Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
670
2K
308
13
0
  • Falsafah
  • Kehidupan
  • Masalah
  • Petua ringkas

Masalah benci suami, guna teknik Miyamoto Musashi

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 01/07/2013
  • 11 comments
  • 4 minute read
Total
3
Shares
3
0
0
0
0
0

The book of 5 rings

Antara carian perkataan yang membawa masuk trafik ke blog hidup ringkas ini adalah perkataan “benci suami”.
Jika kaum hawa yang membuat pencarian perkataan itu, sudah tentu dia ada masalah dengan suami dan ada terselit perasaan membenci suaminya.

Kalau kaum adam pula yang membuat pencarian perkataan itu, maka beruntunglah isterinya kerana suami ada kesedaran untuk belajar masalah yang menyentuh, isteri benci akan suami.

Kenapa timbul masalah isteri benci suami dan suami pula benci isteri?Masalah rumah tangga memang rumit. Jumlah kes cerai di negara kita cukup tinggi. Cerita pergaduhan suami isteri sampai ke tahap berbunuh-bunuhan juga ada.

Saya masih ingat petua tok guru agama dulu,

“Kurangkan bercakap!. Bila bercakap kita sering terbuat salah. Bila banyak bercakap maka makin banyaklah kesalahan dibuat.”

Apa yang nak cuba dikaitkan di sini adalah perkataan “banyak”.

Pernahkah terfikir kenapa kita selesa dengan kawan? kenapa lelaki selesa dan bahagia dengan perempuan simpanan?

Salah satu sebab utama adalah kerana kita bukannya sepanjang masa bersama kawan. Lelaki ligat juga bukannya sepanjang masa bersama dengan perempuan simpanan.

Ingat kembali zaman baru jatuh hati pada pasangan dulu. Berjumpa sekali sekala sahaja dan rindu dendam lebih banyak daripada meluat.

Sebab utamanya adalah kerana jarang berjumpa!.

Resam bersosial, akan ada tersasul tersilap dan menghiris hati pasangan. Ini menjurus pada persengketaan dan perbalahan.

Kurang berjumpa, kuranglah persengketaan, kuranglah perbalahan. Banyak berjumpa maka banyaklah perbalahan dan banyak pula persengketaan.

Oleh itu jika ditanya kenapa isteri benci suami atau kenapa suami benci isteri, salah satu sebab terbesar yang menyumbang pada masalah tersebut adalah kerana sentiasa bersama.

Jika kita berfikiran positif, maka seandainya anda bersengketa atau berbalah dengan pasangan masing-masing, itu tandanya sudah lama bersama. Bukankah itu yang diimpikan selama bercinta dahulu?, ingin bersama!.

Nampaknya tepat sekali pesan orang tua-tua,

“Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan…”

Miyamoto Musashi 
Siapa dia orang yang bernama Miyamoto Musashi ini dan apa kaitannya dengan masalah suami isteri?

Semua orang mungkin tahu dan pernah dengar tentang buku Sun Tzu Art of War. Buku strategi pertempuran ini berasal daripada negeri China yang cukup terkenal dan merupakan bahan kajian sampai ke hari ini.

Jika di China ada buku Sun Tzu, di negara Jepun pula ada buku ‘The Book of Five Rings’. Miyamoto Mushashi merupakan penulis kepada buku strategi klasik tersebut.

Ia menjadi terkenal dan dirujuk oleh orang barat sejak Jepun mula menguasai ekonomi dunia. Orang barat mula mencari-cari bahan rujukan yang digunakan oleh usahawan Jepun.

Miyamoto Musashi merupakan seorang pakar pertempuran dan seorang yang amat mahir dalam seni permainan pedang. Dia merupakan seorang Samurai yang hebat.

Musashi mula bertempur lawan pedang dan menewaskan pakar pedang lain di Jepun ketika baru berumur 13 tahun!.

Sejak itu dia mula mengalahkan seorang demi seorang pakar pedang dan pakar pertempuran sehinggalah tiada satupun yang lebih pakar daripadanya yang tinggal.

Pada tahun 1643, dia bersendirian dalam gua untuk menulis segala rahsia dan apa yang telah dipelajarinya sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang pakar pertempuran dan pemain pedang.

Menyedari bahawa zaman berubah dan menjadi pemain pedang yang hebat untuk menewaskan pemain pedang lain bukan lagi satu keperluan, Musashi percaya seseorang individu tidak akan dapat mengelakkan diri daripada menghadapi saat-saat pertempuran.

Apa yang telah dipelajarinya untuk meletakkan dirinya di tahap itu tetap boleh digunakan dalam apa saja keadaan.

Zaman moden ini kita mungkin tidak bertempur lawan pedang. Tetapi kita sebenarnya sentiasa bertempur dengan musuh yang perlu dikalahkan demi kesinambungan hidup.

Dalam kes suami isteri terutamanya, sepanjang menjalani kehidupan perkongsian hidup sebumbung dan sekatil, sudah tentu akan sering dilanda pertempuran.

Oleh itu, mari kita lihat salah satu daripada nasihat Miyamoto Musashi yang boleh diguna pakai ketika menghadapi masalah.

Masalah di sini adalah umum dan tidak semestinya hanya terhad untuk masalah suami isteri sahaja. Cuma untuk memudahkan pemahaman, masalah suami isteri dijadikan contoh.

Kata Musashi,

“Bila anda mula terperangkap dihantui dengan kesibukan perkara remeh temeh, anda mestilah berupaya bertukar menjadi satu jiwa yang besar!, bertukar silih berganti kecil dan besar.” 

Dalam misi kehidupan yang besar ini, kita seringkali mabuk berfikir untuk cuba selesaikan berbagai perkara yang kecil-kecil dan terperinci.

Dalam masalah isteri benci suami contohnya, si isteri akan mula terperosok dalam dunia mencari kesalahan suami sehingga ke tahap yang cukup terperinci.

Suami berdengkur manja ketika tiduppun menjadi salah. Malah kadangkala melihat suami memegang camca dan garpu yang terbalikpun membuatkan si isteri naik darah.

Bermula dari situ, si isteri akan mula membentangkan satu persatu semua kesilapan suami dari mula berkenalan sehinggalah di saat ini.

Dan setiap kesalahan dihuraikan satu persatu dengan penuh perincian yang cukup mengasyikkan dan menimbulkan kebencian demi kebencian yang membuak-buak.

Besarkan jiwa dengan segera
Perkara sama juga berlaku sebaliknya apabila si suami benci isteri. Dikoreknya satu persatu kesalahan isteri. Dihurai dan dikembangkan satu peringkat demi satu peringkat sehingga tiada satupun tertinggal.

Jika anda berada di dalam keadaan tersebut di atas, ingatlah petua Mushashi untuk segera membesarkan jiwa dengan tiba-tiba.

Maksudnya, cuba bayangkan dan fikirkan semula misi anda dijadikan di atas muka bumi ini. Fikirkan semula matlamat utama anda berkahwin dengan pasangan yang ada.

Di kala itu kita akan sedar bahawa hidup ini hanyalah sebagai ujian. Semua daripada kita sedang diuji untuk menilai tahap perhambaan diri kita pada yang Maha Pencipta.

Lantaran itu, masalah marahkan suami yang mata keranjang hanyalah salah satu perincian kecil daripada ratusan lain-lain perkara yang lebih besar.

Mengingatkan diri bahawa tujuan berkahwin adalah untuk melengkapkan kehidupan, melangkapkan kehidupan dalam beragama, maka membenci suami sehingga merosakkan rumah tangga bakal menggalkan misi anda yang lebih besar.

Bila kita besarkan jiwa dan melihat misi yang lebih jauh dan penting, kita akan mula berfikir secara lebih rasional dan waras.

Keputusan akan dapat dibuat dengan lebih tepat dan tenang tanpa ada rasa resah dan naik darah.

Kebanyakan dari masa, kita akan dapati adalah lebih baik melupakan saja perincian yang sedang kita tumpukan terhadap suami. Dan memberikan tumpuan pada perkara lain yang lebih besar.

Begitulah lebih kurang petua Mushashi. Ia boleh diguna pakai dalam apa-apa saja masalah yang sedang kita hadapi terutamanya dalam masalah perniagaan dan juga pekerjaan.

Selamat berfikir dan selamat mencuba!

3
0
Share 3
Tweet 0
Total
3
Shares
Share 3
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Weekly top

5 tulisan paling banyak dibaca minggu ini

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 29/06/2013
Read More
Next Article
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Keusahawanan

Jangan minta nasihat dari orang baik hati

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 02/07/2013
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

11 comments
  1. Nightmare says:
    14/10/2015 at 8:06 pm

    Nak tanya..sy seorang suami yg penyabar dan xda perempuan lain..isteri saya surirumah..segala perbelanjaan semua sy yg tanggung..setiap bulan hampir semua wang sy akan diberi dgn isteri. mslhnya isteri sy suka memaki hamun saya walaupun tanpa sbrg sebab..dia suruh sy jgn melawan ckp dia.sy pun ikutla krn nak jaga hati dia..sy minta maaf walaupun sy tahu sy x bt salah..dia ugut sy nak mnta cerai dn dia kata mysl kawin dgn sy..skg dia klu org lain dia akn msk mknn tp klu sy dia x peduli lgsg..biarpun sy nk jln jauh cari rezeki..dia x pun sediakan mknn mlh dia suruh pula sy bt kerja2 rumah sblm jln jauh..klu sy baru plg dr kerja..dia x sediakn mknn malah memaki hamun sy dn srh sy membuat krja rmh spt cuci bju wlpn sy blm mkn..sy ikut sbb sy nk jg hati dia..Klu plg dr kja. Dia x mau sy ddk brht..

    Reply
    1. eda says:
      22/12/2016 at 4:06 pm

      selalunya surirumah ini lagi penat kerja sehariannya walaupun hanya duduk di rumah. Kemungkinan dia boring dan akhirnya stress.Dia pun manusia biasa,klu duk terperap kat rumah jer.tak ada salahnya kalau suami sediakan makanan atau bantu kerja seharian di rumah. Perlu ingat duit bukan segala2nya yang isteri nak.
      Suami kena cuba letak diri dia dalam situasi isteri,baru dapat jawapan kenapa perangai isteri jadi macam tu. Bukan hanya membuat andaian logik akal jer.

      Reply
  2. ojie says:
    16/09/2015 at 4:05 pm

    Macam mana nk bg x benci, istri preggy 7 bulan anak sulong dah cari exgf balik..masa istri pantang siap dating bagai… bila istri minta cerai xnk cerai pulak.. kalo dari segi duit pulak… umah, kete semua istri yg bayar… minta cerai bnyak kali pun xnknk ceraikan…
    Skrg anak da 8 bulan, istri kena jangkit herpes kat kelamin lepas bersama suami…
    Dokter kata penyakit ni selalunya melalui sex sahaja berjangkit… dokter tnya u ada having sex lebih dari 1?? Tak ada…
    Dalam kepala otak , suami aq jgkit dari sapa? Sampai macam ni skali….
    Bila di tanya kata tak ada.. ada ke dia cakap dokter tu bodoh.. klo bodoh x jadi dokterla dia….

    Reply
  3. KHAIRUL AMRAN says:
    02/07/2013 at 3:34 am

    sebenarnya penyakit benci pada suami ni selalu berlaku. lebih-lebih lagi time isteri mengandung. sesetengah kes tu sampai isteri taknak langsung jumpa ngan suami. bau badan suami pun dia benci. orang kata itu pembawakan budak.

    bagi suami yang tak faham, cepat-cepat mereka cari lain.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      02/07/2013 at 3:46 am

      Isteri sedang latih suami agar bersabar le tu!

      Reply
  4. suri says:
    02/07/2013 at 1:52 am

    sy cakap bila perlu.tpi kalu saya diam dia akan ckp sy ada masalah ker? heee..acam mana tu admin 🙂

    best entri hari ini bt sy senyum-senyum.tq

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      02/07/2013 at 3:45 am

      Cakap saja ya! hehe

      Reply
  5. teh ramuan says:
    01/07/2013 at 1:17 pm

    sebenanya benci tapi rindu
    tapi
    kalau tak kena gaya urus
    benci menjadi dendam

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      02/07/2013 at 3:48 am

      Biasanya benci akan disimpan jadi dendam…tunggu masa utk dikeluarkan

      Reply
  6. kakiblog says:
    01/07/2013 at 10:53 am

    Pengaruh syaitan juga menyebabkan suami-isteri berbalah.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      02/07/2013 at 3:48 am

      Syaitan biasanya guna apa yang ada pada manusia sebagai senjata.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Tabiat
    25 kata-kata motivasi terkenal yang menarik untuk renungan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.