Bersemangat untuk lompat dari katil awal pagi untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang usahawan cukup penting untuk perniagaan berkembang maju.
Tak ada semangat langsung nak pergi pejabat bagi seorang usahawan adalah satu petanda tak baik bagi syarikat atau perniagaan anda.
Lebih-lebih lagi jika tak ada orang kepercayaan yang mengetuai perjalanan syarikat dan mampu mengendalikannya dengan baik.
Kalau taukeh tak bersemangat pekerja tak akan ambil perduli ke mana hala tuju perniagaan.
Usahawan tak boleh harapkan perniagaan berkembang maju tanpa suntikan semangat dan kepercayaan bahawa perniagaan akan berjaya.
Bagi mereka yang ada masalah hilang semangat boleh baca tulisan saya mengenainya sebelum ini di bawah:
- Apa saya buat bila bosan dengan perniagaan
- Halangan tingkatkan perniagaan – Hilang minat
- Anda perlu ada dua benda ini untuk pergi jauh
- Cari kawan yang boleh bantu anda berniaga
- Usahawan dan kawan
- Bagaimana meletupkan semangat niaga anda
- Amalan mujarab kentalkan jiwa!
- Usahawan perlu jadi ‘angau’ untuk berjaya!
OK!, saya dah dapat semangat yang berkobar-kobar untuk menjayakan perniagaan. Tetapi masalahnya perniagaan saya tidak menjana cukup duit untuk membuatkan saya rasa berbaloi.
Memang saya minat sangat dengan apa yang sedang dilakukan tetapi kalau setakat mengharapkan minat tanpa membuahkan hasil kewangan bagi menyara kehidupan yang saya idamkan, lambat laun saya akan kebuluran!.
- Margin keuntungan yang tidak cukup
- Pelanggan tak bayar kerja yang dilakukan pada masanya.
Kita cuba fokuskan hanya pada perkara nombor satu. Benda paling seronok sekali yang membuatkan usahawan tersenyum sehingga ke dalam mimpi adalah untung.
- Jumlah jualan – Ini merupakan jumlah keseluruhan jualan yang ada lakukan dalam tempoh sebulan atau setahun. Kalau inipun usahawan tak faham, elok berhenti berniaga sekarang juga!!!
- Kos jualan – Ini merupakan kos yang diperlukan untuk menghasilkan jualan berlaku. Kalau dalam perniagaan burger contohnya adalah kos seperti roti, daging, sos, planta dan sebagainya. Kos ini tak akan berlaku jika tiada jualan dilakukan.
- Untung kasar – Ini merupakan hasil jualan (1) yang anda dapat setelah ditolak kos jualan (2). Ringkasnya adalah: (1 – 2)
- Kos pengurusan atau perbelanjaan – Ini merupakan kos menguruskan perniagaan tersebut yang mana samada ada jualan atau tidak ada jualan, jumlah ini mesti dibayar. Contohnya adalah seperti gaji pekerja tetap, sewa pejabat, kos selenggara, kos bil dan lain-lain seumpamanya.
- Untung bersih – Inilah jumlah yang kita paling berminat nak tahu. Lebih tinggi lebih bagus. Nilainya adalah untung kasar (3) ditolak dengan kos perbelanjaan (4). Ringkasnya: (3 – 4)
2 comments
huhu..bos saya punyai syarikat sdn bhd. tapi belanja personal dgn syarikat dia buat sekali harung. contoh: petrol kereta sendiri pergi mana2 (mcm balik kg)/ulang-alik kerja pun masuk akaun syarikat. makan kat luar dgn family pun masuk akaun syarikat (masuk bahagian entertainment). jadi aliran tunai keluar syarikat sangat teruk. bila audit belanja jadi banyak daripada untung. kalau nak elak tax pun beli la aset nama syarikat.
nak cakap lebih2 org tua. bisnes pun dah lama. jadi tambah kerja pulak staf nak kira berapa belanja bos sekeluarga sebulan.