Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
679
2K
307
13
0
  • Fokus
  • Kejayaan
  • Petua ringkas

Anda nak kaya?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 07/06/2013
  • 3 comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Pernah lihat penggemis?

Jika anda pernah berada di kawasan sesak di pusat-pusat bandaraya tentu pernah terserempak dengan penggemis.

Di mana saja di pusat bandaraya di seluruh dunia ada penggemis. Tidak terkecuali di Kuala Lumpur di negara kita.

Di mana ada kekayaan, di situ ada orang yang meminta sedikit habuan hanya dengan duduk berpakaian compang camping sambil menadah tangan.

Saya ada mendengar laporan seorang penggemis dari negara jiran berulang alik dengan kapal terbang dari negaranya untuk ke Kuala Lumpur.

Dia seorang penggemis dan mampu berulang alik seperti orang kaya naik kapal terbang untuk aktiviti menggemis di pusat bandaraya!!!.

Jika tak sempat balik ke negaranya atas sebab-sebab tertentu, dia akan menyewa bilik hotel untuk sementara waktu sebelum pulang semula ke negaranya dengan menaiki kapal terbang.

Pendapatannya secara purata hasil menggemis adalah sebanyak RM200 ke RM300 untuk selama dua jam menadah tangan di kawasan sesak dengan orang ramai.

Ini hanya satu contoh bagaimana menggemis membuatkan ramai orang kaya raya. Bukan saja di negara kita. Ada pasangan menggemis di Amerika berpendapatan USD800 sehari mealui aktiviti menggemis.

Perkara sama berlaku di Russia, China, Indonesia, Arab, Marocco, Australia dan lain-laian lagi. Ringkasnya penggemis sudah menjadi satu kerjaya yang mampu mendatangkan hasil lumayan.

Dalam masa yang sama, ada ramai penggemis yang benar-benar sukar kehidupan mereka. Hidup kais pagi kakan pagi, kais petang makan petang. Itu merupakan jumlah yang paling ramai terutamanya di negara mundur.

Kesimpulan dari fakta di atas saya merumuskan bahawa:

“Jika anda fokus menggemis, anda boleh menjadi kaya!!!”

Daripada rumusan tersebut ada dua perkara yang boleh dipilih:

  1. Fokus
  2. Menjadi penggemis
Sebagai orang yang bermaruah dan ada jati diri, mana satu agaknya menjadi pilihan anda? tak payah diragukan. Tentu anda akan memilih perkara pertama iaitu FOKUS.
Perkara utama yang nak saya tekankan di sini adalah betapa fokus dengan apa saja yang kita lakukan mampu membuahkan hasil dan menempa kejayaan.
Apa yang anda mahu lakukan tidak penting, asalkan anda mampu fokus, insyallah anda menempa jalan menuju kejayaan.
Tidak kisah apa yang anda takrif sebagai kajayaan, ianya boleh jadi kaya, boleh jadi popular, boleh jadi kuasa, boleh jadi kehidupan seimbang, boleh jadi dermawan, boleh jadi ilmuan atau apa saja.
Yang pentingnya adalah jadikan fokus sebagai tabiat yang kukuh melekat dalam jiwa.
Bukan senang nak fokus. Cakap memang mudah tetapi adakah anda faham apa itu erti fokus?
Cara mudah memahaminya adalah dengan membuang segala pemikiran lain selain daripada apa yang anda mahu capai lalu pergi mendapatkannya. Itulah fokus namanya.
Bayangkan kenapa anda masih tidak berhenti kerja dan meneruskan merana tidak gembira dengan menjadi seorang kaki akan gaji yang tegar. Sedangkan anda mahu jadi usahawan yang berjaya.
Anda ada tujuan tetapi apa yang kurang adalah fokus. Bagaimana nak fokus dalam contoh ini?
Sepanjang masa anda fikirkan nak berhenti kerja, anda akan mula dihentam oleh fikiran dan pertanyaan seperti kalau aku berhenti kerja mampukah aku beli beras?
Itu cuma satu contoh fikiran yang menjadi gangguan kepada usaha fokus menjadi usahawan yang berjaya. Seribu satu macam perkara akan menyerang dalam fikiran yang hasilnya anda tak pergi menuju kepada matlamat anda. Dan anda kekal jadi pekerja makan gaji.
Satu lagi contoh paling mudah yang diperturunkan oleh pakar pemain pedang yang berketurunan samurai di Jepun adalah jawapannya apabila ditanya,

“Bagaimana menjadi pemain pedang yang hebat dan tidak pernah kalah dalam mana-mana pertempuran”

Jawapannya mudah saja,

“Bila anda mahu mencantas, jangan fikirkan selain dari mencantas!!!”

Nah!!!, itulah fokus namanya. Jika anda sedang memegang pedang samurai dan mahu mencantas musuh anda, segalanya akan terhenti sebaik saja anda mula fikirkan…
…apa akan jadi jika dia mengelak,
…apa akan jadi pada anak-anaknya jika aku bunuh dia,
…apa akan jadi jika hayunan aku tak cukup kuat,
…apa akan jadi bla…bla…bla….
Pasti itu semua akan membuatkan anda berhenti dari maju untuk mencantas.
Tetapi sebaik saja anda hanya tumpu untuk cantas orang di depan anda, semata-mata mencantas dan mencantas tak ada selain dari itu…tak ada lagi yang dapat menghalang anda maju ke depan.
Tentu semua daripada kita pernah mengalaminya. Biasanya ketika marah pada seseorang tak kira orang itu dihormati atau boss atau lebih tinggi dari kita.
Bila kemarahan menguasai fikiran dan otak kita hanya fikirkan nak mencaci orang di hadapan, maka akan terhamburlah segala kata-kata tanpa tersekat-sekat lagi.
Rahsia kenapa anda mampu buat kerja bodoh sebegitu yang kadangkala menggugat kerjaya atau kerharmonian anda sendiri adalah…waktu itu anda amat Fokus!!!.
Maknanya, kita semua boleh lakukannya, kita boleh menjadi amat fokus dan tak perlu diajar untuk lakukan itu. Cuma kali ini salurkan ia pada benda yang betul.
Iaitu untuk berjaya!!!!
Cuba renungkan sedalam-dalamnya apakah selama ini anda hanya biasa-biasa saja dalam apa saja yang anda lakukan. Kemunkinan besar anda tidak fokus dan melayan semua perkara selain dari apa yang anda mahu kecapi.
0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kejayaan
  • Keusahawanan
  • Petua ringkas

Ringkaskan perniagaan anda!!!

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 06/06/2013
Read More
Next Article
  • Weekly top

Paling banyak dibaca minggu ini #1

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 08/06/2013
Read More
You May Also Like
petua pilih jalan berbeza
Read More
  • 3 min
  • Kejayaan

Pilih jalan berbeza kalau nak berjaya mencapai impian

Read More
  • 3 min
  • Keusahawanan
  • Petua ringkas

Idea niaga ringkas

Read More
  • 2 min
  • Jualan
  • Keusahawanan
  • Petua ringkas

Bagaimana nak tahu anda berbakat sebagai jurujual hebat

Read More
  • 2 min
  • Falsafah
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Petua ringkas

4 benda yang boleh digunakan untuk buat perubahan

Read More
  • 3 min
  • Kejayaan
  • Motivasi

Bagaimana Sibodoh boleh kelihatan bijak?

Read More
  • 4 min
  • Petua ringkas
  • Siri Kaya

Siri kaya #6 : Buat !, jangan tak buat!

Read More
  • 2 min
  • Kewangan
  • Petua ringkas
  • Siri Kaya

Siri kaya #5 : Selesaikan hutang, jangan lari!

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Siri Kaya

Siri kaya #4 : Bezakan antara Pelanduk dengan Jerat

3 comments
  1. kakiblog says:
    02/09/2013 at 8:08 am

    saya juga nak kaya…

    Reply
  2. Anonymous says:
    07/06/2013 at 3:36 am

    Focus is the key indeed! -dzariff

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Mula berniaga
    Keliru antara takut dengan bahaya buat anda takut henti kerja makan gaji untuk berniaga
    • 4 minute read
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Tabiat
    5 perkara tentang bisnes yang saya belajar yang patut saya kongsikan pada anda

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.