Usahawan Hidup Ringkas.

Jika anda rasa selesa, suka dan ingin menyertai saya membina rangkaian ahli kelab HR, sila daftarkan diri anda segera.

Ahli akan menerima maklumat untuk memasuki artikel-artikel berpassword (kalau ada) atau panduan-panduan lain yang tak akan disebarkan pada bukan ahli.

Ahli Kelab HR juga akan memdapat maklumat jika ada pertemuan santai usahawan sesama usahawan bagi membincangkan bab-bab perniagaan dan bertukar-tukar pandangan dan juga peluang perniagaan. Maklumat akan dihantar melalui email.

Ahli Kelab juga akan menerima update terkini blog Hidupringkas.com setiap hari selasa setiap minggu. Update hanya dihantar sekali dalam seminggu agar tidak mengganggu anda.

Ok!, kalau anda rasa sesuai dengan Group ini, sila daftarkan diri dengan klik di sini dan masukkan maklumat. Terima Kasih daun keladi, kalau boleh datang baca lagi.

Oleh kerana pendaftaran sering menghadapi masalah, anda yang berminat nak dapatkan info dan artikel terkini boleh subscribe dengan memasukkan email anda pada sidebar kanan atas sekali tu.

Untuk anda yang nak masuk Kelab Usahawan Hidup Ringkas, boleh melakukannya sekarang dengan mohon jadi ahli KUHR di Facebook.

Pastikan anda ada akaun FB… !

15 comments
  1. hamzy says:
    29/01/2020 at 2:21 pm

    Salam semua, tumpang iklan saya nak jual bisnes 3 s saya seperti berikut

    Kedai motor utk diambil alih!

    -3s
    -kl area
    – 7 tahun lebih sudah beroperasi

    -Lokasi strategik dekat dgn kedai2,jpj, puspakom,restoran,dll

    -Mempunyai 3 orang staff yg berpengalaman

    -mempunyai 2 tingkat

    -alat ganti, mesin, tools yg lengkap sudah sedia ada -tingkat atas aksesori

    -mempunyai sistem sedia ada, submission, claim, dan sebagainya

    -mempunyai pelanggan tetap

    -mempunyai database,mempunyai page dan follower sedia ada .

    -Anda hanya mengambil alih kerana masih beroperasi Tidak perlu pening2 mencari dan setup memakan masa yg lama dan kos yg tinggi.

    -Tunggu apa lagi, peluang hanya sekali Tujuan let go kerana byk bisnes lain dan xterhandle Anda yg mempunyai masa boleh roger saya .

    0172550852

    0164110852

    Reply
    1. Shubhi says:
      31/01/2020 at 3:52 pm

      Terima kasih kongsikan peluang tu kat sini tuan. Nanti adalah yang berminat tu, insyaallah!

      Reply
  2. Alirosli says:
    08/07/2019 at 3:41 pm

    Assalamualaikum dn salam sejahtera kapada semua sahabat2 usahawan…saya seorang pengusaha pusat selam scuba di Pulau Perhentian Terengganu..,Alhamdullah perniagaan brjalan dgn baik….selain daripada itu,saya ada mengusahakan juga satu produk penjimatan,boleh di usahakan dgn cara santai2 saja atau agresif mengikut kehendak masing2..simple…untuk keterangan lanjut,sahabat2 semua boleh hubungi saya Ali 0194663919 [wasap/call]

    Reply
  3. Ammar says:
    04/12/2018 at 10:09 am

    macam mana nak pupuk diri untuk mula berniaga

    Reply
  4. Adli says:
    19/10/2018 at 11:20 pm

    SYARIKAT PENGEDAR GAS UNTUK DIJUAL
    -VOLUME BULANAN 4000-6000 SILINDER
    -MAKLUMAT PELANGGAN TETAP
    -ASET *1 BIJI LORI
    *1 LOT KEDAI MAJLIS
    (SEWA)
    *1 STOR SIMPANAN GAS LPG
    (SEWA)
    *SILINDER GAS 12KG
    *SILINDER GAS 14KG
    *SILINDER GAS 50KG

    -MAKLUMAT PEMBEKAL (SUPPLIER)
    -TENDER YANG MASIH AKTIF
    -KAWASAN JUALAN *TANJONG MALIM
    *SLIM RIVER
    *SUNGKAI
    HARGA : RM300,000
    CALL 0195497007
    PUAN AZILA

    Reply
  5. RINI ADRIYANI says:
    07/06/2018 at 2:28 pm

    Assalammualaikum..
    Saya baru berjinak-jinak dalam berniaga.

    Reply
  6. Siti says:
    15/05/2018 at 2:39 pm

    Saya suka jika dapat masuk dalam kelab usahawan . saya jual handcrafted organic soap

    Reply
  7. jamie zain says:
    18/01/2018 at 12:08 pm

    Assalam
    Saya jamie, seorang janda tanpa anak, sdg bekerja dan sabtu ahad baru nak berjinak jinak berniaga.
    Tolong bantu hisup saya agar lebih kemas lagi.
    Part time saya adalah berniaga air jus minuman buah buahna dan buah segar potong.

    Reply
  8. Sue Bahar says:
    28/12/2017 at 2:25 pm

    Join!

    Reply
  9. Shariffudin Abdul Hamid says:
    03/11/2017 at 12:34 pm

    Sy nak sertai KeLab usahawan ini

    Reply
  10. LYN LAPAngan58200 says:
    18/08/2017 at 10:01 pm

    saya nak join….dah post tadi…mencari peniaga untuk food bazaar saya

    Reply
  11. LYN LAPAngan58200 says:
    18/08/2017 at 9:58 pm

    SELAMAT MALAM SAHABAT
    SAYA MENCARI PENIAGA MAKANAN/PENIAGA JALANAN ATAU MEREKA YANG PERLUKAN TAPAK UNTUK BERNIAGA
    *LAPAngan 58200 FOOD BAZAAR*
    Lot 5909, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, Off Jalan Klang Lama 58200, Kuala Lumpur.
    *Food Bazaar TERBESAR Di Lembah Klang*
    50 Lot Tapak Makanan Dengan Pelbagai Kemudahan Disediakan.
    1.KHEMAH 8 x 8
    2.BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR
    3.MEJA DAN KERUSI BERKONSEPKAN PALLET
    4.RUANG NIAGA YANG LAPANG DAN SELESA
    5.SINKI DISETIAP KHEMAH
    6.SKRIN BESAR
    7.WIFI PERCUMA
    8.CCTV DAN PENGAWAL
    9.PROGRAM HUJUNG MINGGU
    10.PERSEMBAHAN BUSKERS
    11.OPEN KARAOKE
    12.PERKHIDMATAN PENGHANTARAN
    *TAPAK TERHAD*
    Untuk Pertanyaan Tapak
    Noh 0183717053
    Lyn 0129921099
    Ipin 0173906696

    Reply
  12. Hamran Bin Bakari says:
    18/03/2017 at 3:35 pm

    Saya nak join kelab usahawan ini

    Reply
  13. Mohd Azrai Sujana says:
    20/07/2016 at 2:09 pm

    Saya dah click utk join. Harap kita berjumpa.

    Reply
  14. wani says:
    15/07/2016 at 3:06 pm

    Hi in buat business secara Kecil kecilan.i nak idea mcm create fb page Dan training ye. Says Sedia bayar ye. Boles tolong ye.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.