Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
679
2K
307
13
0
  • Mula berniaga

Ucapan berhenti kerja paling hebat pernah saya buat

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 08/11/2012
  • 6 comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Sepanjang anda kerja makan gaji, tentu dah ada lebih dari satu majikan bertukar ganti. Sebelum tukar majikan, tentu kena letak jawatan terlebih dahulu.

Saya juga pernah makan gaji. Lebih dari satu majikan.

Dalam banyak-banyak majikan tu, ada satu yang agak istimewa. Saya suka kerja di situ. Tapi terpaksa letak jawatan sebab nak bergerak ke arah kerja sendiri pula. Satu lagi sebab kenapa majikan tu special adalah saya diminta berikan ucapan pada hari akhir bekerja di sana.

Saya kongsikan sikit pengalamannya kat sini.

Mula kerja

Saya masuk kerja ke syarikat pembuat telefon bimbit antarabangsa sebagai pembantu ‘planner’. Duduk di bawah pantauan seorang eksekutif yang juga seorang kawan. Kawan saya tersebut yang bawa saya masuk kerja ke situ.

Oleh kerana sikap saya yang sering suka memikirkan bagaimana dapat diringkaskan semua kerja agar lebih berkesan dan mudah, maka saya meloncat naik beberapa kali sehingga akhirnya, mengetuai sekumpulan eksekutif yang agak ramai di bawah saya. Ketika itu boss saya adalah ‘Sales & Logistic Director’ yang merupakan seorang Mat Saleh berbangsa Sweden.

Maknanya, saya akhirnya mengetuai keseluruhan ‘sales and operation planning’. Kawan yang jadi bos saya pada awal dulu telah menjadi orang bawah saya pula. Semua itu saya lakukan dalam tempoh 2 tahun saja! Begitulah betapa powernya mengamalkan hidup ringkas!

Letak jawatan

Dalam mengecapi keselesaan dan kenaikan pangkat, tiba-tiba saya memberikan surat letak jawatan pada ketua saya Mat Saleh Sweden itu. Dia menerima surat itu sambil ternganga tak faham kenapa!.

Bila dia tanya kenapa, saya jawab ringkas padanya bahawa saya mahu menjadi usahawan.

Boss saya simpan surat tersebut selama 2 bulan. Setiap hari berselisish dengan saya dia cuba yakinkan bahawa saya perlu terus bekerja dan timba pengalaman lagi sebelum menjadi usahawan.

Setiap kali itulah saya jawab, ‘keputusan saya sudah muktamad dan tidak akan berubah lagi’. Dia akan jawab, ‘saya tidak akan putus asa memujuk anda’.

Akhirnya tempoh motis 2 bulan yang saya perlukan sudah tiba. Ketika itu saya menghadiri mesyuarat department yang diketuai oleh boss saya Mat Saleh Sweden itu. Terdapat lebih kurang 15 orang para manager yang majoritinya terdiri daripada kawan berbangsa Cina saya.

Ucapan henti kerja terakhir

Hari itu baru Bos saya Stefan, umumkan pada semua bahawa itu merupakan hari terakhir saya berada di syarikat itu.

Semua terkejut dan tidak percaya dengan apa yang bos saya umumkan. Masing-masing bertanya kenapa pada Stefan. Bos saya hanya menjawab ringkas ‘tanyalah sendiri pada Shubhi, saya gagal memujuknya selama 2 bulan’.

Semua mata melihat ke arah saya, mereka mahu mendengar alasan kenapa saya berhenti. Mereka bertanya apa yang saya tak puas hati dan lain-lain lagi. Lalu saya bangun dan berucap lebih kurang begini isinya.

  • Saya langsung tak ada masalah dalam melaksanakan tugasan di syarikat ini. Malah bos saya seorang yang hebat dan menaruh kepercayaan tinggi pada saya. Banyak yang telah saya belajar daripada semua orang terutamanya bos dan juga para manager yang lain. Meninggalkan tempat yang hebat ini merupakan satu keputusan yang amat berat bagi saya.
  • Namun begitu, saya ada impian yang besar untuk menjadi seorang usahawan. Untuk memiliki perniagaan saya sendiri dan merasakan bagaimana cabarannya menjadi seorang usahawan.
  • Saya juga percaya yang saya hanya berpeluang hidup di dunia ini hanya sekali dan tempoh tamat perjalanan saya tidak ada siapa yang tahu. Mungkin sesaat lagi, mungkin sehari dan mungkin sebulan.
  • Bagi memastikan saya tidak menyesal, maka saya lepaskan semua jawatan untuk melakukan apa yang saya idamkan. Sekurang-kurangnya ketika saya tahu saya masih hidup, saya tidak sia-siakan kehidupan itu. Jika esok saya mati, saya masih boleh rasa puas kerana saya mati dalam permulaan untuk menjadi seorang usahawan.
  • Bukan maksud saya mahu mengatakan makan gaji itu tidak berguna. Cuma saya lebih suka berniaga untuk menyara kehidupan saya dan saya rasa masa itu telah tiba. Masing-masing daripada kita ada jalan tersendiri yang dipilih, maka saya juga ada jalan saya sendiri dan itulah yang saya lakukan.

Ucapan tersebut dihayati oleh semua orang. Mereka semua diam mendengar luahan ikhlas saya dan tanpa di sedari sebaik saja saya habiskan ucapan tersebut mereka semua menepuk tangan dengan kuat termasuklah Boss saya sendiri.

Saya tersenyum, rasa puas dan yang paling penting sekali ucapan tersebut seolah-olah saya sedang membakar jambatan yang telah saya rentangi untuk tidak lagi berpatah balik. Saya sudah tiada pilihan melainkan menjayakan apa yang saya idamkan.

Itulah ucapan terakhir ketika makan gaji saya dulu. Pada anda yang ada cita-cita nak jadi usahawan, sudahkan anda sediakan teks ucapan terakhir anda untuk disampaikan pada semua kawan-kawan di tempat kerja bila tiba masanya?

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • berhenti kerja
  • letak jawatan
  • mula berniaga
  • resign
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kejayaan
  • Motivasi
  • Petua ringkas

Apa bayarannya untuk jadi lebih baik daripada sekarang?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 06/11/2012
Read More
Next Article
  • Kejayaan
  • Keusahawanan

Kenapa kita cari makan?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 08/11/2012
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga

Keliru antara takut dengan bahaya buat anda takut henti kerja makan gaji untuk berniaga

Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga

KL Startup Summit 2021 Berazam untuk Membantu syarikat pemula Peringkat Awal

Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga

Kereta Perodua Kelisa Merah terpakai yang saya beli dengan bayaran deposit hanya RM10

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Mula berniaga

7 perkara sering diambil ringan oleh usahawan baru yang perlu anda tahu

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Anda juga boleh belajar berniaga, jadi seorang usahawan dan berjaya dalam perniagaan

Read More
  • 6 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Siri 2

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Siri 1

Read More
  • 5 min
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Intro

6 comments
  1. nur_fid says:
    16/07/2013 at 6:40 pm

    Assalamualaikum tuan,
    Sy sekarang bekerja di sektor kerajaan. Pada mulanya memang sy sayangkan kerjaya saya ini. Tp lama kelamaan sy rasa bosan, rasa tertekan kerana sering ditekan di tempat kerja dan tiada kebebasan utk meluahkan pandangan dan idea. Saya mula tidak fokus dalam melaksanakan tugas.

    Sy di dalam proses untuk memulakan perniagaan dan berhasrat untuk berhenti kerja. Walaubagaimanapun suami sy tidak bersetuju kerana khuatir sekiranya pendapatan perniagaan sy tidak dapat menandingi gaji saya sekarang. Suami mencadangkan saya untuk mengambil cuti tanpa gaji terlebih dahulu dan melihat trend perniagaan, sekiranya rezeki sama atau lebih barulah dia membenarkan saya untuk berhenti kerja.

    Isu yang timbul adalah samada bolehkah saya memberikan alasan ‘untuk memulakan perniagaan’ sbg sebab utk memohon cuti tanpa gaji? Bagaimanakah saya hendak meyakinkan suami dan diri saya sendiri bahawa ini adalah jalan terbaik yg perlu saya pilih? Harap tuan dapat membantu dan memberikan pandangan. Terima kasih.

    Reply
  2. Hasny says:
    17/06/2013 at 7:15 am

    Assalam tuan,
    sudah 7 tahun bertugas di jabatan kerajaan dgn gaji yg agak lumayan berbanding dengan gaji suami. Saya berhasrat untuk berhenti kerja kerana tak dapat fokus pada kerja lantaran perniagaan online sampingan yang lebih lumayan. jika berhenti dapatlah saya fokus pada perniagaan dan disamping itu, sy teringin sangat untuk menghabiskan masa untuk memasuki kelas agama yang tak dapat saya lakukan jika bekerja sepenuh masa. tetapi saya agak risau juga jika keputusan yang saya buat ini mengakibatkan saya menyesal dikemudian hari.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      17/06/2013 at 7:48 am

      Kita hanya menyesal bila hanya melihat sudut negatif segala kejadian. Sebaliknya kita akan sentiasa bersyukur bila mampu melihat sudut positif segala kejadian.

      Lagipun, risau takut menyesal kemudian hari hanyalah satu alasan untuk meneruskan apa yang kita buat sekarang. Maknanya kita dah selesa dan memang suka dengan apa yang kita sedang buat sekarang…jadi kenapa nak ubah?

      Melainkan kita memang mahu mencuba perjalanan hidup baru dan bersedia menghadapi cabarannya susah atau senang…maka tak akan timbul rasa takut menyesal di kemudian hari.

      Reply
  3. Asmawati Abdul Eid says:
    26/11/2012 at 1:25 am

    Salam tuan,

    Saya telah berkhidmat 10 thn di sektor kerajaan namun berhasrat utk berhenti (bukan bersara pilihan) sbb hendak urus rmhtga yg melibatkan perkahwinan jarak jauh…pendapatan kerja skrg mmg lumayan dan jika saya beritahu hasrat ini kpd org, org akan ckp saya GILA dan BODOH.

    spt biasa, hutang2 asas yg perlu dtanggung hingga mati pun menyebabkan saya serba salah.Suami pun tak galakkan saya berhenti sbb saya yg banyak tanggung keluarga…biasalah kan…

    Namun, saya ada buat part time business yg baru bermula. Jika saya fokus, blhlah dpt lebih…

    Mentaliti org, bodoh jika berenti ni…

    harap dpt feedback tuan.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      26/11/2012 at 3:15 am

      Apa matlamat utama nak berhenti? dari atas saya faham sebab utama adalah nak uruskan rumah tangga dan bukannya untuk berniaga.

      Idea saya:
      1. Fikirkan jalan bagaimana dapat diuruskan rumah tangga tanpa berhenti kerja terlebih dulu.
      2. Senaraikan kesemua perbelanjaan dan lihat semula jika ada yang boleh dihentikan atau dijimatkan. Banyak benda tidak perlu dan boleh dihentikan jika kita fokuskan pada hanya perkara asas. Perlindungan, kesihatan & pendidikan
      3. Simpan lebihan sebagai back-up apabila berhenti kerja kelak.
      4. Berhenti kerja apabila ada reserve dalam 1 tahun untuk hidup sederhana sambil berusaha membina perniagaan sendiri

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Mula berniaga
    Keliru antara takut dengan bahaya buat anda takut henti kerja makan gaji untuk berniaga
    • 4 minute read
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Tabiat
    5 perkara tentang bisnes yang saya belajar yang patut saya kongsikan pada anda

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.