Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
611
2K
290
13
0
  • Pemasaran

Kisah roti di negara Komunis – Kenapa anda perlu ada nama

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 11/11/2019
  • One comment
  • 4 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Ini kisah perusahaan pembuatan roti di negara blok komunis.

Bagi negara Komunis, jenama atau brand, boleh dianggap sebagai un-Marxist. Oleh itu, roti akan dilabel hanya sebagai ‘roti’.

Tak perlu diletakkan sebarang nama seperti Gardenia atau Massimo macam kat negara kita.

Bila anda pergi beli roti kat sana, anda tak akan tahu siapa sebenarnya yang buat roti tersebut. Kilang mana yang keluarkannya. Atau kedai roti mana yang buat dan jual.

Kat mana saja anda beli, roti adalah roti. Tiada nama. Atau lebih tepat lagi tiada jenama.

Kesan bila roti tak ada nama

Apa yang berlaku terhadap perusahaan perniagaan roti kat sana bila semua roti hanya dilabel sebagai roti?

Nampak macam bagus la kot?

Harga kesemuanya sama saja. Kat mana saja anda beli roti macam itulah harganya.

Tapi apa yang berlaku ..

Bila anda beli roti, kebetulan roti yang dibeli itu ada ulat lalat (biasa saya panggil ulat taik). Anda akan terbiar begitu saja walaupun tak puas hati. Tak ada apa yang anda boleh buat untuk pastikan pembelian selepas ini sudah tidak ada ulat taik lagi.

Ok. Boleh periksa terlebih dahulu setiap roti yang anda beli ..

Tapi kalau ulat atau ada najis tikus kat dalam roti tu. Nampak hanya bila dah potong, cubit nak dimasukkan ke dalam mulut. Baru nampak ada najis tikus.

Kes macam itu hanya boleh diketahui bila dah beli, bayar, bawa balik dan nak makan baru dapat kesan.

Anda masih tetap dalam serba lemah. Tak mampu nak buat apa-apa untuk pastikan perkara tersebut tidak berulang.

Gigit bibir, tahan sabar sajalah!

Itu jika kes buruk berlaku.

Apa kata jika perkara baik berlaku.

Bila anda beli dan bawa balik, roti itu rasanya sedap. Berbeza dari sebelum ini yang pernah anda beli. Apa yang anda boleh buat untuk pastikan roti yang sama sedap macam itu dibeli dan dapat di makan lagi.

Memang tak boleh ulang beli roti yang sama pun selepas ini. Tak ada jalan nak tahu siapa yang buat roti tu.

Punca hanya satu itulah …

Sebab anda tak tahu menahu siapa yang buat roti tersebut.

Semua kilang. Mana saja kedai roti yang buat dan edarkan roti tersebut tidak dapat di kesan sebaik saja rotinya duduk atas para bercampur dengan semua pengeluar lain yang buat roti yang sama.

Kalau roti yang dibeli tak sedap dan ada najis tikus, anda tak boleh nak hukum pengeluar yang melakukannya.

kalau roti yang anda beli itu sedap dan baik buatannya, anda tak boleh nak berikan ganjaran kesetiaan pada pembuatnya. Tak boleh nak rekemen kat kawan lain untuk turut sama beli roti dari pengeluar yang sama.

Apa jadi kepada pengeluar roti

Siapa saja yang keluarkan roti dan edarkan ke seluruh kedai yang ada, akan fokus hanya pada kuantiti sahaja.

Kualiti tak penting sebab tak guna anda buat sedap dan baik jika ada seorang saja pengeluar yang buat honar.

Kualiti tidak diperlukan apabila semua produk tak boleh diberikan nama.

Yang paling malang kat sini adalah pengguna.

Bila apa saja industri, dilarang ada nama terhadap sebarang produk yang dikeluarkannya, hanya boleh letak nama barang tu saja, akan membuatkan pelanggan tidak ada pilihan.

Dalam contoh perusahaan roti di atas, kalau roti tak dibutuhkan sangat, lebih baik tak payah beli sahaja. Tak akan berlaku sebarang perubahan dan perkembangan dalam teknologi pembuatan roti. Hancurlah industri tersebut.

Betapa pentingnya ada nama

Jadi anda boleh lihat betapa pentingnya perniagaan anda. Produk anda. Perlu ada nama. Nama yang berbeza dari pengeluar dan peniaga lain.

Anda boleh dapat maklum balas dari reaksi pengguna. Kalau orang makin beli dan produk anda cepat habis sebaik saja diedarkan. Tandanya pengguna telah berikan ganjaran kesetiaan mereka pada anda.

Kalau produk anda tak habis sampai reput atas para. Ertinya pengguna telah menghukum anda atas tidak prihatinnya anda terhadap kualiti produk.

Jadi jangan pandang remeh terhadap nama produk anda itu. Bubuh nama. Mashurkannya bila anda yakin ianya berkualiti dan anda keluarkan dengan penuh rasa kasih sayang terhadap pengguna.

Pilih nama macam mana

Nama biarlah mudah orang nak ingat. Supaya bila dia cuba lalu rasa teruja, dia terus dapat hafal nama anda.

Nak bagi dia mudah ingat, cuba kaitkan dengan nama atau perkara yang sudah popular dan jadi mainan mulut orang ramai. Lagi lah dia mudah ingat.

Pastikan juga nama anda mudah disebut. Memudahkan pengguna cadangkan pada kawannya dengan menyebut senafas saja. Sebab sangat sedap disebut dan mudah sungguh lafaznya. Ada tambahan logo atau imej mudah ingat pula. Lagi membantu orang ingat.

Itu kalau produk anda sangat bagus.

Tapi kalau anda memang nak buat produk yang orang akan menyumpah bila dah cuba. Buatlah nama yang susah nak ingat. Dan teramat susah nak sebut. Malah susah nak bayangkanpun. Pastikan tak ada logo atau pengelnalan diri. Nanti orang teringat pulak.

Jadi kemungkinan dia akan terlupa dan tersalah beli sekali lagi akan lebih tinggi. Dan kemungkinan dia nak sampaikan buruknya produk anda pada kawan-kawan juga adalah tipis.

Anda nak buat macam itu?

Tentu tidak kan.

Bayangkan kesan psikologinya pada produk yang tak ada logo, susah nak sebut dan susah nak ingat. Tentu orang syak anda memang sengaja buat supaya orang tak hukum produk anda nanti sebab dia tak ingat.

Pengajarannya … jangan main-main dengan nama.

Alang-alang berniaga, di negara kita yang bukan komunis ni, biarlah produk atau perniagaan anda ada nama.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • brand
  • hukuman pelanggan
  • jenama
  • kesetiaan pelanggan
  • komunikasi
  • nama bisnes
  • nama produk
  • nama syarikat
  • reward
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan

Semua usahawan ada MBA – Master in Business Aku

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 06/11/2019
Read More
Next Article
  • Pengurusan

Bagaimana nak buat SOP untuk perniagaan anda

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 14/11/2019
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Keusahawanan
  • Pemasaran

3 Syarikat perniagaan paling lama bertahan dan masih wujud di pekan kecil kampung saya

Read More
  • 5 min
  • Pemasaran

Panduan mencari identiti perniagaan yang anda sedang buat sekarang

Read More
  • 3 min
  • Pemasaran

Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan konsep Micro-Niche

Read More
  • 3 min
  • Pemasaran

6 langkah yang anda perlu buat untuk membentuk strategi penjenamaan perniagaan dan syarikat anda

Read More
  • 3 min
  • Pemasaran

Untuk jadikan perniagaan yang baik anda perlu usahakan perhubungan pelanggan yang baik – Ini caranya

Read More
  • 4 min
  • Mula berniaga
  • Pemasaran

#6. Susah nak tiru – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 4 min
  • Pemasaran

#4. Kos bawa pelanggan – 10 perkara wajib semak sebelum mula bisnes

Read More
  • 4 min
  • Pemasaran

#2. Saiz Pasaran – 10 Perkara Wajib Semak Dan Betulkan Sebelum Nak Mulakan Idea Bisnes Kecil Anda

1 comment
  1. mrhanafi says:
    12/11/2019 at 9:52 am

    contoh yang sangat menarik tentang roti dan jenama..

    bahkan saya tidak dapat bayangkan setiap syarikat tiada jenama atau jenama yang disembunyikan..

    paling saya rasa pelik kalau semua manusia di dunia ini tidak ada nama dan kita dikenali hanya sebagai manusia sahaja..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Kekal duduk dalam landasan kereta api sampai kena langgar dengan kepala keretapi
    • 5 minute read
    • Kewangan
    Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu
    • 8 minute read
    • Tabiat
    5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup
    • 6 minute read
    • Tabiat
    Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Tabiat
    Kekal duduk dalam landasan kereta api sampai kena langgar dengan kepala keretapi
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.