Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
549
2K
277
14
0
  • Keusahawanan

Peluang perniagaan kedai basikal di Puchong

  • 02/12/2013
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

potensi perniagaan kedai basikal di PuchongPerniagaan kedai basikal merupakan salah satu perniagaan yang berpotensi sekarang ini. Mungkin ada yang rasakan kenyataan tersebut salah kerana basikal bukanlah lagi merupakan kenderaan yang penting sebagaimana zaman tok nenek kita dahulu.

Jumlah mereka yang berbasikal di seluruh negara semakin berkurangan sejak saya tamatkan persekolahan pada tahun 1985 dahulu.

Selepas itu pelajar yang pergi ke sekolah menaiki motosikal semakin bertambah dan lama-lama kelamaan basikal hanya tinggal menjadi kenderaan utama warga Bangladesh sahaja di negara kita.

Kenapa perniagaan basikal ada potensi

Walaupun penggunaan basikal tidak semeriah dahulu lagi sekarang, saya rasakan ada kecenderungan untuk aktiviti berbasikal ini bertapak semula di negara kita bahkan di seluruh dunia.

Namun basikal bukanlah dijadikan sebagai kenderaan utama untuk pengankutan, sebaliknya matlamat berbasikal sudah berubah arah kepada sesuatu yang menjadi keutamaan masyarakat dunia sekarang ini.

Ada 3 unsur yang membuatkan perniagaan kedai basikal menarik untuk difikirkan:

  1. Kesihatan – Berbasikal memang baik untuk mereka yang peka kepada penjagaan kesihatan. Berbasikal adalah salah satu cara melakukan senaman bagi mereka yang tak suka berjogging atau berjalan kaki. Apa sahaja perniagaan yang menawarkan faedah kesihatan pada orang ramai memang mula mendapat tempat sekarang ini di seluruh dunia. Oleh itu perniagaan kedai basikal merupakan salah satu perniagaan yang berpotensi.
  2. Alam sekitar – Bagi para pencinta alam, berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang membantu penjagaan alam sekitar. Tidak berlaku pencemaran udara atau bunyi dalam aktiviti berbasikal. Ini juga merupakan salah satu cabang perniagaan yang mula mendapat tempat di seluruh dunia dan akan terus meningkat permintaannya pada masa yang akan datang.
  3. Tenaga Hijau – Tidak ada pembaziran tenaga dalam aktiviti berbasikal. Tenaga dikeluarkan oleh mereka yang menunggang basikal dan faedahnya kembali kepada pengamal aktiviti berbasikal. Sekali gus ia merangkumi kedua-dua faktor yang saya sebutkan di atas tadi.

Kenapa saya kata ada peluang perniagaan kedai basikal di Puchong

Saya ada 6 buah basikal di rumah dan kesemuanya dibeli daripada kedai basikal berdekatan yang merupakan satu-satunya kedai basikal di kawasan penempatan saya.

Walaupun kesemua basikal dibeli dari kedai tersebut, saya tak pernah berpuas hati pada khidmat selepas jualan yang diberikan oleh pemilik kedai basikal itu.

Saya tak pernah puas hati dengan cara dia memasang basikal baru yang diimportnya samada dari Taiwan atau Negara China. Semua basikal diimport secara CKD dan akan dipasang dikedainya bila dia tak ada pelanggan yang datang samada untuk membaiki atau membeli basikal baru.

Cara dia memasang tidak ada ketelitian yang saya harapkan. Senget sana dan senget sini. Bagi seorang yang memang sukakan basikal sejak zaman remaja di kampung dulu, kecacatan pemasangan sebegitu amat mendukacitakan saya.

Terpaksalah saya membaikinya dan membetulkan segala yang saya tak puas hati selepas balik rumah. Tapi bukan selalu saya ada masa untuk buat kesemua kerja kecil dan rumit begitu di rumah dengan kekurangan peralatan yang diperlukan.

Ada ruang untuk perhebatkan perniagaan kedai basikal di Puchong

Setiap kali pergi ke kedai itu dan melihatnya memasang atau membaiki basikal, saya akan terkenangkan Taukeh Perniagaan kedai basikal di Kampung yang bernama Ah Uu. Dia sendiri merupakan penggemar basikal dan kesemua basikal yang dinaikinya amat klasik dan kemas serta menarik.

Setiap kali dia membaiki atau memasang basikal, dilakukannya dengan amat teliti dan penuh minat. Pantang ada bunyi yang merimaskan pada basikal, akan diperbetulkannya. Menaiki basikal yang telajh dibaikinya seperti menganyuh sebuah mesin yang selesa dan lancar. Saya sentiasa kagum dengan ketelitiannya dan tak berkira dengan kos membaiki yang diberikannya.

Ringkasnya, jika saya buka perniagaan kedai basikal di Puchong, saya pasti dapat memenuhi kekecewaan yang ada pada khidmat yang diberikan oleh kedai yang ada sekarang. Jadi ada ruang untuk bersaing dan memang di situ.

Dari segi permintaan pula tak perlu disangsikan lagi. Jika orang dewasa tak suka berbasikal, kanak-kanak sekolah sudah pasti menjadi pelanggan yang tetap. Bayangkan berapa ramai kanak-kanak di Puchong!.

Bagaimana pula perniagaan kedai basikal di kawasan anda, adakah ada potensi dan ruang untuk memasuki pasaran yang dapat anda kesan. Mungkin perniagaan kedai basikal ini adalah perniagaan yang bukan minat anda, tapi asasnya adalah sama. Sengaja saya berikan contoh dalam mengenal pasti idea perniagaan dengan berikan perniagaan kedai basikal sebagai contoh mudah untuk difikirkan.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • idea perniagaan
  • perniagaan kedai basikal
  • perniagaan kesihatan
  • perniagaan tenaga hijau
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan

Bagaimana nak jadi usahawan yang relaks

  • 25/11/2013
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Keusahawanan

7 kepercayaan karut yang buat anda tak berniaga

  • 03/12/2013
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan

Ini berita baik untuk anda yang terlibat dalam industri kreatif tanah air

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

11 langkah membina semula diri dan perniagaan anda yang jatuh tersungkur

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Betulkah usahawan suka ambil risiko lebih dari orang lain?

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

8 perkara yang anda perlukan dari kawan bila jadi usahawan – Siri 2

19 comments
  1. ahmad suhaimi bin hj tajulaarus says:
    09/04/2017 at 8:53 pm

    agak agak berapa modalnye untuk membuka sesebuah kedai basikal yg lengkap??boleh bg tau sape yg tau??ingat memang nak mencuba

    Reply
  2. asmawi says:
    19/08/2014 at 3:57 pm

    Teringin sgt nk buka kedai basikal kat pulau ni.. Kedai utk disewa dah ada. Modal lak x ada. Huu… kecewa sungguh!

    Reply
  3. Azeman says:
    05/12/2013 at 10:03 am

    Saya pun pernah terfikir macam tu. Di Puchong Intan ada 1 dan di Puchong Majujaya ada 1. Saya rasa kalau buka di kawasan OTK pun ok. Kawan sekolah saya selepas gagal SRP tahun 1987 terus buka kedai basikal sampai sekarang di Taman Dato Harun.

    Reply
  4. Dzariff says:
    04/12/2013 at 8:23 am

    Bukak la kedai basikal bro! Mai kita share!

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      04/12/2013 at 8:27 am

      Masalahnya….siapa nak jaga…?

      Reply
  5. hafiz says:
    04/12/2013 at 12:47 am

    Memang skrg basikal memang dah jadi trend remaja, mtb, fixie memang jual basikal menguntungkanlah

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      04/12/2013 at 8:28 am

      betul tu

      Reply
  6. Lynn™ says:
    03/12/2013 at 11:21 pm

    Bagus tu ideanya. Basikal sekarang sudah diangkat menjadi sukan disampaing menambah aktiviti bila beriadah bersama keluarga. Basikal masih banyak pencintanya. Macam kata admin, penambah baikan perkhidmatan/perniagaan boleh dilakukan bila perniagaan mula berjalan. Mungkin owner tiada kemahiran merepair awalnya, mungkin boleh dilaverage tenaga kerja dari sumber lain.

    ( Saya masih minat mengayuh basikal di sekeliling kawasan rumah 😀 )

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      04/12/2013 at 8:29 am

      Basikal ni perlu ada minat…

      Reply
  7. Irwan Alessa says:
    03/12/2013 at 11:55 am

    Jarang sekali kita tengok bengkel memperbaiki basikal.. ada banyak motor dan kerete sekarang.. jarang sekali kita tengok orang berbasikal..

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      04/12/2013 at 8:30 am

      Kat bandar rasanya orang mula naik basikal. kat kampung pula orang nak tinggalkan basikal.

      Reply
  8. kakiblog says:
    03/12/2013 at 4:13 am

    berbasikal baik untuk kesihatan dan saya hairan mengapa anak muda lebih gemar pula guna motosikal walaupn dalam jarak yang dekat!

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      04/12/2013 at 8:31 am

      pendedahan pada kesihatan perlu untuk tanam minat berbasikal

      Reply
  9. puteri kasih says:
    03/12/2013 at 12:54 am

    memang tak banyak sangat kedai jual basikal kat sini..budak budak pun jarang dah nampak main basikal di waktu petang

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      04/12/2013 at 8:31 am

      Ibubapa tempat tu tak galakkan anak-anak berbasikal ler rasanya …?

      Reply
  10. titan says:
    02/12/2013 at 11:51 pm

    memang peminat basikal ni gayanya. hehe

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      04/12/2013 at 8:32 am

      memang pun…untuk ambil angin cari idea dengan naik basikal

      Reply
  11. Bahrain says:
    02/12/2013 at 7:42 pm

    tempat saya tak ada buka perniagaan basikal di ledang, motor ada. di sini pun jarang nampak orang naik basikal even nak pergi sekolah rata-ratanya naik motor ataupun ada orang yang hantarkan,.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      04/12/2013 at 8:34 am

      Mereka sibuk cari rezki dan nak cepat ler tu agaknya…tak ada masa untuk riadah

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Tabiat
    Ini tandanya anda sudah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.