Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
679
2K
307
13
0
  • Keusahawanan

Pilih perniagaan: Ini cara paling selamat !

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 11/08/2012
  • 6 comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0
Cara pilih perniagaan yang selamat dan mudah berjaya

Agak-agaknya, ada tak jalan atau cara untuk pilih perniagaan yang mudah dan selamat?

Ramai orang idamkan untuk punyai sebuah perniagaan sendiri tapi terlalu sedikit yang benar-benar meneruskan impian mereka.

Bagi yang berani pulak, mereka ikut hasrat hati dan mula mencari peluang perniagaan untuk dilaksanakan.

Malangnya ramai di kalangan kita yang terjerumus kepada mencari peluang perniagaan baru yang orang tak pernah buat.

Logiknya adalah, jenis perniagaan sebegitu tidak ada persaingan maka peluang untuk mengaut keuntungan berlipat ganda amat cerah.

Sebenarnya pilih perniagaan sebegitu amat salah dan menyebabkan ramai bakal usahawan jatuh ke dalam lembah kesusahan akibat dari perniagaan yang gagal yang tidak dapat direalisasikan.

Saya kenal ramai kawan yang berbelas tahun asyik mencari perniagaan baru yang hebat-hebat tapi sampai sekarang tak ke mana. Tak ada satu perniagaanpun yang berjaya tahan lama.

Cara paling selamat untuk memulakan perniagaan adalah dengan pilih perniagaan jenis yang biasa orang buat dan kalau lagi ramai yang dah buat lebih bagus.

Kenapa saya kata begitu?:

  1. Peratusan untuk berjaya lebih tinggi. Kajian menunjukkan mereka yang pilih perniagaan yang orang lain telah buat berkemungkinan berjaya sebayak 80%. Maknannya dalam 10 orang yang mulakan perniagaan sebegitu, 8 daripada mereka berjaya.
  2. Kebarangkalian untuk gagal dengan buat benda baru adalah tinggi. Kajian menunjukkan peratusan untuk gagal dengan pilih perniagaan baru dan tak pernah orang lain buat adalah 80%. Maknanya dalam 10 yang pilih perniagaan luar kebiasaan, akan ada 8 orang yang gagal. hanya 2 yang akan berjaya.
  3. Pilihan selamat. Siapa yang suka mengambil risiko untuk gagal yang tinggi?. Jalan selamat adalah mengambil risiko kegagalan yang rendah. Jadi sebagai orang biasa eloklah pilih perniagaan yang dah biasa orang buat. Melainkan anda jenis Indiana Jones yang sukakan cabaran, anda boleh ambil jalan susah.
  4. Jenis perniagaan biasa pasti ada pembeli. Jika sesuatu perniagaan tersebut ramai yang dah lakukan. Maknanya ada pembeli yang pasti. kalau tidak tak akan ada yang meneruskannya. Tambahan pula jika perniagaan tersebut sudah lama bertapak ia menunjukkan itu jenis perniagaan yang ada potensi untuk hidup.
  5. Sudah ada contoh untuk kita tiru dan perbaiki. Memandangkan ramai pilih perniagaan itu dan dah lakukannya, kita ada contoh nyata yang boleh kita jadikan ikutan. Tak payahlah memerah otak untuk mereka satu sistem atau program perniagaan yang tidak pasti kejayaannya. Kita hanya perlu menjadi lebih bagus sedikit sahaja daripada mereka yang telah memulakan perniagaan tersebut. Untuk menjadi pelari nombor satu dunia, kita hanya perlu lebih pantas 0.1 saat saja daru Usain Bolt, tak perlu lebih daripada itu.
  6. Perniagagan baru hanya sesuai untuk mereka yang sudah berniaga besar dan punyai sumber kewangan yang banyak. Mencuba dan pilih perniagaan baru adalah kerja R&D dan itu adalah kerja yang belum pasti berjaya dan memerlukan wang yang banyak. Jadi terbukti mereka yang baru nak menapak berniaga masih tidaak layak untuk buat cubaan begitu.
  7. Mudah untuk mengenal pasti dan pilih perniagaan. Dalam zaman ini adalah sukar untuk mendapatkan idea perniagaan yang orang lain tak pernah buat. Hampir apa saja yang terlintas difikiran kita ada orang dah buat. Bezanya hanyalah di mana kita berada. Ada perniagaan yang tidak sesuai dijalankan di negara kita dan banyak yang sesuai. Lihat saja sekeliling dan pilih satu yang sesuai dengan kemahiran dan jiwa kita.
Jelas bahawa memilih nak berniaga apa bukanlah satu kerja yang sukar. Pilih perniagaan yang sudah terbukti berjaya lebih mudah dan risiko untuk berjaya adalah tinggi. Jadi jangan buang masa dan wang kita untuk mencuba benda baru yang kemungkinan gagalnya amat tinggi.
Kita hanya perlu sediakan kerta dan pen dan mula catitkan apa saja perniagaan yang melintas di depan kita yang menang terlalu banyak. Mula buat saringan mana yang bersesuaian dengan cara hidup kita, menyeronokkan diri kita dan kita ada kemahiran tentangnya.
Setelah anda temuinya, mula belajar daripada mereka yang telah berjaya dan jika ada peluang mohon bekerja terlebih dahulu pada perniagaan tersebut untuk melihat bagaimana perniagaan tersebut diuruskan.
Selepas itu anda boleh berhenti dan buat lebih baik sedikit saja dari tempat yang anda belajar tadi. Insyallah kemungkinan untuk anda berjaya amatlah tinggi. Yang pentingnya anda perlu sabar dan berfikiran positif.
Selamat pilih perniagaan yang biasa-biasa dan terbukti berjaya!
0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • idea niaga
  • pilih perniagaan mudah
  • pilihan selamat
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
hidup ringkas
  • Kehidupan

Bagus kalau boleh sambut raya begini

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 10/08/2012
Read More
Next Article
  • Motivasi

Apa yang boleh kita belajar dari kapal layar

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 12/08/2012
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 5 min
  • Idea
  • Keusahawanan

Cara buat analisis SWOT yang paling ringkas untuk perniagaan anda

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Pemasaran

3 Syarikat perniagaan paling lama bertahan dan masih wujud di pekan kecil kampung saya

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

6 comments
  1. Qimie Suso says:
    23/06/2013 at 8:05 am

    Assalamualaikum En Shubhi.

    Saya mempunyai cadangan untuk memulakan perniagaan butik bolasepak. Berdasarkan pandangan En seperti di atas berkenaan berapa ramai yang dah buat. Saya rasa yang itu memang kene sangatla. Tapi bagaimana atau di mana boleh saya dapatkan nasihat berkenaan rancangan saya. Sekiranya en sudi berkongsi, boleh reply di email saya? qimie_liverpoolfc@yahoo.com. Terima kasih.

    Reply
  2. Anonymous says:
    16/06/2013 at 7:16 am

    Salam. saya keliru tentang perniagaan yang tengah saya plan ini adakah ia berbaloi..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      16/06/2013 at 8:46 am

      W’salam, bagus kalau saya boleh diberitahu dengan lebih jelas atau mungkin dengan komen di atas perasaan lega muncul dan masalah selesai. Wallahu’alam!

      Reply
  3. Anonymous says:
    05/06/2013 at 12:47 pm

    sy nk buka perniagaan.masalah xda modal.sy suri rumah sepenuh masa.kyakinan sy dlm brniaga tinggi..mslhnya sy xda pengalamn dlm bidang prniagaaan..blh xbg sy nsht or mgjar sy cra utk memulakn prniagaan sy.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      05/06/2013 at 12:50 pm

      Boleh! Hubungi saya…!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Mula berniaga
    Keliru antara takut dengan bahaya buat anda takut henti kerja makan gaji untuk berniaga
    • 4 minute read
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Tabiat
    5 perkara tentang bisnes yang saya belajar yang patut saya kongsikan pada anda

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.