Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
532
2K
276
100
0
  • Keusahawanan

Dulu Ah Long, sekarang taukeh bisnes aiskrim

  • 08/02/2017
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Saya terjumpa kisah menarik tentang seorang pemuda berbangsa Cina yang dulunya seorang Ah Long beri pinjaman duit, dan sekarang menjadi taukeh bisnes aiskrim dari akhbar Focus Malaysia.

Akhbar bisnes Focus ini akan saya beli sekali sekala bila terlihat ada cerita menarik tentang bisnes di negara kita. Dalam naskah Focus Malaysia edisi mingguan yang ke-214 bertarikh 17 Jan – 13 Jan 2017 ini, saya tertarik dengan cerita 10 syarikat baru yang perlu diberi perhatian untuk tahun 2017 ini.

Setelah membelinya, saya mula baca laporan berkenaan bisnes yang dijalankan oleh kesemua 10 syarikat baru tersebut. Memang menarik sangat dan mampu memberikan sedikit idea ke depan dan motivasi terhadap bisnes saya sendiri.

Kisah taukeh bisnes aiskrim

Kesemua bisnes syarikat baru yang dikatakan perlu diberikan perhatian itu berkisar tentang bisnes yang berasaskan teknologi dan tidak punya produk secara fizikal.

Tapi amat menarik bila salah satu dari ke-10 syarikat, terselit satu bisnes aiskrim yang memang punya produk secara fizikal. Sudah tentu produk fizikalnya adalah aiskrim.

Jadi saya cari maklumat lagi berkenaan bisnes itu.

Sebelum itu, saya berikan senarai 10 syarikat berserta dengan nama pengasasnya, yang perlu diberikan perhatian sebagaimana yang disenaraikan oleh akhbar bisnes Focus:

  1. iflix – Patrick Grove dan Mark Britt
  2. Carousell – Lucas Ngoo, Quek Siu Rui dan Marcus Tan Yi Wei
  3. KFit – Joel Neoh, Danny Yeung dan Yeoh Chen Chow
  4. iPrice Group – Heinrich Wendel dan David Chmelar
  5. ServisHero – Karl Loo, Jason Kang, Nicole Sia, Paul Copplestone dan Adam Burmister
  6. Carsome – Eric Cheng dan Teoh Jiun Ee
  7. Nuren Group – Petrina Goh, Kelvin Leow, Stacey Lee dan Alice Ong
  8. TheLorry – Nadhir Ashafiq dan Goh Chee Hau
  9. Fruiti King – Gideon Leong dan Teh Kim Seng
  10. Katsana – Syed Ahmad Fuqaha Syed Agil dan Mohd Irwan Ibrahim

Ia menjadi lebih menarik bila saya baca Gideon Leong yang merupakan pengasas bisnes aiskrim itu asalnya adalah seorang Ah Long peminjam wang.

Dari Ah Long ke bisnes aiskrim

Dari maklumat yang saya cari, Gideon Leong ini asalnya agak liar sikit. Dia Ah Long dan dia juga pengedar dadah. Semua itu bertukar apabila dia tertangkap dan dipenjarakan. Dia dikenakan tuduhan mengedar dadah.

Setelah menerima hukumannya, pada tahun 2008 dia keluar dari penjara. Dan dia keluar sebagai orang baru. Dia berubah hasil daripada hukuman yang telah diterimanya di penjara.

Menurut Gideon Leong, penjara membuatnya berfikir tentang apa itu kehidupan.

Kisah perniagaan aiskrimnya bermula bila dia rasa setangkai aiskrim buatan tangan dari seorang peniaga aiskrim di Ipoh.

Rasanya yang lazat dengan mengekalkan rasa buah tempatan itu membuatkan Gideon Leong mahu usahakan bisnes itu.

Dipujuknya taukeh aiskrim itu untuk menjadi rakan niaganya tapi ditolak. Setelah puas memujuk, akhirnya usahawan aiskrim itu bersetuju untuk menjadi penasihatnya. Terutamanya dalam mencari formula untuk buat aiskrim perasa buah-buah tempatan.

Diringkaskan cerita, akhirnya setelah 2 tahun, Gideon Leong berjaya keluarkan produk aiskrimnya sendiri dengan perasa durian king, buah nangka, kacang merah, jagung, mangga dan Durian Belanda. Dari situ lahirlah sebuah jenama aiskrim Mr Cool.

Usahanya mendapat perhatian pula dari Pengerusi Netrove Ventures Group, iaitu sebuah syarikat Venture Capital. Dan dari situ Gideon Leong mendapat lagi suntikan dana untuk kembangkan bisnes aiskrimnya.

Pengerusi Netrove Ventures Group, Teh Kim Seng, sekarang menjadi rakan pengasas bisnes aiskrim Fruiti King.

Taukeh bisnes aiskrim ke pasaran global

Suntikan dana sebanyak RM 1.5 juta diberikan oleh Netrove Ventures Group.

Bila dah berteman dengan orang yang punya visi yang lebih jauh, sudah tentu ia membantu melonjakkan lagi segala usaha yang dijalankan oleh bekas Ah Long itu.

Mereka mula berusaha untuk kembangkan lagi pasaran perniagaan mereka merentasi sempadan.

Dipendekkan cerita, dana tambahan lebih besar yang diperlukan oleh mereka didapati pula daripada CrowdPlus.Asia, sebuah entiti crowd funding. Dari situ Fruiti King mendapat lagi suntikan dana sebanyak RM 5 juta.

Cerita mudah, buat susah

Nampak tu !, saya hanya perlukan sebanyak lebih kurang 500 perkataan sahaja untuk sampaikan kisah perjalanan taukeh bisnes aiskrim ni.

Mudahnya dia bisnes !

Cerita memang mudah, tapi cerita yang ambil masa  kurang 5 minit ni, adalah hasil dari usaha yang makan tahun.

Apa yang penting adalah berusaha. Mesti ada impian besar dan perlu berusaha mencari networking yang dapat membantu kita sentiasa ke depan.

Apa sejarah latar belakang anda tidak penting sebenarnya.

Asalkan nak berubah, perjalanan yang bermula dari sekarang ke hadapan yang perlu diberikan perhatian.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • Ah Long
  • bisnes aiskrim
  • bisnes baru
  • bisnes besar
  • crowd funding
  • Kejayaan
  • motivasi
  • perniagaan berjaya
  • suntikan dana
  • ubah diri
  • venture capital
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan

Insan unik dalam diri yang anda mungkin tak sedar

  • 07/02/2017
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Mula berniaga

6 cara mulakan perniagaan walaupun tak ada duit

  • 13/02/2017
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan

Ini berita baik untuk anda yang terlibat dalam industri kreatif tanah air

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

8 perkara yang anda perlukan dari kawan bila jadi usahawan – Siri 2

7 comments
  1. Madi says:
    17/04/2018 at 3:54 am

    Sangat deep dan saya pun dalam proses mendapatkan lesen niaga katering aiskrim

    Reply
  2. Abdullah Marz says:
    29/11/2017 at 3:17 pm

    Terima kasih tuan Shubhi..terinspirasi..

    Reply
  3. Telekung Hanna Mirae says:
    20/02/2017 at 11:09 am

    Artikal yang menarik yang menjadi sumber inspirasi

    Reply
  4. Manan Qayyim says:
    12/02/2017 at 8:35 pm

    Sungguh berinspirasi artikel ni. Sunggu sejarah silam yg kelam, membuatkan dia lebih bermakna pada masa sekarang.

    Reply
  5. Nor hazmira says:
    11/02/2017 at 7:58 pm

    Semua org boleh berubah, hanya kita menentukan sama ada kita nak ke tak nak…

    Reply
  6. Zamree says:
    09/02/2017 at 11:35 pm

    Kalau dia boleh berjaya, kenapa tidak saya…?

    Tkasih Tn Shubh…!

    Reply
  7. Gambir Emas says:
    09/02/2017 at 11:59 am

    Sangat termotivasi dengan kisah ni. Dari bekas banduan boleh jadi jutawan. Kadang rasa cemburu, macam mana lah diorang boleh jadi kaya sangat kan? Saya belajar satu perkara dari seorang kawan, orang yang kaya dan berjaya datang dari pelbagai keadaan, ada yang bermula dengan kerugian kemudian belajar dari kesilpan dan melonjak naik. Ada yang mula bersusah-susah dan memerlukan masa yang lama untuk naik, dan ada lagi beberapa keadaan, Apa2 pun jom jadi kaya untuk bantu Islam dari pelbagai aspek 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
    • Kehidupan
    Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar
Trending
  • Kehidupan
    Untuk berjaya mesti keluar dari zon selesa
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.