Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
526
2K
276
100
0
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

  • 07/09/2020
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
3
Shares
3
0
0
0
0
0
PopWonders mensasarkan untuk menjadi platform e-dagang No.1 untuk langganan di Malaysia

Bayangkan anda seorang jejaka yang mahu memulakan aktiviti memasak sendiri kat rumah. Semuanya bermula dari masalah Covid-19 yang membuatkan ramai orang rasa tak selesa pergi keluar makan kat kedai.

Tapi masalahnya, anda bukanlah pandai masak sangat.

Bolehlah buat masakan yang ringkas saja seperti nasi goreng, sambal tumis sardin dan goreng telur serta masakan ringkas lain seumpamanya.

Selain dari tak berapa pandai masak sangat, anda juga tak berapa cekap nak pergi membeli segala bahan mentah untuk dibawa balik buat memasak.

Masa pula tak mengizinkan untuk semua urusan shopping bahan dapur tu.

Bisnes subscription bahan memasak

Dalam keadaan yang saya gambarkan kat atas tadi. Jika saya tawarkan satu pakej yang anda boleh langgan setiap minggu untuk selesaikan masalah tersebut, agaknya anda mahu tak?

Maksudnya, saya akan hantar setiap minggu. Kesemua bahan mentah untuk anda masak sendiri, menu masakan kegemaran anda di rumah.

Saya sediakan semuanya seperti lauk, sayur, rempah ratus dan lain-lain. Siap dah disiang, dipotong dan diukurkan jumlah yang diperlukan semuanya lengkap satu persatu.

Bukan itu saja.

Saya siap berikan dalam pakej hantaran itu, segala langkah satu persatu yang lengkap, untuk anda buat sendiri sampai siap makanan kegemaran tu.

Anda hanya perlu langgan saja pakej yang saya tawarkan secara online. Pilih jenis atau menu makanan yang anda nak. Buat bayaran dan saya akan mula hantar semua keperluan anda secara konsisten.

Model bisnes secara langganan

Apa yang saya terangkan kat atas tu adalah satu contoh model bisnes secara langganan.

Memang model bisnes sebegitu dah ada kat dalam pasaran. Ada yang dah buat secara sendiri dan mungkin pasarkan dengan menggunakan media sosial.

Bagi anda yang berminat, ada idea dan mahir nak susun bahan memasak yang sempurna untuk pelanggan yang berminat, tentunya tak teruskan idea bisnes sedemikian sebab ada kekangan pengurusan dan pemasaran.

Mana nak uruskan operasi sediakan segala bahan. Mana nak kembangkan perniagaan dan war-warkan kewujudan bisnes anda. Mana nak uruskan segala pembayaran dan transaksi perniagaan.

Semua kekangan itu membuatkan niat atau idea niaga hebat tu terbantut!

Platform lengkap bisnes subscription

Semua masalah itu dah ada jalan penyelesaiannya sekarang!

Pernah dengar pasal PopWonders?

Saya baru saja tahu pasal platform bisnes berasaskan subscription atau langganan itu, bila mereka email siaran akhbar pada saya untuk dikongsikan kepada para pembaca.

Kalau mereka tak hantar, saya juga tentu masih tak tahu.

Dengan portal bisnes on-line berasaskan subscription itu, maka selesailah semua masalah usahawan nak uruskan bisnes yang mahu mereka jalankan. Anda boleh terus daftarkan bisnes anda kat situ dan segalanya akan menjadi sangat mudah.

Anda hanya perlu fokus pada operasi perniagaan anda dan selainnya PopWonders akan bantu.

Yang paling menarik, semua pendaftaran bisnes anda untuk pakai platform itu adalah percuma!

Bukan saja bisnes perasaskan produk, bisnes berasaskan perkhidmatan juga boleh pakai platform tersebut.

PopWonders mencatat sejarah sebagai pasaran e-dagang pertama yang menawarkan khidmat langganan, sosial dan perdagangan pintar dalam satu platform

PopWonders

Kuala Lumpur, 1September 2020: POPWONDERS, satu-satunya pasaran sosial e-dagang pertama yang mengkhususkan untuk langganan produk dan perkhidmatan berhasrat untuk membantu semua usahawan kecil dan sederhana untuk memulakan perniagaan dalam talian secara bebas melalui model langganan.

Sean Leong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas PopWonders mengumumkan bahawa laman web syarikat itu bakal dilancarkan secara rasmi dalam suku ketiga tahun 2020.

Sean Leong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas – PopWonders

PopWonders mensasarkan untuk menjadi platform e-dagang No.1 untuk langganan di Malaysia. PopWonders membantu usahawan melancarkan perniagaan berbentuk langganan mereka sendiri dengan mempermudahkan semua proses untuk mereka.

PopWonders membolehkan usahawan atau peruncit menyenaraikan produk mereka dan menggunakan sistem dalaman mereka secara PERCUMA.

“Kami mengautomasikan pemprosesan dan transaksi langganan untuk usahawan dalam talian tersebut dan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan untuk setiap transaksi.”

“Selain menangani semua urus niaga kewangan untuk usahawan mereka, PopWonders juga menyediakan perkhidmatan seperti pengurusan inventori / penghantaran, bantuan pembinaan jenama melalui pemasaran menggunakan individu berpengaruh atau influencer, chatbot AI hibrid dan analitik data terperinci,” kata Leong.

Model perniagaan berbentuk langganan PopWonders ini dibina berasaskan kitaran bulanan yang boleh menjana pendapatan tetap menerusi perniagaan yang lestari.

PopWonders membolehkan usahawan atau peruncit menyenaraikan produk mereka dan menggunakan sistem dalaman mereka secara PERCUMA.

Namun platform tersebut tidak hanya terhad pada produk sahaja. Ia juga menyediakan langganan untuk perkhidmatan juga yang kini menjadi semakin popular dalam industri e-dagang.

“Platform kami hanya memerlukan usahawan yang memahami selok-belok perincian produk dan perkhidmatan mereka, yang selebihnya serahkan kepada kami. Ini membolehkan sesiapa sahaja menjual pelbagai jenis produk dalam talian dan memasarkan dengan pantas tanpa menyediakan platform mereka sendiri, pada masa yang sama memastikan jualan ‘berlangsung’ mengikut model perniagaan langganan. ” kata Leong.

Sean, pemegang MBA dan Ph.D. dalam bidang Sains Komputer, mempunyai pengalaman meluas berurusan dengan syarikat Fortune 500 dan MNC, menerajui syarikat pemula dan dianugerahkan dengan program yang diiktiraf di dunia termasuk Startup School oleh Y Combinator, Dream Factory oleh MyStartr, Global Accelerator Program oleh MaGIC dan Selangor Accelerator Program oleh SITEC.

Sama seperti trak makanan yang menjadi tumpuan dalam perniagaan restoran, perkhidmatan langganan membolehkan usahawan kecil menjual barang mereka secara dalam talian bagi menjana pendapatan yang stabil tanpa menghadapi masalah inventori.

Rata-rata pedagang PopWonders yang telah berjaya melancarkan perkhidmatan langganan merupakan usahawan kecil yang sudah mengumpulkan pengikut di laman sosial seperti Facebook atau Instagram.

Berpegang pada prinsip untuk menyokong trend peruncitan, PopWonders membantu golongan pengusaha kecil-kecilan untuk memulakan perniagaan secara dalam talian atau e-dagang masing-masing.

Bukan setakat mengharapkan satu jualan besar semata-mata, Leong mahu pedagang menjana pendapatan berterusan melalui hubungan baik anta pedagang dengan pelanggan mereka di samping menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang unik dan menjamin kepuasan hati.

Tambah Leong lagi, “PopWonders akan melancarkan ‘Akademi Langganan’ kami tidak lama lagi yang memberikan panduan dan tunjuk ajar tentang cara memulakan perniagaan berasaskan langganan. Kami mahu membantu usahawan yang terjejas akibad COVID19 untuk meningkatkan bilangan pelanggan mereka secara dalam talian dan menjana lebih banyak pendapatan dalam masa akan dating. Akademi ini boleh membantu dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pedagang tersebut dalam usaha membina pelan perniagaan yang lebih lestari dengan alat dan ciri-ciri yang ditawarkan dalam platform PopWonders”.

-TAMAT-

Mengenai PopWonders

PopWonders adalah pasaran sosial e-dagang yang membolehkan pengguna membina perniagaan langganan mereka sendiri.

Ini adalah platform perdagangan langganan semua dalam satu yang membolehkan pengguna menguruskan laman sesawang dan langganan kitaran penghantaran dan pembayaran.

PopWonders berhasrat untuk menjadi platform B2B2C terkemuka untuk langganan untuk semua industri.

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Sean Leong

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas – PopWonders. Telefon: 6017-5555077. Emel: sean@popwonders.com. Laman sesawang: www.popwonders.com

3
0
Share 3
Tweet 0
Total
3
Shares
Share 3
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • berita bisnes
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Mula berniaga

#5. Kos jualan rendah – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

  • 31/08/2020
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Mula berniaga
  • Pemasaran

#6. Susah nak tiru – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

  • 14/09/2020
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan

Ini berita baik untuk anda yang terlibat dalam industri kreatif tanah air

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

8 perkara yang anda perlukan dari kawan bila jadi usahawan – Siri 2

Read More
  • 8 min
  • Keusahawanan

Antara tujuan berniaga, buat untung dan tolong orang, mana yang betul?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
    • Kehidupan
    Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar
    • Jualan
    3 perkara yang anda perlu berikan tumpuan dalam aktiviti berkenaan jualan dalam perniagaan anda
Trending
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif
  • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.