Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
679
2K
307
13
0
  • Pekerja

Sediakan carta organisasi perniagaan ‘goreng pisang’

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 20/11/2012
  • 5 comments
  • 2 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

board-755792_960_720Pernah lihat perniagaan goreng pisang? Katakan anda tiada pilihan lain selain daripada menjalankan perniagaan goreng pisang sebab itulah saja yang anda tahu dan itu saja modal yang ada buat waktu ini.

Setelah membuat segala persiapan dan telah kenal pasti lokasi di mana perniagaan akan dijalankan, anda seeloknya perlu sediakan satu carta organisasi.

Pelik! takkan nak berniaga goreng pisangpun nak kena buat carta organisasi kot?

Ya! memang pelik!, tapi kalau anda mahu perniagaan goreng pisang anda berkembang dan membuatkan anda jadi jutawan, anda perlu mulakan dengan cara yang betul. Jadi jangan cakap banyak, mari kita sediakan carta organisasi perniagaan goreng pisang kita:

  • Pengarah urusan – Mohd Shubhi
    • Pengurus jualan dan pemasaran – Mohd Shubhi
    • Pengurus operasi – Mohd Shubhi
    • Pengurus kewangan – Mohd Shubhi
    • Pengurus sumber manusia – Mohd Shubhi

4 urusan pengurusan yang disebutkan di atas merupakan tugasan yang perlu dilakukan oleh peniaga goreng pisang yang mahu berkembang dan bercita-cita tinggi. Dengan adanya carta organisasi tersebut peniaga goreng pisang, dalam kes ini Mohd Shubhi, perlu menyediakan masa untuk berfikir dan mengembangkan setiap jabatan yang telah dibentuknya.

Urusan jualan dan pemasaran
Mohd Shubhi perlu sentiasa berfikir soalan kenapa orang perlu beli goreng pisangnya berbanding penjual goreng pisang lain. Apa kelainan yang perlu dibuat untuk menarik jualan goreng pisangnya itu. Dia juga perlu mengenal pasti lokasi lain yang strategik bagi memasarkan goreng pisangnya

Urusan operasi
Mohd Shubhi perlu sentiasa memikirkan bagaimana dia boleh meringkaskan operasinya menjadi cekap dan konsisten berdasarkan matlamat yang mahu dicapainya berdasarkan strategi yang telah dirangka dalam jabatan jualan dan pemasaran di atas.

Urusan kewangan
Mohd Shubhi perlu memikirkan bagaimana dia boleh menjana wang yang cukup untuk mengembangkan perniagaannya di tempat lain. Di mana dia boleh dapatkan sumber kewangan jika tidak cukup dalam merealisasikan perkembangan perniagaannya.

Urusan sumber manusia
Mohd Shubhi perlu memikirkan bagaimana dia boleh merangka satu sistem yang berkesan bagi melatih pekerja goreng pisang yang cekap dan memenuhi keperluan perniagaan goreng pisangnya. Dia juga perlu memikirkan bagaimana boleh didapati sumber manusia bagi menjadi pekerjanya.

Pengarah Urusan
Mohd Shubhi perlu menggabungkan kesemua jabatan dibawahnya agar seiring dan cekap merealisasikan matlamat yang ada di dalam kepalanya.

Dengan melatih disiplin memikirkan kesemua perkara di atas, lambat laun perniagaan goreng pisang Mohd Shubhi akan berada di segenap pasaraya dan di segenap ceruk rantau pekan yang ada di Malaysia. Dia juga akan memenuhi permintaan penghantaran goreng pisang ke semua pejabat atau rumah di seluruh negara. Dan akhirnya Mohd Shubhi di kenali sebagai Jutawan Goreng Pisang!

Begitulah lebih kurangnya, pedoman buat semua mereka yang bercita-cita besar untuk membesarkan perniagaan. Tidak kira apa saja perniagaan yang anda jalankan sediakan semua carta organisasi yang diperlukan dan pastikan penjawatnya memikirkan apa yang saya sebutkan di atas. Walaupun anda bermula keseorangan!

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • carta
  • kepimpinan
  • kerjaya
  • merancang
  • organisasi
  • pengurusan
  • staff
  • sumber manusia
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan
  • Petua ringkas

Jangan bercinta melalui FB

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 19/11/2012
Read More
Next Article
  • Keusahawanan

Temujanji sarapan usahawanjaya – Last Call!!!

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 20/11/2012
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Pekerja

Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian

Read More
  • 5 min
  • Pekerja

10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan

Read More
  • 4 min
  • Pekerja

Masalah syarikat di mana pasukan pekerja tak ada satu identiti kumpulan

Read More
  • 8 min
  • Pekerja

8 perkara yang halang pasukan pekerja anda berfungsi dengan baik

Read More
  • 5 min
  • Pekerja

Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden

Read More
  • 6 min
  • Pekerja

Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya

Read More
  • 6 min
  • Pekerja

5 soalan yang anda perlu tanya bila temuduga ambil pekerja baru

Read More
  • 5 min
  • Pekerja

3 kumpulan pekerja yang anda wajib tahu. Kumpulan yang ke-3 tu sangat rare!

5 comments
  1. aliasyaiyahabadi says:
    17/03/2016 at 11:37 pm

    Semoga aq n wife akan jumpa kejayaan dan kebahagiaan!kerana kami baru memulakan bisnes goreng pisang dekat tapak MPAJ je!!lokasi dkt sekolah..stakat ni ok je..klu modal kuar 2ratus pasti akan dpat untung dlm 150kebawah..dan blum pernah makan modal…aq keluar dr kehidupan kuli”dh 3buln dn mula brani jinak2 niaga..mula2 jual nsi kukus aym berempah…tp bisnes slow down…kerap kena tampung modal dgn wang poket..sebulan mnderita..akhirnya aq dpt ilham utk tiru biras aq..dan disokong oleh rakan2 fmly n ramai…kmi pun pinjam sana sini utk cukup kan modal utk buka bisnes baru ni…alhamdulillah setakat ni allah byk memberi rezeki yg makin meningkat tiap hr wlupun xlah sberapa tp syukur ada juga lebihan rm tiap petang bila tolak modal…bg aq berniaga memang 1cabaran yg kuat utk uji ketahanan diri dan jiwa…BUKAN SENANG MAHU SENANG BEB”CUBA DULU BARU ADA AKAI…HA.HA…AS..KUM”!

    Reply
  2. Nasir Wasoh says:
    22/11/2012 at 5:10 am

    dizaypearls : Tak kan tuan nak berniaga goreng pisang & burger je kot. Tuan tak dak impian besar nak jadi seperti francais 1901 & BurgerKing ke? Impian mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia.

    Seperti kata orang “Impian biar besar..tapi dengan permulaan langkah kecil..”

    Tak mustahil sekecil2 biz burger tepi jalan nanti jadi seperti jutawan burger francais seperti Otai Burger.

    Reply
  3. dizaypearls says:
    21/11/2012 at 7:47 am

    lama dah nak niaga pisang atau burger tapi keje ofis takde masa

    Reply
  4. Nasir Wasoh says:
    21/11/2012 at 2:13 am

    Sungguh mencerahkan minda dalam mempersiapkan seseorang untuk menjadi usahawan..

    Bravo hehehe ^^,

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      21/11/2012 at 6:33 am

      TK

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Mula berniaga
    Keliru antara takut dengan bahaya buat anda takut henti kerja makan gaji untuk berniaga
    • 4 minute read
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Tabiat
    5 perkara tentang bisnes yang saya belajar yang patut saya kongsikan pada anda

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.