Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
556
2K
278
14
0
  • Pemasaran

Apa orang fikir tentang anda ?

  • 28/01/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Ada dua persoalan yang penting jika anda seorang usahawan.

  1. Apa yang anda fikir tentang diri anda sendiri ?
  2. Apa yang orang fikir tentang anda ?

Kalau orang tak beritahu, seorang usahawan akan tenggelam dalam soalan pertama di atas. Ini membuatkan dia syok sendiri dan tidak membantu langsung dalam memasarkan perniagaannya.

Ada banyak cara usahawan tenggelam dalam kes syok sendiri ini…

  • Ideanya hebat dan semua orang akan kagum dengan idea tersebut… kalau orang tahu tentang idea itu.
  • Produknya hebat dan semua orang akan tak mahu produk lain lagi… kalau orang tahu tentang produk itu.
  • Konsep perniagaannya hebat dan siapa saja yang terlibat tak akan cari konsep lain lagi… jika orang tahu tentang konsep perniagaan itu.
  • Dirinya hebat dan tak ada usahawan lain yang mampu buat apa yang dia boleh buat… kalau orang tahu tentang dirinya itu.
  • Kepakarannya hebat dan tak ada tolok bandingnya dan sekali gunakan kepakarannya tak akan cari kepakaran lain lagi… jika orang tahu tentang kepakarannya itu.

Senarainya boleh jadi panjang lagi kalau anda mahu. Buatlah sendiri tambahan kehebatan tentang diri anda dan perniagaan anda kalau anda mahu.

Tapi ingat! itu tak penting sama sekali dalam menentukan kejayaan perniagaan anda selagi anda tak berjaya buat sesuatu agar apa yang orang fikirkan tentang anda sama dengan apa yang anda fikirkan tentang dir anda.

Semua itu menjurus kepada satu kesimpulan,

“Apa yang anda tahu tentang diri anda tak penting, yang penting adalah apa yang orang fikirkan tentang anda…”

Merancang apa orang fikir tentang anda

Jadi bagaimana nak amalkan kesimpulan tadi di atas ?

Jawapannya adalah dengan menjalankan aktiviti pemasaran. Aktiviti tersebut mestilah menjurus ke arah membuat apa yang anda mahu orang fikirkan tentang diri anda.

Sebab itu seorang usahawan mesti belajar tentang pemasaran. Apa erti pemasaran dan bagaimana nak laksanakan aktiviti pemasaran secara menyeluruh.

Jika anda faham tentang pemasaran, anda akan sedar segala aktiviti perniagaan anda dari mula sampai habis terlibat dalam akviti pemasaran.

Ia melibatkan…

  • Bagaimana anda berkomunikasi atau bercakap atau buat ayat. Diri usahawan sendiri, pekerja syarikat keseluruhannya dari atas sampai ke bawah.
  • Bagaimana anda bertindak. Usahawan itu sendiri, pekerja keseluruhannya dari atas sampai ke bawah.
  • Bagaimana anda pamerkan diri anda, produk anda, pembungkusan, warna yang dipilih, lokasi, hiasan pejabat atau kilang atau premis perniagaan, kedudukan premis, dan senarainya amat panjang.
  • Bagaimana anda pilih pekerja
  • Bagaimana anda pilih pembekal
  • Bagaimana anda pilih pelanggan
  • Dan lain-lain…

Cerita ringkasnya adalah, jika anda menjual kereta BMW dan kereta yang dipamerkan berhabuk dan berdebu… dan anda pula melayan pembeli dengan memakai kain pelikat lusuh dengan singlet pagoda yang terkoyak…

anda sebenarnya sedang syok sendiri. Apa yang anda sedang fikirkan tentang anda tak sama dengan apa yang orang fikir tentang anda.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • brand
  • imej
  • Pemasaran
  • penyampaian
  • Perniagaan
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kewangan

Kenapa saya sedih dengan usahawan kita

  • 26/01/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Keusahawanan

Perbezaan besar antara ada mentor berbanding tak ada

  • 28/01/2015
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Pemasaran

6 langkah yang anda perlu buat untuk membentuk strategi penjenamaan perniagaan dan syarikat anda

Read More
  • 3 min
  • Pemasaran

Untuk jadikan perniagaan yang baik anda perlu usahakan perhubungan pelanggan yang baik – Ini caranya

Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga
  • Pemasaran

#6. Susah nak tiru – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 4 min
  • Pemasaran

#4. Kos bawa pelanggan – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 4 min
  • Pemasaran

#2. Saiz Pasaran – 10 Perkara Wajib Semak Dan Betulkan Sebelum Nak Mulakan Idea Bisnes Kecil Anda

Read More
  • 4 min
  • Berita
  • Pemasaran

Ini senarai jenama yang dilihat membantu rakyat Malaysia ketika Covid-19

Read More
  • 7 min
  • Pemasaran

Cipta sesuatu yang sangat hebat sampai orang teruja nak share secara sukarela

Read More
  • 4 min
  • Pemasaran

Kisah roti di negara Komunis – Kenapa anda perlu ada nama

10 comments
  1. Muliani says:
    11/04/2015 at 3:35 pm

    Abaikan ape yg org kate. Tk smestinya dorang tahu ape yg kita buat

    Reply
  2. Aju says:
    08/02/2015 at 10:52 pm

    First impression tue penting. So bila kita berdepan dengan customer, perlu lah berpakaian professional.

    Reply
    1. Shubhi says:
      10/02/2015 at 8:08 am

      Mula mula kena kelihatan comel

      Reply
  3. Dr Fattah says:
    01/02/2015 at 8:53 pm

    dengar dan tapis apa kata orang tentang kita, yang penting kita mendapat nasihat daripada orang yang betul.

    Reply
  4. titan says:
    01/02/2015 at 2:37 am

    diorang cakap..

    nampak kedai cendol aje..diorang akan fikir pasal aku..

    Reply
  5. ReeN says:
    31/01/2015 at 5:40 am

    Ringkas tetapi pada dengan informasi. Membantu orang baru seperti saya. Thank you for sharing!

    Reply
  6. Hero Borneo says:
    30/01/2015 at 11:10 pm

    persepsi orang lain amat penting supaya kita dapat reputasi yang bagus juga

    Reply
  7. blogger lelaki says:
    29/01/2015 at 1:02 pm

    aku ada berselisih pendapat dengan kawan aku..bagi dia idea itu lebih mahal sebab bukan semua orang dapat fikir idea yang hebat…pada kau pula proses pembikinan lebih hebat sebab kena realisasikan idea ke alam nyata..hu3…tapi selepas berdebat aku rasa kedua-duanya sama hebat dan saling memerlukan..tanpa idea taka proses..dan tanpa proses pembikinan idea itu cuma tingal angan-angan..

    Reply
  8. Manan Qayyim says:
    28/01/2015 at 4:15 pm

    Semalam saya baru saja hadir Workshop En. Sahar.
    Ada juga die tekankan berkenaan pemasaran ni… dalam diri seorang usahawan tiada beza antara personal life & business life… kedua2 nya perlu berjalan seiring…

    Reply
    1. Shubhi says:
      29/01/2015 at 8:49 am

      Alhamdulillah, rajin tuan belajar, moga berterusan. Terima kasih sudi kongsikan ilmu dari workshop tersebut.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.