Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
670
2K
308
13
0
  • Keusahawanan

15 jenis perniagaan paling banyak mengikut sektor

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 18/11/2014
  • 2 comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Ada berbagai jenis perniagaan berdasarkan sektor yang para usahawan ceburkan diri di Malaysia, negara kita. Ada berbagai perkara yang boleh kita pelajari daripada senarai jenis perniagaan paling banyak di negara kita ini.

Antaranya dua perkara paling penting yang boleh kita pelajari daripada senarai jenis perniagaan ini adalah untuk menentukan mana satu perniagaan yang boleh kita masuk berdasarkan jumlah persaingan yang ada.

Memilih jenis perniagaan yang tak ramai masuk

Ada orang yang melihat jumlah jenis perniagaan yang sedikit merupakan satu peluang. Orang jenis ini beranggapan bahawa semakin kurang jumlah peniaga, maka semakin berkurangan persaingan. Jadi bila nak tentukan jenis perniagaan mana yang nak diceburi dia akan pilih yang kurang persaingan.

Anggapan ini mungkin benar mungkin salah. Mungkin jumlah yang masuk sektor perniagaan itu sedikit disebabkan oleh ada banyak kekangan. Jika anda rasa ada kelebihan yang membuatkan anda mudah untuk menceburkan diri, anda mungkin betul.

Memilih jenis perniagaan yang ramai orang buat

Ada satu lagi golongan pula akan melihat jenis perniagaan yang paling ramai menceburkan diri. Mereka beranggapan bahawa jika ramai orang yang masuk ke dalam industri tersebut bermakna, tahap permintaannya adalah cukup tinggi.

Maka orang yang memilih jenis perniagaan yang dah ramai orang buat itu, akan memilih jenis perniagaan yang sama kerana saiz pasarannya memang dah besar. Dia hanya perlu kreatif sedikit sahaja untuk membezakan kehadirannya berbanding orang lain.

Saya lebih suka untuk memilih sektor yang dah ramai orang masuk atas dasar saiz pasaran yang memang dah terbukti amat besar. Jadi tak perlu nak risau samada ada orang nak menjadi pelanggan kita atau tidak.

Terpulang pada cara berfikir masing-masing dalam usaha mencari idea perniagaan yang sesuai untuk dirinya. Anda betul dengan apa yang anda percaya.

Dan memang salah satu daripada cabaran menjadi usahawan adalah untuk membuktikan pada diri sendiri bahawa apa yang dia percaya itu betul. Barulah dia akan menonjol dan berjaya berbanding orang ramai yang lain.

Senarai jenis perniagaan paling banyak diceburi berdasarkan sektor industri

Berikut saya kongsikan 12 senarai jenis perniagaan yang biasa di ceburi mengikut industri di negara kita. Saya ambil maklumat statistik ini daripada portal SME Census. Anda boleh lawat laman tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih banyak berkenaan industri perniagaan kecil di negara kita.

  1. Borong, peruncitan dan menjual serta membaiki kenderaan – Ini industri yang paling banyak orang ceburkan diri. Mereka masukkan dalam satu kategori perniagaan borong dan peruncitan bersama dengan aktiviti jualan, selenggara serta membaiki kenderaan termasuklah motosikal. Jumlahnya adalah sebanyak 289,789 perniagaan.
  2. Industri F&B – Industri makan dan minum merupakan jenis perniagaan kedua paling banyak diceburi oleh para usahawan. Jumlahnya adalah sebanyak 142,721 perniagaan.
  3. Pengangkutan dan pergudangan – Ini jenis perniagaan ketiga terbesar di negara kita dengan jumlahnya sebanyak 40,025 perniagaan.
  4. Servis personal dan servis profesional servis teknikal dan juga saintifik – Jumlahnya adalah sebanyak 36,721
  5.  Servis teknikal dan juga saintifik – Jumlahnya adalah sebanyak 19,054
  6. Administratif dan servis sokongan – Jumlahnya sebanyak 10,609
  7. Industri kesihatan dan kerja sosial – 9,040
  8. Aktiviti hartanah – 8,180
  9. Pendidikan – 7,938
  10. Seni, hiburan dan rekreasi – 6,217
  11. Servis kewangan – 5,356
  12. Penginapan dan perhotelan – 2,817
  13. Informasi dan komunikasi – 1,880
  14. Industri air, kumbahan dan pengurusan bahan buangan – 522
  15. Pembekalan Elektrik, gas dan pendingin hawa – 107

Jumlah keseluruhan perniagaan kecil dan sederhana yang disenaraikan di atas adalah sebanyak 580,985 perniagaan. Ini adalah data pada tahun 2011 dan menurut maklumat terkini jumlah keseluruhan pada tahun ini telah melebihi 660 ribu perniagaan.

Adalah menarik untuk diperhatikan jenis perniagaan yang saya senaraikan di atas dan cuba dibandingkan dengan kecenderungan potensi perniagaan yang sedang meningkat naik di seluruh dunia sekarang.

Untuk maklumat anda perniagaan yang berkaitan dengan industri pendidikan dan kesihatan adalah satu sktor yang begitu rancak dan sedang meningkat naik.

Berdasarkan data di atas, nampaknya industri pendidikan masih terlalu sedikit dan ada satu ruang yang besar untuk diterokai.

Apa idea perniagaan anda sekarang?. Apakah sektor yang sedang anda ceburi sekarang? adakah anda mahu jadi sekadar pekerja atau mahu jadi golongan mereka yang menawarkan peluang pekerjaan pada rakyat Malaysia? tepuk dada tanya selera…

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan

Ada banyak cara untuk berjaya dari segi ekonomi

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 17/11/2014
Read More
Next Article
  • Kehidupan

Teknik ringankan minda untuk lebih produktif

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 19/11/2014
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 5 min
  • Idea
  • Keusahawanan

Cara buat analisis SWOT yang paling ringkas untuk perniagaan anda

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Pemasaran

3 Syarikat perniagaan paling lama bertahan dan masih wujud di pekan kecil kampung saya

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

2 comments
  1. titan says:
    19/11/2014 at 11:08 am

    bisnes servis memang best.

    bisnes buat seminar pun memang best gak. haha

    Reply
  2. Kakiblog says:
    19/11/2014 at 10:40 am

    ini dah cerita berat..pasal bisnes..semoga ianya bermanfaat untuk para usahawan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Mula berniaga
    10 sebab paling tinggi kenapa perniagaan gagal

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.