Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
526
2K
276
100
0
  • Mula berniaga

#9. Perlu ada tawaran susulan – Siri 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

  • 14/10/2020
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
3
Shares
3
0
0
0
0
0
Selain dari produk utama, perlu ada banyak lagi produk susulan untuk ditawarkan kepada pelanggan

Sepatutnya, artikel bersiri “10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes” ni saya tulis dan siarkan pada hari isnin baru-baru ini. Tapi tak sempat nak buat.

Ada sedikit mkasa hari ni, saya paksa diri tulis dan siapkan artikel ni hari ni juga.

Dah masuk siri ke-9.

Ertinya dah sampai ke kriteria ke-2 terakhir semua perkara yang wajib anda tahu, semak dan fikirkan setiap kali nak mulakan perniagaan. Tak kisah samada anda memang dah berniaga, atau baru nak cuba-cuba berniaga, panduan ini saya yakin sangat bermanfaat.

Dalam siri yang lalu saya tulis pasal isu modal permulaan untuk jalankan bisnes. Ideanya adalah untuk perah otak cari jalan bagaimana nak pastikan modal permulaan yang paling rendah sahaja diperlukan untuk memulakan bisnes anda tersebut.

Kalau tak baca lagi, sila pergi ke pautan kat sini.

Kali ni kita lihat pasal produk pula.

Produk utama dan tawaran susulan

Dalam apa saja bisnes, pasti akan ada satu produk utama yang usahawan nak ketengahkan.

Disebabkan produk utama itulah perniagaan itu dibuat.

Produk utama itu dirasakan ada ummmph! Ada kelainan berbanding pesaing samada secara terus atau tidak terus.

Produk utama itu juga dirangka untuk selesaikan masalah pelanggan dengan lebih cekap berbanding produk lain dalam pasaran.

Kebanyakan peniaga tak berapa perasan apa produk utama yang dia ketengahkan sebab bisnes yang dia buat adalah hasil dari peniruan bisnes yang dah ada dalam pasaran sahaja.

Jika ditanya apa produk utama bisnesnya, dia akan jawab keseluruhan bisnes itulah produk utamanya.

Bila kita tiru model perniagaan yang memang dah lama wujud memang begitu. Tambah lagi jika anda ada modal permulaan yang banyak, maka permulaan bisnes akan terus dibuat dengan konsep model perniagaan yang dah terbukti berjaya tu.

Sediakan saja apa yang anda lihat ada pada semua bisnes yang terbukti berjaya.

Contoh paling mudah adalah seperti bisnes workshop.

Pergi lihat workshop yang nampak berjaya, buat senarai apa yang ada kat workshop tu, buat salinan susun atur wortkshop tu, buat aliran perjalanan bisnes tu dan lain-lain lagi.

Kemudian dapatkan loan dari PUNB RM500 ribu, buka satu workshop saling tak tumpah macam workshop yang anda lihat atau pernah ada pengalaman bekerja kat situ.

Tapi cuba bayangkan anda jenis yang nak ikut nasihat cara saya nak mulakan perniagaan. Modal tak ada.

Pinjaman Mara, PUNB semua tak layan. Malah, TEKUN pun tak layan. Duit dalam simpanan hanya ada dalam RM4 atau RM5 ribu saja.

Dalam keadaan macam tu takkan nak buka workshop lengkap macam kedai yang pernah anda kerja dulu tu?

Tentu tak mampu!.

Kalau dia ada sesuatu yang istimewa, samada skill atau idea yang berlainan, maka dia akan terpaksa berikan tumpuan kepada skill itu sahaja terlebih dahulu.

Orang yang macam ni lah selalunya akan bermula secara kecil-kecilan. Fokus kepada kemahiran uniknya. Dan mula bertapak naik selangkah demi selangkah.

Saya pernah jumpa seorang pemilik workshop yang bermula macam tu. Dia berhenti sekolah menengah, buka workshop kat rumah kampung sebab sangat minat dengan dunia kereta perlumbaan.

Makin lama makin ramai orang datang repair dan akhirnya kena marah dengan orang kampung. Terpaksa cari workshop yang betul di kawasan bangunan kedai.

Nak pindahpun tak ada duit nak bayar deposit 2+1 walaupun kos sewa kat area Perak tu sangat murah masa tu. Dalam RM300 sahaja sewa kedai end lot tu. Tapi main dengan duit tak ada, deposit 2+1 yang lebih kurang RM900 tu pun tak lepas!

Nak dipendekkan cerita, mak dia bagi RM1 ribu. Dengan modal itulah dia sewa kedai tu. Hanya kosong saja kedai atau workshopnya. Adalah sedikit peralatan yang serba kekurangan.

Tapi sebab dia ada kemahiran repair kereta sport dan orang percaya dia memang bagus, maka tak lengkap macam workshop lainpun orang datang juga.

Dari situ dia menapak naik. Dalam tempoh 13 tahun, dia punya beberapa bisnes workshop yang besar dan berjaya. Berebut la pulak orang nak bagi loan dan sebagainya.

Apa produk utama anda

Panjang lebar saya cuba terangkan pasal produk utama sebab nak bagi anda faham bahawa cara sedemikian adalah cara yang biasanya terbukti berjaya.

Malah menjimatkan duit. Kalau gagalpun, tak habis rugi banyak sangat duit sebab segalanya dimulakan dengan fokus kepada produk utama yang satu saja terlebih dahulu.

Bila fokus pada satu produk macam itu, nak buat strategi pemasaran juga sangat mudah. Tak perlu pening-pening cari idea. Hanya perlu kreatif susun ayat saja untuk sampaikan satu-satunya kelebihan skill, atau produk yang anda tawarkan yang berbeza dari orang lain.

Kita ambil contoh Taukeh workshop yang saya cerita kat atas tu.

Produk utamanya adalah dalam bab repair kereta orang yang minat kepada perlumbaan atau nak tingkatkan prestasi kereta.

Jadi, orang datang sebab atas tujuan utama tersebut.

Bla orang dah datang, takkan nak diam macam tu saja jika apa yang dia mahukan diselesaikan!

Adalah lebih bijak untuk rangka tawaran-tawaran lain yang berkaitan dengan kereta. Ada macam-macam sebenarnya kalau cerita bab workshop ni.

Kalau modal tak cukup, anda boleh buat kerjasama dengan workshop lain yang serba lengkap peralatannya.

Pelanggan yang datang percayakan anda. Jadi, adalah lebih mudah untuk jual atau tawarkan produk susulan atau sampingan kepada pelanggan yang memang dah percaya.

Sekalipun pelanggan tahu anda pakai workshop lain, pelanggan tentu yakin kepakaran anda dalam memilih workshop yang menepati kualiti dan citarasa pelanggan.

Satu lagi contoh adalah kedai jual telefon.

Bila anda pergi beli telefon, dia akan tawarkan banyak lagi produk sampingan yang berkaitan dengan pembelain anda tersebut.

Rumusannya adalah, selepas dah yakin dengan keupayaan produk utama anda, fikirkan pula apa lagi produk susulan atau sampingan yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan yang datang.

Wajib ada prodyk susulan tersebut. Dan lagi banyak lagi bagus.

Macam saya berikan contoh kat atas, tak semestinya anda kena sediakan sendiri. Boleh saja buat jalinan kerjasama dengan kawan usawahan lain yang boleh support perniagaan anda.

3
0
Share 3
Tweet 0
Total
3
Shares
Share 3
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • panduan niaga
  • produk sampingan
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Mula berniaga

Perkara penting yang usahawan baru mula nak bisnes boleh belajar dari syarikat insurans

  • 05/10/2020
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Mula berniaga

#10. Proses ulangan operasi yang paling minimum – Siri 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

  • 19/10/2020
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga

Kereta Perodua Kelisa Merah terpakai yang saya beli dengan bayaran deposit hanya RM10

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Anda juga boleh belajar berniaga, jadi seorang usahawan dan berjaya dalam perniagaan

Read More
  • 6 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Siri 2

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Siri 1

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Intro

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

#10. Proses ulangan operasi yang paling minimum – Siri 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 6 min
  • Mula berniaga

Perkara penting yang usahawan baru mula nak bisnes boleh belajar dari syarikat insurans

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
    • Kehidupan
    Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar
    • Jualan
    3 perkara yang anda perlu berikan tumpuan dalam aktiviti berkenaan jualan dalam perniagaan anda
Trending
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.