Bolehkah saya belajar berniaga, jadi seorang usahawan dan seterusnya berjaya dalam perniagaan yang nak saya jalankan?
Saya yakin minat anda nak baca artikel ini adalah disebabkan tajuk yang saya buat kat atas tu. Tajuk tu memang merupakan satu persoalan yang sejak sekian lama bermain dalam kepala anda.
Kalau anda masih makan gaji, masih tak berniaga dan tak ada syarikat sendiri, ertinya tajuk tu masih jadi persoalan dalam diri sampai sekarang.
Kalau yang dah berniaga pula. Jika bisnes tu masih kelam kabut. Tak dapat nak terapung meloloskan diri untuk hidup selesa. Tajuk di atas mungkin dapat bantu anda selepas ini.
Cara paling pantas belajar berniaga
Kita kupas persoalan macam mana nak belajar berniaga dengan pantas terlebih dahulu.
Berniaga, bila diringkaskan sangat mudah. Anda hanya perlu ada produk atau servis dan dapatkan pelanggan yang sudi membeli produk atau servis tersebut.
Sebaik saja anda berjaya membuat transaksi. Pelanggan berikan duit dan anda berikan produk atau servis kepadanya, maka berlakulah perniagaan secara ringkas.
Dilihat secara ringkas, itu bermaksud berlakunya proses menjual. Ia menunjukkan yang berniaga ni tak boleh lepas dari proses menjual.
Mungkin kita boleh samakan saja yang berniaga ni ada lah transaksi menjual dan membeli yang berlaku serentak. Pemahaman mudahnya macam tulah.
Anda dah dilatih berniaga sejak kecil
Jika difikirkan semula, tidak ada sesiapapun akan terlepas dari proses berniaga ni.
Cuma transaksi yang berlaku mungkin bukan pertukaran antara produk dengan duit. Tapi pertukaran berbagai perkara atau benda berbeza lain yang berlaku antara dua individu.
Contohnya, anda ada idea nak ketengahkan pada boss supaya dia terima. Jika diterima, anda dapat pujian, kepercayaan atau lain-lain seumpama dengannya
Jika anda berjaya buat itu semua maka berlakulah proses menjual. Anda berjaya jual idea tu pada boss. Boss pula sudi membelinya.
Dari zaman kanak-kanak dulu juga berlaku proses transaksi macam itu. Antara anda dengan ibubapa, anda dengan saudara mara atau dengan kawan-kawan.
Ringkasnya, proses menjual sentiasa berlaku. Anda dah memang terlatih untuk menjual sepanjang hidup dari kecik sampai tua.
Persoalan tak ada pengalaman menjual. Atau tak ada pengalaman berniaga sebenarnya dah terjawab.
Semua orang ada keupayaan itu. Dah dilatih secara suka atau terpaksa untuk meneruskan hidup selama ini.
Ada percubaan menjual yang berjaya dan ada percubaan menjual yang gagal.
Bila berjaya menjual, ada jualan yang menguntungkan. Ada pula jualan yang merugikan.
Untung bila anda dapat apa yang dijangkakan. Rugi bila anda tak dapat apa yang dijangkakan.
Itu lumrah kehidupan.
Bila untung anda belajar dan simpan kemas cara yang terbukti berkesan itu. Cara itu akan diulang semula bila ada peluang.
Bila rugi anda cari sebab kat mana tak kena. Bila perlu diulang semula, anda akan buat perubahan atau pembaikan dan lihat semula hasilnya.
Semua proses itu berlaku secara spontan dalam kepala. Tiada catitan atas kertas. Sebaliknya ada tersemat kemas dalam pemikiran atau memori otak anda tu.
Apa yang halang anda berniaga
Cuba semak semula perjalanan hidup anda dari dulu sampai sekarang. Berapa banyak perkara atau idea atau pemikiran yang disimpan saja tidak cuba diketengahkan.
Berapa banyak pula tindakan atau keputusan yang anda pendam dan tidak dilakukan ..
.. Rasanya mungkin terlalu banyak.
Kalau sampai sekarang anda masih simpan saja, ertinya masih tak ada alasan yang sangat kukuh untuk teruskan idea atau tindakan itu. Masih tidak ada keyakinan untuk harungi kritikan dan penolakan dari orang lain jika anda teruskan.
Jika anda masih kekal tak berniaga. Berniaga dalam ertikata menjual barang. Sama saja dengan apa yang berlaku terhadap semua perkara, idea, keputusan atau tindakan yang anda tidak teruskan tadi.
Tidak ada kekuatan dan tak cukup yakin untuk ketengahkan.
Itu saja yang menghalang anda berniaga.
Mungkin barang yang meyakinkan untuk dijual masih tak ada. Kalau ada pulak, anda takut orang tak mahu beli. Jadi, pendamkan saja hasrat nak berniaga.
Ringkasnya, semua itu sama sahaja dengan kehidupan seharian anda selama ini.
Takut gagal adalah penghalang utama
Tidak ada orang yang sukakan kegagalan.
Punca utama anda pendamkan idea tak ketengahkan adalah takut orang tak terima.
Sama juga dengan tindakan anda untuk batalkan sesuatu keputusan tak jadi nak buat sebab takut orang tak boleh terima.
Ertinya takut gagal.
Tapi dalam hidup ini, ada orang yang degil. Dia harung juga dan cuba buat. Bila gagal dia ubah strategi dan buat lagi.
Anda juga pada perkara tertentu, ada kalanya akan degil. Macam zaman kanak-kanak dulu, anda memang sentiasa kreatif cari jalan sampai dapat, bila nakkan sesuatu.
Menjerit, melalak, memberontak dan apa saja cubaan sampai akhirnya dapat apa yang anda mahukan.
Anda akan dapat jika terus mencuba
Masa zaman remaja dulu saya idamkan basikal lumba. Saya tahu harganya sangat mahal dan mak tak akan mampu belikan.
Tapi saya tetap utarakan keinginan itu pada mak. Sebagaimana yang saya dah jangka, dia akan kata mahal, tak mampu.
Jadi setiap kali saya dapat tawaran orang nak jual basikal dengan harga yang lebih rendah dari waktu terakhir saya pujuk mak sebelum itu, saya akan cuba sekali lagi minta kat dia.
Begitulah berkali-kali.
Makin lama makin rendah harga yang saya utarakan. Sampailah di satu tahap, ada sebuah basikal lumba lama yang sangat murah tak masuk akal.
Kawan nak jual sebab memang dia tak nak pakai lagi.
Saya minta kat mak sekali lagi dan dia tetap menolak. Mungkin sebab dah berkali-kali ada pengalaman saya akan akur dan cari lagi yang lebih rendah maka dia kekalkan berkata ‘tidak!’ kat saya.
Saya pula tukar strategi sebab nak sangat basikal tu. Sebab takan jumpa lagi yang lebih rendah. Rasanya belasan ringgit saja waktu tu.
Selepas saya minta dan mak kata tak boleh, saya keluar rumah.
Kat depan rumah saya halamannya adalah pasir putih. Kalau ambil kayu, boleh tulis, sebab dibawah lapisan pasir tu adalah tanah yang hitam.
Saya ambil kayu dan tulis besar-besar kat atas tanah tu ayat yang berbunyi lebih kurang begini ..
“Biarlah mati dari tak dapat basikal murah tu .. !”
Selepas tulis saya pergi duduk dengan kawan-kawan kat depan kampung. Saya hanya duduk tak sertai kawan-kawan bermain. Melayan perasaan sambl tengok saja mereka bermain.
Tak lama kemudian, kelihatan mak saya datang. Kawan-kawan semua terhenti dari bermain. Biasanya zaman tu, bila mak datang cari anak dia ketika bermain dengan kawan-kawan tentu ada masalah.
Saya relaks saja dan kekal tunggu duduk kat situ.
Sebaik saja mak sampai, dia terus tanya, “kat mana basikal yang nak beli tu?”
Dan saya dapat basikal tu akhirnya.
Apa yang saya nak beritahu dari cerita itu adalah. Selagi anda terus mencuba, akhirnya akan dapat juga.
Yang penting ubah strategi sampai dapat.
Berniaga pun macam itulah.
Jika anda terus saja pendam hasrat dan tak mulakan. Sampai bila tak akan ada pergerakan dan pembelajaran untuk buat sampai berjaya.
Jadi formula pantas untuk belajar berniaga, jadi usahawan dan berjaya dalam perniagaan adalah sangat pendek.
“Buat, tengok apa jadi, ubah dan buat lagi sampai berjaya ..”
Formula mujarab untuk berjaya
Formula itu, anda dah memang amalkan selama hidup ini dalam banyak perkara. Itulah yang membawa anda sampai ke tahap yang ada sekarang.
Jadi adalah sangat mudah untuk ulang buat lagi perkara yang sama dalam bab berniaga, jadi usahawan dan berjaya dalam perniagaan.
3 comments
tuan memang berjiwa cekal..
tak ramai yang ada jiwa begini…
kalau ramai sudah tentu ramai juga yang akan kaya hehehe..
apa-apapun saya seronok baca walaupun belum jadi usahawan
pengalaman kisah tuan.memang menginspirasikan pembaca.Dari sebuah kisah dikaitkan dengan realiti bisnes.masyaAllah TabarakaLLah. terima kasih Tuan Bihi.
Terima kasih tuan !