Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
557
2K
278
14
0
  • Mula berniaga

Kereta Perodua Kelisa Merah terpakai yang saya beli dengan bayaran deposit hanya RM10

  • 07/12/2020
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
2
Shares
2
0
0
0
0
0

Bila dah buat keputusan untuk berhenti kerja dan berniaga, satu perkara yang anda perlu faham adalah, jangan sesekali nak bandingkan apa yang anda dah dapat ketika makan gaji dengan apa yang anda akan dapat ketika berniaga.

Kalau anda cuba juga buat macam itu, memang tak akan jadi nak berhenti kerja. Sebab tak akan sesekali sama keadaannya. Macam cuba nak bandingkan antara buah epal dengan buat limau.

Kalau betul-betul nak berniaga, rancang semula kehidupan anda dari kosong semula. Sejarah pemilikan yang lalu, kehebatan yang lalu, harta kebendaan yang pernah ada seketika dulu, semuanya masukkan saja dalam frame dan gantung kat dinding.

Itulah yang saya buat bila dah nekad nak berniaga.

Mulakan dengan kenal pasti kedudukan

Dari gaji RM5 ke RM6 ribu sebulan, akan jadi hanya RM1,500 sahaja sebulan!

Kalau anda berada dalam situasi macam tu, agaknya apa yang akan anda buat.

Adakah anda masih nak teruskan niat berhenti kerja juga sedangkan tak ada apa-apa masalah lansung dalam kerjaya makan gaji anda tu?

Jika hanya fikirkan perihal gaji yang sudah pasti akan banyak berkurangan, sudah tentu saya juga tak akan buat keputusan berhenti kerja. Tapi hakikatnya, gaji hanyalah salah satu sahaja dari perkara penting dalam kehidupan.

Ada banyak lagi perkara penting.

Antaranya adalah seperti kebebasan menentukan hala tuju hidup. Bebas buat pilihan menggunakan masa yang ada. Bebas untuk tentukan siapa yang akan anda ikut dan tak nak ikut. Dan juga bebas dengan gaya hidup pilihan anda.

Duit boleh saja diusahakan untuk tambah naik dari masa ke masa. Tapi kebebasan akan kekal selagi anda kekal jadi boss kepada diri anda sendiri.

Jadi perkara pertama saya buat adalah senaraikan apa yang perlu dilepaskan untuk boleh hidup dengan keadaan gaji sebanyak itu.

Komitmen hutang untuk punyai kereta Honda Civic dah tentu jadi benda paling atas yang wajib saya lepaskan. Jumlah carumannya saja dah hampir nak habis RM1,500 duit gaji yang mampu saya dapat bila berniaga.

Rumah sewa juga perlu cari yang lain, yang jauh lebih rendah.

Bab keselesaan tak masuk dalam senarai. Saya akan jalani satu kehidupan baru. Kehidupan berniaga dan bukan lagi kehidupan makan gaji.

Apa orang kata nanti?

Itu juga soalan yang memang akan muncul dalam benak fikiran. Biarkan saja ia muncul. Saya tak mau layan.

Saya yang nak hidup dan berusaha cari makan. Bukan orang yang nak kritik dan kata kat saya itu dan ini yang akan ada ramai macam tu. Jadi tak payah nak layan semua lintasan tersebut.

Buat tindakan dengan pantas

Bila dah buat keputusan, tak payah nak tangguh lagi. Terus lepaskan semua yang perlu dan hidup dengan apa yang ada.

Itulah yang saya buat sebaik saja keputusan dah di ambil.

Tapi keperluan terhadap kereta masih ada. Saya perlu cari sebuah kenderaan juga untuk berniaga. Perlu cari yang jauh lebih murah bayaran ansurannya setiap bulan.

Saya mula meronda melihat-lihat kereta second-hand sekitar Glenmarie Shah Alam, di mana pejabat syarikat saya berada. Ada banyak syarikat kereta terpakai di sekitar kawasan tersebut masa tu.

Satu pagi, ketika lalu di sebuah syarikat menjual kereta terpakai tak jauh dari pejabat, saya ternampak sebuah kereta Kelisa Merah jenis Limited Edition.

Semalam ketika lalu kat situ, kereta tu tak ada lagi. Tentu pemiliknya baru tolak kereta tu.

Saya tak fikit panjang lagi. Terus berhenti dan masuk ke kawasan kereta terpakai tu dan mula melihat keadaan Kelisa tersebut. Saya orang pertama yang sampai ke situ. Kedai tupun baru saja dibuka pagi tu.

Tak lama setelah saya mengendap-ngendap melihat Kelisa tu, datang seorang Cina muda melayan saya.

“Ini kereta baru masuk petang semalam” terang Cina muda itu.

“Ya!’ saya perasan semalam pagi saya lalu masih belum ada kereta ini”, saya jawab.

Cina muda itu mengambil kunci kereta dan menghidupkan enjinnya. Saya buka dan melihat keadaan dalaman kereta itu. Memang sangat elok lagi keadaannya. Kerusi kulitnya masih baik. Bau kereta itu juga masih segar.

Saya terus buat keputusan nak beli dan mula bincang dengan Cina muda tersebut.

Harganya ok. Bayaran ansuran bulanannya juga sangat murah, RM300 lebih saja. Saya terus setuju.

Kami masuk dalam office dan Cina itu minta saya berikan deposit sebagai tanda jadi jika saya benar-benar berminat nak beli.

Masa tu saya mana ada duit. Duit adalah benda rare yang jarang ada dalam poket saya.

Saya buka dompet. Yang ada hanyalah RM10 sahaja!

Saya ambil RM10 tu letakkan atas meja.

“Nah!, ini depositnya!”, saya hulurkan duit itu pada Cina muda itu.

“Ha ha ha .. !, you main-main ka?” tegur Cina muda itu tak percaya. Dia ingat saya hanya bergurau. Nak buat lawak pagi-pagi.

“Itu saja yang saya ada sekarang. Tapi saya serius mahu beli itu kereta. Kalau you setuju, ambil. Kalau tak setuju, saya balik”, saya jawab serius.

Cina itu terhenti dari ketawa. Air mukanya berubah menjadi kelat.

Tak lama kemudian dia mula tenang kembali. Bila dia nampak saya serius merenung mukanya sambil menghulurkan duit RM10 tu.

Dia ambil. Itu pertama kali dalam sejarah dia berniaga jual kereta terpakai dimana dia terima deposit RM10 sahaja dari pelanggan.

Oleh sebab saya pelanggan pertamanya hari itu di pagi hari pulak, maka dia terima RM10 tu sebagai deposit.

Dia sediakan semua dokumen yang diperlukan.

Saya balik ke pejabat dan sediakan semua dokumen yang dipinta. Dan semua permohonan loan diluluskan. Akhirnya Kereta Perodua Kelisa Merah Limited Edition itu menjadi milik bersama antara saya dan pihak Bank.

Pengajaran dari cerita

  • Rancang gaya hidup anda semula dari zero bila nak ubah haluan dari kerja makan gaji kepada berniaga. Kenangan dan kemewahan lalu masukkan dalam frame dan gantung kat dinding sebagai hiasan saja.
  • Ukur keupayaan diri dan hidup berdasarkan apa yang ada saja. Abaikan apa kata orang kecuali jika mereka bersedia nak bagi duit pada anda. kalau tak, tak payah nak dengar.
  • Tak payah nak ikut logik sangat bila berusaha mendapatkan apa yang anda mahukan. Buat saja. Tak cuba tak tahu.
  • Berlatih untuk buat keputusan dan laksanakan keputusan dengan pantas tanpa tangguh-tangguh. Kalau keputusan tu baik, baguslah. Kalau buruk, anda tahu awal dan boleh segera ubah buat pembaikan.
2
0
Share 2
Tweet 0
Total
2
Shares
Share 2
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • cerita hidup
  • kelisa merah
  • perodua kelisa
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

  • 30/11/2020
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Pengurusan
  • Tabiat

Apa kerja paling utama yang sepatutnya anda perlu lakukan bila mula berniaga

  • 15/12/2020
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Anda juga boleh belajar berniaga, jadi seorang usahawan dan berjaya dalam perniagaan

Read More
  • 6 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Siri 2

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Siri 1

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Intro

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

#10. Proses ulangan operasi yang paling minimum – Siri 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga

#9. Perlu ada tawaran susulan – Siri 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 6 min
  • Mula berniaga

Perkara penting yang usahawan baru mula nak bisnes boleh belajar dari syarikat insurans

2 comments
  1. Nazrimi says:
    14/12/2020 at 3:21 pm

    Tulisan Tuan memang sentiasa memberi inspirasi dan dorongan yang menakjubkan

    Reply
  2. Muhammad says:
    07/12/2020 at 11:39 pm

    Lama saya tak singgah di laman hidup ringkas ni. Tulisan tuan tetap menyentuh perasaan saya. Rasa tenang setiap kali membaca tulisan tuan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan aplikasi micro-niche
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan aplikasi micro-niche
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.