Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
554
2K
279
14
0
  • Pemasaran

Jika faham makna kualiti mudah ini, separuh dari masalah bisnes anda selesai

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 22/01/2018
  • 5 comments
  • 5 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Apa makna kualiti?

Saya yakin jika anda faham makna kualiti yang mudah, yang nak saya kongsikan ini, insyaallah!, separuh dari masalah bisnes anda akan selesai.

Bukan setakat masalah bisnes, jika anda faham dan amalkan makna mudah kualiti ini, separuh dari masalah kehidupan anda juga akan dipermudahkan, Insyallah!.

Apa makna kualiti?

Perkataan ‘Kualiti’, semua orang dah pernah dengar. Paling tidak, jika anda dah berakal panjang, tentu akan pernah sebut dan guna pakai perkataan kualiti ini. Ia bukan satu perkataan asing bagi semua orang yang berakal.

Tapi cuba tanya diri anda, apa maknanya Kualiti?

Kalau anak kecil anda tanya, “kualiti tu apa ya?”.

Apa cara mudah agaknya untuk anda jawab supaya budak kecil itu faham dan sematkan dalam hati sanubarinya, lalu membawa prinsip kualiti itu untuk diamalkannya dalam kehidupannya.

Makna kualiti mudah, tapi ramai tak faham

Sayapun satu ketika dahulu rasa macam dah faham maksud kualiti itu.

Saya kaitkan kualiti itu dengan sesuatu yang sukar untuk ditunaikan. Keupayaan melakukan atau membuat yang sukar, dengan baik, bagi saya sebelum ini, melambangkan kualiti.

Mungkin ada sedikit betul dengan persepsi itu.

Tetapi ia tidak dapat memberikan kefahaman mudah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Juga tak dapat diaplikasikan dengan mudah dalam perniagaan.

Setiap kali bagi ceramah keusahawanan, perkara kualiti ini sudah pasti akan saya sebut.

Saya anggap ia perkara asas yang perlu diserap masuk ke dalam minda supaya mudah perjalanan hidup dan perniagaan yang dijalankan.

Semua orang wajib tahu bahawa, makna kualiti amatlah mudah.

Apabila ditanya, biasanya amat sedikit yang dapat jawab dengan betul. Ramai yang sama macam saya sebelum ini, yang rasa macam tahu tapi bila nak jawab dan terangkan dalam bentuk yang mudah difahami, terus jem!.

Tak tahu rupanya!

Macam orang sebut yang Einstein pernah kata,

“Kalau anda mampu terangkan sesuatu pada nenek dan dia faham dengan baik apa yang anda terangkan itu, ertinya anda memang faham betul perkara tersebut”

Kalau tidak, anda hanya sekadar rasa macam faham. Tapi hakikatnya masih belum faham. Jadi sama juga dengan makna kualiti ini. Kalau anda jem tak dapat nak terangkan dengan mudah supaya anak kecil atau nenek anda faham, maknanya anda masih belum fahamlah tu!.

Makna kualiti yang mudah

Jadi apa sebenarnya maksud kualiti itu?

Kualiti sebenarnya tidak ada kena mengena dengan teknologi. Tak ada kena mengena dengan perkara susah atau perkara mudah. Tak ada kena mengena dengan cepat atau lambat.

Apa-apa saja mampu jadi perkara atau benda yang berkualiti tak kira dalam apa keadaanpun. Proton boleh jadi berkualiti, BMW juga boleh. Begitu juga orang asli atau manusia bandar yang moden. Nasi lemak yang anda jual, atau servis jaga anak orang yang anda tawarkan, semuanya boleh jadi sesuatu yang berkualiti hanya dengan satu syarat.

Syaratnya adalah,

“Tepati janji!”

Jangan dicapatikan janji yang anda berikan. Jaga integriti, pelihara integriti, perhalusi integriti, semak integriti, muhasabah integriti…

Jika anda tunaikan apa yang anda janji dan orang dapat sebagaimana yang anda janjikan itu, maka sahlah bahawa anda telah melaksanakan kerja yang berkualiti.

Jika produk yang anda beli, menepati ciri-ciri yang penjual janjikan, menepati jangkaan yang ada dalam diri anda, maka sahlah bahawa anda mendapat produk yang berkualiti.

Contoh mudah kualiti

Contohnya mudah saja. Katakan anda jual nasi lemak seringgi. Bila pelanggan tanya apa ada dalam bungkusan nasi lemak ini, lalu anda jawab,

“Ada telur rebus suku ketul, ada sambal ikan bilis 7 ekor, ada timun dua ketul, masi secawan teh dan kacang goreng ranggup 5 ketul”

Lalu pelanggan itu ambil sebungkus dan bawa balik.

Bila dia buka nasi lemak itu, ada semua yang anda katakan tadi. Pelanggan akan berpuasa hati. Memang produk anda berkualiti. Hebat! anda penjual yang ada integriti!

Tetapi jika dia buka ada semua yang anda sebut tadi, tetapi kacang goreng tak ranggup dan hanya ada 3 biji saja, ikan bilis pula hanya ada 4 ekor, maka anda mencetuskan rasa tak puas hati pada pelanggan itu. Memang anda akan anggap, alahai! perkara kecil saja tu, takkan kacang goreng kurang 2 bijipun nak kecoh!. Takkan ikan bilis kurang 3 ekor pun nak bising!.

Tapi hakikatnya tidak begitu pada pelanggan. Yang dipertikaikan adalah apa yang anda janjikan tadi tetapi dia tak dapat. Anda hilang integriti sedikit, main-main bercakap ikut sedap mulut saja. Kalau anda tak sebut, tak akan ada masalah sebenarnya.

Satu senario lagi. Jika sebaik sahaja pelanggan buka bungkusan nasi lemak tadi, ada kacang ranggup sampai 7 biji, ada ikan bilis 9 ekor. Pelanggan aka anggap produk nasi lemak anda adalah dalam kategori cemerlang.

Betapa mudahnya tingkatkan produk anda dari berkualiti kepada tahap cemerlang!.

Banyak kes tak ada kualiti

Dalam hidup kita akan berhadapan dengan terlalu banyak kes yang tak ada kualiti. Puncanya hanyalah disebabkan manusia sekarang ambil ringan dengan apa yang mereka lafazkan.

Janji nak jumpa kawan pukul 3, tapi tak datang. Dah lah tak datang, tak beritahu pulak itu. Itu tahap tak ada kualiti lansung. Ramai juga kawan saya yang macam itu. Saya sendiri mungkin pernah berlaku macam itu (kalau ada mohon terus terang supaya saya sedar kecacatan tersebut dan perbaiki).

Saya ada ubah suai rumah yang dibeli baru-baru ini untuk dibuat sebagai Homestay, berikan tugasan itu pada kontraktor muda yang direkomen oleh seorang kawan. Kontraktor muda itu benar-benar membuatkan saya terus hilang kepercayaan padanya sebab dia nampaknya seperti tidak sedar apa yang dia janjikan.

Dia ambil ringan apa yang terkeluar dari mulutnya sekadar untuk pastikan dia mendapat kerja itu. Tapi dia tak tahu itu memberikan kesan pada perniagaan yang dia ceburi. Paling kurang, dia sudah pasti tak akan dapat sebarang kerja lagi dari saya dan semua kenalan saya.

Setiausaha syarikat saya juga begitu. Tidak berikan perhatian pada apa yang keluar dari mulutnya. Sekali mungkin boleh dimaafkan lagi. Tapi bila dah berkali-kali, saya terus cop yang dia seringkali tak sedar ketika bercakap. Hilang integriti, macam mana nak berniaga?

Saya pernah hantar baiki kenderaan syarikat saya pada pomen di Klang. Macam tu juga manis mulutnya. Janji 2 minggu siap tapi dua bulan masih tak selesai. Bayangkan dia hilang peluang membaiki banyak lagi kenderaan syarikat yang saya ada dengan sikap cakap tanpa sedar dan tidak memperhalusi perkataan yang keluar dari mulutnya itu.

Apa yang anda perlu buat untuk kualiti

Saya harap anda dah faham makna mudah kualiti yang saya terangkan kat atas tadi. Ianya amat mudah untuk diamalkan dan dalam masa yang sama amat mudah juga untuk membuatkan apa saja kerja kita jadi tidak berkualiti.

Jadi perhatikan perkara-perkara berikut:

  1. Jaga setiap butir perkataan yang anda lafazkan (tuliskan) ketika berinteraksi dengan orang lain yang berurusan dengan anda. Biar terang dan jelas dan elakkan salah faham samada sengaja atau tidak sengaja.
  2. Pastikan bahasa anda dengan orang itu adalah sama maknanya. Jika sesuatu itu boleh diperincikan dengan nombor, sila perincikan supaya mudah faham dan tiada salah faham. Contohnya jangan kata cepat, sebaliknya berikan tempoh masa seperti 45 minit siap. Cepat anda dengan cepat orang lain mungkin tak sama.
  3. Jaga gerak badan anda supaya tidak berlaku salah faham. Persembahan, suasana sekeliling dan semua perkara yang ada kaitan perlu seiring dengan apa saja maksud lafaz anda. Contohnya jangan anggap orang tahu restoran anda layan diri seandainya tak ada papan pemberitahu yang mudah kelihatan pada semua pelanggan.
  4. Seeloknya janji berdasarkan tahap yang anda mampu capai secara konsisten sahaja dan bukannya sesuatu yang anda sedar sekejap ok sekejap tak ok. Kalau anda mampu selesaikan kerja dalam tempoh 45 minit, janji 1 jam. Secara automatik kerja anda naik ke tahap cemerlang dengan awal 15 minit sahaja!

Paling penting sekali adalah untuk pastikan anda tidak biasakan diri cakap tanpa sedari dan main lepas cakap sahaja. Prihatin dengan setiap janji yang keluar dari mulut anda adalah permulaan kepada segala kerja yang berkualiti.

Moga bermanfaat untuk kita semua!

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • amalan bisnes
  • amalan mulia
  • bermutu tinggi
  • cemerlang
  • jaga mulut
  • jaga perkataan
  • kualiti
  • masalah bisnes
  • panduan bisnes
  • panduan hidup
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
anak orang asli
  • Kehidupan

Apa yang saya belajar dari orang asli ketika masuk hutan baru-baru ini

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 17/01/2018
Read More
Next Article
  • Pemasaran

Cara jadikan produk yang berkualiti di mata pelanggan

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 23/01/2018
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Pemasaran

Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan konsep Micro-Niche

Read More
  • 3 min
  • Pemasaran

6 langkah yang anda perlu buat untuk membentuk strategi penjenamaan perniagaan dan syarikat anda

Read More
  • 3 min
  • Pemasaran

Untuk jadikan perniagaan yang baik anda perlu usahakan perhubungan pelanggan yang baik – Ini caranya

Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga
  • Pemasaran

#6. Susah nak tiru – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 4 min
  • Pemasaran

#4. Kos bawa pelanggan – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 4 min
  • Pemasaran

#2. Saiz Pasaran – 10 Perkara Wajib Semak Dan Betulkan Sebelum Nak Mulakan Idea Bisnes Kecil Anda

Read More
  • 4 min
  • Berita
  • Pemasaran

Ini senarai jenama yang dilihat membantu rakyat Malaysia ketika Covid-19

Read More
  • 7 min
  • Pemasaran

Cipta sesuatu yang sangat hebat sampai orang teruja nak share secara sukarela

5 comments
  1. introducer maybank & cimb2018 says:
    20/04/2018 at 3:10 pm

    semoga kita sama2 dapat mempertingkatkan kualilti produk dan business kita.amin…

    Reply
  2. Ibu Zaid says:
    23/01/2018 at 12:31 pm

    Kualiti perlu jadi amalan cara hidup, orang islam pun ada gred ibadat dan tingkatan syurganya

    Reply
  3. Mazni Azmi says:
    22/01/2018 at 6:01 pm

    Kalau dulu masa saya belajar, makna kualiti ada sesuatu yang di lakukan dengan baik walupun tanpa seliaan orang lain.

    Itu dari definisi kerja kualiti lah.

    Macam ihsan gitu, buat kerja umpama Allah tengok kita melakukannya.

    Reply
    1. Shubhi says:
      23/01/2018 at 3:16 pm

      Macam makna ikhlas saja bunyinya tu… ?

      Reply
      1. Mazni Azmi says:
        24/01/2018 at 4:29 pm

        Ikhlas buat semata mata kerana Allah. (niat)

        Ihsan buat sesuatu umpama Allah sedang melihat kita

        Ada iras iras, sama tapi tak serupa. Saling melengkapi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia
    • 4 minute read
    • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan konsep Micro-Niche
    • 3 minute read
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • 5 minute read
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • 4 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Kewangan
    Cara nak urus kewangan perniagaan syarikat

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.