Bagi anda yang rajin solat berjemaah, andaikan sedang bergegas masuk ke masjid atau surau kerana imam sudah memulakan solat.
Ketika melalui pagar Masjid kelihatan seorang abang atau pakcik sedang duduk atas motosikal seperti sedang menunggu seseorang yang sedang berada di dalam Masjid.
Kali pertama, mungkin anda tak berapa perasan. Tapi kali kedua, ketiga dan seterusnya, orang yang sama berada di situ dalam situasi sama sudah tentu rasa pelik. Tentu akan terlintas soalan dalam hati kenapa dia ni tak masuk sertai sekali solat berjemaah?
Dalam situasi begitu apa yang anda lakukan? mungkin:
- Tak buat apa-apa kerana tak pernah ambil perduli terhadap orang lain selain daripada diri sendiri.
- Rasa meluat pada orang seperti itu yang anda rasa teramat bangang sanggup berada berhampiran Masjid ketika orang ramai sedang solat berjemaah sedangkan dia buat tak tahu dan tak teringin langsung masuk untuk sama-sama selesaikan tugasan mulia itu. Tapi anda tak buat apa-apa, sekadar melirik mata padanya dengan wajah meluat.
- Rasa meluat dan merenung tajam pada muka orang itu setiap kali melintas di hadapannya ketika anda sedang kalut masuk ke kawasan masjid.
- Rasa meluat dan terus menegurnya dengan kasar, “apa salahnya tuan masuk menunaikan solat sama-sama…?
- Rasa hairan dan ingin membantunya.
- Orang dah iqamah ke abang?
- Orang dah mula solat ke abang?
- Dah lama ke solat bermula?
- Eh dah iqamah, jom cepat masuk…?
2 comments
Assalamualaikum En Bee..
Tentang situasi di atas, saya memandang dari perspektif begini. Kita bersangka baik kpd ‘mereka’ itu dan hanya Allah subhanahuwataala yang Maha Mengetahui tentang segala apa yang ‘dia’ sedang hadapi. Tak rugi bersangka baik.
Kalau betul pun dia tak ‘hadap’ nak berjemaah sekali, apa kata kita sama2 doakan agar ‘dia’ agar ‘dia’ terdetik hati utk berhijrah.
Itu sahaja pandangan saya, saya masih banyak kelemahan. Mohon nasihat dan pencerahan jika terkhilaf kata.
Ikhlas,
Bobo
Mengajak pada kebaikan dgn 3 cara:
1. Dengan aksi seperti sediakn kemudahan, tolong beri kenderaan dan lain-lain.
2. Dengan ucapan yang bersesuai dan berhikmah seperti berbincang cuba memahami, nasihat, marah, berhujah dll.
3. Dengan berdoa (dalam hati) agar orang yang disasarkan berubah dan diberikan hidayah. Ini sekecil-kecil usaha dan paling lemah. namun lebih baik daripada tak ada rasa apa-apa.
nampaknya En Bobo pilih yang ketiga…