Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
532
2K
276
100
0
  • Pekerja

Kalau nak cepat, bergerak solo. Kalau nak pergi jauh …

  • 26/11/2018
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
1
Shares
1
0
0
0
0
0

Pernah dengar ayat kat atas tu?

Kalau pernah, tentu anda boleh sambung ayat seterusnya.

Bagi yang tak pernah dengar lagi, saya berikan keseluruhan ayat yang jadi tajuk artikel kali ini.

Tengok kat bawah ni…

Kalau nak cepat, gerak secara solo. Kalau nak pergi jauh, bergeraklah secara berkumpulan

Peribahasa Afrika

Itu merupakan peribahasa dari benua Afrika. Keadaan muka  bumi dan kehidupan mereka membuatkan ayat tersebut tercipta.

Memang amat indah ayat itu.

Bukan sekadar sesuai hanya di negara Afrika sahaja. Negara yang penuh dengan cabaran hidup. Banyak haiwan liar yang merbahaya. Tapi sesuai diambil iktibar di mana-mana saja anda berada.

Sesuai untuk dijadikan pedoman bukan saja dalam bab nak pergi mengembara atau jalan-jalan. Malah dalam semua lapangan kehidupan.

Samada anda nak berpolitik jadi pemimpin perjuangkan ideologi atau kepercayaan. Samada nak bina penempatan atau nak teroka perkampungan.

Malah paling menarik, jika anda nak bina sebuah organisasi atau perniagaan.

Nak cepat gerak secara solo

Apa saja yang anda nak buat, perlu difikirkan semula apa yang nak dicapai. Adakah pantas menjadi matlamat utama atau jauh adalah lebih penting.

Kalau anda nak berniaga, sama juga.

Nak kaya cepat atau nak pergi jauh membina syarikat dan perniagaan anda itu.

Ramai usahawan yang lebih suka nak cepat-cepat. Bila anda tengok segala tindakannya, dah boleh kesan sikap nak cepat yang dia selalu buat. Suka ambil jalan mudah, adalah salah satu sikap yang orang nak cepat ni suka buat.

‘Cepat secara terburu-buru’ dengan ‘pantas bergerak’ dalam perniagaan ada garis pemisah yang amat nipis.

Memang perlu cepat bertindak bila nak berjaya dalam perniagaan. Tak boleh lembab macam layan lagu slow rock kapak.

Tapi dalam masa yang sama tak boleh tergesa-gesa juga. 

Sebab itu agak sukar nak bezakan antara kawan yang bersikap nak cepat kaya dengan kawan yang bercita-cita nak pergi jauh membina perniagaan.

Untuk bezakan samada kawan anda jenis nak cepat atau nak pergi jauh, terpaksa lihat samada dia ada kecenderungan nak pergi solo atau secara berkumpulan.

Kalau dia suka dan mudah kencing kawan, itu tandanya, dia lebih cenderung nak gerak cepat dan bukannya nak pergi jauh. Yang pentingnya dia boleh gerak lebih pantas. Jadi dia tak teragak-agak untuk kencing kawan.

Bagi kawan yang nak pergi jauh, dia akan bersabar lebih sikit. Yang pentingnya dia mahu bergerak secara kumpulan. Terpaksa berkorban sedikit had laju tak boleh nak gerak pantas sangat.

Gerak solo tak ambil pekerja

Ramai yang buat bisnes dah lama. Tapi masih gerak solo seorang diri. Dia lansung tak ambil pekerja untuk membantu perniagaannya.

Kalau sembang dengan kawan-kawan yang macam itu, dia gebang nak berjaya dan bina syarikat yang hebat.

Tapi tindakannya tak ambil perkerja dan buat bisnes seorang diri tidak disedarinya, adalah lambang orang yang nak gerak cepat tapi tak nak pergi jauh.

Kalau tanya sebab apa tak ambil pembantu. Dia akan jawab susah nak dapat pekerja yang dapat puaskan hatinya. Orang semua tak boleh buat kerja maca dia buat.

Macam-macam lagi alasan yang lebih kurang sama diberikan. Ertinya dia tak sanggup luangkan masa bersabar, ajar, bimbing pembantunya supaya naik ke tahap yang lebih cekap.

Itulah cabarannya. Sebab itulah bila gerak secara kumpulan akan jadi perlahan.

Berkumpulan kalau nak pergi jauh

Bagi saya, sasaran utama adalah untuk pergi jauh. Jadi terpaksalah korbankan sikit kepantasan. Terpaksa fikirkan terlebih dahulu aktiviti membina kumpulan.

Tanpa adanya kumpulan yang kuat dan bersatu. Masing-masing mainkan peranan dengan jujur dan secara yang terbaik mungkin. Tak akan tercapai sasaran nak pergi jauh tu.

Kat situlah masalahnya.

Masalah nak bina kumpulan yang mantap yang dapat digembelengkan bersama-sama untuk pergi sejauh mungkin dalam perniagaan.

Sebab itu tak banyak anda boleh jumpa perniagaan atau syarikat yang berjaya pergi jauh. Cabaran untuk membina kumpulan bukanlah satu perkara yang mudah macam petik jari.

Lawat syarikat hebat di Thailand

Hari jumaat malam yang lalu saya sampai ke KLIA. Baru balik dari Bangkok, Thailand.

Balik dari lawatan selama 3 hari ke sebuah syarikat yang hebat di Petchaburi, Thailand.

Syarikat tersebut baru ditubuhkan sejak tahun 2013. Baru 5 tahun. Tapi hasil yang berjaya mereka pamerkan sangat hebat. Syarikat itu duduk di tangga nombor satu dalam industri mereka dari segi kepuasan pelanggan.

Bukan setakat di Thailand, malah di seluruh Asia tenggara. 

Sambutan mereka tersangat hebat. Perincian dalam perancangan untuk menyambut lawatan yang dilakukan memang menakjubkan. Terperinci dan semuanya dilaksanakan dengan lancar dan jaya.

Semua petugas memainkan peranan masing-masing. Mereka tak lokek kongsikan kisah kejayaan mereka. bagaimana mereka uruskan perniagaan mereka dari A ke Z.

Rumusan saya hanya satu saja.

Mereka berjaya membina sebuah kumpulan yang amat kuat dan bergerak seiring dalam menjayakan visi dan misi syarikat.

Wajib ada visi syarikat

Perkara asas yang mereka buat adalah mengadakan Visi dan Misi yang jelas dan mudah difahami.

Syarikat tersebut bersungguh-sungguh rangka visi dan misi mereka. Buat perancangan bagaimana nak jayakannya dan pantau perkembangan pencapai visi dan misi mereka secara konsisten.

Banyak syarkat kawan-kawan, termasuklah saya sendiri, memang ada visi dan misi syarikat. Tapi sekadar hiasan untuk dimasukkan ke dalam profil syarikat saja. Bukan untuk dilaksanakan dan dijayakan dengan bersungguh-sungguh.

Bila balik saya jadi bersemangat nak jadikan apa yang mereka pamerkan sebagai sumber inspirasi.

Tapi bila fikirkan pasal nak bina kumpulan, mula rasa rimas dan semak semula. Sebab saya tahu itu bukan satu urusan yang mudah. Dan paling penting, ianya bukan satu urusan yang boleh dijayakan dengan cepat.

Moga Allah berikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk terus berusaha membina kumpulan yang mantap. Insyaallah.

1
0
Share 1
Tweet 0
Total
1
Shares
Share 1
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • kumpulan
  • leadership
  • teamwork
  • visi dan misi
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan

Panduan penting cari dan pilih rakan kongsi perniagaan anda

  • 19/11/2018
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Tabiat

Kenapa anda perlu bersenam jalan kaki di taman setiap pagi

  • 03/12/2018
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Pekerja

Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya

Read More
  • 6 min
  • Pekerja

5 soalan yang anda perlu tanya bila temuduga ambil pekerja baru

Read More
  • 5 min
  • Pekerja

3 kumpulan pekerja yang anda wajib tahu. Kumpulan yang ke-3 tu sangat rare!

Read More
  • 4 min
  • Pekerja

Dungu, Tribalisme atau Warga Syarikat yang ada dalam syarikat anda?

Read More
  • 5 min
  • Pekerja

11 senarai semak pengurusan pekerja syarikat perniagaan kecil anda

Read More
  • 4 min
  • Pekerja

Masalah pekerja mula timbul bila syarikat perniagaan membesar

Jaga pekerja bagus anda
Read More
  • 6 min
  • Pekerja

5 sebab pekerja bagus syarikat anda cabut lari ke syarikat lain

masalah pengurusan pekerja
Read More
  • 5 min
  • Pekerja

3 masalah utama dalam pengurusan pekerja

4 comments
  1. Mama Hakim says:
    28/01/2019 at 1:51 pm

    Bergerak dalam kumpulan bantu membantu dan membela ahli yang memerlukan membentuk setiakawan dan persefahaman. Memang perlahan tapi survival tinggi.

    Reply
  2. Mama Hakim says:
    09/01/2019 at 9:11 am

    Nak berjaya ada sunnahnya yang perlu di penuhi kan. Kalau nak perniagaan kita tahan lama, wajib buat semua benda di atas ni

    Reply
  3. ahmadyani says:
    02/12/2018 at 6:45 pm

    Apa apa pun yang kita buat, sebenarnya adalah sunnah jika dibuat beramai ramai. Makan sunnah jika beramai. Berjalan sunnah jika beramai. Kerana sabda nabi ada berkat jika dilakukan beramai. Berkat itulah yang membuahkan kejayaan.

    Reply
  4. Zamree says:
    26/11/2018 at 7:36 pm

    Sumber manusia adalah aset terpenting dalam sesebuah syarikat

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
    • Kehidupan
    Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar
Trending
  • Kehidupan
    Untuk berjaya mesti keluar dari zon selesa
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.