Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
532
2K
276
100
0
  • Idea
  • Keusahawanan

Bagaimana cara tewaskan McDonald

  • 04/12/2012
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Mungkin ramai yang setuju bahawa jika dibandingkan rasa burger yang dibeli ditepi jalan hasil jualan para usahawan burger kita dengan burger jualan McDonald, burger tradisi kita jauh lebih sedap.

Tetapi McDonald menjual ratusan juta burgernya sehari manakala seorang usahawan burger jalanan menjual sekadar puluhan atau lebih sikit dari itu sehari. Tentu banyak faktor yang menyebabkan perbezaan tersebut berlaku, tapi yang pastinya bukan atas sebab faktor lazat semata-mata.

Antara faktor McDonald laris adalah:

  1. Keseragaman rasanya. Samada burger dari kedai McDonald di Ipoh atau dari kedainya di Kuala Terengganu, kita dapat ‘jangkakan’ keseragaman rasanya. Kita jarang sekali akan kecewa dengan apa yang telah dijangkakan.
  2. Kepantasan. Anda tak perlu berbaris setengah jam untuk dilayan di mana-mana kedai McD. Anda boleh dapatkan bekalan burger lebih cepat dengan konsep DriveThru mereka.
  3. Kebersihan. Suasana bersih, nyaman dan selesa mana-mana kedai McD tak boleh dinafikan. Jika anda berjaya jumpa seekor lipas dalam burger mereka, muka anda bakal jadi glamour kerana boleh disiarkan di akhbar atau mendapat pampasan yang setimpal.
  4. Sistem yang seragam. Tidak ada beza bagaimana kedai McD menjalankan operasinya di segenap pekan di negara kita. Jika anda pernah membeli produk McD di Paris, anda tidak akan hadapi kesukaran untuk mengulanginya di KL.
  5. Aktiviti pemasaran berpusat. McD menjalankan segenap usaha memasar dan mempromosi produknya secara tersusun dan berpusat. Ia dikuatkan lagi dengan kewujudannya di segenap pelusuk tanah air yang melengkapkan proses pemasarannya untuk menyampaikan produknya kepada para pengguna.

Dalam kelima faktor di atas, barangkali faktor nombor dua sahaja yang boleh peniaga burger jalanan tewaskan McD. Itupun jika tidak ramai yang menyerbu gerai mereka sekali gus. Selain dari itu, para usahawan burger jalanan tewas teruk. Lebih-lebih lagi faktor kebersihan.

Idea Untuk tewaskan McDonald
Untuk tewaskan McD usahawan burger jalanan perlu bergabung membawa satu nama yang sama. Sebagai contoh, katakan kita hasilkan satu jenama “Burger Hidupringkas”.

Andainya kita boleh kumpulkan ramai usahawan burger jalanan menyertai Kelab Hidup Ringkas dari segenap ceruk rantau di negara kita. Kita barangkali mampu laksanakan usaha tewaskan McDonald dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang.

Langkah yang perlu diambil

  1. Kumpulkan seramai mungkin usahawan burger di setiap negeri. Satu perjumpaan bulanan perlu diadakan untuk membina kerjasama menubuhkan rangkaian kedai burger Hidupringkas.
  2. Perlu ada seorang ketua. Seseorang perlu ke depan untuk memimpin kerjasama. Ketua perlu memimpin dan bukannya mengarah.
  3. Bersetuju untuk menggunakan jenama kedai burger Hidup ringkas. Dengan meazaman menewaskan McD, semua perlu bersetuju menamakan kedai mereka sebagai “Burger Hidupringkas”
  4. Hapuskan konsep Francais. Antara faktor McD jauh lebih mahal daripada burger jalanan adalah disebabkan yuran francais yang dikenakan oleh McD pada semua pengusahanya. Jika dihapuskan konsep yuran tersebut, satu kos yang tinggi dapat dielakkan.
  5. Bina keseragaman. Ketua yang dilantik perlu menerajui kesemua kedai burger hidupringkas yang bakal diwujudkan di seluruh negara agar dapat mengatasi kesemua faktor yang disebutkan di atas tadi iaitu:
    • Keseragaman rasa
    • Kepantasan
    • Kebersihan
    • Sistem yang seragam
    • Aktiviti pemasaran berpusat
  6. Pantau dan buat pembaikan setiap bulan. Melalui perjumpaan bulanan, masing-masing akan berkongsi pengalaman terbaik agar dapat ditiru oleh semua pengusaha lain.
  7. Tiada ikatan hak milik. Masing-masing perlu bersetuju agar mereka mempunyai hak penuh atas kedai mereka sendiri. Apa yang perlu ada hanyalah kerjasama rapat serta semangat untuk berjaya secara kolektif.

Sukar!, ya memang satu kerja sukar, tapi jika ada yang berani ke depan untuk mengetuai usaha murni ini ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.

Selain daripada kedai burger, kita juga boleh menjalankan kerjasama dengan banyak lagi konsep perniagaan lain. Anda fikirkan apa saja perniagaan, asalkan ada yang berani ke depan untuk memimpin, kita boleh wujudkan industri kerjasama tempatan dan membuatkan semua gergasi francais dunia lain bungkis di negara kita!

Siapa yang berani menyahut cabaran saya ini? sila maju ke depan dan buat langkah pertama dengan menyertai kelab usahawan hidup ringkas!

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kejayaan
  • Petua ringkas

Apa yang anda perlu kumpul untuk jadi usahawan berjaya

  • 03/12/2012
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Kehidupan

Hanya sedikit ambil yang banyak, tapi ramai berebut yang sedikit

  • 05/12/2012
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan

Ini berita baik untuk anda yang terlibat dalam industri kreatif tanah air

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

8 perkara yang anda perlukan dari kawan bila jadi usahawan – Siri 2

12 comments
  1. Anonymous says:
    28/01/2013 at 6:49 pm

    Saya (anonymous) tetap menyokong dan tabik usaha saudara dalam membina kerjasama rapat serta semangat untuk berjaya secara kolektif.

    Jangan saudara anggap pendapat saya di atas sebelum ini menolak idea saudara tuan mentah2….Saya cuma menceritakan sedikit realiti kesukarannya serta memberi sedikit cadangan.

    Namun demikian saya rasa saudara yang mula2 memikirkan idea tersebut mungkin mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam untuk menjayakannya.

    Benar seperti kata saudara , kita cari cara bagaimana dapat mengumpulkan para usahawan burger tersebut terlebih dahulu.Mungkin inilah ukurtara (benchmark) awal idea ini.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      29/01/2013 at 1:25 am

      Insyallah. TK

      Reply
  2. Anonymous says:
    28/01/2013 at 8:05 am

    Maafkan saya jika pandangan saya disalahtafsir sebagai ingin menunjuk siapa yang betul siapa yang salah. Sebenarnya tiada niat pun. Saya pun menulis tanpa nama, saya (anonymous) dan tidak berminat memberi komen sekadar ‘blogwalking’.

    Adakah ayat/bahasa saya terlalu kasar ? Maafkan saya, jika ada.

    Saya rasa saya cuma memberi cadangan yang sedikit berbeza dan mengiyakan kesukaran yang telahpun diakui oleh tuan.Rasanya tidaklah saya mengutuk cadangan saudara, cuma saya mengiyakan kesukaran yang telah pun diakui oleh saudara sendiri. Itu sahaja bukan ?

    Malahan saya selari dgn memberi matlamat saudara utama pandangan sahaja untuk mengalahkan Mc Donald .

    Yang bezanya strategi iaitu penambahbaikan sistem francais tanpa penggabungan peniaga2 burger.

    Henry Ford berjaya kerana sistem pengeluaran kilang kereta beliau yang berkonsepkan satu pengkhususan tugasan pekerja kilang yang akhirnya mmbuatkan sesebuah kereta dapat dihasilkan dengan cepat dan murah dimiliki oleh orang ramai . Sebelumnya sebuah kereta dikilang memerlukan seorang pekerja mempunyai banyak tugasan pelbagai i.e mungkian bermula dgn pasang tayar kemudian beliau pasang enjin kemudian pasang cermin kereta dan sebagainya. Sistem ini lambat.

    Beliau bukanlah pencetus idea enjin kereta terbaik. Pencipta enjin terbaik masih dikuasai oleh pihak Jerman i.e Mercedes/BMW.

    Namun sistem pengkhususan kerja Henry Ford telah diterapkan di dalam sistem kerja kilang pengeluaran kereta moden hari ini.

    Adakah kita perlu mencipta sistem kerja baru yang dicetuskan oleh Henry Ford? Setakat ini sistem pengeluaran kereta kilang masih menggunakan sistem Henry Ford ,kecuali kereta mewah, Bentley dan Rolls Royce.

    Begitulah perumpamaan sistem francais. JIka kita hendak mengalahkan McDonald tida perlu kita menyerang sistem kerja yang terbukti berkesan. Hendak dikatakan francasi menyebabkan harga burger mahal tidak juga, contohnya cuba saudara beli Burger Bakar di Ampang yang berharga RM14. Lagi mahal dari Big Mac yang disertakan dgn COca Cola. Namun Burger Bakar tetap mendapat sambutan baik. Adakah faktor harga ? Adakah Burger Bakar bersedia berkongsi resepi beliau? Saya skeptik sekali…

    Jika saudara sendiri merasakan saya dan saudara ada perbezaan pendapatan yang sukar diterima , bayangkan jika saudara mengumpul sekumpulan usahawan yang ramai untuk sama menjalankan matlamat saudara tersebut.

    Meskipun demikian saya cuma memberi pendapat dan bukannya mengutuk cadangan saudara cuma mengiyakan kesukaran yang telah pun saudara akui. Lainlah saudara ada menulis di atas satu idea luarbiasa yang dapat membuatkan kumpulan usahawan2 burger tersebut untuk bersatu padu mencapai fokus tersebut dengan bersemangat.

    AKhir sekali saya ingin memetik kata2 tuan sendiri pada para 4 dan 5. “4. Walau bagaimanapun, tak perlulah kita berhujah siapa betul siapa salah. Saya dengan idea saya dan tuan dengan idea tuan. Tuan jalankan saja usaha sebagaimana yang tuan percaya.

    5 Mungkin tuan lebih baik dari saya sebab telah laksanakan usaha tuan manakala saya hanya baru mencadangkan dan belum tentu akan dilaksanakan lagi. Sekadar idea.”

    Bayangkan betapa payahnya hendak menggabungkan pelbagai idea usahawan jika tuan sendiri mengakui seperti ayat di atas. Inilah point saya kesukarannya.

    Maafkan saya jika saya “anonymous” , asalkan cadangan saya disuarakan. Saya rasa saya bukannya mengkritik membuta tuli, tetapi kritikan membina dengan menyertkan point dan fakta bukan ?

    Ada orang suka setakat blogwalking dengan harapan berkongsi link blog. Namun saya memberi komen ikhlas. Bukankah itu lebih baik…

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      28/01/2013 at 10:54 am

      Terima kasih atas penjelasan tuan/puan dan Mohon maaf jika tersalah bahasa. Datanglah lagi dan teruskan memberi komen. Saya suka.

      Reply
  3. Anonymous says:
    24/01/2013 at 8:44 am

    Sememangnya kita nak FOKUS samada nak mengalahkan MC Donald ataupun semata hendak mengumpulkan dan membuat gabungan peniaga penjual burger.

    Matlamat saya adalah kepada fokus hendak mengalahkan Mc Donald sebagaimana tajuk blog ini.

    Soal penggabungan peniaga2 burger/usahawan…ini hanyalah strategi pilihan (dimana tuan akui sendiri menggabung dan menyelia usahawan yng sememangnya bersifat berdikari tanpa arahan boss) sememangnya sukar.

    Sebab itulah diwujudkan francais, meskipun ada yuran, keuntungan dari perniagaan tetap berbaloi.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      25/01/2013 at 1:43 am

      1. Saya amat berbesar hati jika dapat berkomunikasi dengan mereka yang menyatakan siapa dirinya dan bukan sekadar tanpa nama supaya nakpak lebih telus dan berani.
      2. Sukar tidak semestinya tak boleh buat dan tak perlu dilakukan. Tentu ada banyak cara utk hadapinya…
      3. Henry ford buat jenis enjin yang seluruh dunia kata sukar dan tidak boleh dilakukan tapi dia berdegil dan tetap yakin ada jalan. Akhirnya terbukti dia berjaya dan jadilah sesuatu yang meletup hebat mengalahkan semua yang lain.
      4. Walau bagaimanapun, tak perlulah kita berhujah siapa betul siapa salah. Saya dengan idea saya dan tuan dengan idea tuan. Tuan jalankan saja usaha sebagaimana yang tuan percaya.
      5 Mungkin tuan lebih baik dari saya sebab telah laksanakan usaha tuan manakala saya hanya baru mencadangkan dan belum tentu akan dilaksanakan lagi. Sekadar idea.

      Reply
  4. Anonymous says:
    11/01/2013 at 9:17 am

    Sebagaimana ayat tuan yang mengakui bahawa langkah2 tersebur sukar, ianya semamangnya SUKAR!! Setiap langkah2 yang tuan nyatakan sendiri mempunyai kesukaran tersendiri, dari langkah 1 hingga 7.

    Malahan setiap peniaga akhirnya akan menganggap rakan mereka pesaing, dan sememangnya kumpulan peniaga burger tersebut adalah pesaing antara satu sama lain. Mengalahkan Mc DOnald , saya rasa bukanlah matlamat mereka akhirnya, tetapi cuma ingin mengalahkan sesama sendiri. Salah satu contoh, jika seseorang peniaga ada resepi sos burger mereka tersendiri, saya rasa kemungkinan besar mereka tetap akan merahsiakan daripada dikongsi bersama di dalam kumpulan tersebut.

    Kaedah francais telah terbukti di merata dunia dengan berjaya, maka tidak perlu bersusah payah menentang arus melawannya.

    Jika kita bermatlamat hendak mengalahkan Mc Donald (dgn faktor harga mahal menjadi sebab) , apa yang perlu kita lakukan ialah PENAMBAHBAIKAN francais kaedah tersebut.

    Pertama kita kaji segala kekekuatan dan kelemahan Mc Donald. Saya masih ingat suatu masa dahulu ada Burger White Castle yang cuba melawan Mc Donald dengan faktor harga..tetapi gagal akhirnya.

    Pertama , salah satu faktor kekuatan Mc Donald adalah imej (international) dan konsep makanan kekeluargaan yang ditampilkannya.

    Orang ke Mc Donald bukan terlalu ketagihkan rasa burger yang dijual, tetapi lebih kepada konsep membawa keluarga atau rakan lepak2 makan di restoran tersebut. Jualan secara take away ada…ttpi saluran ini tidak sehebat jualan take away PIZZA.

    Cadangan saya yang lebih mudah ialah,

    1. Kekalkan konsep burger berimej internasional (konsep keluarga ria, mempunyai maskot tersendiri dan sebagainya).
    2. Tambah baik sistem take away, contoh rekod setiap pelanggan yang pernah membeli take away secara berkomputer kemudian tawarkan diskaun/mkn percuma jika mereka dpt membawa rakan lain makan ke restoran pada satu tarikh tertentu.
    3. Tawarkan minuman percuma kepada pelanggan warga emas.
    4.Kaji pelanggan kanak2 yg menjadi faktor ibubapa pergi ke restoran , hadiah , tema musim, tie in product dan senagainya.
    5.Maksimakan penggunaan internet/facebook, jadikan club restoran sebagai peluang berkongsi pengalaman manis. Paparkan kisah2 mereka di restoran.
    6. Ringkaskan dan ‘masyarakat’kan restoran burger tersebut agar francais restoran tersebut sangat mudah ditubuhkan oleh sesapa sahaja yang berminat. Mungkin boleh diwujudkan versi restoran burger kiosk atau mini atau khusus untuk take away. Tidak semstunya pemegang francais perlu uuntuk menyediakan modal yang besar untuk mendirikan restoran yang besar.
    7. Kemunginan versi kiosk boleh bekerjasama dengan persatuan restoran mamak yang bertaburan di Malaysia. INi bermakna setiap restoran mamak boleh mendapat francais pada tawaran yang istimewa jika mereka membenarkan kiosk francais didirikan di premis mereka.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      11/01/2013 at 10:13 am

      Apa kata kita cuba gabungkan dulu dengan tubuhkan persatuan peniaga burger kecil-kecilan dan mulakan langkah memperkenalkan satu jenama melalui gabungan.

      Memang sukar tetapi bukannya mustahil. Betul! sistem francais terbukti berjaya, tapi itu tidak membawa maksud kita tidak boleh mengimpikan satu sistem baru. Dan tidak bermakna sistem lain tidak akan berjaya.

      Inovasi bermakna “melanggar segala kepercayaan biasa”. kalau nak ikut apa yang dah ada dan sekadar buat penambah baikan, kita tidak memerlukan seorang pemimpin untuk membuat satu mobilasi perubahan yang besar.

      Apa yang tuan cadangkan di atas kesemuanya perkara asas yang perlu dilakukan sebaik saja terbinannya kerjasama membina satu jenama.

      Walau apapun terima kasih kerana meluahkan sebab kenapa idea tersebut tidak akan berjaya.

      Cukup menarik !

      Reply
  5. GoodGood Ice-Cream says:
    29/12/2012 at 3:25 pm

    Dalam hal begini, ketua yang dilantik haruslah ada hati suci untuk memimpin. Jika ada agenda atau niat tersembunyi mungkin perniagaan akan gagal. Kalo ketua tu OK. InsyaAllah boleh maju jaya.

    Reply
  6. mr edz says:
    05/12/2012 at 3:29 am

    menarik… pelukan satu jiwa yang kental untuk melaksanakannya.. Insyaallah akan berjaya.

    Reply
  7. Asmawati Abdul Eid says:
    05/12/2012 at 12:09 am

    Tuan

    Saya ingin mengubah hidup saya dr makan gaji kpd menjadi usahawan…saya tiada asas, byk hutang.

    Harap boleh brsma2 dlm hal ini.

    terima kasih.

    Reply
  8. Nasir Wasoh says:
    04/12/2012 at 7:25 am

    Wow! Hebat dan bernas idea tuan. Saya tabik spring untuk tuan.

    p/s : Saya dh sertai kelab usahawan hidup ringkas tuan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
    • Kehidupan
    Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar
Trending
  • Kehidupan
    Untuk berjaya mesti keluar dari zon selesa
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.