Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
557
2K
278
14
0
  • Keusahawanan

Bengkel menilai potensi perniagaan 8hb Feb 2014

  • 28/01/2014
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Bengkel perniagaan hidup ringkasJika tidak ada aral melintang, bengkel menilai potensi perniagaan pada 8hb Feb 2014 nanti bakal menjadi bengkel yang ke-3 saya anjurkan.

Sudah dua kali bengkel menilai potensi perniagaan ini dianjurkan dengan jayanya dan banyak yang telah saya pelajari daripada pengalaman menganjurkan bengkel tersebut.

Biasanya selama ini saya sering menghadiri seminar ataupun bengkel anjuran orang lain sahaja. Seperti biasa, ada banyak perkara yang diperhatikan dalam bengkel atau seminar anjuran orang lain yang akan kita komen dalam hati.

Jika anda belum mendaftar, boleh buat pendaftaran di sini

Apabila diri sendiri menganjurkan bengkel perniagaan, barulah nampak betapa menganjurkan bengkel sebegitu bukanlah semudah yang disangka.

Walaupun kita sentiasa mahukan yang terbaik dipersembahkan pada para peserta bengkel, namun, setakat teori sahaja belum pasti kita akan mampu merealisasikan hasrat kita itu.

Teori perlu dimantapkan juga dengan pengalaman atau amalan untuk menjadikan kita benar-benar faham dan mengerti apa yang harus dilakukan. Samada dalam bidang perniagaan, maupun dalam urusan menganjurkan seminar atau bengkel.

Perubahan untuk bengkel menilai potensi perniagaan 8hb Feb 2014 nanti

Salah satu perkara penting yang perlu diubah untuk memudahkan pengurusan bengkel ke-3 nanti adalah dari segi pendaftaran dan pembayaran.

Sebelum ini para peserta yang telah mendaftarkan diri tidak perlu membuat apa-apa pembayaran sehinggalah pada hari bengkel diadakan. Ertinya peserta perlu datang pada hari tersebut dan barulah membuat pembayaran.

Antara sebab saya tidak berkira dalam hal pembayaran ini adalah untuk memberikan ruang dan kemudahan pada usahanwan dan bakal usahawan agar tak buat banyak kerja.

Tetapi rupa-rupanya ruang atau kemudahan itu membuatkan para peserta yang mendaftar tidak memberikan prioriti utama untuk menghadiri bengkel. Ada yang membatalkan penyertaan pada saat akhir untuk selesaikan urusan lain.

Mungkin sebab itulah saya lihat hampir kesemua penganjur bengkel atau seminar menggendaki para pesertanya membuat pembayaran terlebih dahulu jika mahu menyertai bengkel atau seminar. Ini untuk menjadikan para peserta serius dan meletakkan tarikh itu sebagai keutamaan bila tiba masanya dan tidak diselitkan lagi dengan perkara lain.

Khas untuk mereka yang mahu hadiri bengkel menilai potensi perniagaan pada 8hb Feb 2014

Jika anda salah seorang yang telah mendaftarkan diri bagi menyertai bengkel menilai potensi perniagaan pada 8hb Feb 2014 nanti, anda boleh menempa tempat terlebih dahulu dengan membuat pembayaran di akaun berikut:

  • Bank: Maybank Berhad
  • Nombor akaun: 162106283727
  • Nama: Mohd Shubhi bin Abdul
  • Yuran penyertaan bengkel adalah:
    • RM50 sahaja seorang
    • Jika anda datang dua orang, yurannya hanya RM70 sahaja untuk dua orang.
  • Setelah membuat pembayaran, sila sms ke 019-2260807 dengan menaip:
    • <Nama anda>
    • <Bengkel 8hb>

Bagi yang telah membuat pembayaran, sila simpan resit atau bukti pembayaran dan tunjukkan pada waktu mendaftarkan diri di pagi hari bengkel diadakan.

Tarikh tutup pembayaran adalah pada 6hb Feb 2014. Pastikan anda buat pembayaran selewatnya pada tarikh tersebut

Tidak dilimitkan jumlah peserta kali ini seperti yang telah lalu. Samada dua orang atau 20 orang yang mendaftarkan diri, Insyaallah akan saya kongsikan juga semua maklumat untuk menentukan:

  1. Samada perniagaan anda boleh menyara kehidupan atau tidak
  2. Bagaimana mahu merangka strategi agar perniagaan yang mahu dijalankan berpotensi
  3. Bagaimana mahu ringkaskan perniagaan agar tumpuan yang maksimum boleh diberikan untuk memastikan perniagaan berjaya.
  4. Penerangan lengkap bagaimana merancang perniagaan anda dengan pantas dan berkesan.

Oleh itu, jika anda seorang:

  • Usahawan yang mahu meletakkan semula perniagaan pada landasan yang betul,
  • Seorang yang makan gaji tetapi sedang merangka untuk menjadi usahawan dan dah ada idea perniagaan,
  • Seorang usahawan yang mahu memulakan satu perniagaan baru,
  • Seorang usahawan yang mahu membuka cawangan baru
  • Seseorang yang mahu memahami apa itu perniagaan…

Anda semua perlu dan sesuai sangat untuk turut menyertai Bengkel Menilai Potensi Perniagaan yang akan dianjurkan pada 8hb Feb 2014 nanti. Daftarkan diri dengan klik di sini dan buat pembayaran pada maklumat yang telah diberikan di atas tadi.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • bengkel 8hbFeb2014
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan

Untuk mudah berniaga perlu punyai minda analitik

  • 27/01/2014
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Keusahawanan

Peluang niaga pakaian wanita dan kanak-kanak di Forum HR

  • 29/01/2014
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan

Ini berita baik untuk anda yang terlibat dalam industri kreatif tanah air

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

8 perkara yang anda perlukan dari kawan bila jadi usahawan – Siri 2

15 comments
  1. suzanna says:
    04/02/2014 at 1:54 pm

    dimana lokasi bengkel ini diadakan?

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      04/02/2014 at 2:07 pm

      Ini alamatnya: No 2-7-3, Presint Alami, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor DE. Boleh terus datang…Insyaallah!

      Reply
  2. Jamian Sarif says:
    04/02/2014 at 7:35 am

    in shaa allah akan join next class..untuk yang ni tak sempat kot.

    Reply
  3. zool says:
    03/02/2014 at 12:15 am

    menarik bengkel tu… nak join belum kesempatan

    Reply
  4. Qaseh Vee says:
    02/02/2014 at 4:19 pm

    peluang yg sgt baik bagi mrk yg menanti – nantikannya .

    Reply
  5. Dja@Sishaza says:
    31/01/2014 at 10:27 am

    Mungkin belum masanya untuk saya sertai, tapi ikhlas saya katakan bahawa peluang sebegini jarang datang …perlu direbut jika mahu suukses sebagai usahawan. Bab kelemahan anjuran, mana2 pihak pun mengalaminya. Yg penting kita bersedia belajar dari kesilapan Mr Shubhi kan .. 🙂

    Reply
  6. Juan says:
    30/01/2014 at 8:16 am

    Salam bro, keluar tajuk, blog bro ni pakai theme apa yer

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      30/01/2014 at 10:57 am

      Ada kat bawah sekali sebelah kanan…ada apa-apa komen ke pasal theme ni…?

      Reply
      1. Juan says:
        31/01/2014 at 5:41 pm

        aku tengah cari theme baru untuk blog, berkenan plak dengan theme blog nih

  7. Aisyah says:
    29/01/2014 at 11:28 am

    Boleh saya tahu berapa bayaran pendaftaran?

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      29/01/2014 at 11:35 am

      Yuran pendaftaran hanya RM50 seorang. Jika berdua, hanya RM70 sahaja. Terima kasih

      Reply
  8. Sulaiman Yusof says:
    28/01/2014 at 9:33 am

    pendaftaran atau pembayaran perlu ada tarikh tutup seelok-eloknya 2 hari sebelum hari bengkel berlangsung,, rakyat Malaysia suka buat tindakan saat-saat akhir..(mengikut pengalaman sy masa buat seminar dulu).

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      28/01/2014 at 8:21 pm

      Maklumat yang bagus tuan! terima kasih. Akan diguna pakai selepas ini.

      Reply
  9. suri says:
    28/01/2014 at 9:23 am

    semoga semua yang sedia rancang akan menjadi impian benar di harapkan.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      28/01/2014 at 8:22 pm

      Insyaallah!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan aplikasi micro-niche
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan aplikasi micro-niche
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.