Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
526
2K
276
100
0
  • Keusahawanan

3 langkah jadikan bisnes lancar tanpa kehadiran anda

  • 08/05/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Man-Typing-On-Laptop-With-Retro-Camera-And-CoffeeSebagai seorang usahawan, impian terbaik yang perlu ada adalah untuk menjadikan bisnes lancar walaupun tanpa kehadiran anda.

Saya sentiasa kagum melihat bagaimana syarikat-syarikat besar berjalan lancar walaupun tuan punya syarikat tidak pernah hadir di dalam premis perniagaannya.

Bisnes lancar tanpa kehadiran boss ini lebih ketara jika kita lihat pada syarikat mutinasional yang beroperasi di seluruh dunia.

Salah satu syarikat yang saya diberikan peluang untuk makan gaji adalah syarikat Ericsson. Syarikat tersebut berasal dari negara Sweden. Pengasas Ericsson adalah seorang usahawan bernama Lars Magnus Ericsson.

Ia diasaskan pada tahun 1876 dan pada ketika itu Lars Magnus Ericsson berumur 30 tahun. Berbekalkan pengalaman bekerja sebagai tukang baiki peralatan telegraf di sebuah firma yang membekalkan peralatan itu pada kerajaan Sweden, beliau memulakan syarikatnya sendiri dengan bantuan seorang kawan bernama Carl Johan Andersson.

Syarikat itu pada mulanya menjalankan khidmat membaiki peralatan telegraf dan juga alat telefon dari luar negara. Kenudiannya pada tahun 1878, Ericsson mula mengeluarkan telefon buatan mereka sendiri.

Walaupun telefon buatan Ericsson tidak menarik dari segi rekabentuk dan kalah dengan kemajuan peralatan telefon syarikat dari Amerika, beliau masih berjaya kembangkan syarikatnya tahun demi tahun.

Syarikat Ericsson terus membesar sehinggalah berjaya wujud di 180 buah negara di seluruh dunia. Sampai sekarang Ericsson masih memberikan tumpuan dalam bidang komunikasi.

Bisnes lancar di syarikat Ericsson Shah Alam

Ketika makan gaji di Kilang Ericsson Shah Alam, saya melihat semua pekerja terutamanya pegawai-pegawai tinggi di syarikat itu buat kerja macam syarikat itu mereka yang punya.

Saya juga terikut-ikut macam mana para boss begitu komited dengan kerja mereka sehinggalah sanggup berkhidmat tak kira masa dan keadaan.

Kadang kala saya pelik dengan keadaan diri saya sendiri kenapa saya berikan komitmen macam syarikat itu saya yang empunya. Namun persoalan itu terpadam begitu saja sehinggalah saya mula menjalankan perniagaan.

Pertanyaan paling awal muncul dalam kepala saya ketika mula berniaga adalah bagaimana nak jadikan para pekerja di syarikat saya anggap syarikat tempat mereka kerja macam mereka yang empunya.

Jika saya berjaya buat begitu, sudah tentu lambat laun syarikat akan membesar dan yang paling penting saya tak perlu hadir di pejabat untuk pastikan kerja berjalan lancar.

Bagaimana nak buat bisnes lancar tanpa kehadiran kita

Dengan berbagai pendekatan dan cubaan demi cubaan, saya dapat juga laksanakan impian untuk jadikan bisnes lancar tanpa memerlukan saya hadir 24 jam dalam pejabat.

Pencapaian saya bukanlah yang terbaik, tapi saya yakin masih ramai para usahawan yang terkial-kial kekal dalam keadaan mesti sentiasa ada dalam perniagaan yang sedang mereka jalankan.

Malah ada juga para usahawan yang merasakan bahawa menjadikan bisnes lancar berjalan tanpa kehadiran mereka adalah hampir mustahil untuk dilakukan.

Ada usahawan yang kerja kuat selama lebih 20 tahun tapi masih tak bleh tinggalkan perniagaan. Sebaik saja usahawan sebegitu meninggal dunia, perniagaan mereka juga biasanya meninggal dunia.

Jika anda salah seorang daripada jenis usahawan yang macam itu, percayalah bahawa tak ada sesiapapun yang akan sanggup beli atau ambil alih syarikat yang anda jaga.

Sebab utamanya adalah kerana perniagaan itu adalah anda dan anda adalah perniagaan itu. Dua-dua mesti ada dan jika salah satunya bungkus, kesemuanya akan turut bungkus.

3 langkah jadikan bisnes lancar tanpa anda

Berikut saya kongsikan 3 langkah yang perlu diambil dan difikirkan agar bisnes yang sedang anda jalankan berjalan lancar walaupun tanpa kehadiran anda.

  1. Elakkan diri anda menjadi pegawai bomba
    1. Ini merupakan langkah awal yang perlu anda elakkan. Jika sekarang anda dapati tidak dapat duduk senang walaupun selama satu jam tanpa ada sebarang gangguan daripada para pekerja, anda sebenarnya sedang jadi seorang pegawai bomba.
    2. Pegawai bomba akan sentiasa mendapat panggilan kecemasan dan perlu bertindak segera untuk menyelamatkan keadaan. Tidak ada panggilan yang perlu diabaikan walaupun kadang kala ada orang nakal yang sengaja buat panggilan palsu.
    3. Begitu juga dalam syarikat anda sekarang, bines akan berenti kalau anda tak layan gangguan kecemasan para pekerja anda. Walaun kadang kala anda rasa macam nak ketuk kepala pekerja itu dek masalah yang terlalu mudah untuk diselesaikan.
    4. Dalam keadaan itu, apa yang anda perlu buat adalah sediakan senarai kesemua panggilan-pangglan kecemasan yang ada selama ini dan susun berdasarkan keutamaannya. Ianya mestilah berdasarkan yang paling kerap berlaku, paling mahal dan paling menyusahkan hidup anda.
    5. Setelah disenaraikan, cari punca asal segala masalah tersebut dan perbetulkan dengan sistematik. Buat manual atau prosedur secara terperinci agar ianya boleh dirujuk sekiranya timbul masalah lagi.
    6. Yang pentingnya urusan itu akan berjalan lancar hanya dengan merujuk pada manual yang telah disediakan oleh anda. Buat satu demi satu sehinggalah akhirnya anda ada masa untuk duduk merancang dan berfikir penambah baikan selama berjam-jam tanpa ada gangguan lagi.
    7. Bila semua itu berlaku, anda sebenarnya telah berjaya membuatkan perjalanan bisnes lancar dan menjadi stabil.
  2. Buat carta aliran keseluruhan operasi syarikat

    1. Bila perniagaan anda dah stabil dan anda dah ada masa untuk lepak berfikir dan merancang, barulah anda boleh mulakan kerja penting membina sistem perjalanan perniagaan syarikat anda.
    2. Cuba senaraikan bagaimana perniagaan anda berjalan dari awal bermula daripada aktiviti membuat pemasaran sehinggalah masuk tempahan, operasi dan akhirnya penghantaran dan aktiviti selepas jualan.
    3. Bagi orang yang biasa buat audit ISO, anda tentu ada pengalaman untuk merangka kesemua tugasan ini. alau tak ada pengalaman, carilah orang yang biasa dan duduk sekali untuk membuat kesemua carta aliran perjalanan perniagaan anda.
    4. Petuanya di sini adalah tulis apa yang anda buat dan buat apa yang anda tulis. Pastikan segala proses yang anda rangka ringkas dan mudah sehingga budak darjah enampun dapat mengikutinya. Itu ciri-ciri perjalanan syarikat yang berpotensi untuk berjaya mengatasi semua pesaingnya.
    5. Buat pembaikan kesemua proses tersebut dengan melakukan banyak simulasi demi simulasi sehingga ianya hampir sempurna.
    6. Bila dah ok, lancarkan secara rasmi di seluruh perjalanan syarikat anda. Berikan masa untuk melatih semua pekerja agar fasih dan sentiasa pantau di peringkat awal perlaksanaannya.
    7. Bila anda dah berjaya lakukan kesemua perkara di atas, masa anda akan bertambah lapang sebagai taukeh. Anda boleh pergi bercuti tanpa risau dan boleh duduk rumah mencari idea baru atau apa-apa saja yang perlu.
  3. Mantapkan prestasi perniagaan

    1. Anda dah ada banyak masa sekarang. Kerja anda dah mula fokus pada membaca maklumat perniagaan daripada data akaun dan prestasi jualan dan keuntungan perniagaan.
    2. Dalam keadaan itu, apa yang anda perlu lakukan adalah mencari satu perkara yang dapat diperbaiki agar prestasi perniagaan syarikat anda dapat dilonjakkan dengan lebih tinggi lagi.
    3. Biasanya anda boleh lhat dari berbagai sudut. Boleh semak produk mana yang paling untung dan fikirkan bagaimana nak tingkatkan lagi jualan produk tersebut. Anda boleh juga lihat produk mana paling merugikan dan bagaimana nak jadikan ia lebih menguntungkan.
    4. Atau anda boleh lihat pada urusan masa. Lihat proses mana yang paling lembab memakan masa dan fkirkan bagaimana nak cepatkan perjalanan masanya melebihi separuh daripada biasa.
    5. Walau apapun projek pemantapan yang anda mahu lakukan, pastikan buat satu projek demi satu projek. Tak payah tamak dan gopoh nak buat banyak perkara dalam satu masa.
    6. Buat sasaran yang mahu dicapai. Pastikan ianya boleh diukur. Sasaran anda perlu amat tinggi macam tak logik supaya anda terpancul keluar daripada kotak dunggu yang menghalang kemajuan.

Begitulah 3 langkah mudah yang boleh anda buat untuk jadikan bisnes lancar tanpa memerlukan kehadiran anda sepanjang masa memantau perjalanan syarikat anda.

Paling penting di sini adalah rekrut pekerja yang sesuai dan berikan kepercayaan pada pekerja anda. Selamat mencuba dan moga ada manfaatnya.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • autopilot
  • langkah maju
  • perniagaan berjaya
  • petua
  • prosedut
  • sistem
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan

Tak perlu pertahankan diri dengan maklum balas

  • 06/05/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Keusahawanan

Orang macam mana biasanya jadi usahawan

  • 11/05/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan

Ini berita baik untuk anda yang terlibat dalam industri kreatif tanah air

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

8 perkara yang anda perlukan dari kawan bila jadi usahawan – Siri 2

6 comments
  1. Razak says:
    16/05/2015 at 10:39 pm

    Saya dah buat.Tinggal tunggu pekerja masukkan duit dalam bank sahaja setiap hari.Hampir berjaya tapi akhirnya saya pecat pekerja saya sebab ajak kawan melepak.Amaran dan peluang sudah diberi tapi tak jalan..Jaga duit bagus.Jujur tapi tapi tak dengar cakap.Jadi buanglah jawabnya..

    Reply
    1. Shubhi says:
      22/05/2015 at 6:35 pm

      memang perlu mencari dan mencari sampai jumpa, jangan putus asa

      Reply
  2. mrhanafi says:
    10/05/2015 at 7:14 am

    sangat mantap ..saya akan jadikan rujukan bila tiba masanya..

    Reply
    1. Shubhi says:
      10/05/2015 at 12:12 pm

      Terima kasih, insyaallah akan tiba masanya tak lama lagi

      Reply
  3. zool says:
    09/05/2015 at 11:36 pm

    langkah yang baik.. buat masa ni saya belum memiliki bisnes lagi walaupun dah ada nama syarikat..
    insyallah perancangan akan diteruskan dan panduan ini boleh dirujuk nanti

    Reply
    1. Shubhi says:
      10/05/2015 at 12:13 pm

      Dah ada nama tu elok daftarkan segera, dah daftar ke belum?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
    • Kehidupan
    Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar
    • Jualan
    3 perkara yang anda perlu berikan tumpuan dalam aktiviti berkenaan jualan dalam perniagaan anda
Trending
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.