Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
679
2K
307
13
0
  • Keusahawanan

Bolehkah berniaga tanpa modal?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 25/10/2012
  • 12 comments
  • 2 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0
macam mana nak niaga tanpa modal

Ada ka? boleh ka? berniaga tanpa modal?….itu soalan cepu emas yang sering ditanya oleh mereka yang amat teringin jadi usahawan tetapi dalam masa yang sama tak ada duit untuk memulakannya.

Kalau para pembaca nak tahu samada boleh atau tidak boleh berniaga tanpa modal, jawapannya adalah: ‘YA! Boleh!’

Buktinya… saya sendiri telah berjaya melakukannya. Saya mula berniaga dalam keadaan:

  • Tidak ada langsung duit simpanan dalam akaun bank. Hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Keadaan ini membuatkan saya tak ada wang sendiri untuk dijadikan modal.
  • Tidak ada rumah sendiri. Asyik sewa rumah orang saja dan tolong bayar installment tuan punya rumah. Ini juga membuatkan saya tak boleh gunakan rumah sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman.
  • Tak ada harta pusaka yang diwariskan. Tanah yang ada dikampung hanya sekangkang kera kepunya arwah bapak dan rumah didiami oleh ibunda tercinta. Kalau nak berebut sesama saudara lelaki dan perempuan, masing-masing akan hanya dapat membina jamban sebanyak 2 pintu seorang. Kalau nak dicagarkan tanah pada bank untuk dapatkan duit, kenalah lalokkan seluruh adik beradik dahulu untuk persetujuan mereka
  • Tak ada saudara mara yang kaya. Abang-abang dan adik yang ada cukup sekadar menyara kehidupan keluarga masing-masing. Jauh lagi untuk mengadakan simpanan. Apalagi untuk meyimpan dan diberikan pada saya untuk berniaga…mimpi di siang harilah jawabnya.
  • Kad kredit yang ada boleh digunakan maksimum sebanyak 5 ribu saja. Tak cukup untuk sara kehidupan dan juga sebagai modal untuk membina perniagaan. Mana nak cukup!
  • Tidak bekerja dengan kerajaan. Ini membuatkan saya tidak layak buat pinjaman peribadi pada bank rakyat. Isteri juga tak kerja. Siapa nak kasi pinjam?
  • Tidak ada kenalan dari kalangan ‘Along’. Ini membuatkan hilang keberanian memimjam wang pada mereka untuk memulakan perniagaan.
  • Tak pernah ikuti kursus MARA. Langsung tak ada peluang untuk buat pinjaman perniagaan.

Cukuplah semua yang saya senaraikan di atas untuk menyatakan bahawa kriteria punyai modal tidak dimiliki oleh saya ketika terjun secara kamekaze menjadi “Pendekar Usahawan” bagi menjalankan perniagaan “Pest Control”.

Apa yang telah saya harungi sejak awal menjadi usahawan meyakinkan diri bahawa memang benar nak berniaga tanpa modal sesungguhnya boleh dilakukan.

Dengan keadaan tak ada modal itulah saya buat terjunan maut dan menjalankan perniagaan sehingga menjana pendapat jutaan ringgit dalam tempoh kurang dari lima tahun.

Dalam tempoh itu juga saya buka lagi satu perniagaan juga dalam keadaan tidak ada modal. Perniagaan itu juga kini menjana jutaan ringgit sehingga sekarang.

Tentu ramai yang nak tahu macam mana saya buat, macam mana saya cari duit dan apa yang ada pada saya yang membuatkan saya perolehi semua itu?

Kalau semua nak tahu apa yang saya ada, anda juga memilikinya. Malah mungkin anda lebih hebat daripada saya cuma tidak pernah diguna pakai lagi selama ini.

Apa yang saya pakai? cuma tiga perkara penting:

  1. Kawan
  2. Kejujuran
  3. Keazaman
  4. Keyakinan

Itu saja peralatan berniaga saya. Anda juga ada semua itu. Jadi kenapa saya boleh buat sedangkan anda tak boleh buat?

Barangkali anda cuma tak tahu macam mana nak pakai dan bila nak pakai, kalau anda nak ilmu itu sertailah program HR Biz Coaching yang saya anjurkan, insyallah akan saya perturunkan.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • berniaga tanpa modal
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Bengkel

Bengkel Usahawan Jaya

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 25/10/2012
Read More
Next Article
  • Kehidupan
  • Petua ringkas

5 langkah hadapi kawan yang sedang marah

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 26/10/2012
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 5 min
  • Idea
  • Keusahawanan

Cara buat analisis SWOT yang paling ringkas untuk perniagaan anda

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Pemasaran

3 Syarikat perniagaan paling lama bertahan dan masih wujud di pekan kecil kampung saya

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

12 comments
  1. Maslina Zulkefli says:
    22/05/2015 at 3:57 am

    Berniaga apa tuan…

    Reply
    1. Shubhi says:
      22/05/2015 at 6:29 pm

      dah baca artikel ke…?

      Reply
  2. amin says:
    14/11/2013 at 5:18 am

    Mohon kongsi pengalaman tuan .. boleh hubungi saya di 0176555449 .
    saya pon masih muda dan ingin menceburi perniagaan ..

    Reply
  3. Fariz says:
    27/09/2013 at 10:26 pm

    perkongsian yg sgt bermanfaat..saya juga ingin mengenali tuan….

    Reply
  4. sarimah says:
    14/03/2013 at 2:12 am

    macam besttt jee bunyinyaa..hermmm ari ari xde duit nk buat macam macam tuk keluarga..boleh laa bantu saya yer..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      14/03/2013 at 2:25 am

      tak ada duit…minta

      Reply
  5. Muhammad Fikri says:
    29/01/2013 at 12:24 pm

    berniaga apa?? Mana dapat sumber?? boleh share??

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      29/01/2013 at 1:21 pm

      Niaga apa saja, kita fikirkan sumbernya…

      Reply
  6. Salleh Ahmad says:
    24/01/2013 at 1:12 am

    saya ingin berkenalan dengan saudara

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      29/01/2013 at 1:21 pm

      Boleh saja…

      Reply
  7. Anonymous says:
    16/01/2013 at 4:52 am

    Bantu saya saudara..saya juga ingin berjaya seperti saudara..saya makan gaji tapi xde keseronokan bekerja..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      29/01/2013 at 1:21 pm

      Tak ada nama, nak bantu cam na?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Mula berniaga
    Keliru antara takut dengan bahaya buat anda takut henti kerja makan gaji untuk berniaga
    • 4 minute read
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Tabiat
    5 perkara tentang bisnes yang saya belajar yang patut saya kongsikan pada anda

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.