Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
554
2K
279
14
0
  • Keusahawanan

5 syarikat paling tua di Bursa Saham !

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 03/09/2013
  • 23 comments
  • 2 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Oldest Company in BursaMungkin ramai yang tak sedar ada banyak syarikat yang cukup tua yang telah lama wujud di negara kita sejak sebelum merdeka lagi. Syarikat yang dibicarakan di sini hanyalah yang besar dan tersenarai di Bursa Saham sahaja.

Sudah tentu yang tersenarai itu adalah syarikat yang besar dan telah melalui berbagai tranformasi yang berjaya mengekalkan mereka sehingga ke hari ini.

Memang ada banyak syarikat telah wujud di negara kita sejak sebelum merdeka, cumanya banyak yang kecundang dan mati separuh jalan sebelum sempat negara mengecapi kemerdekaan.

Mari kita lihat 5 syarikat paling tua yang wujud di senarai Bursa Saham kita sekarang:

  1. TAHPS Group – Nama asal syarikat paling tua di Bursa Saham ini adalah The Ayer Hitam Planting Syndicate Berhad. Ditubuhkan sejak tahun 1907 sebagai syarikat perladangan Pokok Getah. Kini dia telah mempelbagaikan perniagaannya kepada Kelapa Sawit dan juga Hartanah di samping masih mengekalkan perladangan Pokok Getah.
  2. United Malacca – Syarikat ini ditubuhkan oleh Tan Cheng Lock pada tahun 1910 sebagai syarikat perladangan getah bermula dengan keluasan pada ketika itu seluas 186 hektar. Ia merupakan syarikat nombor dua paling tua di Bursa Saham. Sekarang mereka mempunyai seluas 24,575 hektar ladang dengan nilai perdagangan sebanyak RM1.48 billion. Mereka masih kekal dalam industri perladangan getah dan dan juga Kelapa Sawit.
  3. Sime Darby – Tak perlu diperkenalkan lagi syarikat ini kerana kita semua dah tahu. Orang Inggeris yang menubuhkan syarikat perladangan ini pada tahun 1910. Orang yang menubuhkannya adalah William Middleton Sime, Henrry d’Esterre Darby dan juga Herbert Milford Darby. Asal penubuhannya adalah di Melaka dengan ladang seluas 12,437ekar. Kini Sime Darby berkembang dengan berbagai perniagaan termasuklah perladangan, hartanah dan juga automotive. Nilai pasarannya adalah RM56.31 billion.
  4. Asian Pac Holding – Starikat ini ditubuhkan pada tahun 20hb Jun 1913. Disenaraikan di Bursa pada tahun 1961. Sayarikat ini bermula sebagai sebuah syarikat insurans dan broker saham. Kini ia telah bertukar menjadi sebuah syarikat pelaburan dan pembinaan hartanah. Keuntungannya melonjak naik pada tahun 2012 sejak kejayaannya membina Kota Kinabalu Times Square. Pengerusi kepada syarikat ini ialan Tan Sri megat Najmuddin Megat Khas. Namun pemilik utamanya ialah Encik Mah Sau Cheong.
  5. Pinehill Pasific – Ditubuhkan pada tahun 1917 sebagai sebuah syarikat Kelapa Sawit dan pemprosesan minyak kelapa sawit. Kini masih mengekalkan perniagaan kelapa sawitnya dan ditambah dengan perniagaan hartanah.

Terdapat sebanyak 26 syarikat yang ditubuhkan pada dan juga sebelum tahun 1957 di Bursa Saham.

Untuk pengetahuan  semua, Sapura Resources ditubuhkan pada tahun 1957 oleh Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, seorang jurutera elektrik didikan British.

Ia bermula dengan nama Uniphone Telecommunication Berhad sebagai syarikat telekomunikasi dan masih wujud sehingga sekarang.

Itulah satu-satunya syarikat yang ditubuhkan oleh Bumiputra yang masih wujud dan semakin kukuh sehingga sekarang. Yang lainnya semua dimulakan samada oleh Mat Saleh atau Orang Cina.

Apa agaknya masalah orang kita Melayu ni agaknya ya?

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • Bursa Saham
  • info usahawan
  • ketahanan
  • Perniagaan
  • Syarikat paling tua
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Info Usahawan

Usahawan muda berjaya dari Pulau Pinang yang misteri !

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 02/09/2013
Read More
Next Article
  • Keusahawanan

Istiqamah dan disiplin: Siri kaya #8

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 04/09/2013
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan

Ini berita baik untuk anda yang terlibat dalam industri kreatif tanah air

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

8 perkara yang anda perlukan dari kawan bila jadi usahawan – Siri 2

23 comments
  1. Hazmin Hamudin says:
    04/09/2013 at 4:42 pm

    Kebanyakkannya syarikat perladangan ye. Nampaknya perladangan masih lagi releven dari dahulu hingga sekarang.

    Reply
  2. ema says:
    04/09/2013 at 3:53 pm

    setuju dengan komen dari zool

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      04/09/2013 at 4:06 pm

      Ada kebenarannya…itu memang salah satu sifat buruk manusia…

      Reply
  3. kakiblog says:
    03/09/2013 at 11:46 pm

    ilmu tentang pengurusan syarikat ‘tua’ perlu kita kaji sebagai panduan untuk berjaya menguruskan syarikat baru.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      04/09/2013 at 4:05 pm

      Setuju sangat….ada baca falsafah perniagaan United Malacca, jenerasi pemilik syarikat itu mengamalkan fahaman Confusius dalam semua urusan kehidupan mereka.

      Reply
  4. Khairul Zamri says:
    03/09/2013 at 11:00 pm

    Yang den penah dengar sime darby je huhu company target masa depan tu ade rezeki insyaAllah

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      04/09/2013 at 4:03 pm

      Ya, siapa tak kenal sime darby…tentu ada sedikit masalah..hehe

      Reply
  5. zool says:
    03/09/2013 at 10:27 pm

    syarikat melayu ni banyak phd.. tu yang banyak jatuh dan jatuh..
    lagi satu syarikat melayu ni tak bersatu..

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      04/09/2013 at 4:02 pm

      Mungkin itu salah satu sebab dari banyak sebab-sebab lain…

      Reply
  6. encikarman says:
    03/09/2013 at 7:22 pm

    bagus kalau keje kat sykt ni kan, stabil

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      03/09/2013 at 7:23 pm

      Ya, kebanyakkannya kerja sampai pencen…

      Reply
  7. papa mifz says:
    03/09/2013 at 5:13 pm

    den pernah dengar nama syarikat no3 tuh jer…hehe

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      03/09/2013 at 7:09 pm

      Ramai macam tu

      Reply
  8. Hafizul says:
    03/09/2013 at 4:19 pm

    Yang pernah dgr sime darby aje..yang lain tak pernah dgr pulak..haha

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      03/09/2013 at 7:09 pm

      Biasa!

      Reply
  9. puteri kasih says:
    03/09/2013 at 1:51 pm

    antara kelima-lima yang tersenari..puteri tahu sime darby je. Yang lain tak tahu..hehe

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      03/09/2013 at 7:10 pm

      Biasa seperti yang lain gak

      Reply
  10. encikarman says:
    03/09/2013 at 1:25 pm

    hehe.. lama betul sykt nih..

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      03/09/2013 at 7:10 pm

      Memang lama sungguh!

      Reply
  11. titan says:
    03/09/2013 at 1:07 pm

    gua tahu sime darby aje. banyak lagi gua tak tahu rupanya. hoho..

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      03/09/2013 at 7:10 pm

      Biasa macam yang lain gak

      Reply
  12. onlajer says:
    03/09/2013 at 12:56 pm

    nombor 3 dan 5 sahaja yang aku cam

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      03/09/2013 at 7:11 pm

      sedikit luar biasa. Macam mana boleh tahu yang no 5 tu?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia
    • 4 minute read
    • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan konsep Micro-Niche
    • 3 minute read
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • 5 minute read
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • 4 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Kewangan
    Cara nak urus kewangan perniagaan syarikat

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.