Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
526
2K
276
100
0
  • Mula berniaga

6 sebab kenapa orang jadi usahawan – cuba semak diri anda sekarang

  • 24/06/2019
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Pernah tertanya soalan, kenapa orang jadi usahawan?

“Saya nak jadi usahawan !”

Biasa dengar ayat di atas?

Mungkin anda sendiri pernah luahkan hasrat yang sama.

Sama saja kalau anda kata, saya nak berniaga, saya nak jadi businessman, saya nak kerja sendiri, nak jadi boss sendiri dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.

Ramai orang yang teringin nak jadi usahawan. Mereka maksudkan, nak jadi usahawan itu sebagai jadi usahawan berjaya. Jadi boss yang punya syarikat sendiri.

Tapi secara realitinya, tak ramai yang betul-betul berusaha ke arah itu. Majoriti besarnya hanya angan-angan kosong. Tak serius lansung.

Sama macam orang yang berpuasa. Rasa teringin nak minum segelas air lemon ais, yang dicampur dengan madu dan dimasukkan beberapa helai daun pudina. Hanya sekadar teringin saja. tapi memang tak akan buatpun.

Malah, jika benar-benar dihulurkan segelas air lemon madu daun pudina yang sejuk, dia tak akan batalkan puasanya.

Begitulah kebanyakan orang yang ada hasrat nak jadi usahawan.

Yang benar-benar terjun berusaha sehingga akhirnya berjaya. Punya syarikat perniagaan sendiri. Merekrut paling kurang seorang pekerja. Bersilat sakan dengan berbagai cara untuk terus timbul, hanya ada dalam 4% ke 5% sahaja.

Itu yang fulltime. Mereka ambil risiko dan bertekad tak makan gaji.

Tapi yang buat part-time, sambil kerja makan gaji. Sambil jadi kuli, diam-diam curi-curi berniaga mungkin ramai dari itu.

Malah, yang ada kuasa berikan kerja atau peluang bisnes pada usahawan, salah guna kuasa, ambil faedah dan terlibat dalam perniagaan dengan usahawan yang dia kasi kerja tu, ada ramai juga.

Kat sini, saya hanya maksudkan sebagai usahawan, adalah mereka yang berusaha dengan cara yang betul. Mula kecil-kecilan.

Kemudiannya buat secara fulltime sehingga berjaya merekrut orang. Ertinya mereka benar-benar serius nak jadi usahawan dari mula lagi.

Soalan yang menarik yang boleh kita tanya dari kenyataan ramai orang nak jadi usahawan adalah:

Kenapa orang nak jadi usahawan?

Apa motivasi utama yang membuatkan orang nak jadi usahawan.

Bila motivasi itu naik membuak-buak ke tahap yang mencukupi. Lalu dia padam semua ketakutan dan terjun jadi usahawan.

Dua sebab utama orang jadi usahawan

Dari data statistik, bila dibuat kajian bertanyakan punca utama kenapa orang jadi usahawan, hanya ada 2 sebab penting yang membuatkan orang punya motivasi tinggi nak jadi usahawan.

2 perkara tersebut adalah:

  • Duit – Ramai yang bermotivasi tinggi untuk mencapai matlamat ini dengan menjadi usahawan. Mereka idamkan kedudukan selesa tanpa risau dengan masalah kewangan. Orang putih kata ‘Financial Freedom’. Mereka lihat, jadi usahawan merupakan jalan paling terbukti berjaya, untuk mencapai kedudukan tersebut.
  • Kebebasan – Ini jadi sebab kedua paling ramai yang mahukannya. Memiliki kebebasan untuk buat apa yang dia suka. Hidup dengan cara yang dia selesa. Kawal masa yang dia ada untuk buat kerja atau tak buat apa-apa. Kebebasan hidup dan kerja adalah motivasi kedua penting yang membuatkan orang jadi usahawan. Bagi jenis ni, duit sekadar mencukupi sudah memadai. Tak perlu banyak asalkan dia bebas dengan kerja dan aktiviti hidupnya.

Selain dari 2 sebab utama yang berikan motivasi tinggi orang jadi usahawan. Ada lagi beberapa sebab lain yang juga menyumbang orang terjun jadi usahawan.

Antara sebab-sebab lain adalah seperti berikut:

  1. Kecewa dengan kerja makan gaji – Ada juga orang yang berhenti kerja, berniaga bila dia kecewa tak selesa dengan kerja makan gaji yang dia buat. Ada banyak punca dia kecewa tu. Mungkin meluat nak mampus dengan Boss. Dia tak boleh terima ada Boss yang sebodoh itu. Mungkin juga dia bosan dengan rakan kerja yang kaki ampu dan banyak politik sampah. Atau mungkin juga dia dapat rasakan sistem kerja yang ada tidak sesuai dengan jiwanya dan dia dibuang kerja bila tak dapat sesuaikan diri.
  2. Jaga maruah – Sesetengah orang mahu jaga maruah atau legasi keluarganya. Oleh kerana dia dari keturunan yang memang kaki bisnes dan tak pernah makan gaji. Semua keturunan ayahnya sara hidup dengan berniaga, maka dia rasa jatu martabat kalau jadi kuli makan gaji.
  3. Punya citarasa tinggi dan sangat cenderung selesaikan masalah orang ramai – Ini juga boleh jadi satu motivasi sesetengah orang yang jadi usahawan. Dia amat berkebolehan untuk berkhidmat selesaikan kehendak orang ramai. Samada dengan menyediakan produk yang berkualiti dan bernilai tinggi, atau khidmat yang terkini dengan teknologi canggih yang ada di pasaran. Yang pentingnya, dia amat terdorong untuk berkhidmat memuaskan orang yang jadi pelanggannya.
  4. Cenderung kepada cabaran besar – Ini ada pada orang yang berjiwa besar. Dia mungkin mula dengan makan gaji. Masa makan gajipun dia sering naik pangkat dan sentiasa diberikan tanggung jawab yang semakin lama semakin besar. Dek kecenderungan dan seleranya yang semakin lama semakin naik, akhirnya dia berhenti kerja dan berhadapan dengan cabaran yang lebih memuaskan hatinya. Jadi usahawan dan melayari cabaran besar mengetuai syarikatnya sendiri. Mungkin kebanyakan orang akan rasa tertekan. Tapi dia rasa seronok dan puas. Dia nampak berniaga sama macam bersukan.

Kenapa anda nak jadi usahawan

Jika anda tak ada 4 sebab di atas. Tapi masih ada idaman nak jadi usahawan juga. Ertinya anda sudah tentu nak jadi usahawan disebabkan 2 alasan pertama yang saya berikan di awal tadi.

Samada anda nak duit banyak bebas dari masalah kewangan. Ataupun anda idamkan kebebasan hidup mencatur masa dan kerja serta aktiviti anda sendiri.

Biasanya, motivasi duit dan kebabasan itu mendorong paling ramai orang untuk terjun jadi usahawan.

Boleh saja jadikan dua sebab itu sebagai motivasi untuk berniaga. Tapi perlu sedar bahawa bidang usahawan bukanlah bidang yang mudah.

Jika anda belum pernah berniaga secara sepenuh masa. Belum pernah rasa perit untuk pastikan makanan dapat disediakan di atas meja untuk anak dan isteri dengan bergantung pendapatan dari usaha niaga. Anda mungkin masih tak dapat ukur tahap susahnya nak jadi usahawan tu.

Apatah lagi jika anda selama ini tengok dan baca semua cerita orang yang dah jadi Hero saja. Masa dia sedang dalam keadaan Zero, anda lansung tak ambil pot dan tak pernah ikutipun perjalanan hidupnya.

Ditambah lagi dengan media yang sangat cenderung buat laporan cerita hero-hero yang dah naik ke atas dan jadi perhatian orang ramai.

Anda mungkin mendapat gambaran yang salah tentang erti susah untuk berjaya dalam dunia keusahawanan.

Biasanya, dengan gambaran yang salah tersebut, bila motivasi anda nak jadi usahawan adalah duit dan kebebasan hidup, maka anda akan terkejut beruk bila terjun berniaga.

Kalau anda penyabar dan seorang yang cepat belajar. Pandai ubah haluan dan pecut semula dengan laju untuk naik, insyaallah selamat.

Kalau anda jenis lembab, dah biasa hidup dengan makan suap. Lembik dan degil serta tak pandai ubah haluan sesuaikan diri dengan keadaan, alamat kecundanglah jadinya.

Dari pemerhatian saya terhadap kawan-kawan yang jadi usahawan dan berjaya dalam bidang yang dia ceburi. Saya perhatikan orang yang ada ciri-ciri No. 3 kat atas tu lebih terbukti untuk berjaya dalam dunia keusahawanan.

Dia punya citarasa tinggi, kecenderungan terhadap citarasa yang tinggi itu terpamer dalam kehidupannya. Dia amat halus dalam segala kerja yang dilakukan.

Dalam masa yang sama, cenderung untuk selesaikan masalah orang sebaik mungkin berdasarkan citarasanya yang tinggi.

Golongan sebegitu biasanya akan berjaya dalam apa saja bisnes yang dia buat. Malah kejayaan yang mereka bina biasanya melebihi kebanyakan orang lain.

Orang yang suka buat kerja alai-balai. Semua urusan suka main cincai. Tak punya citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Biasanya kalau berniaga tak akan naik sangat.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • berhenti kerja
  • berniaga
  • duit banyak
  • kebebasan hidup
  • motivasi berhenti kerja
  • motivasi berniaga
  • punca jadi usahawan
  • sebab utama berniaga
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Tabiat

Pantang larang khidmat pelanggan – Jangan langgar 3 perkara penting ini!

  • 19/06/2019
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Kewangan

Tips bagi bisnes tak rugi – Lakukan 6 perkara asas mudah ini sekarang

  • 26/06/2019
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga

Kereta Perodua Kelisa Merah terpakai yang saya beli dengan bayaran deposit hanya RM10

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Anda juga boleh belajar berniaga, jadi seorang usahawan dan berjaya dalam perniagaan

Read More
  • 6 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Siri 2

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Siri 1

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Intro

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

#10. Proses ulangan operasi yang paling minimum – Siri 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga

#9. Perlu ada tawaran susulan – Siri 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

1 comment
  1. Zamree says:
    26/06/2019 at 7:20 am

    Saya pun dah jadi usahawan sepenuh masa…. memang perit..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
    • Kehidupan
    Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar
    • Jualan
    3 perkara yang anda perlu berikan tumpuan dalam aktiviti berkenaan jualan dalam perniagaan anda
Trending
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.