Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
599
2K
289
13
0
  • Pemasaran

Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan konsep Micro-Niche

  • Wan Hairul Azzuan
  • 26/01/2021
  • No comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0
Bezakan diri anda dengan micro-niche

Situasi yang saya ingin kongsikan kepada anda melalui pembacaan di bawah sangat mudah difahami tetapi agak sukar untuk diaplikasikan kecuali jika anda benar-benar mahu.

Apa yang anda akan baca ini, mungkin sedang berlaku pada bisnes yang sedang diusahakan.

Saya mulakan dengan satu situasi yang mudah untuk anda faham, apa yang saya ingin sampaikan.

Andaikan anda seorang pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan.

Anda diberi pilihan untuk memilih doktor. Ketika itu ada dua orang doktor. Yang pertama seorang doktor umum dan seorang lagi doktor pakar jantung.

Yang mana satu doktor pilihan, untuk jalankan pembedahan ke atas anda?

Tentu sekali doktor pakar jantung!

Sebabnya sangat jelas!

Anda pastinya lebih yakin dengan mereka yang lebih pakar menguruskan tentang perihal keperluan anda.

Ini soal nyawa!

Anda juga akan sanggup membayar bil yang lebih tinggi untuk dapatkan perkhidmatan dari seorang pakar.

Antara yang umum atau micro-niche

Begitu juga dalam bisnes. Pelanggan inginkan mereka yang mahir dalam menguruskan perihal keperluan mereka.

Disebabkan itu, anda perlu menjadi pakar dalam menyediakan servis atau produk yang ingin ditawarkan.

Sekurang-kurangnya anda mesti tahu posisikan produk atau servis anda pada tempatnya. Agar nampak lebih yakin di mata pelanggan.

Ingat!

Pelanggan sanggup bayar harga yang tinggi untuk suatu perkhidmatan kepakaran yang boleh memenuhi keperluan mereka.

Kenalpasti ‘Micro-Niche’ bisnes anda

Jadi bagaimana anda ingin posisikan produk atau servis anda tawarkan?

Praktikkan konsep “micro-niche”.

Untuk lebih jelas, saya berikan satu lagi contoh.

Ada dua orang usahawan produk ubat kuat.

Bila ditanya kepada kedua-dua usahawan ini, produk apa yang mereka jual, ini jawapan kedua-dua usahawan tersebut.

Usahawan A: “Saya menjual ubat kuat”.

Usahawan B: “Saya menjual ubat kuat premium untuk mereka yang sering tewas semasa bersama. Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang sudah lanjut umur dan kurang bersenam”.

Kalau anda seorang lelaki, berusia 50 tahun dan kurang bersenam, produk usahawan manakah pilihan anda?

Tentunya B, bukan?

Sukar bertahan tanpa Micro-Niche

Di sini saya ingin nyatakan sudah ramai usahawan memiliki niche produk tersendiri (ubat kuat) seperti Usahawan A, namun ramai yang gagal untuk posisikan micro-niche produk mereka seperti Usahawan B.

Disebabkan itulah sentiasa berlaku keadaan ramai usahawan gagal bertahan lama dalam perniagaan.

Anda boleh tengok banyak keadaan ini pada produk-produk kosmetik.

Produk yang sama, dari kilang yang sama. Tetapi 90% daripada mereka gagal untuk bertahan lama.

Gagal mengenalpasti micro-niche servis dan produk masing-masing sama seperti tidak mengenali pelanggan.

Jika anda menyatakan produk atau servis anda sesuai untuk semua, anda sebenarnya sedang menjual suatu produk atau servis bersifat produk komoditi seperti gula, gandum dan soya.

Lihat sahaja harga produk komoditi, murah bukan. Kalau di Malaysia, produk komoditi dikawal selia begitu ketat. Ada garis penetapan harga.

Bila wujud micro-niche maka wujudlah perbezaan harga jualan.

Segelas kopi Americano di Starbucks berharga lebih RM10 tetapi harga Kopi O di Kedai Haji Mat hanyalah berharga RM1.80 sahaja!

Bezanya hanya pada micro-niche.

Jom kita lihat beberapa contoh lain tentang micro-niche.

  • Niche: Produk Kesihatan
    • Micro Niche: Produk Kurus Untuk Eksekutif Yang Tiada Masa Untuk Bersenam
  • Niche: Agen Rumah
    • Micro Niche: Agen hartanah lelong khas untuk mereka yang ingin dapatkan rumah pertama dalam kawasan Lembah Klang.

Bahagiakan diri dengan Micro-Niche

Pastikan Micro-Niche yang anda pilih jadikan anda gembira.

Saya juga mengalami situasi yang sama di awal perniagaan saya dalam menawarkan servis pemasaran digital.

Saya bermula dengan menerima segala jenis macam pelanggan yang datang berhajat untuk dapatkan servis dari saya.

Tak kira apa jenis produk atau servis, semua saya sapu!

Asalkan buat duit! Harga pun murah sahaja.

Saya silap!

Mula-mula saya happy.

Sampai satu masa, saya makin penat bila pelanggan makin bertambah.

Caj pun kecil sahaja.

Satu ketika lebih 30 pelanggan sebulan.

Akhirnya, kualiti servis pemasaran digital saya semakin merosot kerana saya “try hard” untuk memuaskan hati semua pelanggan.

Saya tidak kenal pasti pelanggan sebenar saya.

Selepas beberapa ketika, saya baru sedar bahawa saya sebenarnya mahir melakukan pemasaran digital khas untuk produk kesihatan dan pendidikan.

Bermula dari situ, saya mula posisikan diri saya sebagai…

“Digital Marketing Expert for Healthcare & Education Services”

Wan Hairul Azzuan

Dan saya kembali happy dengan hanya memberi perkhidmatan pemasaran digital kepada 5 pelanggan setia (dengan caj yang tinggi! .. hehehe!)

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • ceruk
  • panduan bisnes
  • petua berniaga
  • USP
Wan Hairul Azzuan

Penulis merupakan seorang usahawan kecil yang sukakan penulisan iklan di media sosial. Mula berniaga sepenuh masa sejak 2015 selepas berjaya keluar daripada sistem penjara korporat. Kini menetap aman dalam suasana kampung di Pedu, Kedah bersama isteri dan 3 anak.

Previous Article
  • Pekerja

Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 25/01/2021
Read More
Next Article
  • Berita

Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 27/01/2021
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Pemasaran

3 Syarikat perniagaan paling lama bertahan dan masih wujud di pekan kecil kampung saya

Read More
  • 5 min
  • Pemasaran

Panduan mencari identiti perniagaan yang anda sedang buat sekarang

Read More
  • 3 min
  • Pemasaran

6 langkah yang anda perlu buat untuk membentuk strategi penjenamaan perniagaan dan syarikat anda

Read More
  • 3 min
  • Pemasaran

Untuk jadikan perniagaan yang baik anda perlu usahakan perhubungan pelanggan yang baik – Ini caranya

Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga
  • Pemasaran

#6. Susah nak tiru – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 4 min
  • Pemasaran

#4. Kos bawa pelanggan – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 4 min
  • Pemasaran

#2. Saiz Pasaran – 10 Perkara Wajib Semak Dan Betulkan Sebelum Nak Mulakan Idea Bisnes Kecil Anda

Read More
  • 4 min
  • Berita
  • Pemasaran

Ini senarai jenama yang dilihat membantu rakyat Malaysia ketika Covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup
    • 6 minute read
    • Tabiat
    Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda
    • 6 minute read
    • Keusahawanan
    • Tabiat
    Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Tabiat
    Buang terus 13 perangai buruk ini kalau serius nak berjaya
  • Mula berniaga
    Semua perniagaan yang berjaya ada 5 perkara wajib ini – anda ada tak?

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.