Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
526
2K
276
100
0
  • Keusahawanan

Anda perlu cari mentor kalau nak berjaya

  • 15/07/2013
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Jika anda seorang usahawan, percayalah bahawa anda perlu cari mentor yang dapat membimbing supaya anda berjaya. Saya akan berikan sedikit penjelasan dalam artikel ini.

Sudah berapa lama anda berniaga?

Jika perniagaan sudah mencecah 5 tahun, saya yakin anda tentu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pembimbing atau mentor. Usahawan dan mentor berkait rapat antara satu sama lain.

Seseorang usahawan perlu cari mentor dan berdamping dengan mentor tersebut jika mahu pastikan perniagaannya dapat kekal walaupun selepas 5 tahun menjalankan perniagaan.

Data daripada kajian yang dijalankan terhadap para usahawan kecil dan sederhana di Australia menunjukkan 70% daripada usahawan yang mempunyai mentor berjaya mengharungi perniagaan mereka melepasi tempoh 5 tahun.

Data di atas menunjukkan, mempunyai mentor amat penting dan merupakan satu cara bijak untuk berjaya dalam perniagaan.

Namun begitu, adalah mengejutkan apabila kajian menunjukkan sebanyak 42% daripada usahawan kecil dan sederhana berniaga tanpa mempunyai mentor untuk dirujuk!.

Semua data yang saya sebutkan di atas merupakan data daripada luar negara. Saya tidak pasti samada di negara kita ada kajian dilakukan terhadap para usahawan kecil dan sederhana bagi mengumpul maklumat yang sebegitu.

Insyallah, jika ada kesempatan dan jika makin ramai para usahawan yang menyertai blog ini dan mendaftar dengan memasukkan email anda pada kelab usahawan hidupringkas, maklumat sebegitu dapat dilaksanakan.

Jalan selamat adalah dengan cari mentor

Cuba kaji dan dapatkan maklumat terhadap usahawan yang berjaya, samada di dalam atau luar negara, anda tentu akan dapati, kesemua mereka mempunyai mentor. Mentor dijadikan sebagai orang yang akan dirujuk untuk sebarang pendapat atau nasihat perniagaan.

Saya bernasib baik. Ini kerana sepanjang bermula menjadi usahawan sampai sekarang, sentiasa dikelilingi oleh ramai kawan-kawan yang cukup berjaya dalam perniagaan mereka.

Sebarang masalah atau pencerahan boleh dirujuk pada ramai kawan-kawan yang jauh lebih lama dalam dunia perniagaan. Mereka akan kongsikan pengalaman dan memberikan maklumat yang jelas untuk saya membuat keputusan selanjutnya.

Apa yang menarik adalah, kesemua kawan-kawan saya yang telah lama berniaga itu juga mempunyai mentor mereka sendiri di waktu awal mereka menjalankan perniagaan.

Daripada pengalaman saya sendiri, saya cukup yakin kalau seseorang usahawan itu mahu cepatkan proses membina kejayaan dalam perniagaannya, dia perlu mendapatkan bimbingan daripada seorang mentor yang berpengalaman.

Bukan tak boleh mengharungi dunia perniagaan tanpa bimbingan mentor. Usahawan masih boleh dapatkan buku dan juga melayari internet bagi mendapatkan jutaan petua dan panduan dari sana.

Tetapi bukan semua orang ada masa atau keupayaan untuk memberikan tumpuan pada bacaan. Kalau bolehpun, bukannya mudah untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis.

Cara terbaik tetap dengan merujuk mereka yang jauh lebih berpengalaman secara berdepan. Kalau tak faham kita boleh bertanya, dan bertanya sampai faham.

Jika mahu yang lebih baik, anda boleh merujuk pada bahan bacaan dan ditambah dengan rujukan pada mereka yang berpengalaman untuk lebih memahami lagi duduk perkara yang cuba difahami.

Bagaimana nak cari mentor

Ada dua jenis mentor yang boleh anda dapatkan bantuan.

Satunya percuma dan satu lagi berbayar.

Mentor yang percuma biasanya adalah dari kalangan rakan yang dikenali berpengalaman dan berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi.

Jika kesemua kawan-kawan yang anda ada kebanyakannya hanyalah pemakan gaji tegar yang tak ada langsung hasrat untuk jadi usahawan, anda perlu keluar dan mencarinya diluar lingkungan daripada mereka yang anda kenal.

Anda masih boleh dapatkan bantuan secara percuma dengan ikhtiarkan cara terbaik untuk berkenalan dan seterusnya rapat berkawan dengan usahawan berjaya yang menjadi sasaran anda.

Mungkin cara di atas mengambil masa yang agak lama untuk anda mendapatkan mentor dan anda tak boleh menunggu.

Jika anda mahu mendapatkan mentor dengan cepat, ada banyak syarikat yang menawarkan ‘Business Coaching’ atau bimbingan usahawan secara peribadi.

Kebanyakan daripada syarikat-syarikat tersebut menawarkan khidmat bimbingan yang cukup lengkap untuk memastikan usahawan yang mereka latih, berjaya dalam perniagaan mereka.

Cuma masalahnya adalah kos bayaran yang dikenakan pada para usahawan agak tinggi.

Biasanya mereka mengenakan bayaran antara RM20,000 ke RM30,000 setahun, untuk bimbingan pada usahawan yang berminat.

Sudah tentu bagi peniaga kecil jumlah sebegitu adalah sesuatu yang cukup besar untuk dilunaskan. Oleh itu tidak hairanlah para usahawan kecil melupakan sahaja hasrat untuk mendapatkan mentor.

Walau bagaimanapun, seeloknya para usahawan kecil perlu berusaha mendapatkan bimbingan secara berterusan daripada mentor yang terbukti telah berjaya.

Para usahawan kecil perlu bercita-cita besar dan untuk merealisasikan cita-cita itu mereka perlukan suntikan semangat serta bimbingan dari mereka yang telah berjaya.

Buatlah apa saja dan berusahalah untuk mendapatkan bimbingan dari mentor, insyallah anda tidak akan menyesal.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • bimbingan keusahawanan
  • business coach
  • HR Biz Coaching
  • mentor
  • pembimbing
  • Usahawan berjaya
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan

Usahawan jangan tertipu!

  • 14/07/2013
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Kejayaan
  • Keusahawanan

Cabaran usahawan: Projek RM1 Billion!

  • 16/07/2013
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan

Ini berita baik untuk anda yang terlibat dalam industri kreatif tanah air

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

8 perkara yang anda perlukan dari kawan bila jadi usahawan – Siri 2

24 comments
  1. Sham BB says:
    04/09/2014 at 11:32 am

    Mentor itu penting dalam bisnes. Ibarat kompas diatas bahtera. Penunjuk arah supaya tidak tersesat. Perniagaan itu pula ibarat peta menunjuk sasaran hala tuju dan kita adalah nakhoda yg membawa perniagaan itu dengan tekad utk sampai ke destinasi.. insyaallah dengan izinnya..

    Reply
  2. Abd Halim says:
    21/02/2014 at 7:28 pm

    Sya sedang mencari metor usahawan kontraktor..mohon beri cadangan…

    Reply
  3. idham holid says:
    12/12/2013 at 10:19 am

    belajar pada mentor adalah jalan cepat buat sukses, kerana mentor yg punya skill puluhan tahun boleh kita dapat hanya dg belajar beberapa hari saja asalkan kita mau action….!
    “semoga comment saya ini dapat menjalin hubungan baik dg saudara2 yang di malaysia, mari kita saling berbagi manfaat dan sama sama berjaya. Saya dari bali, sekarang buka usaha di banyuwangi jawa timur. (idhobali@gmail.com)

    Reply
  4. Adi says:
    03/10/2013 at 10:50 pm

    Mentor sebagai contoh kita melihat cara mereka berusaha ke arah target mereka

    Reply
  5. Jeliah sallih says:
    25/07/2013 at 4:30 am

    Saya memang tengah mencari mentor yg sesuai memandangkan saya baru saja bertapak di dunia perniagaan ni. Mohon nasihat dr en. Shubhi, di mana harus saya mencari mentor yg sesuai memandangkan di tempat saya begitu jarang/sukar untuk mencari mentor melayu. kebanyakan di tempat saya perniagaan di dominasikan oleh kaum bukan melayu.

    Reply
  6. Jeliah sallih says:
    25/07/2013 at 4:27 am

    saya mmg tengah mencari mentor yg sesuai. Memandangkan saya baru sahaja membuka perniagaan pakaian. Di tempat saya, jarang/sukar utk menemui org melayu berniaga. Kebanyakan perniagaan di dominasikan oleh kaum bukan melayu. Jadi saya ingin mohon nasihat dr pihak en.Shubhi, bagaimana saya untuk mencari mentor (melayu) @ ada cara lain mentor di perolehi dr alam maya ini?

    sekian terima kasih

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      25/07/2013 at 6:24 am

      Mentor tak semestinya sama bangsa dgn kita, tak kisah mat saleh, India, Cina, Melayu atau Bangla, asalkan dia berjaya dan banyak pengalaman. Kalau tak ada langsung Melayu kat tempat saudari, cuba sertai mana-mana persatuan ekonomi, kebajikan, sukarela, atau apa saja persatuan yang berkhidmat utk masyasrakat…di situ biasanya ada ramai orang yang berjaya…sertai mereka !

      Reply
  7. Haziq Mazlan says:
    22/07/2013 at 6:18 am

    Betul… kita mmg perlu kan mentor.. bkn sahaja nk panduan or dorongan tp mentor tu nanti akan menegur or memperbetul kn jln or keadaan disaat kita tidak sedar

    Reply
  8. Haziq Mazlan says:
    22/07/2013 at 6:18 am

    Betul… kita mmg perlu kan mentor.. bkn sahaja nk panduan or dorongan tp mentor tu nanti akan menegur or memperbetul kn jln or keadaan disaat kita tidak sedar

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      25/07/2013 at 6:21 am

      itu tujuan ada mentor, elak masuk lubang

      Reply
  9. Hafizul says:
    17/07/2013 at 7:14 am

    Susah kalau nk kejar kjayaan tanpa bantuan mentor…kan bro?hehe

    Reply
  10. titan says:
    16/07/2013 at 8:31 pm

    Yap, sangat penting untuk mempunyai mentor. Hoho

    Reply
  11. azman says:
    15/07/2013 at 9:38 pm

    Kalau kita mencari mentor,rasanya itu lebih baik dari kita terumbang ambing tanpa bimbingan.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      25/07/2013 at 6:21 am

      setuju sangat tu

      Reply
  12. Dja@Sishaza says:
    15/07/2013 at 3:37 pm

    sama seperti berblogging, berniaga juga perlu berguru …lebih mudah berbanding bersendirian

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      25/07/2013 at 6:20 am

      Ya ! samada secara formasl atau tidak formal…

      Reply
  13. shafwan says:
    15/07/2013 at 2:59 pm

    bukan senang nak jadi usahawan yang berjaya kan.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      25/07/2013 at 6:20 am

      memang sukar tapi boleh dilakukan asalkan mahu

      Reply
  14. Mohd Zaki says:
    15/07/2013 at 11:54 am

    Cari mentor melalui facebook..di facebook pelbagai group bisnes diwujudkan untuk dikumpulkan dalam satu kumpulan. Di situ kita boleh bertukar-tukar pandangan dan bertanya pelbagai masalah yang dihadapi. Contohnya kat facebook sekarang ada 1 Malaysia Fertagasi Group. Yang membincangkan mengenai tanaman fertegasi.

    Reply
  15. puteri kasih says:
    15/07/2013 at 5:19 am

    bagus juga kalau ada mentor..tapi ramai juga yang berjaya tanpa mentor dan hanya mendapat sokongan dari kaum keluarga dan sahabat handai kan 🙂

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      15/07/2013 at 8:23 am

      Ada juga yang gunakan mentor bayangan seperti ikon terkenal yang diminati dan mendapatkan maklumat melalui buku atau biography mereka.

      Reply
  16. suri says:
    15/07/2013 at 3:36 am

    tak der mentor ni sb minta…urm…dorongan dari suami dan keluaraga sahaja..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      15/07/2013 at 8:22 am

      Mentor lain, dorongan pulak perkara lain.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
    • Kehidupan
    Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar
    • Jualan
    3 perkara yang anda perlu berikan tumpuan dalam aktiviti berkenaan jualan dalam perniagaan anda
Trending
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.