Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
671
2K
308
13
0
  • Keusahawanan

Adakah blogger seorang usahawan?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 22/08/2013
  • 33 comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Kerjaya BloggerDalam dunia blogging baru-baru ini ramai yang memperkatakan tentang buat duit melalui aktiviti blogging.

Ada juga yang mencetuskan idea menjadikan blogging sebagai kerjaya.

Soalan yang muncul dalam fikiran ketika melihat cetusan idea tersebut adalah;

“Adakah blogger seorang usahawan?”

Ada banyak perbezaan antara seorang usahawan berbanding dengan individu yang kerja sendiri.

 

Beza usahawan dengan kerja sendiri

Usahawan ada keistimewaan untuk tidak bekerja selain dari melakukan apa yang dia suka disamping banyak menggunakan otaknya bagi membina dan membesarkan empayar perniagaannya.

Mereka yang kerja sendiri pula tak ada keistimewaan ini. Rutin hariannya sama sahaja seperti seorang pekerja makan gaji cuma bezanya adalah dia tak ada boss.

Malah pekerja sendiri lebih parah keadaannya kerana cutinya tidak berbayar. Jika makan gaji, ada MC dapat menjamin dia untuk masih mendapat gaji penuh!. Nampaknya kerja sendiri jauh lebih teruk daripada bekerja makan gaji.

Berbalik pada persoalan menjadikan blogger seorang usahawan, kita dapat lihat blogger akan hidup mirip sebagai seorang yang kerja sendiri.

Jika blogger berjalan kaki dan dihempap setandan kelapa muda, alamat dia akan terkangkang di hospital 3 bulan kalau masih hidup!. Secara lansung aktiviti bloggingnya terhenti dan rankingnya turun dan situasi SEO pada blognya tergugat.

Oleh itu, apa yang dapat kita dapat rumuskan di sini, jika seorang blogger hanya mengharapkan blognya dengan hasil penulisannya yang tersendiri untuk menjana pendapatan, dia sudah tentu bukan seorang usahawan.

Untuk menjadikan blogger sebagai usahawan, dia mestilah mampu menjana pendapatan walaupun tidak membuat sebarang posting atau penulisan. Pendapatan blogger seorang usahawan itu tetap masuk ketika dia bercuti atau melancong.

Bagaimana nak jadikan blogger sebagai usahawan?

Salah satu cara yang saya terfikirkan bagi mengatasi masalah kebergantungan yang tinggi pada individu blogger itu sahaja adalah dengan melakukan aktiviti blogging secara berjemaah.

Seorang blogger yang ada sifat keusahawanan akan melakukan perkara berikut dalam membentuk blog penjana wang pada semua blogger di bawahnya:

  1. Buat blog – Ini tak payah diterangkan, bila sebut blogger, dia mesti ada blog. Mulakan satu blog yang niche dan menarik dengan konsep dan strategi yang hebat untuk jangkamasa 5 tahun.
  2. Rekrut blogger – Mulakan dengan menyenaraikan kriteria blogger yang diperlukannya dan mulakan merekrut sekurang-kurangnya 2 atau 3 orang lagi blogger yang bergaji tetap.
  3. Sediakan modal – Sudah tentu buat permulaan, modal diperlukan untuk membayar gaji para bloggernya sehingga blog berjaya menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar gagi serta elaun atau komisyen tambahan.
  4. Sediakan carta organisasi – Sebuah perniagaan tak akan lengkap jika tak ada carta organisasi. Ia perlu untuk pembahagian kerja yang jelas dan spesifik dan mengenal pasti ketua serta tanggung jawab masing-masing. Sudah tentu Blogger usahawan tadi bertindak sebagai Ketua Blogger cum Pengarah Urusan.
  5. Pastikan dalam carta ada 4 perkara asas – Organisasi itu mesti ada jabatan Pemasaran, Operasi, Kewangan dan Sumber Manusia.
  6. Mulakan perniagaan dan pantau perkembangannya sehingga berjaya!

Saya tak pasti dah ada orang yang melakukan perkara ini. Mereka yang melakukannya terpaksa korbankan rasa ego untuk mempunyai blog personal kerana ianya sudah menjadi blog organisasi.

Saya rasa blog Denaihati.com ada ciri-ciri ini, cuma tak pasti adakah beliau sudah mempunyai blogger sepenuh atau separuh masa yang memberikan tumpuan pada membina sesuatu yang unik dan menjana kewangan untuk menyara organisasinya.

Apapun, saya lebih suka untuk menjadi usahawan berjaya terlebih dahulu kemudian barulah menjadi blogger yang kongsikan pengalamannya untuk ganjaran di akhir nanti. Insyallah!

Apa pendapat anda?

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • blog
  • Blogger
  • cari makan dengan blog
  • dunia blogger
  • Entrepreneur
  • kerja blogging
  • menulis blog
  • perniagaan blog
  • sara hidup dengan blog
  • Usahawan blogging
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan
  • Motivasi

Perkara negatif membantu anda

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 21/08/2013
Read More
Next Article
  • Tabiat

Suka cari masalah – baik untuk anda

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 23/08/2013
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 5 min
  • Idea
  • Keusahawanan

Cara buat analisis SWOT yang paling ringkas untuk perniagaan anda

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Pemasaran

3 Syarikat perniagaan paling lama bertahan dan masih wujud di pekan kecil kampung saya

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

33 comments
  1. Bungkilan says:
    13/03/2014 at 5:57 pm

    Kena ada persefahaman bila nak buat secara kerjasama.kalau tak habis kena sabotaj.

    Reply
  2. Hafizul says:
    27/08/2013 at 4:22 pm

    Terbaik entri ni..tak pernah pulak saya fikir mcm ni..haha..beul tu bro..kalau tinggal sari dua, ranking alexa dah kelaut..ni kalau tinggal berbulan2..nak tak nak kena buat mcm yang bro cakapkan tu lah…tapi sebenarnya bro usahawan apa ekkk?nak tahu gak serba sedikit kalau tak menjadi masalah..haha

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      03/09/2013 at 8:10 pm

      Usahawan konvensional…Management Co, Audit co, accounting co, sectretary co, pest control co, dan lain-lain….

      Reply
  3. Rawlins GLAM says:
    27/08/2013 at 7:59 am

    Terbaiklah entry nie.
    Memberi inspirasi untuk lebih berjaya.
    Thanks

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      03/09/2013 at 8:10 pm

      TQ

      Reply
  4. sepol says:
    26/08/2013 at 2:47 pm

    carta organisasi… patut la bussiness sebelum ni gulung tikar… start balik lps ni…

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      03/09/2013 at 8:11 pm

      Penting carta tu, sebagai peringatan akan tugasan yang perlu dibuat

      Reply
  5. Joe says:
    26/08/2013 at 12:00 am

    Nice idea… Member aku pun pernah ajak aku buat something similar macam nie. Cume sebab keje yang membebankan. Lain la kalau at least sorang mmg fulltime, dpt jugak back up.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      03/09/2013 at 8:12 pm

      terus mencuba

      Reply
  6. Ismail N says:
    23/08/2013 at 10:04 pm

    Sebenarnya ada blogger Malaysia yg kini bertaraf usahawan. Gobala Krishna ialah one fine example. The guy started dengan buat blog2 kecil dan buat duit dgn AdSense dan jual2 brg di blog. Sekarang, tengok lah dia.
    Namun, utk capai kejayaan sebegitu bukan mudah. Punyai traffic yg baik bukanlah penentu jika ia tidak bawa CUSTOMER. In the end, kita terpaksa asses berbaloi ker buat kerja ni sepenuh masa. Cuma jangan dilupa juga perpatah org tua ‘jika ada kemahuan, tentu ada jalan’. Mahu cari jalan tu lah yg paling susah sekali…

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      23/08/2013 at 10:19 pm

      Betul jugak. Perlu tabah…nak kena check dengan En Gobala Krishnan tu…TQ for info

      Reply
  7. Zuan says:
    23/08/2013 at 10:02 pm

    saya ingin jadikan blog sebagai platform untuk jana income sampingan.. ada terfikir untuk jadikan sebuah syarikat yang ada pekerja, tapi masih tiada modal dan pendapatan yang solid untuk tampung

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      23/08/2013 at 10:20 pm

      Dari azam ada usaha, ada usaha tentu jumpa jalan…

      Reply
  8. Khairul Zamri says:
    23/08/2013 at 7:34 pm

    Mungkin boleh tambah lagi, letakkan matlamat dan objektif utama supaya sentiasa di ikuti

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      23/08/2013 at 8:05 pm

      Ya, masukkan itu dalam strategy 5 tahun yang telah dirangka…

      Reply
  9. ema says:
    22/08/2013 at 5:12 pm

    mula-mula buat blog hanya utk suka-suka ibaratkan diari online yg boleh dikongsi bersama….bila dah terbaca blogger yang bercerita boleh buat income dgn blog..mmg terdetik hati kenapa tak buat benda yg sama…tak berharapan tinggi pun dgn iklan-iklan yg di letakkan dalam blog untuk dapatkan income sebab sepanjang menulis blog mmg tak pernah merasa income dari iklan tu..yg utama tujuan adalah hanya untuk menulis blog saja.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      23/08/2013 at 1:14 am

      Kekal begitu mungkin lebih baik

      Reply
  10. titan says:
    22/08/2013 at 4:51 pm

    modal..plan yang bagus dan idea yang unik.

    itu yang aku nampak setakat ni.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      23/08/2013 at 1:15 am

      Just an idea

      Reply
  11. hazman aka species1980 says:
    22/08/2013 at 4:05 pm

    Dalam masa yang sama nak cari team kita kena pilih dengan betul mengikut kemahiran dan keperluan kita

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      23/08/2013 at 1:15 am

      setuju sangat

      Reply
  12. onlajer says:
    22/08/2013 at 3:30 pm

    tak pernah pulak terfikir sampai macam itu sekali dengan berblog

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      22/08/2013 at 3:54 pm

      Boleh start fikirkan…

      Reply
  13. ajumohit says:
    22/08/2013 at 2:04 pm

    mana tahu dari suka2 menulis blog boleh jadi usahawan berjaya kan

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      22/08/2013 at 3:54 pm

      Insyallah…dari fikiran akan muncul bentuk di luaran

      Reply
  14. drinspirasi says:
    22/08/2013 at 12:38 pm

    Pernah juga ingin membuat demikian, tetapi kosnya yang tinggi dan akhirnya mengalah tulis sahaja sendiri. 🙂

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      22/08/2013 at 3:59 pm

      Ya modal penting dan tempoh masa mesti agak pantas dalam masa 6 bulan.jika selepas itu nasih tak ada hasil…gulung tikar

      Reply
  15. Bahrain says:
    22/08/2013 at 12:21 pm

    teringin nak jadi ushawan tp kena pikiq juga benda apa yang nak jual..

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      22/08/2013 at 4:03 pm

      Terlalu banyak benda yang boleh dijual, perlu fikir …’boleh ke aku jual benda ni…? akan jumpa jawapan.

      Reply
  16. Kujie says:
    22/08/2013 at 12:14 pm

    Kalau yang serius menjadikan blog sebagai sumber pendapatan , dia kena buat mcm ni… kena ada pelapis untuk update dan cari bahan.

    Blog peribadi saya juga ada 4-5 orang admin dan author – mereka boleh update bila2 masa

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      22/08/2013 at 4:11 pm

      Menarik ! admin fulltime ke part time…blogging ni kalau part time pun ok rasanya!

      Reply
  17. fyna says:
    22/08/2013 at 9:35 am

    banyak faedahnya sekiranya kita dapat memanfaatkan blog yang kita adakan.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      22/08/2013 at 11:42 am

      Ya!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Pemasaran
    Rahsia kenapa orang boleh kaya jual insuran

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.