Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
599
2K
289
13
0
  • Kewangan

7 rahsia yang ada dalam maklumat akaun

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 20/06/2014
  • One comment
  • 4 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Apa ada dalam maklumat akaun yang anda buat di dalam perniagaan anda? Penting sangatkah untuk baca maklumat akaun dalam perniagaan anda?

Ramai yang berniaga tahu betapa pentingnya buat akaun dan jaga akaun dalam perniagaan mereka. Tapi kebanyakannya tahu bahawa jaga akaun itu penting sebab di mana-mana saja mereka hadiri seminar atau kursus keusahawanan, orang akan sebut perkara yang sama, iaitu “jaga akaun amat penting”.

Bila usahawan tanya pada diri sendiri, apakah agaknya yang penting sangat untuk jaga akaun ini, dia akan buat rumusan bahawa jaga akaun itu penting sebab nak tahu berapa untung atau berapa rugi. Selain daripada itu mungkin tak berapa ramai yang nampak.

Sebenarnya ada banyak maklumat yang boleh dimanfaatkan daripada penyata akaun. Ada banyak rahsia yang terpendam dalam maklumat akaun. Kalau kita bijak dan suka menggunakan akal, ia banyak membantu perjalanan perniagaan kita.

7 Rahsia yang ada dalam maklumat akaun perniagaan anda

Saya nak kongsikan di sini apa rahsia yang terpendam dalam maklumat akaun perniagaan anda. Dulu saya ingatkan ramai usahawan tahu semua ini. Tapi bila dah bertemu dan membimbing ramai usahawan sekarang, baru saya sedar ramai yang sebenarnya tak tahu.

Majoriti usahawan hanya tahu perkara teknikal dalam perniagaan mereka secara terperinci. Mereka terperangkap dengan andaian bahawa ilmu teknikl itulah segala-galanya. Ilmu teknikal perniagaan yang mereka kuasai itulah yang menghidupkan perniagaan mereka. Dan ilmu teknikal yang mereka kuasai itulah yang akan menjadikan mereka berjaya dan kaya.

Berikut 7 rahsia yang ada dalam maklumat akaun

  1. Siapa pelanggan ada.
    1. Ramai usahawan hanya catitkan ‘cash sale’ bila jualan dibuat. Mereka tak perduli untuk catitkan maklumat siapa pelanggan tersebut, siapa namanya dan bagaimana dia boleh dihubungi. Ini satu kerugian besar kerana anda buang peluang untuk tingkatkan jualan di masa hadapan.
    2. Amalkan catit maklumat tentang pelanggan anda walaupun jualan dibuat secara tunai. Cari jalan agar anda dapat rekodkan semua butiran penting terutamanya bagaimana dapat menghubungi mereka semula. Salah satu cara adalah dengan nyatakan ianya untuk follow-up kepuasan pelanggan selepas jualan.
    3. Bila dapat maklumat dan data pelanggan dah banyak, anda boleh gunakan maklumat tersebut untuk lihat demografik pelanggan anda. Akan terbuka rahsia jenis demografik mana yang perlu anda berikan tumpuan dan anda akan mula buat perancangan untuk mantapkan persediaan untuk tangkap pelnaggan jenis itu lebih ramai lagi.
  2. Apa produk penting anda.
    1. Ada juga usahawan yang tak pernha perduli buat senarai produk perniagaan mereka. Mereka hanya main hafal saja. Bla jadi begitu, mereka tak dapat catitkan berapa hasil jualan daripada setiap produk yang ada.
    2. Amalkan buat senarai produk secara jelas. Catitkan hasil jualan setiap produk berdasarkan jenis atau kategori yang ada. Lihat data tersebut setiap bulan mana yang paling tinggi jualannya, mana yang paling menguntungkan dan mana yang paling rendah jualannya.
    3. Macam-macam kelutusan yang anda boleh buat untuk tambah baikan perniagaan anda dari semua maklumat itu. Mungkin produk yang anda nak lonjakkan tak terjual dengan banyak, anda boleh tanya kenapa dan buat perubahan. Mungkin produk yang anda tak sangka bagus mendapat sambutan dan anda boleh ubah strategi tumpuan pada produk itu pula.
  3. Apa kos membunuh anda.
    1. Kos membunuh adalah kos yang paling tinggi dalam kesemua kos perniagaan anda. Sebnaraikan kesemua kos yang ada setiap bulan dari yang paling besar kepada yang paling kecil. Tukarkan kepada peratusan berdasarkan kos keseluruhan.
    2. Peratusan yang paling tinggi itulah merupakan kos membunuh anda. Fikirkan bagaimana ia boleh dikurangkan atau dikawal dengan baik. Kesilapan ambil sikap sambil lewa pada kos membunuh ini benar-benar akan membunuh and asatu hari nanti.
  4. Berapa titik hidup perniagaan anda.
    1. Titik hidup adalah titik di mana jumlah jualan bersamaan dengan jumlah kos. Jika anda boleh melepasi titik hidup itu, perniagaan anda akan hidup.
    2. Jika anda nak rendahkan titik hidup, naikkan harga produk. Kalau tak boleh, kurangkan kos. Kedua-dua aktiviti itu boleh difikirkan agar keuntungan erniagaan anda meningkat.
    3. Dengan mengetahui titik hidup itu juga anda tahu bila perlu berusaha lebih dan bila perlu kekalkan momentum.
  5. Bila masa naik dan turun perniagaan anda.
    1. Perniagaan ada kalanya mengikut keadaan semasa. Ada yang bergantung pada musim tertentu. Ada yang berubah mengikut bulan dan ada yang berubah mengikut tahun. Semua itu ada dalam cash flow. Semakin lama anda ada datan bulanan atau mingguan semakin jelas maklumat naik turun perniagaan anda.
    2. Dengan maklumat itu anda boleh merancang awal segala sumber yang diperlukan. Tak ada maklumat itu anda bersikap nak terberak baru nak korek lubang.
  6. Berapa pekerja anda perlu ada.
    1. Kos pekerja biasanya merupakan salah satu kos yang tinggi dalam perniagaan. Tambahan seorang pekerja ada kalanya embuat perniagaan yang sebelumnya menguntungkan menjadi tidak menguntungkan. Kalau tak tambah pula tak dapat uruskan kerja. Bila jadi begitu, jualan perlu ditingkatkan untuk merasionalkan penambahan pekerja.
    2. Seorang pekerja yang ditambah akan ada tahap optimum yang paling menguntungkan perniagaan anda. Semua maklumat ini ada dalam aliran kewangan anda dan tak akan dapat dilihat jika hanya dicongak dalam kepala.
  7. Apa polisi pembayaran anda.
    1. Dalam perniagaan ada kalanya pelanggan bayar tunai. Ada kalanya pelanggan berhutang dalam satu tempoh masa.
    2. Ada banyak perniagaan yang merupakan gabungan daripada tunai dan juga hutang. Dari akaun, anda boleh lihat berapa peratusan boleh diberikan hutang dan berapa peratusan perniagaan mesti tunai. Semua itu tak dapat dilihat hanya dengan congak dalam kepala.

Yang saya sebutkan di atas hanyalah sebahagain daripada rahsia yang ada di dalam maklumat akaun perniagaan anda. Ada banyak maklumat lagi jika anda renung dan sering perhatikan dalam kesemua penyata akaun.

Jadi adakah anda uruskan akaun perniagaan anda? jika ada adakah anda luangkan masa untuk korek rahsia dalam maklumat akaun perniagaan anda itu?

Nota:

Kalau nak uruskan akaun lebih mudah mesti pakai sistem perakaunan. Tapi biasanya sistem akaun yang ada di pasaran amat mahal dan perniagaan kecil tak mampu dapatkannya. Jadi anda hanya perlu gunakan excel sahaja. Rekalahlah sendiri dan korek maklumat akaun perniagaan anda.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • maklumat akaun
  • pengurusan perniagaan
  • perakaunan
  • Perniagaan
  • urusan akaun
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan

Dilema orang yang jatuh dalam perniagaan

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 19/06/2014
Read More
Next Article
  • Kewangan

Pengurusan cash flow dalam perniagaan anda

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 25/06/2014
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Kewangan

Penentuan harga produk atau servis dalam perniagaan khas untuk yang baru berniaga

Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Kewangan

Aplikasi catat dan urus kewangan perniagaan khas untuk golongan kerja sendiri di Malaysia – Percuma!

Read More
  • 4 min
  • Kewangan

Moneysave sasar bantu 40,000 PKS Malaysia dengan pelaburan RM8 bilion daripada pelabur dengan pulangan antara 7 ke 16% setahun

Read More
  • 6 min
  • Kewangan

Rahsia 5 cara berkesan naikkan perniagaan yang anda buat sekarang

Read More
  • 6 min
  • Kewangan

8 perkara yang anda perlu buat pastikan bisnes tak ada masalah tunai

Read More
  • 6 min
  • Kewangan

5 cara dapatkan duit bila nak besarkan bisnes yang dah berjalan

Read More
  • 8 min
  • Kewangan

Elak bisnes rugi dengan 6 perkara asas – Sambungan siri akhir

1 comment
  1. Hero Borneo says:
    23/06/2014 at 7:40 am

    rahsia ini saya boleh ketahui tempat saya bekerja…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup
    • 6 minute read
    • Tabiat
    Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda
    • 6 minute read
    • Keusahawanan
    • Tabiat
    Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Tabiat
    Buang terus 13 perangai buruk ini kalau serius nak berjaya
  • Kewangan
    Tips ringkas urus kewangan perniagaan kecil yang wajib dilakukan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.