Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
549
2K
277
14
0
  • Kewangan

Kenapa saya sedih dengan usahawan kita

  • 26/01/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Tentu anda juga nak tahu kenapa saya sedih dengan usahawan kita. Jika anda juga seorang usahawan, saya rasa mungkin anda termasuk dalam golongan usahawan yang menyedihkan saya.

Ada banyak perkara yang membuatkan saya rasa sedih dengan para usahawan ini. Paling asas adalah, hanya terdapat segelintir kecil sahaja orang kita yang menjadi usahawan.

Kalau nak di ikutkan data lama yang pernah saya baca dalam satu buku seorang penyelidik masalah usahawan bumiputra, hanya 5% sahaja kaum bumiputra terutamanya orang Melayu yang berniaga.

Mungkin peratusan itu sudah meningkat sekarang memandangkan ada banyak peluang untuk memulakan perniagaan dengan mudah.

Ramai yang boleh mulakan perniagaan hasil daripada kecanggihan teknologi internet yang ada. Perniagaan online merupakan satu fenomena buat masa ini. Ramai telah berjaya menjadi usahawan berjaya memalui business online.

Dengan menggunakan internet, anda boleh mulakan perniagaan tanpa perlu meletakkan jawatan untuk berhenti kerja. Keistimewaan itu tidak ada sebelum adanya kemudahan internet.

Namun begitu, saya yakin bahawa peratusan orang kita yang berniaga masih jauh terlalu kecil kalau nak dinisbahkan kepada jumlah populasi orang kita di Malaysia.

Sedih dengan usahawan sepenuh masa

Jika jumlah usahawan kita yang tak ramai itu menjadi asas kepada kesedihan saya, ada satu lagi perkara penting yang membuatkan saya sedih dengan usahawan kita.

Di kalangan sedikit orang kita yang terjun menjadi usahawan pula, majoriti daripadanya tidak memperdulikan pengurusan akaun perniagaan.

Ramai usahawan yang sibuk buat kerja mengendalikan perniagaan mereka tanpa memantau kedudukan wang keluar masuk. Sedangkan itu adalah perkara asas yang mesti dilaksanakan oleh semua usahawan.

Tak kira apa saja perniagaan yang kita jalankan, semuanya akan menjurus kepada satu perkara yang sama, iaitu duit.

Nak jalankan perniagaan mesti ada duit. Nak perniagaan berjaya mesti tingkatkan nilai duit. Nak untung, mesti pastikan duit masuk lebih tinggi daripada duit keluar.

Pendek kata duit menjadi satu titik ukur yang penting bagi mengetahui kedudukan perniagaan yang sedang dijalankan.

Tapi malangnya, majoriti para usahawan tak pantau urusan keluar dan masuk duit ini. Ramai yang tak catit jumlah duit yang masuk, daripada siapa mereka dapat, kerana apa, bila dan seumpamanya.

Begitu juga ramai yang tak catit ke mana duit dikeluarkan, berapa jumlahnya dan kenapa dikeluarkan serta bila dikeluarkan duit tersebut.

Kalau catit secara ringkas pula dalam dairi atau mana-mana kertas yang bersepah dalam kedai, ramai pula yang tak jumlahkan keseluruhan wang keluar masuk dalam tempoh sehari, dalam tempoh seminggu, sebulan dan setahun.

Sedih dengan usahawan yang suka beri alasan

Setiap kali saya bertanya kenapa tak catit semua urusan duit keluar dan masuk, semuanya menjawab mereka tak punya masa untuk buat itu semua.

Mereka terlalu sibuk nak buat kerja dan tak ada masa nak pantau kewangan. Disebabkan itu, mereka tak tahu dengan jelas berapa jumlah jualan sebulan, berapa jumlah jualan bulan lepas, tahun lepas dan sebagainya.

Cuba fikirkan sejenak, khas untuk anda yang sedang berniaga tapi tak ambil perduli berapa jualan dan berapa perbelanjaan, kenapa anda jalankan perniagaan?

Adakah anda berniaga sebab nak sibuk buat kerja atau sebab anda sibuk nak buat duit?

Jika soalan itu yang ditanya, laju sahaja menjawab, “tentulah nak buat duit!”…

Tapi amat pelik bilamana apa yang mereka nak buat itu tidak pula mereka perhatikan dengan tekun berdisiplin dan konsisten.

Bayangkan betapa sedihnya ramai usahawan yang berniaga bertahun-tahun, tapi tak sedar kedudukan perniagaan mereka dari segi kewangan… dalam masa yang sama masih tetap mencari alasan tak ada masa.

Kenapa penting usahawan jaga akaun

Dalam urusan perniagaan, kewangan adalah salah satu perkara wajib yang mesti diuruskan. Usahawan tidak ada pilihan. Samada tak ada masa atau tak tahu, itu bukanlah alasan untuk mengabaikan perkara tersebut.

Rehat, atau bersenam adalah salah satu perkara penting dalam kehidupan. Suka atau tidak suka anda mesti lakukannya.

Anda tak boleh ambil ringan dengan rehat atau bersenam dan hanya menunggu masa lapang untuk melakukannya. Jika tidak bersenam, sehari, dua, sebulan atau setahun, anda masih boleh hidup.

Tapi tabiat tak bersenam itu, dihimpunkan begitu lama sampai ke satu tahap akan meragut kesihatan yang anda kecapi sekarang.

Ketika itu, semuanya sudah terlambat. Anda terpaksa meneruskan kehidupan dalam keadaan hilang kesihatan seperti terkena kencing manis dan seumpamanya.

Urusan menjaga kewangan, lebih kurang sama dengan urusan bersenam menjaga kesihatan. Tak buat sehari, sebulan, setahun dua masih tidak mematikan perniagaan anda. Perniagaan akan tetap sibuk dan kerja tak akan pernah habis.

Tapi sekali kesannya datang. masalah akan turun seperti hujan bertimpa-timpa. Ketika itu segalanya sudah terlambat.

Anda terpaksa mengharung ketempangan yang berlaku dalam masa yang lama. Dan lebih teruk, perniagaan anda mungkin akan terus meninggal dunia.

Tak ada masa bukan alasan

Oleh itu, saya menyeru pada diri saya sendiri dan juga semua para usahawan di luar sana, tolonglah jaga kewangan dengan baik.

Untuk membolehkan anda jaga kewangan dengan baik, anda mesti pantau urusan keluar dan masuk duit dengan berdisiplin. Hanya dengan mencatit secara bersistem sahaja anda dapat menjaga kewangan perniagaan.

Jika anda jaga kewangan syarikat dengan betul, anda akan mampu menguasai perniagaan yang sedang dijalankan sekarang.

Dengan penjagaan kewangan yang baik, membaca segala maklumat daripada aktiviti catitan wang keluar dan masuk, anda boleh merangka berbagai strategi.

Maklumat kewangan membolehkan anda menyusun strategi peuntungan.

Maklumat kewangan membolehkan anda menyusun strategi pemasaran.

Maklumat kewangan membolehkan anda merangka strategi pembesaran.

Maklumat kewangan membolehkan anda merangka hala tuju syarikat.

Dan banyak lagi yang boleh anda lakukan dengan adanya maklumat kewangan yang baik… yang pentingnya mulakan terlebih dahulu dengan kadar segera, mencatitkan urusan keluar dan masuk duit dengan sistematik.

Tiada ada masa bukanlah satu alasan yang boleh diterima. Kalau anda tak ada masa, cari orang yang ada masa, upah mereka lakukan untuk anda secara parttime atau fulltime. Yang pentingnya urusan itu mesti dilakukan.

Itu kelebihan dalam menjaga perniagaan berbanding menjaga kesihatan. Jika bersenam, anda tak boleh outsource pada orang lain, tapi dalam urusan catitan kewangan, anda boleh lakukannya.

Buatlah secara manual atau dengan menggunakan sistem.

Kalau nak belajar pasal perakaunan, boleh klik pada link ini – PanduanPerakaunan.

Pelaburan yang skit untuk belajar benda penting ini sebenarnya amat berbaloi jika anda tahu betapa pentingnya menjaga akaun perniagaan.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • akaun
  • duit keluar
  • duit masuk
  • kewangan
  • Perniagaan
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan

Waspada jika rasa diri istimewa

  • 21/01/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Pemasaran

Apa orang fikir tentang anda ?

  • 28/01/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Kewangan

Aplikasi catat dan urus kewangan perniagaan khas untuk golongan kerja sendiri di Malaysia – Percuma!

Read More
  • 4 min
  • Kewangan

Moneysave sasar bantu 40,000 PKS Malaysia dengan pelaburan RM8 bilion daripada pelabur dengan pulangan antara 7 ke 16% setahun

Read More
  • 6 min
  • Kewangan

Rahsia 5 cara berkesan naikkan perniagaan yang anda buat sekarang

Read More
  • 6 min
  • Kewangan

8 perkara yang anda perlu buat pastikan bisnes tak ada masalah tunai

Read More
  • 6 min
  • Kewangan

5 cara dapatkan duit bila nak besarkan bisnes yang dah berjalan

Read More
  • 8 min
  • Kewangan

Elak bisnes rugi dengan 6 perkara asas – Sambungan siri akhir

Read More
  • 5 min
  • Kewangan

6 perkara asas yang anda wajib buat supaya bisnes tak rugi

15 comments
  1. Hero Borneo says:
    30/01/2015 at 11:06 pm

    ini adalah cabaran mentaliti masyarakat kita yang tak nak kerja lebih

    Reply
  2. Imran says:
    30/01/2015 at 8:24 pm

    Saya setuju dengan pandangan tuan ni, kebanyakan yang saya lihat berlaku kat kawasan kampung saya sendiri, yang berniaga ramai tapi tak tau menguruskan kewangan.

    Reply
  3. min ibudoakan says:
    29/01/2015 at 8:37 am

    moga saya tidak tergolong ke dalam kategori itu..xnak sekadar hangat- hangat taik ayam..kalo nak berjaya mesti bersungguh dan berjuang hingga titisan terakhir

    Reply
    1. Shubhi says:
      29/01/2015 at 8:48 am

      Ya! mesti bersungguh-sungguh. Moga kita semua berjaya insyaallah

      Reply
  4. Dr Fattah says:
    27/01/2015 at 6:12 pm

    kalau hari ini sudah mula memberi alasan, waktu akan datang apatah lagi.

    Reply
    1. Shubhi says:
      29/01/2015 at 8:50 am

      Orang gagal beri alasan demi alasan, orang berjaya sentiasa cari jalan

      Reply
  5. Zaini says:
    27/01/2015 at 2:37 pm

    Saya ada buat juga akaun. Jualan, Belian, Belanja, Modal & Ambilan. Baru nak belajar faham. Setakat ni tulis la sikit-sikit dan nampak perjalanan kewangan bisnes.

    Reply
    1. Shubhi says:
      29/01/2015 at 8:51 am

      Alhamdulillah. Moga berterusan. Rajin-rajinlah perhatikan kos dan jualan. Moga berjaya!

      Reply
  6. Manan Qayyim says:
    27/01/2015 at 12:55 pm

    batul tu… ramai yg pandang remeh tentang pengurusan kewangan… padahal ini asas yg paling penting….

    Reply
    1. Shubhi says:
      29/01/2015 at 8:51 am

      Ya! amat penting sekali. Tq

      Reply
  7. ahmad says:
    27/01/2015 at 9:57 am

    kalau syarikat besar memang ada je buat akaun untuk pantau berapa duit keluar dan masuk tapi peniaga-peniaga kecil ni mungkin pandang remeh je..

    Reply
  8. Nazrul says:
    27/01/2015 at 8:48 am

    Sistem DKS dah beli… Tapi Term2 akaun tu saya tak familiar sangat… Tengah belajar nak paham Term2 dalam DKS tu… Tapi mcm complicated la jugak untuk orang baru ni… ^_^

    Reply
  9. zik says:
    27/01/2015 at 1:41 am

    kewangan nak kena jaga… lagi2 nak gst nih… kalau kita ada sistem account mungkin takda masalah..

    Reply
  10. blogger lelaki says:
    26/01/2015 at 10:18 pm

    alsan tak ada masa dan xreti itulah selalu mereka cakap..hu3..generasi baru nie kita kena didik untuk berniaga dengan ada sistematik

    Reply
    1. Shubhi says:
      26/01/2015 at 10:41 pm

      betul tu… kena ada keazaman cari jalan untuk buat juga…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Tabiat
    Ini tandanya anda sudah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.