Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
553
2K
278
14
0
  • Keusahawanan

Bengkel menilai potensi perniagaan siri 1

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 04/01/2014
  • 16 comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0
Bengkel usahawan berjaya
Peserta bengkel siri 1

Alhamdulillah! selesai menjalankan bengkel menilai potensi perniagaan siri 1 pagi tadi. Semuanya berjalan lancar pantas dan padat sebagaimana yang telah dirancangkan.

Ini merupakan siri pertama bengkel menilai potensi perniagaan yang saya anjurkan khas untuk para usahawan dan juga bakal usahawan yang menjadi pembaca blog hidupringkas.com

Walaupun program bengke ini tidak diwar-warkan atau diiklankan di mana selain daripada blog hidupringkas, ia nampaknya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan diluar jangkaan saya.

Rasa risau dengan pencapaian bengkel menilai potensi perniagaan siri 1

Sebagai manusia biasa, saya cukup risau sejak sebelum bengkel ini berlangsung lagi. Mana tak risaunya, jika selama ini saya hanya berkongsi ilmu keusahawanan hidup ringkas hanya melalui menulisan sahaja.

Kali ini, mereka yang selama ini mengikuti penulisan saya akan bertemu sendiri orang yang dok menulis segala tips, panduan, perkongsian pengalaman dan lain-lain secara bersemuka.

Berdasarkan pengalaman, komunikasi satu hala melalui internet, blog, FB, Twitter dan sebagainya adalah jauh berbeza dengan komunikasi secara bersemuka. Kita akan menghadapi dua keadaan, samada:

  1. Dalam dunia maya, menulis macam bagus, harapan tinggi ketika datang ke bengkel…tetapi bila di bengkel, hancur dan membosankan.
  2. Atau sebaliknya jika gambaran yang dibawa sebelum ke bengkel ok saja, bila tiba bersemuka…lebih bagus dan mantap malah lebih memahami dan dapat menyelami jiwa penulis.

Kes yang pertama itulah yang saya risaukan. Dan itulah juga yang membuatkan rasa berdebar semakin kuat semakin hampirnya waktu bengkel.

Apa kata peserta bengkel menilai potensi perniagaan siri 1

Macam biasa yang semua orang amalkan, untuk pastikan saya tahu kedudukan persembahan dan tawaran, saya perlu dapatkan maklum balas daripada para peserta.

Data seperti itu amat penting untuk kita ketahui kedudukan dan seterusnya membuat pembaikan berdasarkan apa yang telah dimaklumkan. Samada untuk kekal, ubah atau tingkatkan. Semua perniagaan kena buat macam tu kalau nak maju.

Berikut saya kongsikan komen para peserta secara anonymous terhadap soalan “apakah yang anda rasa paling bagus dalam bengkel ini?”:

Peserta 1

“Komunikasi dua hala yang sangat berkesan!”

Peserta 2

“Info dan guru…simple tapi power!”

Peserta 3

“penilaian satu persatu!”

Peserta 4

“Membantu mengatasi masalah untuk menjalankan perniagaan dan menjayakan perniagaan!”

Peserta 5

“Ulasan dan tips idea untuk meningkatkan jualan!”

Peserta 6

“Soal jawab yang real dan jelas!”

Peserta 7

“Perkongsian pendapat dan pengalaman”

Peserta 8

“Pengalaman dari peserta lain dan pengetahuan serta pengalaman penceramah”

Peserta 9

“Dapat tahu potensi bisne samada boleh maju dari awal”

Peserta 10

“Pengalaman realiti usahawan dan jatuh bangun. Pengalaman cukgu terbaik!”

Peserta 11

“Penilaian peserta seorang demi seorang!”

Peserta 12

“Dapat menambahkan lagi ilmu bisnes”

Begitulah antara ulasan-ulasan terhadap perkara paling bagus yang ada dalam bengkel menilai potensi perniagaan siri 1.

Bengkel usahawan berjaya
Antara peserta yang sedang kusyuk menilai perniagaan masing-masing!

Komen perkara buruk dalam bengkel menilai potensi perniagaan!

Apa yang menarik adalah hanya satu komen terhadap apakah perkara paling buruk dalam bengkel ini. Kesemua peserta memberikan ulasan tiada perkara buruk kecuali seorang peserta yang memberikan ulasan berikut;

“Masa terlalu singkat…!”

Memang masa diambil untuk selesaikan bengkel ini adalah separuh hari sahaja. Mungkin masa itu dirasakan terlalu cepat dan tidak puas mendengar perkongsian yang diutarakan sepanjang bengkel berlangsung.

Daripada maklum balas itu juga saya dapati ada peserta yang merasakan bengkel dijalankan agak laju!.

Maklum balas bengkel menilai potensi perniagaan secara umum

Secara umumnya, bengkel menilai potensi perniagaan siri 1 ini telah berjalan dengan lancar dan dapat memuaskan hati para peserta yang hadir.

Insyaallah kita akan perbaiki lagi mana-mana yang rasa kekurangan agar ianya lebih mantap lagi di bengkel yang akan datang.

Antara komen spontan yang paling seronok saya dengar adalah tentang betapa murahnya yuran penyertaan bengkel yang dianjurkan.

Hanya RM50 seorang dan jika datang berdua hanya RM70 sahaja.

Memang murah!.

Saya akan mengenakan yuran semurah itu untuk 100 peserta pertama yang mendaftarkan diri pada bengkel ini.

Selepas ini harganya akan disemak semula dan dinaikkan. Sudah tentu dengan sedikit pembaharuan yang lebih menarik berbaloi dengan kenaikan harganya.

Oleh itu, untuk menikmati harga sekarang, sementara masih ada lagi kekosongan sebelum mencapai 100 peserta, eloklah mendaftar sekarang juga.

Jika anda belum mendaftar untuk menyertai bengkel menilai potensi perniagaan ini pada sesi yang akan datang, anda boleh segera lakukannya di sini

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan

Panduan melaksanakan azam tahun baru menjadi usahawan

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 02/01/2014
Read More
Next Article
  • Keusahawanan

Banyak idea baru, tapi satupun tak jalan. Kenapa?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 06/01/2014
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan

Ini berita baik untuk anda yang terlibat dalam industri kreatif tanah air

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

8 perkara yang anda perlukan dari kawan bila jadi usahawan – Siri 2

16 comments
  1. kakiblog says:
    07/01/2014 at 11:37 am

    KB percaya tuan boleh memberi ceramah dengan sangat baik sebagaimana tulisan dalam blog ini..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      07/01/2014 at 11:53 am

      Terima kasih KB. Saya berusaha memberikan yang terbaik.

      Reply
  2. Azeman says:
    06/01/2014 at 5:51 pm

    Serius saya cakap yang nak berniaga wajib datang. Ilmu yang dapat tak setanding dengan kos yang ciput. Saya pernah pergi seminar bisnes model canvas (BMC) tapi yang nie lagi hebat.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      07/01/2014 at 11:52 am

      Alhamdulillah! Terima kasih Azeman.

      Reply
  3. azizi says:
    06/01/2014 at 11:28 am

    insyaallah! saya pun nak pi jugak ..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      07/01/2014 at 11:51 am

      Insyaallah! jangan lupa mendaftar!

      Reply
  4. Dja@Sishaza says:
    05/01/2014 at 6:16 pm

    Salam ziarah.
    Wah perkembangan yang menarik… banyak perkara yang saya terlepas di blog ni.Berdasarkan komen peserta,nampaknya bengkel usahawan tu berjaya.Tahniah

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      06/01/2014 at 7:33 am

      Alhamdulillah berjaya dijalankan… terima kasih

      Reply
  5. Akmal Aizat says:
    05/01/2014 at 9:02 am

    Salam. Saya salah seorang peserta yang hadir bengkel Tuan Shubhi. Memang terbaik dari segi teknik menilai potensi sesebuah bisnes dan pengalaman2 real yang dilalui Tuan Shubhi sepanjang bisnes pest control dan lain2 beliau. Harap dapat minum kopi sekali =)

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      06/01/2014 at 7:32 am

      Alhamdulillah!. Terima Kasih Akmal. Insyaallah bila lapang telefon saya, kita minum kopi kat Shah Alam!

      Reply
      1. Akmal Aizat says:
        06/01/2014 at 8:54 am

        Baik. InshaaAllah. Dekat je shah alam – putrajaya.

  6. bahagia says:
    05/01/2014 at 3:09 am

    4 jam masa terlalu pantas tetapi pengisian mencapai matlamat.Medan pertama yg wajib diha diri oleh sesiapa sahaja yang ingin atau cuba-cuba nak berniaga dan juga bagi mereka yang telah berniaga.kegagalan anda melalui fasa ini penanda aras untuk anda langgar dinding dalam perniagaan yang anda akan jalankan.bayaran yang dikenakan terlalu murah tetapi hasil berbaloi-baloi.Dahlah murah siap ada makan lagi.Semoga TuanSubhi dipermudah segala urusan dan diberkati olehNya sepanjang umur kehidupan dunia dan akhirat.
    Terima kasih tuan.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      05/01/2014 at 9:03 pm

      Alhamdulillah!. Terima Kasih Tuan Bahagia. Nanti nak rasa ais kacang power…tak sabar!

      Reply
  7. Sulaiman Yusof says:
    05/01/2014 at 12:43 am

    memang terbaik.. Alhamdulillah sy dapat besama-sama dalam siri pertama ni. tak rugi datang jauh dr Melaka,.

    Baik utk yg baru niat nak berniaga mahupun yang dah lama bisnes,, baru sedar banyak perkara yg telepas pandang…masa bisnes mungkin kita syok sendiri.. dalam bengkel ni dpt diterjemahkan dlm bentuk kadar atau meter petunjuk sejauh mana potensi idea perniagaan kita.

    sy sarankan sgt2 kepada rakan2 yang nak sertai.. jgn tangguh2 lg..sy dah hadiri berpuluh2 seminar, bengkel dan kursus..dah beribu duit habis,,, masih tak bleh lawan yang RM50 ni….huhu..seyes beb! tq tuan..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      05/01/2014 at 1:00 am

      Alhamdulillah!,

      Terima kasih En Sulaiman. Nanti kalau saya ke Melaka boleh kita jumpa minum teh. Insyallah!

      Reply
      1. Sulaiman Yusof says:
        05/01/2014 at 1:16 am

        Boleh xdehal.. jemput singgah kat kiosk kami..
        https://www.facebook.com/pages/Feeko-Page/218614464934?ref=hl ,<– nak tengok menu dulu pun boleh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia
    • 4 minute read
    • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan konsep Micro-Niche
    • 3 minute read
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • 5 minute read
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • 4 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Berita
    Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.