Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
549
2K
277
14
0
  • Mula berniaga

10 senarai semak tentukan potensi bisnes kecil anda itu boleh pergi jauh

  • 18/03/2019
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Artikel ni khas untuk anda yang sedang pening nak tahu samada potensi bisnes kecil anda tinggi atau rendah.

Anda dah ada idea nak mulakan bisnes kecil?

Tapi, ada rasa was-was samada idea bisnes kecil anda tu boleh pergi jauh atau tidak!

Anda rasa ragu-ragu dengan potensi bisnes kecil tu samada bagus atau tak bagus?

Kalau anda ada masalah macam kat atas tu, saya kongsikan kat bawah ni 10 senarai semak untuk tentukan samada patut atau tidak patut teruskan idea bisnes kecil anda tu.

Senarainya mudah saja. Anda boleh semak satu persatu dan jawab ya atau tidak setiap satu kriteria yang saya gariskan kat bawah ni.

10 senarai semak potensi bisnes kecil

  1. Orang nak produk atau servis anda segera – Adakah produk atau servis yang anda tawarkan itu dapat selesaikan masalah pengguna yang mahu segera selesaikan masalah yang dia sedang hadapi. Contohnya makanan, orang yang tengah lapar tentu nak makan dengan segera.
  2. Saiz pasarannya cukup besar – Saiz pasaran, ertinya pelanggan sasaran yang perlukan produk atau servis anda tu cukup banyak. mampu membuatkan anda jadi kaya.
  3. Boleh jual mahal – Berapa paling mahal anda boleh jual produk atau servis anda tu. Perah otak untuk membolehkan anda jual dengan harga yang mahal dan pelanggan masih rasa berbaloi untuk membelinya.
  4. Tak perlu keluarkan duit untuk umumkan kewujudan bisnes kecil anda tu – Kalau anda jual nasi lemak tepi jalan utama yang jumlah orang lalu lalang sangat tinggi, anda tak perlu keluarkan duit untuk bagi orang tahu ada bisnes jual nasi lemak kat situ.
  5. Modal tak tinggi bila ada orang nak beli – Bila ada orang nak beli, kalau produk atau servis anda tu boleh diadakan tanpa keluarkan duit lansung, itu sangat ideal. Kalau kena keluarkan duit juga, pastikan ianya paling minimum.
  6. Orang susah nak tiru – Adakah produk atau servis anda tu susah untuk orang lain tiru. Mungkin anda ada resepi rahsia turun temurun. Anda saja waris yang masih wujud pegang rahsia tu. Kalau macam tu, memang tersangat bagus!.
  7. Esok boleh mula berniaga – Adakah idea bisnes kecil anda tu boleh dijalankan terus esok hari?. Kalu anda boleh segera jalankannya dengan mudah, memang sangat bagus bisnes tu.
  8. Modal nak mula sangat rendah – Adakah anda perlukan modal yang tinggi untuk sediakan segala kemudahan dan keperluan untuk mulakan bisnes tu. Kalau modal tinggi, memang tak bagus bisnes tu. Cuba fikirkan samada anda boleh kurangkan modal mula tu ke tahap paling rendah, serendah mungkin.
  9. Boleh offer produk atau servis tambahan – Bila anda orang dah jadi pelanggan anda, adakah produk atau servis lain yang boleh anda tambah untuk ditawarkan kepadanya. Kalau ada banyak, sangat bagus. Kalau tak ada lansung, itu idea bisnes yang tak bagus.
  10. Siap terus jual – Kalau ada orang datang nak beli, anda boleh terus jual tanpa ulang buat semula produk atau servis anda tu, memang idea bisnes anda sangat win. Jika setiap kali orang datang nak beli, anda kena ulang semula proses dari A ke Z, itu idea yang tak berapa bagus. Fikirkan macam mana nak buat supaya bila produk atau servis anda siap, boleh terus jual tak habis-habis.

Wajib semak potensi bisnes kecil anda tu

Sebelum nak mulakan apa saja bisnes kecil, kesemua 10 kriteria yang saya gariskan kat atas tu sangat penting untuk diambil kira.

Biasanya, orang yang dah tergedik-gedik nak berniaga, dia akan rasakan potensi idea bisnes kecilnya sangat win!

Dia sangat pantang jika ada orang yang berikan nasihat negatif atau kritik dea bisnes kecilnya itu. Otaknya akan tapis semua kritikan supaya dia tak ambil endah.

Itu mengundang bahaya membuat keputusan salah.

Walaupun setinggi mana anda syok sendiri. Ia tidak menjamin kejayaan bisnes kecil anda tu bila dimulakan nanti.

Macam pepatah orang Cina selalu sebut …

“Memang senang nak mula bisnes, semua orang boleh buat. Tapi bukan semua orang boleh kekalkan bisnes tu bertahan sampai berjaya!”

Jadi ingat pesanan tu. Pastikan anda semak terlebih dahulu, potensi bisnes kecil anda dengan menggunakan senarai semak yang saya kongsikan kat atas tu.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • panduan penting
  • petua mula bisnes
  • potensi bisnes
  • semak potensi
  • senarai semak
  • Usahawan berjaya
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Tabiat

8 kepercayaan yang anda perlu cabar diri sendiri kalau nak berjaya

  • 11/03/2019
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Keusahawanan

11 perkara yang orang muda perlu tahu kalau nak jadi usahawan

  • 25/03/2019
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga

Kereta Perodua Kelisa Merah terpakai yang saya beli dengan bayaran deposit hanya RM10

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Anda juga boleh belajar berniaga, jadi seorang usahawan dan berjaya dalam perniagaan

Read More
  • 6 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Siri 2

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Siri 1

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Intro

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

#10. Proses ulangan operasi yang paling minimum – Siri 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga

#9. Perlu ada tawaran susulan – Siri 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

1 comment
  1. Bantuan Introducer account syarikat says:
    12/05/2019 at 9:54 pm

    Setiap perniagaan kecil boleh jadi besar klau kna gayanya.terima kasih tuan kerana kongsikan pendapat.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Tabiat
    Ini tandanya anda sudah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.