Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
671
2K
308
13
0
  • Kejayaan
  • Keusahawanan

Usahawan perlu jadi ‘angau’ untuk berjaya!

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 15/05/2013
  • No comments
  • 4 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Terkena angau pada perempuan
Pernahkan anda terkena penyakit angau?

Kalau pernah bercinta, anda akan faham apa yang dimaksudkan dengan penyakit angau. Saya pernah terkena penyakit angau beberapa kali semenjak meningkat dewasa sehinggalah berkahwin.

Alhamdulillah, selepas berkahwin, belum pernah lagi terkena angau. Harap-harap, tidak akan ada lagi sakit angau dengan perempuan lain.

Penyakit angau ini terlalu berat untuk diubati. Jiwa bergelora. Hati sentiasa berdebar. Fikiran sentiasa terfikirkan si dia sepanjang waktu tak kira di mana saja kita berada. Berat dan menyakitkan bila terkena penyakit angau ini.

Ada sekali saya terkena penyakit angau pada seorang perempuan ketika belajar di universiti dulu. Perempuan itu pula antara beri respon dengan tidak berbaur-baur. Antara layan dengan tidak silih bertukar.

Saya dah tak keruan, asyik ingatkan dia dan terbayangkan apa dia sedang buat. Mata asyik tercari-cari kelibat dia dan semua yang dilakukan serba tak kena.

Macam orang selalu kata, mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena memang terlalu tepat.

Sehingga ke tahap yang teruk sekali dan tidak dapat dikawal, saya ambil keputusan untuk bangun tahjud dan solah hajat. Saya minta pada Allah agar tenangkan hati dan minta Allah buangkan terus perasaan berat sebegitu dari hati saya.

Saya benar-benar memohon pada malam itu. Keesokkannya, dengan izin Allah, perasaan tersebut hilang terus bagaikan dicubit buang dari hati.

Saya bersyukur kerana doa saya dimakbulkan Allah. Siapa lagi yang dapat selamatkan kita daripada penyakit angau selain Allah?

Angau dalam perniagaan
Kenapa saya cakap mengenai penyakit angau?

Kerana ia lebih mudah untuk menjelaskan betapa menjadi angau terhadap impian kita dalam menjalankan perniagaan amat diperlukan bagi membawa kita ke depan.

Pada masa awal saya berniaga Pest Control, siang malam asyik terbayangkan bagaimana syarikat akan beroperasi.

Bagaimana para profesional tenaga kerja kawalan serangga dan makhluk perosak saya melaksanakan tugasan mereka dengan berpakain kemas, bepengetahuan, memahami pelanggan dan lain-lain lagi.

Saya bayangkan kenderaan syarikat saya yang bersih, cekap dan tersusun rapi berderetan di awal pagi sebelum bergerak menjalankan tugasan masing-masing.

Saya bayangkan juga betapa syarikat menjadi sebutan orang ramai dan para pelanggan merasa bangga apabila memberitahu rakan-rakan mereka bahawa mereka menggunakan khidmat syarikat saya untuk kerja-kerja kawalan serangga perosak mereka.

Saban hari saban waktu tak kira di dalam tandas, atas katil dan di mana-mana saja itulah yang berligar-ligar di dalam fikiran.

Fikiran itulah juga yang menggerakkan dan memberikan tenaga untuk saya bangun pagi, bersiap ke pejabat dan memerhatikan segala perjalanan syarikat dan menerima rungutan daripada pelanggan dengan serius.

Sebenarnya saya sedang dilamun perasaan angau dengan impian perniagaan yang telah saya ceburi. Sama saja dengan angau pada perempuan yang saya suka atau jatuh cinta, tetapi angau kali ini cukup bermakna dan membantu saya berusaha dengan begitu gigih sekali.

Jika anda mahu pergi jauh, mahu berjaya dalam perniagaan yang ada ceburi, anda perlu ada angau jenis yang saya terangkan di atas. Tanpanya, anda tidak akan mampu meyakinkan pekerja, pelanggan, pelabur dan sesiap saja untuk menggunakan khidmat atau prosuk perniagaan anda.

Oleh itu seandainya, sudah lama berniaga dan anda rasa angau tidak ada, adalah amat penting sekali untuk membetulkan keadaan ini sehinggalah ianya pulish semula. Itupun jika anda mahu pergi jauh.

Berikut 3 keadaan yang menggambarkan keadaan tiadanya rasa angau dengan perniagaan yang telah dijalankan:

  • Masa mula berniaga anda cukup hebat dilamun angau. namun setelah terlalu lama berusaha, tak kenal sianga dan malam, tak berdunia dengan orang dan meyebabkan masa bersama keluarga dan anak- anak turu terkorban. Sedangkan hasilnya cukup-cukup makan, angau mula hilang.
    • Jika anda sedang menghadapi situasi yang serupa, anda perlu bersabar dan berikan tumpuan pada membaiki cara melakukan perniagaan agar betul.
    • Fokuskan pada kekangan-kekangan yang menghalang kemajuan perniagaan anda satu persatu agar ianya menjadi lancar. Apabila segalanya pulih, angau akan datang semula tanpa dipaksa.
    • Untuk betulkan perniagaan agarnya berada di landasan yang betul, anda mungkin perlukan bimbingan daripada HR Biz Coaching.
  • Anda tiada perasaan angau kerana selama ini terlibat dalam dunia perniagaan sebagai bidan terjun. Mungkin amanah keluarga untuk mengambil alih perniagaan ayah atau seumpamanya.
    • Jika anda berada dalam situasi begini, cuba cari sesuatu elemen dalam perniagaan yang dapat membeliakkan mata dan menimbulkan rasa ghairah anda. Mungkin motivasi pekerja, mungkin menulis surat cinta pada pelanggan, mungkin menganjurkan aktiviti teambuilding untuk pekerja dan lain-lain lagi.
    • Anda juga perlu mendapatkan seorang pengurus besar untuk mengambil alih tugasan harian memantau dan menjalankan urusan perniagaan secara dekat. Biarkan dia menguruskan perniagaan anda agar masa yang ada dapat digunakan lebih kepada arah membesarkan perniagaan dengan lebih tersusun sistematik.
  • Jika anda bukan dalam situasi satu dan bukan juga dalam situasi dua dan segala usaha gagal untuk mendapatkan rasa anagu pada perniagaan, anda ternyata berada di dalam bidang atau perniagaan yang salah.
    • Tapi tak apa, jangan risau. Anda hanya perlu meninggalkan saja perniagaan tersebut dan cari perniagaan lain yang boleh mendatang keghairahan anda.
    • Sebelum ini, jadikan sasaran untuk menjual perniagaan itu dalam tempoh setahun dari sekarang. Usahakan agar perniagaan meningkat naik, berganda agar nilai jualannya akan menguntungkan.
    • Setelah genap setahun, jual saja syarikat dan ambil duit untuk membuka perniagaan baru yang anda minati.
    • Jika hasil jualannnya bagus, katakan dalam lingkungan RM5 juta. Anda boleh masukkan kesemuanya di dalam tabung haji untuk mendapatkan pulangan dalam lingkungan RM300 ribu setahun!, jika jumlah sebegitu cukup, maka relak dan ambil masa untuk mencari angau.
Jangan sampai naik angau kerana duit banyak lalu jatuh cinta pada perempuan lain cukuplah!!!
0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Petua ringkas

Produk/Khidmat anda kategori mana?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 14/05/2013
Read More
Next Article
  • Keusahawanan
  • Kewangan

Soal & Jawab : Terma bayaran

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 17/05/2013
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 5 min
  • Idea
  • Keusahawanan

Cara buat analisis SWOT yang paling ringkas untuk perniagaan anda

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan
  • Tabiat

Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung

Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Pemasaran

3 Syarikat perniagaan paling lama bertahan dan masih wujud di pekan kecil kampung saya

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan

5 Cadangan Bagi Pengurusan Syarikat Untuk Usahawan Pada Masa Covid-19

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Keusahawanan

Berita baik sangat menarik untuk usahawan yang nak buat bisnes berasaskan subscription

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Mula berniaga
    10 sebab paling tinggi kenapa perniagaan gagal
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.