Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
679
2K
307
13
0
  • Mula berniaga

Langkah jadi usahawan – Bagaimana saya buat

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 28/08/2012
  • 25 comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

 

Jom saya kongsikan langkah jadi usahawan yang pernah saya buat sebelum bergelar sebagai usahawan.

Tahukah anda fakta yang memang tak boleh dinafikan ini?

“Tak ramai yang berniaga !”

Saya sering ulang ayat di atas berkali-kali untuk menonjolkan keistimewaan insan yang bernama usahawan.

Kalau makan gaji masalahnya hanya 10%, menjadi usahawan pula masalahnya adalah 90%.

Itu tafsiran saya berdasarkan pengalaman, terhadap hadith ‘9 daripada 10 sumber rezeki adalah dari perniagaan’.

Kalau dah tahu susah, janganlah harap untuk berjaya dalam perniagaan tanpa ada perancangan yang teliti.

Setiap benda ada sifatnya. Setiap pintu ada kuncinya. Jika nak buka pintu kenalah tahu bagaimana membuka kunci dan kalau nak menguasai sesuatu perlu kenal dahulu sifatnya.

Meleret pulak mukadimah di atas…

Kembali pada tajuk asal, di sini saya kongsikan bagaimana saya telah lakukan untuk menentukan apa perniagaan yang saya nak buat.

Untuk maklumat semua, bab menentukan perniagaan, bagi saya, merupakan langkah yang ke-empat.

Ada tiga perkara penting yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum melangkah kepada mengenal pasti jenis perniagaan yang nak dilakukan.

3 perkara tersebut adalah…

Langkah pertama – Paling penting!

“Rahsia”

Alahai! apa hal pulak rahsia?, ini hanya menghormati pesan tok guru silat agar jangan perturunkan semua buah pada orang, lebih lagi buah paling ‘power’

Tapi jangan risau akan saya terangkan nanti.

Nak tahu kena habiskan bacaan.

Langkah ke-2 – Yakinkan diri memang mahu berniaga

Saya bukan salah satu daripada kumpulan mereka yang terpaksa berniaga seperti pada entry saya di sini.

Mendapatkan pekerjaan atau kerja makan gaji amat mudah bagi saya.

Namun sebagaimana yang menjadi impian kebanyakan orang, hasrat mahu berniaga sentiasa ada dalam benak hati saya.

Saya tak mahu ia sekadar menjadi impian sahaja, jadi saya perlu merancang agar ia benar-benar terjadi.

Keyakinan untuk meneruskan hasrat menjadi usahawan saya kukuhkan dengan lebih jitu apabila membuat keputusan untuk mula berkawan rapat hanya dengan mereka yang berniaga.

Langkah ke-3 – Percaya boleh berjaya

Anda mestilah yakin dan percaya bahawa anda mampu untuk berjaya sebagai seorang usahawan.

Bila kita benar-benar yakin dengan keputusan untuk menyara kehidupan menjadi seorang usahawan, ianya mesti disusuli dengan ada kepercayaan pada diri sendiri bahawa kita pasti akan berjaya (Insyallah).

Pengukuhan keyakinan untuk berjaya ini saya lakukan melalui memilih kawan dari kalangan mereka yang berjaya sahaja dan seterusnya belajar bagaimana mereka lakukannya.

Untuk berjaya, lebih bijak jika dianya dipelajari dari mereka yang berjaya, mereka sudah pasti mampu menunjukkan jalan perintis yang pernah mereka lalui.

Melalui mereka, saya disuntik dengan ribuan sebab kenapa saya juga boleh berjaya. Ini merupakan antara tabiat hebat mereka yang berjaya.

Memandangkan saya berkawan rapat dengan mereka yang berjaya, ia secara lansung menjadi kusyen seandainya saya terpelanting ke bawah, sekurang-kurangnya saya dengan mudah boleh mencari duit dengan menjadi pembantu mereka.

Ini secara lansung mengurangkan risiko dan ketakutan.

Setelah lulus kedua-dua langkah di atas semangat saya berkobar-kobar mendidih untuk berniaga.

Nasib baik  saya dikelilingi oleh mereka yang berpengalaman. Sebelum saya terjun dan mula bersilat, saya ditarik ke belakang sebentar oleh mereka lalu disergah dengan kuat soalan ini:

“NAK BERNIAGA APA ?”

Betul juga, asyik terus nak bersilat, nak lawan dengan siapa?

Maka bermulalah proses mencari nak berniaga apa. Ini memerlukan penelitian agar kita tak buat separuh jalan.

Bagai mana saya lakukan untuk mengenal pasti perniagaan apa yang perlu saya lakukan, Insyallah ikuti sambungannya nanti

Buah rahsia – Langkah Pertama

Jangan risau saya tak lupa untuk terangkan apa dia langkah pertama yang saya ambil.

Sebelum itu rujuk kembali langkah kedua dan ketiga yang menekankan perhubungan bersama para usahawan yang berjaya untuk mencapai matlamat kedua-dua langkah tersebut.

Tentu ada yang tertanya-tanya macam mana saya ada masa untuk berpeleseran dengan para usahawan yang kerja tak tentu jadual sedangkan saya makan gaji.

Lagipun sikap usahawan kebiasannya lebih suka bercampur dengan sesama mereka para usahawan sahaja daripada mendengar khutbah pemikiran takut dan negatif orang makan gaji.

Tambahan pula mereka usahawan yang berjaya, kumpulan ini tak akan rapat pada golongan makan gaji melainkan ia mampu menjana perniagaan atau lain-lain peluang pada mereka.

Jika tidak mereka tak akan ada masa hendak melayan orang makan gaji.

Untuk menjawab kesemua soalan di atas dan seterusnya untuk perturunkan rahsia langkah pertama tadi.

Langkah paling awal yang saya buat adalah…

‘Berhenti kerja’!

Ya !,

Saya letak jawatan dan berhenti dari makan gaji supaya saya ada masa dan boleh dengan bangganya memperkenalkan diri saya sebagai usahawan pada rakan-rakan usahawan tersebut.

Itulah rahsia langkah pertama yang saya sebutkan dari mula tadi sebagai buah power yang tidak mudah untuk dilakukan.

Perlu ada keberanian ala kamekaze untuk melaksanakannya. Bukan semua orang berani buat sebab itu saya perturunkan pada akhir tulisan ini agar mereka yang memang jitu dan tabah saja yang boleh lulus.

Saya lepaskan pada pembaca untuk sendiri untuk memikirkannya. Tidak ada paksaan untuk mengikut cara saya dan ia tidak semestinya yang terbaik.

Namun bagi saya, langkah paling mula untuk menjadi seorang usahawan adalah dengan memberikan surat letak jawatan!

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • berhenti kerja
  • buat bisnes
  • cerita saya
  • panduan jadi usahawan
  • petua berniaga
  • sara hidup
  • yakin diri
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan

Teknik kemas almari rumah untuk jadi kaya

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 28/08/2012
Read More
Next Article
  • Kehidupan

Jadi lebih muda setelah kena kencing manis!

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 29/08/2012
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga

Keliru antara takut dengan bahaya buat anda takut henti kerja makan gaji untuk berniaga

Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga

KL Startup Summit 2021 Berazam untuk Membantu syarikat pemula Peringkat Awal

Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga

Kereta Perodua Kelisa Merah terpakai yang saya beli dengan bayaran deposit hanya RM10

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Anda juga boleh belajar berniaga, jadi seorang usahawan dan berjaya dalam perniagaan

Read More
  • 6 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Siri 2

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Siri 1

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Intro

25 comments
  1. Anonymous says:
    12/05/2019 at 2:30 pm

    Yg paling bagus berniaga makanan lah kan?sbb makanan ni memang laku….klau nk dibandingkan menjual barangan² lain…

    Reply
  2. introducer maybank & cimb2018 says:
    20/04/2018 at 3:17 pm

    memang betul2 langkah yang berani tu…

    Reply
  3. Siti says:
    15/03/2018 at 1:53 pm

    Saya brcdang berenti kerja..sekarang ambil cuti tanpa gaji..tolong..saya ingin menjadi usahawan..nk jadi bos untuk Siti sendiri

    Reply
  4. Mohamad Khairil Bin Mohd Shah says:
    04/11/2017 at 7:32 pm

    Salam Tuan,
    sy berminat untuk menjadi seorg usahawan yg berjaya seperti tuan…jenis perniagaan & planning semua sy dah ada…peluang juga sudah trbuka untuk sy terjun ke bidang perniagaan yg berkaitan pada bila2 masa sahaja..cuma sy perlu lebih teliti utk membuat perancangan dgn lebih terperinci sbelum sy melakukan sebarang tindakkan agar usaha sy utk berjaya akan menjadi kenyataan & bkn hanya separuh jalan jika sy tersilap langkah…pelbagai usaha & inisiatif sy sudah lakukan untuk sy mempersiapkan diri sy dengan mendalami ilmu & knowladge tentang perniagaan..skrg cuma sy x ada mentor utk guide sy & membuatkn sy lebih yakin utk melakukan tindakkan yg betul…sukar bagi sy untuk mencari kawan2 usahawan/businessman yg berjaya kerana sy hanya dikelilingi oleh bangsa2 lain seperti kaum cina yg memang menguasai bidang perniagaan & memegang ekonomi negara kita…sy bkn perkauman..sy terangkan disini kerana memang mustahil mereka akan guide sy utk mnjadi seorang usahawan melayu yg berjaya…sy berharap sgt & meminta jasa baik tuan supaya tuan sudi layan/guide org kecil sperti sy & tuan dapat membantu sy melaksanakan langkah no.2 & 3 seperti tips usahawan tuan diatas…trime kasih tuan…

    Reply
    1. Shubhi says:
      04/11/2017 at 7:58 pm

      Insyaallah! saya doakan tuan berjaya hendaknya. Tak ada masalah untuk bimbing tuan sekadar yang termampu!

      Reply
  5. nicholas says:
    09/10/2017 at 9:57 pm

    Saya nak buka syarikat . Bisnes sya belum pasti ….. boleh bagi cadangan

    Reply
  6. Teng says:
    25/09/2017 at 10:13 am

    Kenapa dalam otak saya asyik fikir business ja tapi saya takda modal nak buat business ni dan i dont have people want to guide me

    Reply
  7. liana says:
    07/09/2017 at 7:22 pm

    SAYE.plan nak niaga niqab dan tudung.adakah org awam akan menyambut niaga saya ini?

    Reply
    1. Shubhi says:
      08/09/2017 at 6:38 pm

      Insyaallah akan ada sambutan jika betul caranya !

      Reply
  8. qila says:
    01/08/2017 at 5:00 pm

    umur saya baru 13 tahun tetapi saya berhajat nak bisnes tudung jenama saya sendiri…macam mne ye…muda2 nak jadi usahawan….nak tolong parent diorang dah pencen..tapi kan duit semakin hari semakin kurang…..

    Reply
  9. aziera says:
    27/07/2017 at 1:00 pm

    saya berniaga online ,tapi sekarang saya nak bisnes untunk menjalankan mobile spa tapi terasa takut mcm tak bersedia ..

    Reply
    1. RAYNUGA GANESAN says:
      02/08/2017 at 6:22 pm

      Sis..buat mobile spa tu while buat on9…fokus jadi the Best Mobilespa sampai cust rindukan Servis kiter…akk dah 18 thn keje mkn gaji…n now just fokus full time as mobilespa owner

      Reply
      1. Yurie says:
        22/01/2018 at 11:28 am

        Boleh bagi contact no x puan..sy nk tnya pasal bisness

  10. rahimah says:
    23/04/2017 at 11:29 am

    saya berniaga barangan basah/fresh mart. Ada tak sesiapa di sini yang dah berjaya dan stabil dalam perniagaan ini. saya just nak share experience n nak dapat tunjuk ajar.

    Reply
  11. Merina says:
    25/04/2016 at 8:14 pm

    Nk meniaga apa

    Reply
    1. Shubhi says:
      30/04/2016 at 4:09 pm

      Niaga apa yang kita tahu dan orang mahu !

      Reply
  12. Sofia says:
    19/11/2015 at 10:37 am

    Bisnes apa yang patut saya buat kalau ada modal dalam 30k.

    Reply
    1. Shubhi says:
      19/11/2015 at 2:45 pm

      Bisnes yang puan rasa sesuai dan memenuhi minat serta mudah untuk puan jalankan tulah bisnes yang patut puan buat. Duit tu kemudian…

      Reply
  13. syed says:
    30/05/2014 at 1:46 pm

    tapi kalau nak berhenti terus pun pastikan ada simpanan yg cukup kan tuan? bukan boleh main terjun gitu je ye tak?

    Reply
  14. kakiblog says:
    12/09/2013 at 9:37 pm

    saya dah letak jawatan kerja makan gaji untuk bisnes tetapi bisnes tak berjaya kembali lagi bekerja makan gaji..

    kini cuma masih berharap untuk kembali berhenti kerja dan menjadi usahawan tulen..

    Reply
    1. muhamad roslan bin ahmad rusli says:
      13/08/2014 at 4:22 pm

      sy teringin nak bukak outlet utk perniagaan sy. tp sy x buleh handle sorang. berminat buleh call sy. 017-5348323 (roslan)

      Reply
  15. DARI KAKI GUNUNG JERAI says:
    29/08/2012 at 4:42 pm

    Nampak macam mencabar saya untuk berhenti kerja hehehehe………..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      29/08/2012 at 4:48 pm

      hahaha

      Reply
  16. Shahabudeen Jalil says:
    28/08/2012 at 5:43 pm

    Hehe.. Betui tu

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      29/08/2012 at 4:40 am

      sebab itu tak ramai yang jadi usahawan agaknya…hehehe

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Mula berniaga
    Keliru antara takut dengan bahaya buat anda takut henti kerja makan gaji untuk berniaga
    • 4 minute read
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Tabiat
    5 perkara tentang bisnes yang saya belajar yang patut saya kongsikan pada anda

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.