Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
679
2K
307
13
0
  • Keusahawanan

Cari idea niaga

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 07/09/2013
  • No comments
  • 4 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Cari idea niaga ini memang tajuk popular. Ramai yang sedang bertanya soalan yang sama iaitu, “nak berniaga apa?”.

Semalam ketika berjalan ke Jelebu bersama beberapa orang kawan, soalan yang sama timbul dari salah seorang kawan yang masih buntu dengan dan sedang cari idea niaga.

Saya tahu kawan yang bertanya itu dapat menjawab soalan yang dikemukakannya sendiri, tetapi sudah menjadi lumrah manusia, kita sentiasa mahu mendengar perkataan atau ayat yang datang daripada orang lain.

Kita bukan cari idea niaga sebenarnya, kita cuma cari kapastian. Yang paling penting, kita ternanti-nanti dan puas apabila mendengar perkara yang memang kita mahu dengar.

panduan cari idea niaga yang mudah

Dalam bab berniaga sama juga, sebenarnya idea tu dah ada tak perlu cari idea lagi, sengaja kita menguji orang lain kalau-kalau orang yang kita percaya atau menaruh keyakinan akan mengeluarkan idea yang sedang kita fikirkan.

Sebenarnya, kalau nak cari idea, ada bersepah-sepah idea berniaga di sekeliling kita. Kita hanya perlu ambil masa sehari untuk bersiar-siar di sekitar Chow Kit atau lain-lain tempat di KL untuk menyenaraikan penuh idea perniagaan di 4 helai kertas kajang.

Apa yang kita cari bukanlah sekadar cari idea niaga sahaja, tetapi sebaliknya adalah cari idea niaga yang bersesuaian dengan diri kita.

Cuma ada dua masalah utama nak cari idea niaga:

  1. Tidak sabar – Masalah ini berlaku pada mereka yang telah mencuba berpuluh-puluh perniagaan tetapi kesemuanya hanya sekerat jalan. Apabila orang sebegini berjumpa dan bertanya pada anda nak berniaga apa, jawapan yang paling tepat adalah apa yang sedang anda niagakan sekarang adalah yang terbaik.
  2. Benar-benar keliru – Mereka yang ada beberapa idea dan mungkin sudah bergerak mengumpulkan maklumat atau usaha ke atas beberapa idea itu. Ada sedikit rasa takut kalau-kalau pilihan yang dibuat adalah pilihan yang salah.
Bagi mereka yang berada di dalam kategori kedua, berikut beberapa perkara yang boleh dijadikan pedoman untuk cari idea dan membuat pilihan yang terbaik dan bersesuaian dengan diri.
  1. Cari idea niaga dengan ikut petua Dr Azizan – Kira dan baca tarikh lahir. Ramai yang mendakwa menemui jalan keluar setelah bertemu atau mengikuti kursus mengenali diri yang dianjurkan oleh DR. Azizan.
    1. Dari bacaan tarikh lahir anda akan mendapat jawapan samada berada di dalam kategori, tanah, logam, air, api atau kayu…dan huraiannya lebih panjang siap dengan jenis perniagaan yang sesuai dan tidak sesuai.
    2. Namun ada pandangan yang menolak cara mengenali diri seperti ini atas alasan ianya adalah tilikan nasib yang dilarang dalam Islam. Secara peribadi saya tidak lihat bacaan tarikh lahir sebagai tilik nasib.
    3. Jika selepas anda membaca tarikh lahir anda diberitahu bahawa akan menjadi kaya berkahwin dengan anak raja, maka itu adalah tilik nasib. Sebaliknya jika anda diberitahu bahawa suara anda merdu dan jiwa anda lembut, itu bukan tilik nasib namanya itu sifat.
    4. Terpulang pada masing-masing untuk mentafsirkannya…
  2. Cari idea niaga dengan pusing dan lihat ke belakang – Ini juga sebenarnya satu lagi cara mengenali diri tanpa perlu bergantung pada mengetahui cara membuat kiraan tarikh lahir.
    1. Pusing ke belakang adalah melihat peristiwa dan pengalaman yang telah dihimpun. Anda boleh mengenali diri dengan melihat:
      1. Berapa wang simpanan anda
      2. Apa barang-barang berharga yang anda ada
      3. Siapa kawan-kawan anda.
      4. Apa pengalaman yang anda ada
      5. Apa kejayaan anda.
      6. Apa kegagalan anda
      7. Apa sikap atau fenomena yang sering berulang dalam hidup anda
      8. Apa barang atau aktiviti kegemaran anda
      9. Apa jenama kesukaan anda
      10. Negara/negeri mana menjadi kegemaran melancong anda
      11. Ilmu atau bidang jenis apa yang membuatkan anda mudah faham
      12. Buku jenis apa yang sering anda baca
      13. Apa tajuk kegemaran anda
      14. Dan lain-lain lagi seumpama dengannya…
    2. Jika wang simpanan anda besar dan cukup untuk mengambil satu perniagaan Francais yang terbukti berjaya, jangan teragak-agak untuk membuat pertimbangan lagi.
    3. Jika wang simpanan tak ada, lihat kawan-kawan yang ada di sekeliling dan tanya pada diri anda apakah barangan yang mereka saling berkongsi kegemaran atau keperluan yang boleh saya tawarkan. Cuba senaraikan sekurangnya 100 kawan-kawan rapat yang dikenali.
    4. Jika tidak temui jawapan, senaraikan pula semua barangan yang menjadi kegemaran dan anda percayai selama ini. Apakah barangan yang anda rasa dapat dijadikan produk dengan sasaran pelanggan awal adalah daripada kalangan rakan-rakan anda sendiri. Mereka berkemungkinan berkongsi citarasa yang sama dengan anda.
    5. Anda juga boleh gunakan kemahiran yang ada sebagai idea perniagaan. Senaraikan kemahiran yang ada dan fikirkan satu kemahiran yang boleh ditawarkan pada lingkungan kawan-kawan yang telah disenaraikan tadi.
    6. Semua yang tersebut di atas adalah proses untuk kenal pasti perniagaan yang sesuai untuk diri anda. Kena dengan caranya, anda akan mula berjaya mendapatkan 3 pelanggan pertama anda yang terdiri daripada kalangan rakan-rakan atau mereka yang dikenali.
    7. Jadikan mereka sebagai sample demografik sasaran anda. Kenal pasti ciri-ciri demografil tersebut dan mula rangka strategi pemasaran yang lebih meluas untuk menagkap pasaran yang lebih besar.
  3. Cari idea niaga dengan dapatkan bantuan HR Biz Coaching. Ini merupakan jalan mudah untuk kenal pasti perniagaan yang mahu dijalankan. Dengan mendapatkan bimbingan, anda akan berasa lebih selesa dan yakin untuk membuat pilihan. Dan yang paling penting, untuk menimbulkan rasa percaya bahawa pilihan yang dibuat adalah betul.

Demikian sedikit panduan mudah dan mujarab untuk cari idea niaga. Jika anda masih tak puas boleh hubungi saya dengan mendapatkan khidmat bimbingan di HR Biz Coaching. Selamat cari idea niaga!!!

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • cari idea niaga mudah
  • idea niaga mudah
  • kenali diri
  • niaga coklat
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan

Bagaimana atasi rasa kecewa

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 06/09/2013
Read More
Next Article
  • Hidup Ringkas

5 langkah jimat minyak kereta

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 07/09/2013
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 5 min
  • Idea
  • Keusahawanan

Cara buat analisis SWOT yang paling ringkas untuk perniagaan anda

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Pemasaran

3 Syarikat perniagaan paling lama bertahan dan masih wujud di pekan kecil kampung saya

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Mula berniaga
    Keliru antara takut dengan bahaya buat anda takut henti kerja makan gaji untuk berniaga
    • 4 minute read
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Tabiat
    5 perkara tentang bisnes yang saya belajar yang patut saya kongsikan pada anda

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.