Saya sambung lagi siri 10 artikel berkenaan 10 perkara yang anda wajib semak sebelum nak mulakan apa-apa idea bisnes pun.
Siri pertama saya dah kongsikan pasal tahap keperluan produk atau tawaran anda tu. Samada orang memang terdesak perlukan produk anda itu, untuk selesaikan masalah yang sedang mereka hadapi, atau tidak terdesak sangat.
Siri ke-2 saya dah tulis pasal saiz pasaran. Adakah saiznya cukup besar untuk menjadikan anda kaya atau tidak. Kalau sekadar suam-suam kuku saiz pasarannya, elok pertimbangkan betul-betul. Takut letih, buang masa dan buang tenaga.
Dalam siri ke-3 kali ini, kita bincang pasal bab harga pulak.
Berapa tinggi boleh letak harga
Panduan asasnya sangat mudah. Lebih mahal anda boleh jual, maka lebih bagus lah potensi perniagaan anda itu.
Bayangkan kalau anda nak buka bisnes jual kapal selam Scorpene. Harga sebuah Scorpene yang Malaysia beli dulu adalah lebih dari RM3 billion!.
Haaa! itu baru sempoi!
Tapi, dengan membuka bisnes jual kapal selam, anda nak berniaga kat Malaysia ni, pembelinya hanya seorang sahaja. Iaitu Menteri Pertahanan Malaysia.
Kalau bab harga dah bagus, sampai RM3 billion. Bab saiz pasaran pulak hampas sebab seorang saja.
Nampak tak bagaimana kesemua perkara-perkara yang saya senaraikan untuk anda semak di sini saling berkaitan antara satu sama lain. Kalau bagus kat sini, kat sana pulak lemah.
Anda perlu nampak dengan jelas kat sini bahawa semakin mahal harga yang nak ditawarkan, biasanya saiz pasarannya akan mula mengecut. Usaha untuki memasarkannya juga akan jadi semakin mencabar.
Tapi, suka atau tidak. Perlu fikir juga bagaimana nak buat supaya purata pembelian dari setiap pelanggan anda adalah tinggi. Itu akan membuatkan idea perniagaan anda jadi semakin berdaya maju.
Mulakan dengan harga 1 produk
Untuk mudah faham bagaimana perkara pasal harga ni bermanfaat untuk anda fikirkan, saya akan mulakan dengan pertimbangkan harga satu produk terlebih dahulu.
Katakan anda nak buat bisnes jual nasi lemak. Nak fokus hanya kepada menjual nasi lemak siap dibungkus yang dijual dengan harga RM1 sahaja.
Anda akan pacak payung tepi jalan. Setiap pagi bawa dua raga nasi lemak yang dah siap dibungkus. Bila semua terjual, anda tutup dan balik.
Cuba bayangkan berapa purata pembelian setiap orang pelanggan yang akan datang ke bawah payung jual nasi lemak anda itu?
Saya agak, purata seorang yang datang beli mungkin 2 atau 3 bungkus seorang. Ertinya, potensi harga jualan perniagaan yang nak anda jalankan itu adalah antara RM2 ke RM3 sahaja.
Dari segi teorinya, itu bukanlah satu perniagaan yang bagus sebab murah sangat. Susah nak buat duit macam tu punya bisnes.
Fikir macam mana nak naikkan harga
Bila harga jualan purata seorang pelanggan sangat rendah, bisnes memang tak boleh pergi jauh. Itu memang masuk dalam kes isi mas lapang saja.
Kalau nak berniaga, perlu fikir bagaimana nak jual mahal lagi.
Tapi tak semestinya anda kena mula buat nasi lemak dengan harga sebungkus RM15. Susah juga nak cari orang yang datang beli nasi lemak anda yang berharga RM15 tu.
Ada cara lain yang lebih menarik dan lebih mudah nak buat. Contohnya, anda boleh buat pakej sekali dengan bungkusan air bersama kuih. Atau buat tawaran beli 5 dapat satu free.
Dengan berbuat begitu, purata belian seorang pelanggan yang datang akan mula naik jadi lebih tinggi. Model bisnes anda adalah lebih kepada beli 5 free satu. itulah yang akan anda war-warkan.
Bila ramai dah tahu, maka jumlah pelanggan yang fokus nak beli sekali 5 bungkus akan datang lebih ramai. Sekarang kemungkinan untuk seorang pelanggan datang terus beli pakej anda sebanyak 2 atau 3 mula tinggi.
Bila fokus betul-betul, seorang pelangan mungkin akan beli purata 2 pakej 5 bungkus tu. Ertinya purata harga jualan anda sekarang dan jadi RM10 untuk setiap pelanggan.
Haaa!
Nampak tak, bagaimana bisnes anda tadi yang purata jualan seorang pelanggan hanya RM2 atau 3 sahaja dan berdesup naik jadi RM10 atau RM15 !.
Naikkan lagi harga lebih tinggi
Anda boleh naikkan lagi harga tu dari RM10 ke RM15 kepada mungkin RM300 ke RM500!
Konsepnya atau model bisnes anda sudah berubah lagi kepada yang lebih advance.
Begini caranya.
Anda mula cari kantin sekolah atau kilang atau pejabat, kedai makan, atau anda juga boleh mula cari ajen jual nasi lemak tepi jalan.
Atau anda juga boleh cari semua stesen minyak atau nak hebat lagi pergi bincang dengan 99 speedmart atau 7E.
Anda akan letakkan di semua tempat tersebut sebanyak 300 ke 500 bungkus nasi lemak dengan harga RM1 sebungkus.
Sudah tentu akan ada sedikit diskaun untuk anda lepaskan kepad ajen atau pusat edaran nasi lemak anda tu.
Tapi yang penting, sekarang nilai jualan anda untuk setiap pelanggan dah jadi antara RM300 ke RM500 !
Bukan lagi RM2 ke RM3 macam mula tadi.
Pastikan harga boleh dinaikkan
Sebenarnya, untuk menilai keseluruhan perniagaan anda kena pertimbangkan dan semak kesemua 10 kriteria yang akan saya cuba habiskan dalam siri artikel ini.
Bila dah semak semua 10 kriteria, barulah boleh nampak samada keseluruhan konsep atau model bisnes anda tu berdaya maju atau tidak.
Tapi setiap kriteria yang saya berikan, kesemuanya akan membuatkan anda lebih faham bisnes yang nak dibuat satu persatu.
Macam bab harga yang saya terangkan di artiel ini.
Bila anda tahu bahawa harga lebih tinggi adalah lebih bagus. Maka fikiran atau idea anda hendaklah pergi ke arah itu. Bukan sekadar membeku dengan konsep asal bisnes anda dari awal sahaja.
Anda perlu pastikan yang produk atau servis yang ditawarkan sentiasa ada ruang untuk dinaikkan harga.
Naikkan harga samada satu produk itu sendiri per unit. Atau anda reka cipta pakej yang membentuk satu produk baru. Di mana setiap pakej merupakan gabungan berbagai unit produk yang berbeza.
Nanti kita sambung pulak kriteria ke-4 di artikel yang lain.