Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
554
2K
278
14
0
  • Kewangan

Teknik capai RM1 juta dalam bisnes

  • 06/09/2012
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Laptop, Notebook, Pencil Adn Ruler On White DeskBagaimana agaknya cara mudah jika anda dah mula menjalankan perniagaan, untuk mendapatkan RM1 juta dalam bisnes anda itu?

Bagi warga biasa macam saya, jumlah RM1 juta memang banyak.

Sebelum berniaga memang tak pernah terlintas nak sasar pendapatan RM1 juta. Apatah lagi jika kita kerja makan gaji dengan pendapatan lebih kurang RM5 ribu sebulan.

Jumlah RM5 ribu itu memerlukan masa hampir 17 tahun untuk dikumpulkan menjadi satu juta!

Setakat itu sajalah yang mampu kita kira.

Berbeza pula bila kita berniaga.

Mulanya kita hanya sekadar memikirkan untuk buat lepas overhead dan kemudiannya, ada sedikit baki untuk kita ambil sebagai gaji.

Maklumlah berniaga kecil-kecilan, bukannya macam syarikat korporat, bayar gaji saja dan mencecah jutaan ringgit.

Katakan kita berniaga buat servis mengemas rumah orang.

Dengan meletakkan diri kita menjadi seorang penyelia merangkap pengurus dan juga merangkap pemilik (Taukeh) bersertakan 2 orang pekerja, sejumlah pendapatan RM5 ribu sebulan sudah cukup untuk membayar gaji pekerja dan selebihnya untuk keperluan perniagaan dan sara hidup.

Untuk membolehkan syarikat menjana pendapatan jualan RM5 ribu sebulan, kita kena cari sekurang-kurangnya 17 buah rumah sebagai pelanggan. Dengan pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM300 sebulan.

Bagi yang dah memulakan perniagaan, tentu tahu betapa peritnya usaha mahu mendapatkan walaupun seorang atau satu pelanggan.

Ini membuatkan kita terkial-kial macam lipas kudung mengejar matlamat yang mahu dicapai, sekadar untuk hidup.

Maka tak sempatlah kita bersandar sebentar untuk berangan-angan jauh dan meletakkan sasaran yang paling tinggi yang termampu kita capai.

Jadi perkara paling penting untuk membolehkan kita duduk tersandar di kerusi malas dan kemudiannya duduk berangan-angan adalah:

  1. Pulun seligat mungkin untuk dapatkan sasaran lepas overhead dengan ada sedikit lebihan. Jangan ambil lebihan tersebut untuk naikkan gaji sendiri, sebaliknya buat perkara kedua di bawah.
  2. Delegasi. Melepaskan tugasan penyelia cum manager cum tukang cuci yang kita pegang selama ini pada orang lain. Untuk itu jangan takut atau kemut belanja untuk gajikan orang yang bakal mengambil tempat kita itu.

Biasanya, bila tugasan dah diambil orang, kita akan dilanda masalah risau dan gelabah tak tentu arah tak tahu nak buat apa.

Maklumlah sekian lama asyik beraksi sampai tak sempat berfikir.

Biasanya mereka yang dah terbiasa kerja macam lipas kudung akan terjun semula buat kerja sebab tak boleh terima jenis kerja merancang dengan pakai otak saja.

Untuk atasi masalah itu, perlu melakukan beberapa perkara berikut di bawah. Semua perkara di bawah ini jika dilakukan, insyaallah akan membantu anda mendapat RM1 juta dalam bisnes anda sekarang:

  1. Sabar. Bersabarlah dan pujuk diri anda bahawa ini hanya sementara dan anda dalam proses menyesuaikan diri untuk menjadi jutawan. Lagipun tak ada boss yang sedang memantau apa yang anda buat.
  2. Keluar dari berada dalam bisnes. Pantau sekejap saja anak buah yang turun buat kerja dan segera tinggalkan mereka untuk mencari kawan-kawan yang berjaya. Mereka yang dah berjaya ni biasanya kerja utama adalah melepak cari kawan share masalah atau cari idea baru. Pergi joint mereka.
  3. Serius dan fokus. Segala aktiviti membina jaringan dan mendapatkan idea atau maklumat mesti berobjektif. Jangan asyik berborak lama sangat.
  4. Bersendirian secara rutin. Sebelum pulang ke rumah menamatkan hari tersebut, menyendiri sebentar sekurangnya satu jam di pejabat.
  5. Guna teknologi. Keluarkan sedikit modal, jangan kemut untuk gunakan teknologi yang mempercepatkan kerja kiraan. Sediakan komputer di depan dan sediakan alat kira besar yang boleh kira lebih dari 7 angka.
  6. Buat unjuran perniagaan. Buat kiraan berapa anda akan capai bulan tersebut. Katakan jumlahnya adalah RM7 ribu. Untuk mendapatkan jumlah jualan sejuta setahun, anda perlu dapatkan pendapatan sejumlah RM83,333.35 sebulan !, maksudnya anda perlu gandakan semua yang sedang anda ada sebanyak 12 kali, itu bukanlah jumlah yang banyak.
  7. Buat kiraan terperinci. RM83,333 dibahagikan dengan RM7,000 bersamaan lebih kurang 12. Jika jumlah pelanggan yang ada sekarang adalah 20 rumah, anda perlu lagi 220 rumah untuk mencapai sasaran jualan RM83,333 sebulan.
  8. Buat perancangan terperinci. Fikirkan bagaimana nak buat semua yang anda rasa perlu untuk mencapai sasaran, sampai cukup sejam untuk hari itu dan balik.

Samada anda percaya atau tidak, sebaik saja anda mula mengamalkannya, sejak balik pada hari itu selepas semua aktiviti mengira dan merancang, otak anda tak akan henti-henti berfikir macam mana nak capai semua angka tersebut hatta ketika anda sedang buang air sekalipun.

Itu menandakan anda sedang dalam proses menghampiri sasaran.

Sabar, tunggu dan teruskan berfikir setiap hari sebelum balik satu jam di depan komputer, tambah satu lagi item, iaitu buku nota.

Sentiasa kepilkan dalam poket. Ia perlu bila ada idea terpancul keluar yang biasanya datang tak kira masa dan tempat.

Paling lewat 2 tahun sasaran tersebut akan tercapai dan paling cepat mungkin sekitar 6 bulan. Itu bukanlah masa yang lama bagi seorang usahawan. Insyallah!

Semoga ada manfaatnya dan selamat mencuba untuk mencapai RM1 juta dalam bisnes

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • fokus
  • maju ke depan
  • mrancang
  • RM 1 juta
  • sentiasa peka
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Motivasi

Kalau takut gagal, maknanya takut berjaya !

  • 05/09/2012
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Kehidupan

Kereta mewah tanda berjaya?

  • 07/09/2012
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Keusahawanan
  • Kewangan

5 cara perbaiki kewangan bisnes anda dalam keadaan ekonomi mencabar sekarang

Read More
  • 5 min
  • Kewangan

Aplikasi catat dan urus kewangan perniagaan khas untuk golongan kerja sendiri di Malaysia – Percuma!

Read More
  • 4 min
  • Kewangan

Moneysave sasar bantu 40,000 PKS Malaysia dengan pelaburan RM8 bilion daripada pelabur dengan pulangan antara 7 ke 16% setahun

Read More
  • 6 min
  • Kewangan

Rahsia 5 cara berkesan naikkan perniagaan yang anda buat sekarang

Read More
  • 6 min
  • Kewangan

8 perkara yang anda perlu buat pastikan bisnes tak ada masalah tunai

Read More
  • 6 min
  • Kewangan

5 cara dapatkan duit bila nak besarkan bisnes yang dah berjalan

Read More
  • 8 min
  • Kewangan

Elak bisnes rugi dengan 6 perkara asas – Sambungan siri akhir

Read More
  • 5 min
  • Kewangan

6 perkara asas yang anda wajib buat supaya bisnes tak rugi

2 comments
  1. Ahmad Azhari says:
    20/09/2013 at 1:52 am

    Tengah pagi buta ni….tetiba datang semangat. Terima kasih Tuan dengan ilmu ini….

    Reply
  2. CK TAN says:
    21/12/2012 at 3:10 pm

    kalau ada RM1 juta yang pasti saya akan:
    1. beli rumah teres rm120k-170k
    2. beli rumah 4 pinjam loan
    3. beli saham blue chip syarikat kukuh
    4. belanja mesti tetap sama
    5. jangan sombong, biar low profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
Trending
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Tabiat
    Ini tandanya anda sudah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.