Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
670
2K
308
13
0
  • Falsafah
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Petua ringkas

Apa yang boleh kita belajar dari teknik bunuh tikus

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 10/01/2013
  • 4 comments
  • 4 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Semua orang tahu bahawa para pengkaji yang mahu melihat kesan sesuatu bahan terhadap tubuh badan manusia boleh menggunakan tikus sebagai bahan uji.

Jika bahan tersebut memberikan kesan negatif pada tikus, maka bahan yang sama juga akan memberikan kesan yang negatif pada manusia. Ini disebabkan sistem tubuh badan tikus lebih kurang sama dengan sistem tubuh badan manusia.

Tikus merupakan sejenis mamalia yang cerdik dan boleh mempelajari daripada apa yang berlaku. Oleh itu meggunakan racun untuk membunuh tikus bukanlah sesuatu yang mudah.

Tabiat tikus yang sentiasa peka dengan bahan makanannya menyukarkan racun yang kurang kuat untuk menghapuskan mereka. Setiap kali terjumpa bahan makanan, tikus akan menggigit sedikit saja makanan tersebut dan memakannya.

Tikus akan menunggu beberapa ketika bagi merasakan perubahan yang berlaku. Jika selepas beberapa lama makan bahan tersebut dia lalu jatuh sakit, maka makanan tersebut akan dilebelkannya sebagai merbahaya untuk kesihatan.

Makanan itu akan dielakkan oleh tikus yang memakannya dan juga oleh tikus-tikus yang lain yang tinggal bersama dalam satu koloni.

Jika tiada apa-apa yang berlaku selepas beberapa lama memakan bahan tersebut, maka makanan itu akan dilabelkan sebagai selamat. Barulah tikus tersebut juga tikus yang lain akan mula menjadikan bahan tersebut sebagai makanan untuk mereka semua.

Jadi bagaimana nak bunuh tikus…? ada dua cara:

  1. Gunakan bahan atau racun yang sekali digunakan tikus akan terus mampus sehingga tidak sempat menyampaikan maklumat pada yang lain.
  2. Gunakan bahan yang bila dimakan tikus, tiada apa-apa yang terjadi dalam masa yang terdekat. Kesannya akan hanya kelihatan selepas tempoh dua minggu atau lebih setelah menjamahnya.
Penggunaan teknik pertama di atas adalah tidak menyeluruh dan tidak dapat digunakan untuk membunuh tikus secara meluas. Sebab itulah teknik kedua adalah lebih praktikal dan sering digunakan dalam industri Pest Control.
Dalam teknik kedua, makanan tikus akan dicampurkan dengan bahan palsu Vitamin K. Vitamin K original diperlukan oleh badan untuk menghasilkan bahan yang mampu memekatkan darah jika berlaku sebarang kebocoran pada saluran darah.
Keupayaan tersebut tidak ada pada bahan Vitamin K palsu sintetik yang telah dicampurkan bersama umpan atau makanan tikus. Bila tikus memakannya, sistem badan tikus akan berhenti menghasilkan Vitamin K original kerana disangkanya sudah cukup. Sedangkan Vitamin K yang ada sebenarnya adalah palsu.
Dalam masa lebih kurang dua minggu, sebarang saluran darah yang cedera atau bocor tidak dapat dipulihkan kerana tidak adanya bahan untuk memekatkan darah dan menutup kebocoran.
Tikus akhirnya mati dalam keadaan mengerikan di mana kita boleh lihat darah keluar dari telinga, hidung dan mulut mereka!
Kesimpulannya samada tikus atau manusia, ada dua cara untuk kita melakukan pembunuhan:
  1. Dengan cara kasar seperti pancung, atau berikan racun yang cukup kuat sekali kana terus kojol. Atau
  2. Dengan mengganggu sistem perjalanan badan yang teratur. jadikannya berterabur dan akhirnya mereka akan mati dengan rela dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Apa hubung kait cerita bunuh tikus di atas dengan kehidupan kita?
Kebiasannya, kita akan mengelak dari perkara merbahaya yang mendatangkan kerosakan dengan kadar segera. Contohnya seperti terjun dari tempat tinggi, potong dengan benda yang tajam dan lain-lain seumpamanya.
Semua perkara tersebut kita dapat tahu daripada pengalaman sendiri ataupun daripada pengalaman orang lain yang kita lihat atau dengar. Samalah juga macam tikus yang saya ceritakan di atas tadi. kita makhluk yang boleh belajar terutamanya terhadap kesan yang datang dalam kadar segera.
Malangnya, seperti juga tikus, manusia amat jarang peka pada kerosakan yang berlaku secara perlahan-lahan hasil daripada berlakunya kerosakan sisitem perjalanan kehidupan.
Contohnya adalah seperti:
  1. Makan banyak berlebihan. Tak ada orang yang makan banyak berlebihan akan mati dengan kadar segera. Oleh kerana tidak ada apa yang berlaku dalam kadar segera, kita jadikan makan banyak sebagai tabiat. Akhirnya merlakulah kerosakan dalam sistem badan yang tidak boleh lagi diperbaiki.
  2. Tidak bersenam. Belum ada lagi berita yang kita dengar manusia mati sebaik saja tidak bersenam. Kita masih boleh hidup lama bertahun-tahun walaupun menjadi seorang pemalas tegar yang kerjanya hanya duduk di depan TV. Hasilnya tabiat akan terbentuk dan dalam tempoh jangka panjang berlaku kerosakan yang tidak dapat diperbetulkan lagi.
  3. Tidak menuntut ilmu. Kerosakan tidak berlaku segera apabila kita berhenti belajar. Namun jika dalam tempoh beberapa tahun tidak ada perkembangan ilmu berlaku dalam diri kita, kerosakan akan berlaku dan samada kita akan menyusahkan orang atau orang akan menyusahkan kita.
  4. Tidak menerima nasihat atau peringatan. Ini juga mempunyai kesan jangka panjang. Agama menekankan betapa pentingnya menerima nasihat dan peringatan sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam khutbah jumaat. Jika kita jadikan tabiat ketika khutbah jumaat sebagai ruang untuk tidur, lama kelamaan akan berlaku kerosakan dan kita mungkin akan merosakkan diri sendiri atau orang lain.
Banyak lagi contoh lain yang kesemuanya telah disenaraikan oleh ramai pada alim ulama yang tak perlu saya ulangi di sini. Apa saja perkara yang mendatangkan dosa sebenarnya merupakan aktiviti yang mampu mendatangkan kecelaruan pada diri manusia.
Jika ia diulang-ulang dan dijadikan sebagai tabiat, maka lama kelamaan kerosakan akan berlaku dan sukar untuk dipulihkan semula. Maka akan berlakulah kerosakan dalam masyarakat secara besar-besaran.
Cuba-cubalah kita fikirkan! setiap kali anda melakukan dosa, bayangkan bahawa anda sedang mengunyah racun tikus yang telah dicampurkan bersama Vitamin K palsu.
Moga ada manfaatnya bagi yang sudi membaca.
0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan

"Kuasai Ilmu perang" untuk perniagaan anda !

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 09/01/2013
Read More
Next Article
  • Kawan
  • Keusahawanan
  • Petua ringkas

Amoi! macamna lu jual?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 11/01/2013
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

4 comments
  1. Naziman Azlye says:
    29/10/2019 at 12:36 am

    Terima kasih tuan berkongsi hikmah disebalik pembunuhan tikus.

    Reply
  2. Hawa Syamsyiah says:
    14/01/2013 at 11:42 am

    Terima kasih Tuan.sungguh bermanfaat.Saya mohon untuk share.

    Reply
  3. Anonymous says:
    10/01/2013 at 4:29 am

    Terima kasih Tuan. Blog Tuan banyak memberi nasihat dan pandangan yang mendatangkan kebaikan. Semoga Tuan dilimpahi kebaikan dan terus berkongsi hal hal yang memberi kebaikan pada insan lain…

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      10/01/2013 at 4:34 am

      Terima kasih, Alhamdulillah, Insyallah.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Mula berniaga
    10 sebab paling tinggi kenapa perniagaan gagal

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.