Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
526
2K
276
100
0
  • Pemasaran

3 salah faham tentang harga produk

  • 10/11/2014
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Small-Business-Failure (1)Ada dua golongan yang ketara dalam mana-mana kumpulan mereka yang menjalankan perniagaan dalam mana-mana industri.

Kumpulan pertama…

Adalah mereka yang sedang-sedang saja pencapaian perniagaan mereka. Ini merupakan kumpulan paling besar dan biasanya merangkumi 80% daripada keseluruhan industri.

Kumpulan kedua…

Adalah mereka yang pencapaiannya hebat jauh melebihi orang lain dalam industri. Kumpulan ini biasanya merangkumi hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan usahawan dalam satu-satu industri. Dan biasanya dalam lingkungan 20%.

Jika diperhatikan, kumpulan pertama merupakan kumpulan yang paling banyak sekali memegang fahaman salah dalam bab menentukan harga produk.

Kumpulan kedua pula biasanya amat mahir dan jelas dalam proses menentukan harga produk yang bakal dikenakan pada pelanggan sasaran mereka. Di samping itu, mereka juga amat jelas siapa sebenarnya pelanggan mereka dan siapa yang bukan pelanggan sasaran mereka.

3 salah faham tentang harga produk

Berikut saya berikan 3 salah faham dalam menentukan harga produk atau perkhidmatan perniagaan yang sedang anda jalankan. Mungkin ada lebih banyak lagi salah faham lain, tapi biasanya inilah yang diamalkan oleh para usahawan.

  1. Harga produk hanya ditentukan oleh kos barang. Ini paling ramai yang menganuti fahaman salah ini. Dalam kebanyakan perniagaan yang dilakukan, usahawan akan dapatkan kos barang, dan kemudian mark-up sikit untuk dijadikan untung. Itulah keuntungan perniagaannya dan kalau dia tak mampu dapatkan harga barang lebih murah, margin keuntungannya akan menjadi mangsa. Dan akhirnya dia salahkan orang Cina kerana tak jual harga barang murah pada orang Melayu.
  2. Harga produk mesti lebih murah dari orang lain. Ini satu lagi fahaman salah tentang harga produk. Ramai yang amalkannya dan hilang arah dalam perniagaan apabila dia tak dapat lawan harga orang lain yang lebih murah daripadanya. Ia adalah hasil daripada salah faham pertama di atas tadi. Bagi fahaman salah ini, satu-satunya nak hidup dan maju dalam perniagaan adalah dengan cara jual produk lebih murah daripada pesaing. Lalu masing-masing campakkan harga dan akhirnya satu demi satu tutup kedai.
  3. Beri diskaun untuk tingkatkan jualan. Susulan daripada fahaman pertama dan kedua, lalu langkah paling mudah untuk naikkan jualan dan panjangkan sedikit lagi tempoh jangka hayat perniagaan mereka daripada gulung tikar awal, mereka buat promosi diskaun 20% atau lebih. Ini membuatkan margin keuntungan menjadi nipis walaupun jualan meningkat. Sampai berapa lama aktiviti sebegini mampu bertahan?

Tak setuju dengan konsep harga produk di atas?

Mungkin anda seorang usahawan dan tidak setuju atau tak nampak kenapa saya katakan 3 perkara di atas adalah salah faham dalam menentukan harga produk dalam perniagaan anda.

Secara logiknya, tentu saya nak syorkan bahawa jangan asyik nak turunkan harga supa boleh bersaing dengan orang lain. Kekalkan harga atau tinggikan lagi harga jika servis anda lebih premium berbanding pesaing.

Memang itulah yang nak saya syorkan, tinggikan lagi harga dan secara automatik margin keuntungan anda jauh lebih baik daripada pesaing. Dengan itu anda mampu laburkan pada aktiviti meningkatkan lagi kepuasan pelanggan. Dan anda akan pergi jauh lagi tinggalkan pesaing.

Kalau anda masih tak setuju dengan konsep harga produk di atas, saya faham. Kerana sebab itulah anda hanya masuk dalam kumpulan pertama yang saya sebutkan di atas tadi.

Sengaja saya tak panjangkan artikel berkenaan harga produk ini di sini. Saya nak biarkan anda berfikir dan membuka minda dan beranikan diri untuk mencuba dan cari jalan. Lagipun bukan senang nak masuk kumpulan kedua sebagaimana yang saya sebutkan di atas.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • harga produk
  • Pemasaran
  • petua
  • salah faham
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan

Peluang perniagaan kecil dengan Feeko Ice Blend

  • 08/11/2014
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Keusahawanan

6 sebab perniagaan bungkus tak lama lagi

  • 12/11/2014
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Pemasaran

6 langkah yang anda perlu buat untuk membentuk strategi penjenamaan perniagaan dan syarikat anda

Read More
  • 3 min
  • Pemasaran

Untuk jadikan perniagaan yang baik anda perlu usahakan perhubungan pelanggan yang baik – Ini caranya

Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga
  • Pemasaran

#6. Susah nak tiru – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 4 min
  • Pemasaran

#4. Kos bawa pelanggan – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 4 min
  • Pemasaran

#2. Saiz Pasaran – 10 Perkara Wajib Semak Dan Betulkan Sebelum Nak Mulakan Idea Bisnes Kecil Anda

Read More
  • 4 min
  • Berita
  • Pemasaran

Ini senarai jenama yang dilihat membantu rakyat Malaysia ketika Covid-19

Read More
  • 7 min
  • Pemasaran

Cipta sesuatu yang sangat hebat sampai orang teruja nak share secara sukarela

Read More
  • 4 min
  • Pemasaran

Kisah roti di negara Komunis – Kenapa anda perlu ada nama

12 comments
  1. vitamin de royale says:
    17/11/2014 at 10:50 pm

    ada lagi cara yang customer suka dan tak perlu turunkan barang, iaitu layanan sebelum dan selepas beli barang..yang ni ramai seller x boleh nak tahan layan esp after sale…

    Reply
  2. TehR says:
    12/11/2014 at 12:46 pm

    mak aku selalu jual barang runcit lebih murah berbanding kedai lain
    katanya kalau harga sama, orang kampung tak datang beli

    Reply
    1. Shubhi says:
      12/11/2014 at 6:35 pm

      ramai berpandangan macam tu

      Reply
  3. Hero Borneo says:
    12/11/2014 at 8:23 am

    jual mahal untung banyak walaupun kenyataan ini tidak semestinya tepat

    Reply
    1. Shubhi says:
      12/11/2014 at 6:38 pm

      biasanya betul setakat barang saja… perlu lihat kos perniagaan pula

      Reply
  4. titan says:
    12/11/2014 at 5:28 am

    aku suka jual mahal dan naikkan harga.

    harga murah. orang tak nak beli.

    bila jual harga mahal, baru orang beli.

    haha..

    Reply
    1. Shubhi says:
      12/11/2014 at 6:39 pm

      ada kesan psikologi kat situ

      Reply
  5. Lynn™ says:
    12/11/2014 at 1:10 am

    Betul juga cadangan tu. Memang kena diberi perhatian perkara ni.

    Reply
  6. Kakiblog says:
    11/11/2014 at 11:15 pm

    saya cuma tahu kalau jualan banyak maka kos untuk harga boleh dikurangkan..

    Reply
    1. Shubhi says:
      12/11/2014 at 6:41 pm

      betul juga tu…

      Reply
  7. fairuz @penjualaiskrim says:
    11/11/2014 at 10:34 am

    Betul tuu. Ada macam-macam cara nak naikkan sale selain dari kurangkan harga. Antaranya tambah add on servis. Contoh buat servis aircond, main harga barang ( kalo gas murah, naikkan harga tinggi bagi untung lebih). naikkan upah servis. Buat pakej beberapa bulan skali servis. Cas Transport, welding servis. dll.

    Reply
    1. Shubhi says:
      12/11/2014 at 6:43 pm

      setuju sangat…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
    • Kehidupan
    Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar
    • Jualan
    3 perkara yang anda perlu berikan tumpuan dalam aktiviti berkenaan jualan dalam perniagaan anda
Trending
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.