Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
556
2K
278
14
0
  • Keusahawanan

Dari pengalaman buruk tercetus idea bisnes

  • 05/03/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

pengalaman buruk dan idea bisnesKisah dari pengalaman buruk tercetus idea bisnes ini saya petik dari En Mohd Firdaus Mohamad yang merupakan salah seorang usahawan yang sering membaca blog hidupringkas ini sejak awal dulu. Dari blog, dia menghubungi saya dan minta untuk bertemu minum petang sambil borak hal bisnes.

Daripada blog inilah En Firdaus mengorak langkah memulakan perniagaannya sekarang. Elok juga kita baca perkongsian pengalaman beliau moga yang masih belum mulakan mendapat semangat yang sama untuk menjadi usahawan.

Beliau juga merupakan antara peserta awal yang mengikuti kursus mengora potensi niaga yang saya anjurkan dulu. Saya yakin En Firdaus mempunyai potensi tinggi untuk berjaya memandangkan sikapnya yang rajin berusaha dan suka belajar, Insyaallah.

Jom kita baca kisahnya…

Dari Pengalaman Buruk Tercetus Idea Bisnes!!! (part 1)

Tidak pernah terfikir sebelum ini yang saya akan terjun ke dalam dunia perniagaan..Hal ini disebabkan oleh saya dan isteri masing-masing dibesarkan oleh ibu dan bapa yang bekerja makan gaji..

Jadi, sedari kecik kami sudah dibiasakan untuk mempersiapkan diri untuk mendapat pekerjaan terbaik dengan makan gaji di tempat-tempat yang hebat..

Makan Gaji juga adalah satu sumber atau cara Allah memberi rezeki kepada hambaNYA dan juga boleh mendatangkan kemewahan..

Jadi janganlah kita bersikap skeptikal dengan menyatakan kerja makan gaji ini tidak bagus kerana ada insan yang hebat juga walaupun dengan makan gaji..

Bukan semua manusia ditakdirkan untuk mendapat perkerjaan yang mantap dan hebat bekerja makan gaji..tetapi sesetengah mereka langsung tidak mahu berusaha untuk melakukan perubahan diri dan kadangkala tidak sedar yang perniagaan mampu menjadikan seseorang yang lebih hebat berbanding ketika waktu makan gaji..

Begitu juga dengan saya, saya juga tergolong dalam sekelompok orang yang tidak hebat bekerja makan gaji, tapi masih terus makan gaji kerana tahu hanya itu sahaja cara saya untuk mendapat rezeki dari Allah dan tidak mahu merubah nasib..Sampai lah waktu isteri membeli tudung di salah sebuah butik terkenal di Seksyen 7, Shah alam..

Harga yang ditetapkan penjual Butik itu agak mahal walaupun selepas diskaun..Bila basuh setelah pakai tudung tersebut, kami dapati kualiti kain dan jahitan tepi amat tidak memuaskan..

Kami terfikir kalau dengan kualiti dan harga yang begitu pun Butik tersebut boleh ‘survive’, apa kata kalau kami tawarkan produk yang sama tetapi dengan kualiti kain dan jahitan tepi yang lebih baik di dalam pasaran..

Maka, bermula kisah kembara bisnes Huriya Malaeka Enterprise..

Dari Pengalaman Buruk Tercetus Idea Bisnes!!! (part 2)

Bermula Dengan Apa Yang Ada Di Tangan!!!

Sebelum ini..minda saya sering mengatakan yang untuk memulakan sesuatu perniagaan, kita perlukan sejumlah modal yang besar kerana banyak duit yang perlu dilaburkan untuk membuka kedai (sewa, ubahsuai dan peralatan)..dan dalam perkara ini saya tidak keseorangan kerana terdapat ramai lagi orang yang berfikiran sama dengan saya..

Sehingga suatu hari saya terbaca blog Mohd Shubhi Abdul (hidupringkas.com), dan ilmu perniagaan saya yang pertama adalah hasil daripada pembacaan di blog beliau..

Setiap hari saya akan cuba membaca setiap ‘entry’ yang beliau ‘post’ termasuk ‘entry-entry’ lama yang ada pada blog tersebut..

Akhirnya saya berjumpa dengan suatu ‘entry’ yang benar-benar menarik perhatian saya dan membuatkan saya bersemangat dan terus membuat keputusan untuk berniaga..

Pada ‘entry’ tersebut beliau menerangkan yang sebenarnya perniagaan seharusnya bermula dengan sekecil-kecil modal dan yang terbaik dengan apa yang ada di tangan..kerana modal bukan terletak pada jumlah wang yang kita ada, tetapi DIRI KITA adalah modal yang sebenar untuk memulakan sesuatu perniagaan..Beliau juga menunjukkan bagaimana beliau memulakan perniagaan beliau dengan meminjam RM2500 pada kawan beliau dan kini dapat membina empayar beliau sendiri..

Tanpa berfikir panjang, saya dan isteri mengeluarkan duit simpanan kami sebanyak RM1000 dan terus memulakan tanpa menoleh ke belakang lagi..Tapi……..

Rupanya banyak lagi yang kita perlu ada selain modal sebagai kelengkapan sebelum berniaga.. Dan itu lah perkara yang kami terlepas pandang yang membuatkan kami rugi pada 1st Batch jualan shawl Huriya..

Bersambung….

p/s : gambar adalah produk pertama keluaran Huriya..saksikan bagaimana kami ‘evolve’ pada bahagian seterusnya..

Untuk kisah seterusnya anda boleh ikuti FB beliau dengan klik di sini

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • idea bisnes
  • idea niaga
  • kisah usahawan
  • mula berniaga
  • pengalaman buruk
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kewangan

Cara nak urus kewangan perniagaan syarikat

  • 03/03/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Kehidupan

Bagaimana nak cari apa yang kita suka

  • 09/03/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan

Ini berita baik untuk anda yang terlibat dalam industri kreatif tanah air

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

8 perkara yang anda perlukan dari kawan bila jadi usahawan – Siri 2

12 comments
  1. mrhanafi says:
    19/03/2015 at 7:26 am

    idea bisnes akan muncul ketika kita santai-santai

    Reply
  2. Yuha says:
    12/03/2015 at 4:48 pm

    dibalik semua keburukan pasti ada hikmahnya, betul !

    Reply
  3. cintaliar says:
    08/03/2015 at 11:07 pm

    pengalaman boleh menjadikan banyak idea dari keterpurukan

    Reply
  4. zool says:
    08/03/2015 at 2:27 pm

    wah mesti bestkan dapat bantu orang…
    best camtu

    Reply
  5. Noriza Rahman says:
    07/03/2015 at 3:49 pm

    Banyak pengorbanan yang perlu untuk sebuah kejayaan kan!

    Reply
  6. noh says:
    06/03/2015 at 9:01 pm

    Tahniah en.firdaus & En.subhi. sebenarnya byk jasa penulisan En.subhi nie..saya pun berjaya yakinkan diri utk mulakan bisnes apabila selalu baca post blog ini.Harap penulisan & panduan dari En.subhi nie akn berterusan & amat berharap sang at dpt mengjadiri kelas bimbingan En.subhi..

    Reply
    1. Shubhi says:
      06/03/2015 at 9:12 pm

      Terima kasih En Noh. Insyaallah saya cadang nak anjurkan semula bengkel perniagaan untuk mereka yang dah berniaga… boleh sertai nanti

      Reply
  7. blogger lelaki says:
    05/03/2015 at 10:00 pm

    terbaik bro semoga terus berkongis dan berikan inspirasi kepada insan seperti saya

    Reply
    1. Shubhi says:
      06/03/2015 at 9:07 pm

      Terima kasih, insyaallah akan berusaha teruskan penulisan kat sini

      Reply
  8. Hero Borneo says:
    05/03/2015 at 5:41 pm

    menarik cerita ini dan saya juga insan biasa yang amat mengkagumi insan luar biasa dan genius seperti Mohd Subhi

    Reply
    1. Shubhi says:
      05/03/2015 at 6:15 pm

      Malu rasanya membaca pujian tuan begitu, tak layak sebenarnya dengan status insan luar biasa dan genius. Harap-harap ianya satu gurauan sahaja. Terima kasih Tuan Hanafi

      Reply
      1. Hero Borneo says:
        10/03/2015 at 10:21 am

        nak kata bergurau boleh juga tetapi niat saya untuk menanamkan persepsi minda separuh sedar tuan supaya betul-betul menjadi genius dan luarbiasa..termasuk para pembaca juga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.