Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
536
2K
276
100
0
  • Kejayaan
  • Masyarakat
  • Petua ringkas

Aku meluat betul dengan mangkuk tu!

  • 04/01/2013
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Berapai kali yang pernah anda keluarkan ayat yang sama seperti di atas? berapa ramai yang telah anda labelkan sebagai mangkuk atau seumpama dengannya?.

Sebagai manusia biasa, semua orang tak terlepas dari meluat pada orang-orang tertentu. Ada ciri-ciri tertentu  di kalangan golongan tertentu yang tidak serasi dengan diri kita.

Jika anda langsung tak ada sikap tak suka pada individu atau golongan tertentu, kemungkinan besar anda tergolong dalam kategori “Keramat Hidup!”.

Apa yang cuba disampaikan di sini adalah, jika kita bersikap jujur, pasti ada saja yang tak kena dengan orang lain. Itulah yang kita rasakan. Orang lain yang tak kena dan kita insan sempurna.

Ukur kesihatan peribadi anda

Masalah paling besar akan timbul apabila jumlah orang yang kita tak suka jauh terlalu besar daripada jumlah orang yang kita suka atau selesa. Itu merupakan petanda bahawa kita punyai keperibadian yang tidak sihat!.

Keperibadian yang sihat boleh diukur dengan melihat kemampuan kita suka terhadap berbagai kategori perangai manusia. Orang yang sihat keperibadiannya tidak menghadapi masalah untuk menyukai sesiapa saja  dengan perangai-perangai yang berbeza-beza.

Jika kita peka dan sering ‘membaca’ keadaan masyarakat sekeliling, kita akan terbaca satu kaitan antara keperibadian yang sihat dengan kejayaan. Orang yang sihat peribadinya lebih mudah menjual apa saja pada siapa saja.

Cuba lihat kawan atau kenalan anda yang bekerja sebagai salesman. Jika dia seorang yang berjaya dalam kerjayanya itu dengan jumlah jualan yang hebat jauh berbanding rakan lain, sudah tentu dia juga seorang yang selesa berkawan dengan berbagai jenis perangai manusia.

Keperibadian sihat amat penting kepada seorang jurujual

Dalam kehidupan, kita tidak dapat melepaskan diri menjadi seorang jurujual. kita terpaksa menjual apa saja untuk meneruskan kehidupan. Ada orang yang menjual barang, ada yang menjual idea, ada yang menjual perkhidmatan, ada yang menjual diri dan berbagai-bagai lagi.

Anda terpaksa menjadi seorang jurujual yang hebat terutamanya jika mahu menjadi seorang usahawan. Seorang usahawan terpaksa menjual idea pada pelabur atau partner, dia juga terpaksa menjual produk pada pelanggan, dia  terpaksa menjual kekukuhan syarikat pada pekerja dan lain-lain lagi.

Namun jika orang yang anda tak suka melebihi orang yang anda tak suka, pasaran pelanggan anda menjadi terlalu sempit dan menghalang kejayaan anda sebagai seorang usahawan.

Bagaimana menyihatkan keperibadian

Bukan senang nak ubah kebencian pada orang lain. “Dah memang aku macam tu, tak boleh ngam dengan orang jenis sebegitu!”, itu merupakan alasan yang sering kita berikan. Dan kita rasa hampir mustahil untuk merubahnya.

Punca sebenar terbentuknya sikap tak suka pada golongan tertentu adalah datang daripada diri kita sendiri. Jika kita fikirkan sejenak dengan mendalam, semakn banyak perkara yang kita tak suka terhadap diri kita sendiri, maka semakin banyaklah jenis orang yang kita tak suka.

Jadi, jika anda mahu melebarkan kumpulan atau jenis manusia yang anda suka, anda hanya perlu senaraikan apa yang anda tak suka pada diri anda. Belajrlah menerima keadaan diri sendiri dan mula menyukainya. Siapa lagi yang nak suka pada anda melainkan diri anda sendiri.

Ianya ada kaitan dengan konsep kesyukuran. Bersyukurlah dengan apa saja yang ada pada diri kita. Jika kita tak suka rupa paras sendiri yang dirasakan hodoh, sudah pasti akan tercetus rasa geli dan meluat pada golongan yang cantik dan handsome.

Jika kita rasakan diri kita miskin tak banyak harta dan tak banyak ilmu. Akan tercetus rasa benci dan meluat pada golongan yang kita anggap kaya dan bijak.

Oleh itu, sempena tahun baru ini, mulakan menyukai apa saja tentang diri anda. jika anda tak tahu tentang apa yang ada diri anda yang anda tak suka. Petuanya mudah saja:

  • Senaraikan jenis atau ciri-ciri orang yang anda tak suka yang selama ini amat memualkan diri anda.
  • Semak punca sebenar kenapa anda tak suka. Biasanya ada sesuatu tentang diri anda berbanding golongan tersebut yang membuatkan terbinanya hijab untuk menjalin kesukaan dengan mereka.
  • Jika anda rasa berbaloi untuk mengubahnya, maka mulakan dengan memaksa diri anda suka pada mereka.
  • Mulakan dengan mendekati golongan tersebut. Paksa diri dan bina jambatan perhubungan dengan mereka.
  • Latihan tubi dengan paksaan akan membuahkan tabiat tanpa disedari.
  • Lama kelamaan anda akan berubah menyukai diri anda secara tidak disedari.
Nota: 
Adalah sesuatu yang teramat sukar untuk menjual apa saja samada idea, falsafah, konsep, produk atau perkhidmatan pada orang yang anda tak suka. jika anda mencuba juga, ia hanya membuktikan bahawa usaha tersebut adalah hampir sia-sia. Melainkan anda seorang pelakon yang cukup hebat!
0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan
  • Petua ringkas

Mencari perniagaan yang kita minat

  • 03/01/2013
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Kewangan

Petua dari bomoh handalan tentang kutip hutang

  • 05/01/2013
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
petua pilih jalan berbeza
Read More
  • 3 min
  • Kejayaan

Pilih jalan berbeza kalau nak berjaya mencapai impian

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Petua ringkas

Idea niaga ringkas

Read More
  • 2 min
  • Jualan
  • Keusahawanan
  • Petua ringkas

Bagaimana nak tahu anda berbakat sebagai jurujual hebat

Read More
  • 2 min
  • Falsafah
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Petua ringkas

4 benda yang boleh digunakan untuk buat perubahan

Read More
  • 3 min
  • Kejayaan
  • Motivasi

Bagaimana Sibodoh boleh kelihatan bijak?

Read More
  • 4 min
  • Petua ringkas
  • Siri Kaya

Siri kaya #6 : Buat !, jangan tak buat!

Read More
  • 2 min
  • Kewangan
  • Petua ringkas
  • Siri Kaya

Siri kaya #5 : Selesaikan hutang, jangan lari!

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Siri Kaya

Siri kaya #4 : Bezakan antara Pelanduk dengan Jerat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
    • Kehidupan
    Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.