Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
549
2K
277
14
0
  • Pekerja

4 tanda bisnes ada masalah pekerja dan cara atasinya

  • 20/03/2017
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

hadapi masalah pekerja dalam perniagaanMasalah pekerja dalam bisnes adalah satu perkara biasa. Malah dalam banyak-banyak masalah yang usahawan hadapi, masalah pekerja merupakan masalah yang paling memeningkan kepala.

Ada banyak kes yang saya temui di mana usahawan bertindak untuk jalankan perniagaan mereka secara solo. Lebih mudah dan tak peningkan kepala, kata mereka. Uruskan diri sendiri tidak sukar berbandingkan uruskan orang lain.

Perlu bersedia hadapi masalah pekerja

Jika baru nak mulakan perniagaan, terutamanya jenis perniagaan yang segala kemahiran diperlukan, ada pada usahawan itu sendiri, memang bagus. Itu dapat menjimatkan kos yang banyak dalam fasa awal sesebuah perniagaan.

Tetapi, dalam beberapa tempoh tertentu, jika perniagaan mahu diperbesarkan, tidak ada cara lain melainkan perlu ada pekerja. Samada pekerja sepenuh masa atau pekerja separuh masa.

Usahawan yang nak pergi jauh perlu pandai menjauhkan dirinya dari terperangkap dengan kerja rutin seharian dalam perniagaannya.

Usahawan perlu pilih hanya kerja yang lebih besar kesannya terhadap perkembangan perniagaan seperti merancang, membina jaringan, menambah ilmu dan lain-lain seumpamanya.

Kalau asyik terperangkap dengan kerja rutin seharian, bisnes akan sukar untuk diuruskan supaya berkembang dengan baik.

Oleh itu, kalau nak membesar, samada susah atau senang, usahawan perlu bersedia ambil pekerja dan bersedia juga menghadapi masalah pekerja.

Cabaran dalam menguruskan pekerja

Antara ketakutan besar yang menghalang usahawan ambil pekerja adalah takut tak mampu bayar gaji. Ini alasan paling biasa yang saya dapat dari rakan-rakan usahawan lain.

Jawapan saya pada masalah tersebut mudah saja.

Bila perniagaan dah ada pelanggan dan dah mula ada duit yang masuk, ertinya perniagaan tersebut sudah ada potensi permintaan. Dah boleh dikembangkan dengan lebih baik dan dah boleh dipertingkatkan hasil jualannya.

Dalam keadaan tersebut, gaji pekerja dan termasuklah gaji usahawan itu sendiri, pelanggan-lah yang membayarnya. Jadi kenapa takut tak mampu bayar gaji pekerja ?

Untuk membolehkan usahawan bayar gaji pekerja, usaha perlu dipertingkatkan ke arah membawa masuk jumlah pelanggan yang mencukupi bagi membolehkan perniagaan diteruskan. Perlu tahu titik pulang modal perniagaan kita dan cari jalan mencapainya.

Lagipun, pekerja biasanya akan memberikan kredit satu bulan kepada usahawan sebelum menuntut gaji mereka. Kerja terlebih dahulu sebulan, baru dapat gaji.

Itulah kelebihan berniaga. Antara sumber awal kredit yang usahawan dapat adalah dari para pekerjanya sendiri. Amalkan ambil pekerja pada awal bulan dan rancanglah dengan baik supaya dalam tempoh sebulan itu jumlah pelanggan yang perniagaan dapat mencukupi.

Cabaran bila dah ada pekerja

Kemahiran berniaga secara solo tanpa ada pekerja adalah berbeza dengan kemahiran yang diperlukan bila dah mula ada pekerja.

Dalam fasa ini, usahawan perlu mula belajar menjadi pemimpin.

Ramai orang yang tak yakin mereka bleh jadi pemimpin. Puncanya adalah kerana mereka tak pasti apa tugas sebagai seorang pemimpin.

Untuk menjawab soalan tersebut, saya berikan tips mudah untuk jadi seorang pemimpin. Kita boleh jelaskan kerja seorang pemimpin hanya dengan satu perkataan sahaja.

Satu perkataan yang menjelaskan kepimpinan adalah…

” Pengaruh “

Ertinya kerja utama seorang pemimpin adalah berusaha mempengaruhi orang di bawahnya supaya melaksanakan tugas tanpa paksaan.

Itulah kerja anda bila dah mula ada pekerja.

Malah untuk dapatkan orang yang sanggup buat kerja di bawah kita juga perlu ada kemahiran mempengaruhi orang lain.

Mungkin kat sini ramai usahawan yang tersasar. Mereka hairan kenapa tak ada orang yang sudi kerja dengan mereka. Kalau ada yang berani mencuba, baru kerja sehari dua dah cabut lari.

Mungkin punca besar mereka cabut lari, atau tak ada orang nak kerja dengan anda disebabkan anda tak pernah terfikirkan bahawa kemahiran mempengaruhi orang amat penting dalam fasa ambil pekerja.

Carilah jalan bagaimana nak buatkan orang terpangaruh untuk kerja dengan anda. Antara contoh mudah adalah dengan berusaha mempamerkan keyakinan pada orang yang melihat syarikat anda.

Dalam bisnes bengkel kereta umpamanya, penampilan bengkel itu sendiri mengambarkan keupayaan usahawan dalam mempengaruhi pekerja. Jika bengkel kotor macam jamban atau tong sampah, tak ada orang yang berpotensi besar akan sanggup jadi pekerja kat situ.

Perniagaan yang punya masalah pekerja

Bila anda dah mula ada pekerja lebih dari seorang, tahniah !

Alhamdulillah anda dah lulus tahap pertama mempengaruhi orang lain untuk berkerja dengan syarikat anda.

Tapi cabarannya belum berakhir kat situ. Banyak lagi masalah yang akan timbul. Masalah pekerja yang paling utama adalah apabila para pekerja yang ada tidak dapat membina kerjasama. Samada dengan anda ataupun sesama mereka.

Berikut saya berikan 4 tanda yang menunjukkan perniagaan atau syarikat anda ada masalah pekerja. Ada salah satu daripada 4 tanda di bawah sudah cukup untuk memberikan gambaran bahawa anda ada maslaah pekerja.

  1. Punya sekurang-kurangnya seorang dari pekerja anda yang sentiasa tidak dapat buat kerja sebagaimana yang anda harapkan. Kalau semua pekerja yang ada tak boleh diharapkan, lebih teruk lagi lah !
  2. Anda tak pasti samada perlu tambah lagi pekerja atau tidak. Nak tambah rasa tak berani, tak nak tambah rasa macam tak cukup. Pergi balik pergi balik tak ada jawapan dan tak pasti.
  3. Syarikat anda tak ada carta organisasi. Apa yang anda tahu adalah anda adalah Boss atau Taukeh. Itu sahaja. Tak pernah terfikir nak buat carta organisasi sebab tak rasa ianya diperlukan dalam perniagaan yang anda jalankan.
  4. Pekerja tak dijelaskan tentang tugasan utama mereka. Malah mungkin anda sendiri tak pasti secara jelas apa tugas pekerja anda. Rasa tahu, tapi bila ditanya supaya jelaskan tugas yang pekerja anda perlu buat satu persatu, anda tak boleh jawab. Kalau anda sendiri tak jelas, macam mana pekerja nak jelas dan faham ?

4 tanda yang saya berikan kat atas, jika anda ada, menunjukkan perniagaan anda sekarang ada masalah pekerja. Mungkin ada lagi tanda lain yang boleh memberikan tanda yang sama, tapi saya rasa 4 tanda tersebut sudah cukup.

Macam mana nak selesaikan masalah pekerja sedemikian ?

Akan saya sambung cara atasinya dalam artikel yang akan datang.. insyaallah !

0
0
Share 0
Tweet 0

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • masalah pekerja
  • pengurusan pekerja
  • rekrut pekerja
  • staff
  • sumber manusia HR
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
buang perangai buruk untuk berjaya
  • Tabiat

Buang terus 13 perangai buruk ini kalau serius nak berjaya

  • 13/03/2017
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
tips urus syarikat berjaya
  • Pekerja

5 langkah urus syarikat yang ada masalah pekerja

  • 27/03/2017
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Pekerja

Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya

Read More
  • 6 min
  • Pekerja

5 soalan yang anda perlu tanya bila temuduga ambil pekerja baru

Read More
  • 5 min
  • Pekerja

3 kumpulan pekerja yang anda wajib tahu. Kumpulan yang ke-3 tu sangat rare!

Read More
  • 4 min
  • Pekerja

Dungu, Tribalisme atau Warga Syarikat yang ada dalam syarikat anda?

Read More
  • 5 min
  • Pekerja

11 senarai semak pengurusan pekerja syarikat perniagaan kecil anda

Read More
  • 4 min
  • Pekerja

Kalau nak cepat, bergerak solo. Kalau nak pergi jauh …

Read More
  • 4 min
  • Pekerja

Masalah pekerja mula timbul bila syarikat perniagaan membesar

Jaga pekerja bagus anda
Read More
  • 6 min
  • Pekerja

5 sebab pekerja bagus syarikat anda cabut lari ke syarikat lain

3 comments
  1. Hero Borneo says:
    25/03/2017 at 9:25 pm

    kalau jumpa pekerja yang bermasakah..bawa berbincang

    jika tak boleh juga bawa berbincang…

    berhentikan sahaja..

    Reply
  2. kauthar mohd says:
    25/03/2017 at 2:17 am

    Sebenarnya jadi bos ni lagi mencabar dari bekerja dengan orang.

    Reply
  3. Khairul Zamri says:
    22/03/2017 at 10:55 pm

    Kena sayangi dengan kerja yang kita ada hari ini bukan senang nak dapat kerja

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Tabiat
    Ini tandanya anda sudah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.