Semua peniaga idamkan satu sistem pemasaran yang cukup hebat. Pemasaran hebat diperlukan bagi memajukan syarikat perniagaannya. Apa yang kita mahukan daripada aktiviti pemasaran adalah:
- Maklumat tentang apa yang kita tawarkan diketahui oleh semua prospek pembeli seluas yang mungkin.
- Persembahan produk yang kita tawarkan membuatkan mereka membeli dan menggunakannya
Tapi berhati-hatilah!, ingat petua berikut:
” Pemasaran yang cukup hebat hanya membuatkan produk yang teruk mati dengan lebih cepat!”
Tidak perlu kita rendangkan kenapa produk yang teruk akan mati dengan cepat apabila digabungkan dengan aktiviti pemasaran yang super hebat. Jika anda seorang peniaga, anda tentu dapat memahami kenapa.
Bila ramai orang tahu tentang produk anda dengan pantas dan meluas dan bila ramai yang tertarik untuk mencubanya. Akibat produk yang teruk tidak boleh diterima, pelanggan anda jugalah yang menyebarkan maklumat yang bakal membunuh perniagaan tersebut dengan pantas.
Apa yang penting adalah bila kita berniaga, menyediakan produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak minimum pelanggan adalah sesuatu yang mesti dilaksanakan tanpa kompromi. Anda tiada pilihan jika mahu perniagaan berjaya ketahap yang boleh dibanggakan.
Fahami apa yang anda tawarkan dan pada siapa anda buat tawaran merupakan perkara yang paling penting dalam sesuatu perniagaan. Jangan main serbu kepada sesiapa sahaja untuk melakukan tawaran, silap haribulan perniagaan akan mati lebih cepat daripada yang anda sangkakan.
Falsafah Shun Zhu’ The Art of War boleh diguna pakai untuk aktiviti pemasaran anda: