Semalam bermula solat tarawih di semua Masjid dan Surau. Hari ini merupakan hari pertama kita semua umat Islam berpuasa fardu Ramadan.
Sempena masuknya bulan ramadan ini, tak lengkap jika tidak diselitkan cerita Ramadan di dalam blog ini. Terutamanya yang berkaitan dengan para usahawan.
Ada dua jeis usahawan wujud dalam bulan ramadan ini:
- Usahawan yang memang dah menjadi usahawan samada dalam bulan ramadan ataupun bukan ramadan.
- Usahawan yang baru terjun jadi usahawan sempena menambah pendapatan menjelangnya bulan ramadan.
Artikel ini ditujukan khas hanya untuk usahawan kategori pertama sahaja. Ini kerana merekalah usahawan tulin yang berniaga untuk sara hidup diri dan keluarga sepanjang masa tak kira bulan apapun.
Untuk usahawan yang kedua pula mereka hanyalah usahawan celup sekiranya selepas habis ramadan tidak lagi berniaga.
Untuk ringkaskan penulisan sempena bulan puasa yang biasanya mata cepat mengantuk, kita terus kepada senarai perkara yang usahawan tulin perlu lakukan:
- Puasa. Sudah tentu sebagai seorang muslim, usahawan tidak boleh tinggalkan puasa wajib ini tanpa ada apa-apa sebab yang sah.
- Perlahankan aktiviti. Ini bukan bermaksud kurangkan aktiviti. Sebaliknya urusan perniagaan perlu dilaksanakan dengan berhemah dan kyusuk penuh kesempurnaan yang mungkin. Ini untuk menambahkan lagi pahala di samping meningkatkan kelazatan berpuasa. Dengan puasa, masa seorang usahawan menjadi panjang kerana:
- Tak perlu rehat makan pagi, tengahari dan petang. Kita telah selamatkan 3 jam waktu makan untuk digunakan buat kerja perniagaan lain.
- Tak perlu lepak di kedai kopi buat PR dengan kawan-kawan, pelanggan atau kenalan baru. Kita selamatkan lagi 3 jam melepak dan boleh digunakan untuk urusan yang lain dalam perniagaan.
Sekian sedikit pedoman untuk para usahawan sempena bulan ramada ini. Selamat beramal!
Nota: Bonus sempena ramadan.
Klik pada gambar yang dipaparkan dan simpan dalam komputer anda untuk dijadikan wallpaper.
10 comments
Amin…. semoga rakan2 sekalian mendapat rahmat dariNya
perkongsian yang amat berguna..:)
Hehe..memang patut pun amalkan apa yang bro kongsikan ni..hehe
panduan yang sangat berguna..
tips terbaik… motivasi terus berusaha di bulan yang mulia
TK utk nasihat dan wallpaper. – Tokey kek raub.
peringatan untuk semua tidak kira usahawan atau tidak , terima kasih…
info yang sangat bagus nih. ^_^
thnanks for da tips.
saya tahun lepas cuba2 tak tahu ia mendapat sambutan hee ..tapi tahun ini terlalu banyak saingan sampai ada jual produk tu lebih murah gila2 dari saya..
tapi berusaha sahaja rezeki tangan Allah